Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Tia ketawa kecil. Permainan yang berlangsung semakin gamat namun dia berasa tak sanggup untuk ikut serta. Dia keluar dari air dan terus mendapatkan tuala. Susuk tubuhnya yang terserlah akibat baju basah yang melekap, harus dia sembunyikan. Dia segera melangkah pergi.

"Tia! Woi, join lah weh..! Bila lagi nak main sama?!" Fahim melaung dari seberang sungai. Sedikit kecewa kerana dia baru ingin ikut serta bersama beberapa lagi rakan lelaki. 
Tanpa menoleh, Tia melambai ke belakang tanda tak mahu.

*****

"Kenapa?"
Tia mengangkat kening. Fahim muncul bersama sebaris soalan. Tanpa segan silu Fahim mendekatinya, dan tanpa salam Fahim menegurnya. Mana mungkin dia mahu menjawab, sedangkan dia memang tidak senang dengan tingkah laku lelaki itu.

"Kenapa tak makan kuah? Nasi dengan sayur je? Diet ke?" Fahim menyambung, menyedari soalannya sukar difahami.

"Alergik." Balas Tia sepatah lantas terus menghabiskan kuah dan bergerak meninggalkan meja.

"Aku tak faham, kenapa dia selalu pergi bila aku datang? Aku ada buat salah ke?"

"Dia memang macam tu dengan semua lelaki. Dia dari keluarga beragama."

"Oh, macam tu.." Fahim mengangguk-angguk. "Tapi kalau nak berkawan tak salah kan..?"

*****

Fahim terus menepuk bahu Tia. Dia melabuhkan punggung di sebelah Atia di tempat duduk menunggu gerabak komuter. "Tia, aku nak nombor telefon kau boleh? Aku serius nak berkawan dengan kau."

"Aku takde nombor phone." Tia bertegas. Dia terus bangkit berdiri dan beratur di dekat landasan komuter. Fahim mengikuti langkahnya.

"Alaa.. jangan lah kedekut.. Kita dah kenal seminggu.. Tak boleh ke kalau kita berkawan walaupun even ni dah habis? Aku ikhlas nak berkawan je.." Fahim memujuk.

"Aku tak nak kawan dengan kau."

"Kenapa? Huda kata kau single.."

"Kau memang tak ingat aku ke?"

Wajah Fahim berubah. Keningnya berkerut seribu.

"Kau Fahim Ahmad Kamil kan? Dulu SMK Bukit Jelutong?"

"Ya.." Fahim masih berkerut. Dia pernah bersekolah di situ suatu ketika dulu. "Dua ribu..."

"Sebelas." Tia membantu Fahim mengingatnya. Dia berasa jengkel. "Kau ni singgah banyak sangat sekolah. I guess you had girlfriends in every each, huh?"

"Hah??" Fahim terperanjat mendengarnya. Dia cuba mengingat kembali saki baki memori zaman persekolahannya. Teman wanita? Dia cuma ada satu...

Tren komuter tiba di landasan. Tia melangkah masuk setelah penumpang keluar dari gerabak.

"Atirah Zamani?! Atirah!!" Fahim mengejarnya. "Kau Atirah ke?"

Tia malas melayan. Dia melepas pandang ke luar tren. Biru langit indah tak seperti hatinya yang kian mendung selama Fahim mengekorinya.

"Sumpah aku tak perasan, Tirah! Kau nampak lain gila berbanding dulu! Dah berapa tahun ek?"

"Lima." Tia menjawab perlahan. Dia merenung hujung kaki. Kemudian dia mencapai henfonnya dari dalam beg sandang. Tia mencari tempat duduk dan kemudian memasang set kepala.

Fahim terdiam kelu. Dia berdiri di hadapan Tia sambil tangan mencapai pemegang keselamatan. Melihatkan Tia melepas pandang dan terus mengelak darinya, dia mengalah. Cuma, dia ingin memastikan gadis itu selamat sampai ke destinasi terakhirnya.

Diam mengisi ruang antara Tia dan Fahim. Tia enggan memandang ke arah Fahim. Tingkah laku itu membuatkan Fahim jadi kelu. Dia tak mahu lagi mengganggu gadis itu. Dia tahu dia bersalah.





'Stesen AB, Stesen AB.'
Tren sampai ke destinasi. Tia bangkit berdiri. "Excuse me." Dia meminta laluan daripada Fahim seperti mereka tak pernah saling kenal dan hanya orang asing. Strangers.
Fahim membiarkan Tia berlalu pergi sebelum dia membuat keputusan untuk mengejar Tia keluar buat kali terakhir.
"Tirah.." Tia menurunkan set kepala. Dia menghentikan langkahnya. Memberi ruang untuk kata-kata terakhir Fahim sebelum dia benar-benar pergi.

Fahim berjeda lama sebelum akhirnya menuturkan sepatah kata.
"Im sorry."

_________________

hyep. i had too long a break from this blog.

lately aku banyak menulis. tapi aku tulis tesis. pastu keje intern aku pun banyak buat menulis.
so its like, sume tenaga dah curah kat situ, tak dpat nak korek idea utk cerpen.
but last week aku tak sihat, and aku tak tau cemana aku termimpikan ex aku. hmm hidup lagi mamat tu hmm
so i guess i really should throw something out to this blog.

actually banyak kali aku fikir "i should write something" "theres something i wanna write"
but so many things had happened aku start being more reluctant to write sebab aku takut nak share apa yang aku lalui all these months. that was the first .. ermm second actual reason.
but after that, aku sendiri memang takde idea sangat nak tulis apa. even kalau ada idea, cuma sepotong dua ayat. yang mana bila aku nak kembangkan jadi cerpen 2 muka surat sekalipun, aku tak mampu nak kembangkan.

kalau korang nak aku teruskan pasal aulia do recommend me the kinds of moms, either directly bagi idea ke, suggest drama atau novel yang ada mak2 mertua merapu ke..
because i stopped at the scene of them wanting to go to see fahmi's mom. and then im like, i dont know anything about fahmis mom. how should i build this woman's character? i dont know?
and that the biggest reason aku tak dapat nak teruskan untuk cerita auliaxfahmi.

hmm banyak nak bebel. tak tau lah apa sebenarnya.
entah2 sebenarnya tak dapat nak tulis sebab otak malas fikir . tu je lol.

anyways. tunggu komen korang mana tahu mood nak menulis tu improve.

edit: there really was no construct to this story hmm.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous