Darling, I need you
Fahmi memapah Aulia ke dapur memandangkan wanita itu bertegas ingin bergerak. Katanya sudah penat seharian berbaring. Air dijerang di dalam cerek elektrik. Fahmi terfikir untuk membuatkan bubur untuk membantu melegakan perut Aulia. Fahmi berfikir mungkin juga Aulia kekurangan tenaga kerana tidak makan sepanjang siang tadi. Sementara menunggu bubur (beras) kembang, Fahmi membakar beberapa keping roti di atas kuali.
Aulia diam mengerongkot di sisi meja makan bersama botol air panas di perutnya.
“Lia nak buat air panas?”
Aulia menggeleng. Kepala dilentokkan di atas meja. Terus berkerut dahinya menahan sakit dan kantuk.
“Makan roti?”
Aulia menggeleng lagi.
“Makan lah sikit. Mana tahu boleh legakan perut tu?” Fahmi memujuk. Kemudian dia beranjak ke peti sejuk. Mengeluarkan sebotol air masak dan halia. “Ni air yasin ada lagi. Minum ya..”
Aulia hanya memandang. Tak mampu berfikir mahupun menolong Fahmi memotong halia. Aulia memuji pilihan Fahmi untuk memasukkan halia ke dalam bubur yang dimasaknya.
“Halia bagus untuk legakan senggugut kan?” Soal Fahmi kepada Aulia.
“Mana ayang tahu?” Aulia menyoal semula.
“Dulu angah pun selalu banyakkan halia dalam masakan dia bila dia rasa dia nak period. Kitorang ni masing-masing kenalah menghadap je masakan dia. Sedap juga makan halia. Keluar angin semua, haha.” Fahmi menjelaskan bersama tawa di hujung ayat.
Aulia senyum segaris. Senang mendengarnya dan berharap Fahmi akan bercerita lebih banyak lagi tentang keluarganya.
Aulia menguap besar. Fahmi juga begitu. Malam begitu lewat sehingga suasana sepi mengundang rasa mengantuk. Memang di saat seperti ini ramai yang sudahpun lena diulit mimpi.
“Ayang.. Fahmi…!” Aulia menggerakkan bahu Fahmi. Suaminya itu bangun perlahan-lahan dengan mata masih tertutup kuyu.
“Hmm..?”
“Sekarang pukul berapa? Ayang kerja kan hari ni? Dah solat Subuh?”
“Ehh..?!” Fahmi terus bergegas ke bilik mandi.
Aulia masih duduk di meja makan. Perutnya sudah berasa lega, tapi dia masih terlalu mengantuk untuk berganjak ke mana-mana.
Aulia tersenyum lucu. Roti yang dimakan separuh bersama sebekas makanan berteknologi seperti termos terbiar sepi di atas meja. Semestinya bekas makanan itu berisi bubur yang masih panas, dan roti itu pula sisa makanan Fahmi malam tadi. Aulia berkalih memandang ke atas dapur. Sempat juga Fahmi menutup periuk bubur dan mengemas dapur serba sedikit seelum tertidur di meja makan bersamanya. Dia cuba menggambarkan bagaimana Fahmi cuba menghabiskan roti bakar bagi mengelakkan pembaziran sebelum dia tertidur.
“Haha! Now wake up, Aulia!” Ujarnya sendiri. Kemudian, dia memanaskan semula bubur yang ada di dalam periuk dan menyediakan roti bakar baru untuk Fahmi.
^^^^^
“Jangan lupa makan lunch <3”
Fahmi senyum melihat mesej daripada Aulia. Mesej itu tepat pada masanya. Dia memang sedang dalam perjalanan untuk makan tengah hari. Dia merenung pintu lif yang masih bergerak turun ke aras bawah. Fahmi teringat yang dia ada merancang untuk bertemu Dr Kristine untuk bertanya tentang keadaan Aulia ini.
“Petang ni aku pergilah.”
“Pergi mana?” Soal rakan sekerjanya.
“Eh..” Fahmi menggeleng. Tanpa dia sedari, dia sudah berfikir sambil bercakap. (think out loud)
Aulia membalut rambutnya yang masih basah dengan tuala. Dia baru sahaja selesai mandi dan mengemaskan bilik air. Senyuman terbit di bibir . Sewaktu mengemaskan barang mandi tadi, dia ternampak suatu bekas yang seperti mmm. Bekas yang diperbuat daripada bahan kulit (leather) itu dibuka dan di dalamnya ada pisau cukur yang selalu digunakan Fahmi.
“Lepas ni, boleh tak awak simpan pisau cukur awak tu dekat tempat lain?!” Wajah Fahmi kelihatan tergamam mendengar amukan Aulia itu.
Aulia senyum lagi menyedari suaminya mengingati pesannya saat marah-marah tempoh hari.
Aulia berganjak ke dapur. Hatinya puas melihat segalanya elok terletak. Dia menyedari dapur itu sentiasa bersih biarpun Fahmi yang menggunakannya. Hanya kadang-kala, bekas garam dan gula serta botol-botol kicap dan perencah sedikit lari dari tempatnya. Aulia bersyukur mendapat seorang suami yang prihatin dengan kebersihan rumah. Kemudian, dia membuat keputusan untuk mengelap lantai rumah menggunakan wiper sheet. Biar lantai bersih tanpa sebarang habuk.
Selesai mengemas rumah, Aulia duduk di ruang tamu. Dahulu, dia akan mula membuka laptopnya untuk memulakan kerja menulis terjemahan. Namun sejak mengambil keputusan untuk berhenti kerja tempoh hari, dia tak lagi menyentuh kerja-kerja seperti itu. Setiap hari, dia hanya membiarkan dirinya bersama kertas-kertas kosong yang dianggap seperti kanvas untuknya. Samada dia mewarna, melukis, ataupun menulis dalam jurnal miliknya. Dan dia lakukan itu semua dengan harapan dia akan segera sembuh dan menjadi kuat lagi seperti dahulu. Worksheet yang diberi Kristine tempoh hari dibuka.
How are you feeling today?
Good.
Hows your energy level?
Good.
Write down your todo list and gratitude list (at least three) for the day. Start with thanking the Lord for giving the chances to breathe again today.
Aulia mengisi ruangan kosong pada worksheet itu.
- Hari ni tak sakit macam semalam, dah boleh bangun buat kerja
- Fahmi temankan aku sepanjang malam semalam
- Fahmi masakkan untuk aku semalam
- Fahmi kemaskan rumah untuk aku, aku tak perlu buat apa-apa sangat pun sekarang ni
- Fahmi cares for me <3
Now, thank yourself for thanking your day. Remember, good things start within you. (
Aulia memejamkan mata dan menarik nafas dalam. Dia membayangkan memori visual tentang apa yang ditulisnya itu di dalam mindanya dan kemudian berkata kepad diri sendiri, ‘these are the good memories that will help me through everything’. Ianya salah satu daripada teknik kognitif yang pernah diajar kristine untuk membantu menenangkan dan mengawal mood.
Sebelum sempat meneruskan ke kolum seterusnya, Aulia cepat-cepat bangkit. Dia jadi terganggu apabila menyedari seluarnya terasa basah. Ada tanda merah pada seluarnya apabila diperiksa. Aulia meneliti kusyen tempat duduknya pula. Lega hatinya melihat sarung kusyen bersih daripada sebarang kesan darah. Dia tak mahu menanggung malu depan Fahmi nanti.
Aulia cuba mengingati bila kali terakhir dia membasuh sarung kusyen itu. Mungkin sudah tiba masanya untuk membasuh. Memandangkan hari sudah siang, Aulia meletakkan kerja itu sebagai todo untuk hari esok.
“Isy, Lia.. bersihkan seluar ni dulu, okey!”
Aulia terus berlari ke bilik air. Kertas worksheet yang ada terbiar begitu sahaja di atas meja.
Write down your affirmations for the day.
20
^^^^^
Bila cakap pasal halia, aku teringat masa aku sekolah dulu aku ada masalah senang masuk angin. Masa sekolah menengah la teruk gila. Pastu kakak aku ajar aku makan halia. Kalau masak sup mesti letak banyak-banyak halia. Then kalau aku jumpa halia, mesti aku gigit makan. Kononnya this is my ubat, semua orang tengok be like “seriuslah wey” haha. Sekarang pun masih ada sakit tu tapi dah tak sekerap/seteruk dulu.
Bila aku fikir balik enn.. aku rasa masalah tu mungkin jadi sebab dulu aku pernah terluka teruk sampai kena jahit. A lot of blood had loss. But lepas tu aku makan tak teratur and I guess I didn’t get enough nutrient for 100% recovery. Tu yang jadik sampai macam tu.. hmm bila dah besar baru memahami keadaan kenapa dan bagaimana.. its okay, bila dah tahu maka misi usaha untuk membetulkan keadaan pun bermula.
Btw, sem nak mula dan aku akan sibuk dgn fyp. Lagipun its a good idea to rest abit from this and gather more materials. So see you later. Maybe akan cuba post lagi time cuti midsem. Lets just hope i dont abandon this story.
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment