Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Semudah itu?

   Pandangan mata aku sorotkan ke arah pintu gerbang yang serba indah itu. Tidak tersangka aku akan melihat benda ini dengan mata kepala aku sendiri. Biasanya aku hanya melihat di majlis perkahwinan yang diceritakan di kaca televisyen. Kini, semuanya di hadapan mata.
   Kek perkahwinan setinggi lima tingkat, permaidani ungu yang menggantikan permaidani merah, pelamin agung jalinan warna emas dan putih mencantikkan lagi pemandangan. Aku melihat ke arah tempat hidangan. Wah, chocolate fountain. Satu perkara yang aku tak pernah sanggup untuk membawa ke dalam mimpi pun.
   Sayang, ini bukan majlis perkahwinanku. Ini majlis Syamira. Gadis paling lawa sewaktu di sekolah menengah dulu. Gadis yang sentiasa memandang jelek ke arahku walau apa pun yang aku lakukan. Dia tidak tahu aku berada di sini. Hairi yang mengundangku datang. Hairi.. Hairi.. Dalam banyak-banyak perempuan dalam dunia ni, kenapa kau pilih dia? Kenapa kau tak pilih Adilah ke, Kamilah ke.. Ini Syamira? Tak sangka kau lebih memilih kecantikan luaran daripada kecantikan dalaman. Hmph, lantak kau lah! Yang penting hari ini aku makan besar. Thanks jugak la sebab dah ajak aku ke mari..

   Sedang aku khusyuk memilih makanan, tiba-tiba datang seorang lelaki menerpa ke arah aku. Eh, dari mana dia ni datang? Dia melihat aku dengan mata yang kuyu. Aku pun membalas pandangannya dengan pandangan super-duper pelik. Boleh pula dia jatuh betul-betul mengenai pinggan yang aku pegang. Nasib baik peganganku masih kukuh dan kek yang terjatuh tadi mengarah ke tepi. Tidaklah kepalanya kotor dek krim yang dihias pada kek ni. Tapi.. baju aku kotor!!
   Ahh!!! Spontan aku menjerit.

   Para urusetia majlis yang menyedari segera mendekati kami.
   "Kenapa ni cik?"

   Kenapa ni cik? Boleh kau tanya lagi..? Dia pengsan, kau buta ke?!

   "Tak.. Dia tiba-tiba pengsan." Aku menahan perasaan. Menyembunyikan rasa jengkel supaya aku tidak diletakkan sama taraf dengan Syamira yang selalu menjengkelkan itu.

   "Angkat dia.. Angkat dia.." Para urusetia itu kelam kabut mengangkat lelaki yang aku tidak kenali itu. Seketika seorang lagi urusetia mendapatkan aku dan berkata, "cik ni kenalan dia ke? Mari ikut kami.." Perempuan itu terus menarikku.

   Hei, hei! Aku tak kenal dia lah!!!

*****

   Ah.. silau.
   Mata aku pejamkan semula. Setelah terkerdip-kerdip buat beberapa ketika aku mula menoleh ke kiri dan ke kanan. Eh, siapa ni? Bidadari..?

   "Eh, kau dah sedar ke??"

   Bidadari tadi tiba-tiba berubah menjadi seorang nenek sihir. Ayatnya sungguh kasar menghiris jantungku. Sudah la kekasih hati berkahwin dengan orang lain. Boleh pula dia bercakap dengan aku guna nada macam tu. Cuba berlembut sikit.. Duhai biadari.. ke mana kau menghilang.

   "Aku panggilkan orang kat luar, eh? Biar diorang yang uruskan kau.."

   Eh, jangan tinggalkan aku!
   Tanpa sedar, tangan aku sudah menarik lengannya kembali duduk. Dia memandang tepat ke dalam mataku. Aku menggeleng. Berharap kepadanya agar tidak pergi meninggalkan aku.

   "Apa, kau nak aku duduk sini dengan kau? Aku lapar la. Sejak sampai sini aku belum makan lagi tau.. Sejam aku tunggu kau bangun. Bagi la aku can sikit.."

   Oh, macam tu ke? Lapar, sampai perangai kau berubah jadi nenek sihir. Aku faham, wahai bidadari. Aku faham..

   "Bidadari, kenapa tak panggil je orang kat luar tu suruh hantarkan makanan untuk orang yang baru sedar ni?"

   "Haah, betul jugak. Kenapa la aku tak terfikir dari tadi?" Si bidadari bangkit dari duduknya.
   "Eh,.." Dia duduk kembali. Aku mengangkat kening kepadanya. "Kau panggil aku apa tadi?"

   "Takde apa. Cuma nak cakap, lepas awak dah mintak diorang bawak makanan.. Duduk lagi kat sini. Saya nak awak teman.."

   "Gedik. Perempuan pun tak segedik kau tau tak??!"
    Bidadari.. Kenapa marah-marah? Tak kesian kan saya ke?
   "Apa-apa jela.. Kau pun baru bangun dari pengsan. Entah sebab apa kau pengsan pun masih jadi tanda tanya.. Isy, isy, isy.."

   Aku tersenyum. Bidadari sudi temankan aku..!

*****

   Aku betul-betul tak faham dengan lelaki tu. Tiba-tiba suruh aku temankan dia. Bukannya aku kenal dia pun.. Dan, dia panggil aku bidadari? Gila ke apa?? Mana wujud bidadari...?! Silly!!!

   Aku masuk semula ke bilik yang terletak di belakang pentas pelamin ini. mengambil kesempatan untuk ke tandas setelah memesan makanan daripada pihak urusetia. Langkahan aku terhenti setelah pintu aku tutup.

   "Kau ke mana ha? Dah lima minit aku tunggu kau. Jomlah makan sama."

   Aku tidak ambil pusing kata-katanya itu. Tidak lagi mendengar kerana seluruh pancainderaku telah tertumpu kepada makanan yang bertimbun di atas tray di hadapannya. Oh my belly. Memang aku dah tahan lapar sejak pagi tadi. Aku menyegerakan langkahan kaki untuk duduk di hadapan tray tadi.

   "Bismillah.." Aku tak lupa mengucapnya sebelum menyuap makanan ke mulut. Biarpun aku dah lupakan adab depan lelaki ini, tapi aku tetap tak boleh lupakan Allah. Kalau bukan sebab Dia, aku tak dapat semua makanan ni. Bayangkan, kalau makanan paling sedap ialah batu. Entah apa rasanya pun aku tak pernah tahu. Isy, nauzubillah daripada makan benda yang tak sepatutnya tuh.

   "Hei, aku cakap dengan kau la.."

   Aku menghentikan suapan. Mengangkat sebelah kening kepadanya. Sudu dan garfu diletakkan kasar tanda protes.
   "Aku tak kenal kau. Perlu ke aku dengar cakap kau?? Kalau kau nak aku dengar cakap kau, bagitau nama dan cakap kenapa kau pengsan tadi."

   Aku bersikap dingin. Mood aku memang tidak baik hari ini. Semuanya kerana Syamira. Tengok makanan ni je mood aku naik balik. Tapi, still takde masa untuk Mr Stranger ni. Sori sikit..!

   "Shahril. Pengsan sebab tak cukup makan. Mogok lapar sehari."

   Aku tertawa sinis. "Mogok sehari pun boleh pengsan. Heh, stamina kureng!" Perli aku. Dia memandangku dengan muka tidak puas hati. "Kenapa kau mogok?" Tangan kembali menyuap.

   "Sepupu aku curi pujaan hati aku. Pengantin perempuan tu.."

   "Kau suka kat Syamira??! Alamak, kita tak sebulu lah." Aku sengaja memotong percakapan dia. Jelas wajahnya menggambarkan dia terkejut."Aku benci dia."
   Sengaja aku berkata begitu. Biar dia sakit hati dan halau aku. Aku dah dapat apa yang aku teringin gila nak makan. Aku nak blah sekarang jugak! Kalau boleh..
   Tapi aku kesian jugak dengan lelaki nih. Entah-entah kalau aku blah, dia kelar tangan dia dengan pisau ni.
   Ceh, jauh benar imaginasi aku. Pisau kek boleh melukakan??

*****
   Nampaknya bidadari tak suka aku bercakap tentang dia. Bidadari, jangan pergi tau. Aku tengah try cari topik baru nih..

   "Kau pulak, kenapa moody je? Datang bulan?? Cerita lah pasal diri kau pulak." Perkataan kau dan aku terpaksa aku guna. Takut bidadari aku ni rasa pelik dan terus lari dari aku. Maaf, bidadari.

   "Aku..?" Bidadari mengunjukkan garfu ke arah dirinya. Eish, bidadari ni.. Tak tahu ke bahaya buat macam tu?

   "Aku cuma bencikan Syamira. Sejak sekolah lagi.. Datang ni pun sebab Hairi jemput je.."

   "Jadi, kau suka Hairi??"

   "Hah?! Hahahaha! Sumpah tak lawak..! Dia cuma kawan baik aku since Form Four. Itu je.."
   Bidadari paksa gelak. Aku tahu.

   "Jadi, kau tak suka Hairi jugak..?"

   "Takde lah macam tu. Kan aku dah cakap, kawan baik.."
   Bidadari menekan perkataan 'kawan baik'. Bidadari, berhentilah. Bidadari cuma akan meyakinkan aku yang bidadari sukakan mamat tuh.

   "Okey, tak nak cakap pasal Hairi tu lagi. Kau dah ada orang yang kau suka??"

   "Tak, cuma aku. Single." Jawab bidadari selamba. Tapi bidadari cepat menyambung, "Unavailable!"
   "Mak aku dah jodohkan aku dengan seseorang.."

   Kenapa bidadari tak pandang aku masa dia ucapkan ayatkan tu? Kenapa pandang ayam tu? Bidadari tipu ye??

   "Siapa jodoh bidadari?" Ayat itu terkeluar dari mulut aku.

   "Tak tahu." Bidadari cepat menjawab. "Hei, kau panggil aku bidadari lagi..?"

   "Heh.." Aku hanya mampu tersengih. 'Busted!'

*****
   Dia senyap. Maksudnya betullah dia panggil aku bidadari. Kenapa dia panggil aku bidadari..? Aku ni cantik sangat ke? Berat badan dah masuk 70kg.. Kau minat aku ke, wahai Mr Stranger?

   Ada aku kisah..? Sekarang ni, aku nak cepat habiskan makan dan blah dari sini. Aku harap aku tak jumpa kau lagi, stranger!

   "Hei, aku rasa nak balik lah. Orang kat luar pun dah tak ramai masa aku pergi tandas tadi. So, aku nak blah."

   Aku bingkas bangun mengelak daripada membazir sesaat lagi bersama Mr Stranger. Tiba-tiba dia menarik tangan aku. Berkerut  aku memandangnya.
   "Boleh saya tahu nama awak?"

   Apesal macam geli je nada suara dia??

   "Boleh lepaskan tangan?"

   "Kalau awak janji nak bagitau nama awak.."

   ". . . Irene."

   Dia betul-betul melepaskan tangan aku. Thanks to ayah yang berasal dari Russia. Thanks to ibu yang kahwin dengan orang Russia. Alhamdulillah, muka aku ala-ala Inggeris. Hairan jugak kenapa belum pernah ada orang yang sangkut dengan aku. Oh, aku kan gemuk.
   Tanpa berlengah, aku terus melangkah keluar dari bilik itu.

   Oyo, kenapa rasa macam ada orang ikut belakang?

   "Kau..?"

   "Bidadari, awak terlupa beg tangan.."
   Alamak! Malunya..!!
   "Ambil lah.. Safinah.'

   Aduh! Dia dah tahu nama pelik aku..

   "Kenapa kau selongkar beg aku? Kau takde adab ke??"

   "Sama la dengan orang yang makan gelojoh depan orang yang baru dia kenal."

   Aduh! Aku pulak yang terkena..

   "Sudah la.. saya tahu awak single sebab nama yang pelik ni kan?" Aku mengangkat kening. Ayat macam nak mulakan drama je.

   "Pada saya nama tu sedap. Awak tahu maksud nama awak?"

   Nama perlu maksud ke?? Nama is nama, kan?

   "Nama awak berasal dari kalimah Arab. Maksudnya bahtera. Awak tak tahu, ya??"

   Haah. aku tak nafikan. Ibu dan ayah mana pernah ajar aku agama. Minat nak sembahyang pun sebab jatuh hati dekat ustaz hensem tu. Ceh, baru umur sembilan dah gatal..!

   "Awak, saya anggap awak bidadari sejak first time nampak awak.. Boleh tak kita berkenalan?"

   "Ini confession ke?" Lelaki itu mengangguk. "Kita baru kenal untuk beberapa minit dan kau nak kata kau suka aku??"

   "Its been 20 minutes. And.. 17 seconds maybe."

   "Kau nak kenal aku??"
   Aku perlu ambil peluang ni..

   "Yes I do. And I'm really serious to make you mine."

   "Then, see you in another week. Aku nak kau ikut aku balik kampung jumpa ibu ayah aku. Boleh?"

   "Okey."

   "Kita terus kahwin bulan depan.

   "Okey."

   What?! Aku tak salah dengar ke? Mr Stranger ni setuju kahwin dengan aku??

   "Kau betul-betul setuju nak kahwin dengan aku bulan depan?"

   "Yes, kalau kau sudi jumpa mak ayah aku sekarang."

   Aku ternganga.

*****

   So, that's my strange love story with a stranger. Sekarang ni, kitorang masih bertunang dan sedang bercinta. Keluarga dia tak bagi kahwin koboi macam tu. Boleh datang fitnah kata mereka.
   As for me, aku cuma ikut je. Lagipun aku pernah tanya kenapa dia suka kat aku yang gemuk ni? Dia terkejut bila aku cakap yang aku ni gemuk. Dia kata aku cuma chubby sikit je. Tak sampai tahap gemuk pun. Dan bila aku mention berat aku, dia kata mungkin itu berat tulang. Haha! Aku bersyukur sangat Princess Safinah Irene binti Prince Sladiov ni boleh kahwin dengan Tunku Shahril Hairi bin Tunku Adam Hairi.
   Terkejut? Aku pun surprised habis bila ibu panggil saudara-saudara aku dari jauh. Rupanya ayah aku anak golongan bangsawan. Dan nenek aku sudi nak tanggung semua perbelanjaan. Patut la keluarga kitorang tak pernah kehabisan duit biarpun ayah takde dan ibu cuma kerja tukang urut.
   Alhamdulillah...



sorry citer pelik sebab nak lepas gian je.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous