Welcome!
Irene Adler | 20 ~ no more
teen | UMT Cita Warisan

Latest List
Full List

11 Aug; Darling, I Need You 19 06 Aug; Darling, I Need You 18 05 Aug; Darling, I Need You 17 02 Aug; Darling, I Need You 16 21 Jul; Darling, I Need You 15 12 Jul; Darling, I Need You 14 03 Jul; Darling, I Need You 13 12 Jun; Darling, I Need You 12 10 Jun; Darling, I Need You 11 07 Jun; Darling, I Need You 10 05 Jun; Darling, I Need You 9 01 Jun; Darling, I Need You 8 09 May; Darling, I Need You 7 07 May; Darling, I Need You 6 18 Apr; Darling, I Need You 5 12 Apr; Darling, I Need You 4 10 Apr; Darling, I Need You 3 08 Apr; Darling, I Need You 2 07 Apr; Darling, I Need You 1 24 Jan; Racun: Sidestory 21 Jan; Racun 7 17 Jan; Racun 6 14 Jan; Racun 5 10 Jan; Racun 4 05 Jan; Racun 3 03 Jan; Racun 2 27 Dis; Racun. 05 Nov; Teddy bear ini.. 05 Nov; The Sunflower 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Suggest


cbox


credit
Template by : IKA. Do tell me nicely if im not credit yours. tq ^^
Background by : NJOE
"..Tapi aku dah lama tak makan ni..."

Dia tersenyum nipis mendengar kata-kataku itu. Coklat di tanganku dicubit sedikit lantas disua ke mulutnya sendiri. "Cukuplah ni je untuk aku."

"Eh, mana boleh.." Aku cuba mematahkan coklat itu samarata. Ah, malunya bila kepingan coklat di tangan kananku lebih kecil daripada yang di kiri. Aku memberikannya yang ditangan kananku.
Selfish. Ya, aku sedar itu.

Dia tertawa kecil.
Separuh dari itu digigitnya, kemudian disua kembali ke mulutku. Aku menerima suapan itu. Ceh, dasar tak tahu malu. Dah beri, ambil semula. Aku mencemuh diri sendiri.
Dia kembali melakukan pekerjaannya. Aku memerhati sambil menghabiskan coklat di tangan.
Aku lihat dirinya tekun mengerjakan karyanya. Ya, mestilah.. Di situ minatnya, di situlah kehidupannya.

Dia perasan akan perhatianku. Dia berpaling memandangku. Aku yang ralit merenungnya jadi tersentak. Pandangan kami bertemu. Dia tersenyum lagi.

"Kenapa? Nak apa-apa ke?"

Aku menggeleng mendengar soalanya. "Saje tengok kau. Khusyuk buat kerja tu. Yalah, kerja ni dah jadi sebahagian dari hidup kau kan.." Aku berkata, meluahkan kekaguman atas minatnya itu. Suatu persoalan tiba-tiba terlintas di ruang fikiran. "Kalau kerja ni hilang dari dunia ni, let's say, kerja ni diharamkan di serata dunia.. Agak-agak, macam mana kau nak hidup?"

"Hmm?" Dia memandang ke atas, memikirkan jawapannya. "Even if benda ni hilang dari hidup aku, aku masih ada kau. So aku masih boleh survive dengan sebahagian lagi hidup aku."

Mukaku memerah.

"Tapi kalau bahagian yang ni hilang, mungkin hidup aku akan hancur." Sambungnya lagi, masih tersenyum.

"Maksud kau, aku ni bahagian hidup kau yang paling penting la..?"

Dia memandang wajahku. Senyum diukir lagi, "mungkin."

**senyum sokmo citer ni. ahaks

Labels:


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
<
>