Setia Cinta
Sudah beberapa minggu Tasnim tinggal di pusat rawatan ini. Hari ini, dia keluar bersiar-siar sekeluarga. Singgah di sebuah taman, Hud dan Harun Amir terpaksa meninggalkan dia dan Syahmi kerana timbul masalah tentang kereta mereka.
"Ibu.. Ami lapar..." Anak kecilnya memegang perut. Tasnim mengitar keadaan. Matanya menangkap sebuah kedai runcit.
"Jom, kita beli roti ke, biskut ke.."
Mereka berjalan beriringan ke arah kedai yang disebutkan. Syahmi mengambil sekotak air dan biskut coklat. Tasnim mencapai beberapa bungkus ban untuk suami dan anak sulungnya. Bersama-sama, mereka bergerak ke kaunter pembayaran.
"Sebelas ringgit tujuh puluh sen." Ujar wanita itu senada.
Tasnim seperti mengenali wajah itu. Sambil mengeluarkan wang dari dompetnya, dia cuba mengingati wanita itu.
"Terima kasih," kata Syahmi dengan riang dengan tangannya mengangkat bungkusan plastik berwarna merah itu.
Tasnim sengaja berlengah. Masih cuba untuk mengecam wajah di hadapannya.
"Ieqa, dah masuk tengah hari ni. Nak kirim apa?"
Tasnim tergamam. Wajah lelaki yang baru memasuki ruang kedai dipandang silih berganti dengan wajah penjaga kaunter.
"Tasnim.." Lelaki itu separuh terjerit.
"Farez.."
*****
"Jadi you dengan Hud bercuti ke sini?" Soal Farez. Mulut gelas teh di bawa jauh dari bibir. " Kenapa sini? Tak ada apa-apa yang menarik pun kat sini..?"
"Sebenarnya, kami ada urusan sikit kat sini. Sebab tu lah..." Tasnim teragak-agak memberi penjelasan.
Farez mengangguk.
"So ini anak you dengan Hud? Comelnya.. makan hatilah Ieqa nanti.."
Tasnim terdiam mendengar kata-kata itu. Teringat peristiwa pergaduhan antara dia dengan wanita itu sewaktu di kampus dahulu.
"Oh sorry. I spoke my mind.." Farez tersedar akan kesilapannya dalam berbicara.
Suasana berubah kekok.
"Awak dengan Faeqah, dah kahwin?" Tasnim menanyakan soalan keramat.
"Alhamdulillah.. Fazura sekarang in second trimester. Anak pertama kami." Farez menghulur senyum segaris. Dia menyambung hirupan teh. "But Faeqah wont budge. Dia kata takkan ada lelaki sebaik Hud. Entah lah apa yang dia nampak pada suami you. But dont take it to heart. Biarkan saja dia dengan pilihan dia. Dia takkan ganggu perkahwinan kamu berdua, insyaAllah."
Farez menyudahkan minum sebaik melihat Hud tiba di pintu warung. Dia meminta diri daripada keluarga itu kemudian beredar.
Hud sedikit terkejut melihat kelibat lelaki itu bersama isterinya.
"Assalamualaikum." Farez menepuk bahu Hud sebelum dia beredar.
Suasana jadi kekok lantaran Hud berasa terkejut dengan kemunculan lelaki tadi. Senyap sahaja meja makan mereka. Hanya hingar pelanggan lain di restoran itu yang mengisi ruang.
Harun Amir meletakkan sudu garfunya sambil menghabiskan kunyahan.
"Uncle tadi tu.. kawan lama ayah ibu eh?"
Hud merenung tepat ke wajah Tasnim. Menunggu penjelasan daripada isterinya itu, menjawab persoalan anak sulungnya.
"Haah, ibu terserempak dengan dia kat kedai tadi masa nak beli roti. Adik dia yang empunya kedai tu." Tasnim menjawab sambil dia membantu Syahmi yang sedang makan dengan comotnya.
"Adik dia..?" Hud berkerut keliru.
"Adik dia... Faeqah, kalau sayang masih ingat..." Balas Tasnim bersahaja.
Wajah Hud berubah jernih semula.
'Oh, perempuan..'
"Kawan time sekolah ke, bu?" Harun Amir bertanya, sekadar ingin tahu.
"Eh, bukan. Kawan satu course kat kolej dulu.." Tasnim menjawab.
"Oh... Adik dia pun satu kolej dengan ibu ke?" Harun Amir bertanya lagi. Syahmi ikut memandang wajah Tasnim dengan penuh tanda tanya.
"Ya.. Adik dia tu, junior course ayah. Ibu tak kenal sangat. Gitu-gitu je.." Tasnim memberitahu lebih lanjut.
"Oh..." Harun Amir sengaja memanjangkan bicara. "Ayah kenal la?"
Hud berkerut cuba mengingati.
"Tak. Jarang-jarang senior buat program dengan junior."
Harun Amir mengangguk-angguk. Syahmi juga mengangguk-angguk mengikut perlakuan abangnya.
"Aniem.. lelaki tu, Farez," Hud memulakan bicara sebaik mereka sampai di rumah sewa. "Dia tu yang partner dengan Aniem untuk projek final Aniem dulu eh?"
"Em, haah. Dia lah.." Tasnim menjawab ringkas. Jemari sibuk membuka kerongsang dari tudung yang dipakai.
"Yang cover Aniem dengan jaket dia dulu tu kan.."
Hud mengangguk-angguk tak ubah seperti respon Harun Amir dan Syahmi sebentar tadi di kedai makan. Peristiwa tragedi pashmina melayang terbayang di kotak memori Hud.
"Hud, dia masih sayangkan Hud tau."
"Huh, siapa?" Hud terkejut. Takkanlah Tasnim berbicara tentang Farez?
"Faeqah."
Hud merenung wajah Tasnim. Lama.
"Jadi?"
Hud tidak memahami apa yang cuba disampaikan isterinya itu. Tasnim menyangkut kain tudungnya. Wajahnya meredup resah. Fikirannya nampak sarat.
"Aniem, sayang tanya ni..?"
Tasnim diam membisu.
"Hud.." Hud memandang wajah isterinya di sisi. Bantal di kepala dibetulkan supaya lebih selesa. "Kalau lah.. sayang ni janda orang.. Hud masih nak kahwin dengan sayang lagi tak? Masih nak cintakan sayang lagi tak?"
"Apa Aniem merepek ni?"
"Kalau sayang ni pernah berkahwin, maybe dengan Ron.. dan ada anak-anak dengan Ron.. kemudian sayang kehilangan Ron.. sayang terima sayang lagi tak?"
"Sayang, you know you are my first love. Sayang tak dapat nak bayangkan kalau kita ni hidup terpisah. Kita berkahwin sebelum kita sempat bercinta.. Sayang tak tahu dan tak dapat nak bayangkan macam mana rasanya kalau sayang bersama dengan orang selain Aniem. Sayang tak tahu, Niem. Hud tak tahu..."
Tasnim kembali membisu.
"Kenapa sayang cakap macam ni? Tak cukup ke sayang dalam hidup sayang? Jodoh dan maut tu di tangan Allah. Takdir Allah itulah menjadikan kita hari ini. Jadi kalau hidup ini ditakdirkan berubah, itulah yang terbaik dari Allah untuk kita."
"Hud.. kalau sayang tak dapat nak bayangkan semua tu, sayang pun tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan Faeqah yang memendam perasaan dia dekat sayang. Lebih sepuluh tahun dah dia cintakan sayang, bukan senang.."
"Faeqah?" Hud jadi keliru. Mengapa pula isterinya ini asyik membangkitkan nama yang terasa asing baginya itu.
Tasnim membisu lagi.
"Sayang... hidup sayang ni tak tahu lagi sampai bila... jadi kalau tak keberatan.. sayang carilah peneman baru, buat membantu sayang dengan anak-anak bila sayang dah takde nanti...."
"Shh... jangan cakap macam ni, sayang. Please, Aniem. Sayang tak nak dengar sayang cakap macam ni. Bila tiba masanya, barulah kita tengok apa yang patut dibuat.'
"Tapi sayang jugak yang cakap, perancangan awal itu penting."
"Itu bisnes, sayang... Kita bercakap tentang kehidupan."
"Kehidupan itu adalah tempat kita bekerja untuk Allah.. dan salah satu pekerjaan yang diberkati adalah bisnes. Jadi bisnes itu adalah kehidupan.."
Hud jadi pening kepala.
"Aniem, lets stop. Sayang tak dapat nak faham bahasa bunga-bunga sayang tu, sayang pun tak faham dunia bisnes sayang ni kan sebenarnya..."
"Aniem bercakap perkara yang Aniem rasakan betul, dan Aniem nak Hud pertimbangkan semua ni. Demi masa depan Hud, Amir, dan Syahmi."
Tasnim terus menarik selimut dan berpaling ke arah bertentangan dari Hud.
"Tapi Syahmi tu kecil lagi, boleh ke dia faham semua ni nanti?"
Tasnim enggan menjawab. Hud mengalah,, kemudian menutup lampu.
"Banyak yang perlu difikirkan Aniem. Ini hal yang besar, kita tak boleh berfikir satu pihak je..."
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment