Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Kontrak Cinta Kita
Aku terasa kekok menerima kunjungan lelaki ini ke rumahku. Teh dituangkan untuk dia dan wanita yang duduk di sisinya. Dia berpakaian kemas dengan t-shirt polo yang nampak mahal pada pandanganku. Mungkin dia baru balik atau baru hendak pergi bermain golf. Wanita di sisinya juga nampak elegan dengan selendang putih bermanik. Itu tudung Fareeda ke?
Zairi yang duduk di sisiku asyik merenung dua tetamu ini. Aih, kenapalah Hairi datang ke sini?

"Saya dengar awak mengandung ya, Suzana? Dah berapa bulan?" Soalnya sambil mengambil cawan teh yang aku hulurkan. Aku sedikit tersentak dengan soalan itu. Dari mana dia tahu? Oh, ya.. Ibu kan memang rapat dengan mamanya.

"Baru masuk tiga bulan.." Aku menjawab. Kekok. Zairi di sebelah sekadar diam terus merenung dua tetamu yang datang bertandang ini. Mesti dia tak suka dengan lelaki yang hampir-hampir menggantikan tempatnya di sisiku. Janganlah jeles sangat dengan Hairi.. Kitorang takde apa-apa pun.. Dia sendiri kata dia tak suka kat aku masa tu..!

"Morning sickness dah habis ya masa ni?" Wanita di sebelahnya menyoal. Riak wajahnya ikhlas menunjukkan rasa ingin tahu. Bukan aku keberatan nak menjawab tapi.. siapa dia ni?

"Err, alhamdulillah Ana tak ada morning sickness. Cuma anemia sikit.." Rasanya tak salah pun untuk aku melayan soalannya. Dan memang aku bersyukur aku tak morning sickness walaupun ada masalah lain pula yang aku hadapi.

"Jadi sebab tulah awak tak dapat datang majlis kami, ya?" Cawan teh Hairi letak dengan teratur.

"Majlis?" Aku mengerutkan dahi. Aku tak tahu apa-apa pun. Majlis apa yang ibu tak ajak aku pergi? Bukannya aku suka pergi ke majlis-majlis pun, tapi kalau majlis penting aku okey je nak attend. "Majlis apa ya?"

"Majlis resepsi kami berdualah!" Dia pula yang berkerut wajah. Hairi kelihatan begitu hairan dengan soalanku. Mataku terkelip-kelip. Resepsi? Jadi ini isteri dia? Aku tak tahu apa-apapun!

"Mungkin awak tak tahu sebab ibu awak tak mahu ganggu awak kot.."  Wanita di sisinya menduga.

"Masa tu Ana memang tak sihat.." Celah Zairi. "Selalu pening-pening.."

Eh, Zairi tahu ke tentang diorang ni..?

"Ini namanya siapa ya, saya tak kenal?" Zairi menghulur salam perkenalan kepada Hairi.

"Hairi." Hairi tersenyum. Dia menyambut huluran salam Zairi. "Ini isteri saya, Safinah."

Setelah beberapa lama mereka bertandang, merekapun meminta diri. Kata mereka, mereka nak ke rumah rakan-rakan mereka yang lain pulak. Rajin betul mereka berkunjung ke rumah orang. Mungkin ke bapa Hairi dah serahkan syarikat kepadanya? Entahlah, itu bukan hal aku.
Aku tak sangka dia dapat berkahwin dengan orang biasa sedangkan keluarganya kan bergelar Tunku? Isterinya pun nampak sporting sahaja.

"Zai tahu ke tentang majlis kahwin diorang berdua tu?"

Zairi menggeleng. "Zai teka je sebab kenapa ibu tak beritahu Ana.. Lagipun Zai malas nak panjangkan cerita. Biar diorang balik cepat-cepat."

Alasan yang tak munasabah jika orang lain mendengarnya. Tapi antara kami berdua, itu alasan yang paling related. Pandangan kembali dijuruskan ke kaca televisyen yang sedang menyiarkan slot Chamsarang. Oh, kejamnya heroin ni terhadap heronya...

"Ana.." Zairi menggamit perhatianku sambil tangannya menyuap buah mandarin ke dalam mulut. Sejak ummi dan ayah menjenguk kami, memang buah-buahan sahajalah menjadi snek. Manis atau masam semuanya boleh. "Anak kita nak bagi nama apa nanti?"

Eh, fikir nama anak? Bukan ke masih awal lagi untuk fikirkan nama? Selepas bersalin pun ada tempoh seminggu lagi. Tapi elok juga kalau fikir sekarang, boleh buat list nanti tak ada lah kalut nak cari nama.

"Anak ni perempuan, Ana nak bagi nama Zai kat dia.. hmm.. Zainab ke Zaiyana ke.. Kalau lelaki bagi nama Su kat dia. Suhaimi gitu..?" Aku mencadangkan.

"Kenapa macam tu?" Zairi hairan dengan cadanganku.

"Yalah, dia perempuan macam Ana, so letaklah nama macam Zai. Fair and square." Lurus sahaja pendapatku untuk meletakkan nama kami pada nama anak-anak. Takdelah nak gabung nama macam trend yang semua orang buat. Hidup mesti ada trend sendiri, jangan nak ikut trend zaman sekarang je..

Zairi ketawa kecil.

"Kalau keluar-keluar lelaki tapi muka ikut Ana? Perempuan tapi muka ikut macam Zai? Kan dah beat the purpose macam tu?"

Tak terfikir pula tentang pewarisan gen. Tapi kalau anak-anak ikut muka kitorang... Aku tertawa membayangkannya.

"Ana tak boleh bayang kalau Zai ni perempuan!"

Zairi ikut tertawa.

"Tapi Zai boleh bayang Ana ni lelaki!!"

Kami terus tertawa. Kelakar sungguh. Memang lah boleh bayangkan muka perempuan rambut pendek apa semua, tapi muka lelaki rambut panjang and baju kurung..
Panjang kami mentertawakan diri sendiri.

"Zai.." Aku cuba berhenti ketawa. "Zai, tentang kontrak hari tu kan.."

Ketawa Zai mati. "Shh.. Kan dah kata, no more contracts!" Tegasnya.

"Eh, tapi Ana dah sain..?"

"Firstly, kontrak tu cuma ada tandatangan Ana tapi bukan tandatangan Zai. Then, Ana sain tanpa ada saksi jadi Zai boleh kata yang tandatangan tu bukan Ana yang sain. At least, Ana patut sain depan Zai. Tapi, Zai dah buang dah kontrak tu."

Buang..? So no more? Like, seriously..?

"Tapi kontrak cinta kita masih sah."

Aku mengangkat kening. Kontrak yang mana?
Aku lihat Zairi tersenyum bahagia.

"Sejak akad, kita dah berjanji untuk saling mencintai kerana Allah dan setia menjaga kerukunan rumah tangga."

prev

sekian. banyak kali aku google translate sebab aku dah terbiasa dengan perkataan2 english. macam inform, valid, bliss. pergh nampak tak bahasa melayu aku pun dah nak berkarat...
siapa pandai, cuba teka Hairi dan Safinah datang dari cerita mana..?

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous