dniy
"Maafkan encik? Untuk apa?"
"Saya rasa ada salah faham antara kami. Saya rasa dia jadi macam ni disebabkan saya. Mungkin dia sampai fikir macam-macam disebabkan kejadian saya masuk hospital minggu lalu." Fahmi menyesal. Kalau bukan sebab dia terjatuh, dia fikir Aulia takkan begini.
"Jangan salahkan diri encik." Dr Razia menasihatkan. "Apa yang encik lalui itu semuanya proses hidup encik. Dan apa yang Puan Aulia lalui sekarang juga proses kehidupan dia. Kita semua kena belajar untuk lalui hidup dengan sabar dan redha."
"Tapi..." Fahmi ingin menyangkal tapi tak jadi.
"Encik boleh terus melawat Puan Aulia. Kita sama-sama berusaha supaya semangatnya pulih." Dr Razia memberi semangat. Dia tahu Fahmi sayangkan isterinya, Aulia.
Setelah menyanyikan lagu Perfect Day kegemaran Aulia, Nina mendekati rakannya itu dengan harapan untuk berborak. Sudah lama dia tidak melihat Aulia dalam sesi terapi seni yang diadakan oleh sukarelawan untuk pesakit wad psikiatri ini. Keadaan Aulia yang nampak kurus membuatkan hati Nina berasa sayu.
"Lia, do you still remember who i told you wrote this song?"
Aulia termenung kosong seolah-olah tak mendengar suara Nina. Awal perkenalan mereka dua tahun lepas, Aulia adalah satu-satunya orang yang memberikan tepukan pada persembahannya. Tapi hari ini, hanya Aulia yang dilihat tak memberi sebarang respon. Nina menguatkan hatinya di depan Aulia.
"Its my brother. Its his last piece of memory with me."
Aulia masih diam. Ketika menceritakan tentang abangnya kepada Aulia suatu ketika dulu, Aulia WHAT ?? Nina tak tahu sama ada Aulia masih ingat tentang kisah abangnya yang pergi kerana bunuh diri. Tapi dia berharap kisah itu memberi kesan positif buat Aulia saat ini.
"I hope you being in hospital wont be my last memory with you."
Setelah mengucapkan itu, Nina lihat air mata Aulia mengalir sepi.
*
*
*
"Fahmi!"
Fahmi tersentak dari lamunan. Buat sekian kalinya dia terduduk sendiri di lobi wad ini. Sepanjang petang menunggu sekiranya dapat berjumpa Aulia, dia terfikirkan banyak perkara yang ingin dia lakukan untuk Aulia. Hanya saja jika Aulia sudi menjenguk keluar dari bilik wadnya.
Gadis yang memanggilnya tadi duduk berlabuh di sisinya. "We've met before, I'm Nina."
"Oh, ya. Aulia selalu juga cerita tentang awak, Nina." Fahmi kenal nama wanita itu. Tapi sepanjang dia berulang-alik menemani Aulia di hospital sebelum ini, dia belum pernah berjumpa apatah lagi berbual dengan Nina.
"Yeah, she told me about you a lot too." Balas Nina berbasa-basi. Fahmi tidak menjawab. Fikirannya masih melayang terhadap Aulia.
"Fahmi." Nina memberi soalan cepumas. "Do you love Aulia?"
Fahmi menoleh ke arah Nina.
"You look like youre so in love in each other. Have you ever told her you love her?" Nina menyoal lagi.
Fahmi diam.
"You should. Because we never know when is the last we can say those words." Gadis itu menasihatkan.
Fahmi terkelu. Secebis kenyataan yang menghiris hatinya kerana dia masih ragu dengan cinta.
"I pray you can still tell her even when you grow old."
Melihatkan Fahmi tidak menjawab kata-katanya, Nina bangun untuk beredar. Fikirnya, mungkin Fahmi inginkan masa untuk berfikir sendiri.
"Nina?" Panggilan Fahmi membuatkan langkahnya terhenti. "Sebenarnya, saya ada perkara nak tanya tentang Aulia."
Nina kembali duduk. "Tentang Aulia?"
"Sebenarnya ada banyak perkara yang saya tak tahu tentang Aulia. Saya tak tahu nak mulakan soalan dari mana." Fahmi berterus terang.
"If you dont ask now, its your loss." Nina memberi ruang sambil menggesa.
"Nina mesti dah tahu, kan? Tentang Aulia mengandung." Fahmi membuka cerita.
Nina terdiam. Sebenarnya dia tak tahu tapi dia diam menunggu soalan Fahmi.
"Saya buntu. Sepatutnya ini antara perkara yang buat dia gembira. Tapi kenapa dia jadi begini..." Fahmi mengingat semula reaksi Aulia yang langsung tak seperti yang dia jangkakan.
"Waktu dia dapat tahu dia mengandung, dia persoalkan saya. Samada saya nak jaga dia atau tak? Mestilah saya akan ada dengan dia. Saya pernah janji, saya akan bantu dia hadapi masalah penyakit dia. Mestilah saya akan jaga anak dalam kandungan dia juga. Tapi kenapa dia macam tak percayakan saya? Dan tak percaya ibu dan Iman juga?"
Nina terdiam panjang. Dia mengeluh berat.
"I think, shes in shocked. You just got in hospital yourself. She had to worry and cared for you. How would she trust you to care for a baby. Even more when she doesnt know if you will love the baby or not.
"Of course saya akan--" Kata-kata Fahmi terhenti. "Ya, saya yang salah. Walaupun kejadian tu hanya kemalangan, tapi kemalangan tu tetap berpunca daripada saya."
"Saya gembira bila dengar dia mengandung. Tapi bila saya fikir balik, sebenarnya apa yg saya rasa lebih kepada lega. Saya lega dia pengsan bukan sebab dia sakit PMDD. Saya risau bila dia sakit. Saya pening nak jaga dia. Saya tak thau kalau selama ni saya buat perkara yang betul atau tak untuk dia."
"sementara dia... Dia bagi warna dalam hidup saya. Sejak arwah ayah meninggal, hidup saya cuma ada 1 warna.
Sementara dia? Walaupun dia sakit, dia mangsa dari kemalangan tu, dia tetap tenang dan positif. Dia maafkan orang yang menjadi punca kematian kedua2 parents dia. Dia risaukan hubungan saya dengan pembunuh tu...?"
"Jangan salahkan diri tentang kemalangan malam tu. Aulia pun takkan salah awak walaupun awak betul-betul lakukan benda tu. Sebab Aulia pun tahu, its part of brain impulse. Its not something you can control. Jangan keras sangat dengan diri sendiri." ??
Fahmi menuliskan surat memo dan menyerahkan kepada jururawat. Nina lihat jururawat itu akan relay the message.
Post a Comment