Welcome!
Irene Adler | 20 ~ no more
teen | UMT Cita Warisan

-blog currently on hiatus-

Latest List
Full List

05 Jun; Darling, I Need You 9 01 Jun; Darling, I Need You 8 09 May; Darling, I Need You 7 07 May; Darling, I Need You 6 18 Apr; Darling, I Need You 5 12 Apr; Darling, I Need You 4 10 Apr; Darling, I Need You 3 08 Apr; Darling, I Need You 2 07 Apr; Darling, I Need You 1 24 Jan; Racun: Sidestory 21 Jan; Racun 7 17 Jan; Racun 6 14 Jan; Racun 5 10 Jan; Racun 4 05 Jan; Racun 3 03 Jan; Racun 2 27 Dis; Racun. 05 Nov; Teddy bear ini.. 05 Nov; The Sunflower 30 Oct; 7 Hari Bersamamu
Home | Follow | Suggest


cbox


credit
Template by : IKA. Do tell me nicely if im not credit yours. tq ^^
Racun.
“Sejak bila?”
“Sejak bila apa?” Laili berkerut.
“Sejak bila Laili mula sukakan abang?” Zed mengulang soalannya lebih terhurai.
“Sejak bila itu bukan masalahnya, abang. Masalahnya, mak tahu.. takkanlah”
“Jawab, Laili. Abang perlu tahu how long Laili dah sukakan abang?” Zed mencelah kata-kata Laili membuatkan dia jadi sakit hati lantas merungut panjang.

“Apa perlunya Laili beritahu abang? Untuk apa? Kalau abang tak suka Laili, abang beritahu lah dengan mak dengan ibu.. Ibu dah tahu Laili sukakan abang, takkan lah Laili nak tipu ibu kata yang Laili dah berubah fikiran sedangkan itu bukan hakikatnya!”

“Okey.” Zed memutuskan talian.
“Abang.. Hello?” Laili mengeluh berat. Sepotong mesej dihantar melalui wasap.
“You better fix this, abang. Jangan buat Laili macam ni..”
Laili berasa sebal. Buat kesekian kalinya, Zed tidak menjawab mesej darinya. Hanya perkataan seen yang muncul di bawah belon perbualan (text bubble).



Hari berganti hari, sehingga memakan sebulan lamanya. Zed tetap tidak memutuskan pertunangan mereka malah terus berdiam tanpa sebarang khabar. Laili menyibukkan dirinya dengan kerja untuk mengelak daripada asyik terfikirkan perihal itu. Namun, telinganya sudah hampir berdarah mendengar soalan-soalan dari ibunya yang sering bertanyakan tentang Zed. Lali mengambil keputusan untuk menghantar mesej ws kepada abang angkat merangkap tunangnya itu.

“Assalamualaikum, abang. Mak tanya, abang sihat ke? Senyap je..”
“Wassalam. Oh sihat, alhamdulillah. Sorry lah sebab tak balas ws hari tu. Sibuk sikit sebulan ni..”
Laili mengangkat kening sebaik membaca balasan itu. Dia tak percaya dengan alasan klise dari Zed. Dia juga malas untuk memanjangkan bicara. “Oh, ye ek..”

“Laili.. abang dah buat keputusan.”
Kening yang terangkat bertukar menjadi kerutan.
“Sebulan ni, buat abang sedar.. Bila abang tengok balik. Laili selalu baik dengan abang, dengan mak ayah abang.. Jadi why not.. abang belajar untuk terima Laili dalam hidup abang..”

“What?? Abang ni serius lah.” Laili hampir menjerit sambil dia menaip balasan itu.

“Ya, Laili. Tak salah rasanya kalau kita give each other a chance.”

Laili berkerut seribu. Hatinya penuh ragu. Apakah Zed sengaja ingin bergurau? Adakah ini sebuah prank? Laili terkedu. Namun, suatu sudut di dalam hatinya dia merasakan secebis bahagia. Laili benar-benar hilang kata-kata. Akhirnya, dia melepaskan telefon bimbitnya dan berlalu untuk mengambil wudhu. Solat istikharah dia dirikan untuk menenangkan hatinya.

***

Laili termenung panjang. Dia teringat bagaimana dia dan Zed ditunangkan oleh keluarga mereka masing-masing. Ibunya suka hati bila mendengar jawapan darinya setelah ditanya berkenaan perkara ini.
“Laili dengan Abang Zed tu pernah bergaduh tak? Atau Laili ada apa-apa yang Lail tak suka tentang Abang Zed?”
“Takde, ibu. Kitorang okey je. Masa sekolah dulu, abang banyak jaga Laili kat sekolah. Macam tu je lah.”
“Ibu dengan mak Abang Zed dah rancang..” Ibunya membuka cerita. “Laili tahu kan macam mana ibu dengan mak berkawan baik, ibu dengan mak tu pun dah lama rapat.. Lama dah kami cadang nak jodohkan anak ibu ni dengan anak dia. Laili setuju?”
Laili tersipu malu sebaik memahami butiran percakapan ibunya itu. Dia dan Zed masing-masing merupakan anak tunggal. Tiada orang lain yang mungkin
“Ibu tak paksa tau.. Laili setuju atau tak, itu terserah Laili”
“Em.. Laili tak kisah.”
“Betul ni?”
“Ya, ibu. Laili pun sukakan abang tu jugak.”
“Alhamdulillah.. Diam-diam je ya, kamu ni…”
Laili tersenyum malu.
“Tak cerita dnegan ibu pun pasal ni, ya..” Ibunya terus mengusik.
“Laili segan lah, ibu…”

“Laili!”
Laili tersentak. Paie memetik jari di hadapan mukanya beberapa kali.
“Termenung jauh nampak?” Rakan sekerjanya itu menyoal.
Laili sekadar senyum segaris. Pandangannya dialih daripada asyik merenung cincin yang melingkari jarinya kepada skrin komputer.
“Cincin apa tu? Tak pernah nampak pun sebelum ni? Boyfriend bagi ke?” Paie menyoal lagi, menyedari cincin yang bersarung di jari manisnya.
“Taklah, ni mak aku yang bagi. Dia suruh aku pakai..” Laili berdalih. Bukan dia menipu keranan memang mak angkatnya yang memberi cincin itu kepadanya.
“Dia ada kenenkan kau dengan siapa-siapa ke?” Paie menyambung lagi soalannya.
“Wallahualam. Dia cuma suruh aku pakai je..” Laili terus mengelak daripada menjawab dengan jujur.
“Oh, harapnya bukan cincin tanda lah.. Kalau tak, aku rasa kecewa..” Respon Paie membuatkan Laili jadi hairan.
“Kenapa? Kau ada simpan perasaan kat aku ke?” Dia sekadar berseloroh.
“Salah ke kalau aku ada perasaan kat kau?” Paie terus berlalu pergi bersama fail yang perlu dia serah kepada bos.
Laili terdiam kelu.

2
<.....>
Kebanyakan lelaki adalah sangat tak sensitif. Selamba je cakap pasal cinta dan perasaan, tanpa berfikir panjang. Hmm, mungkin emosi diorang tak cukup matang untuk berfikir jauh tentang semua ni. (angkatbahu)

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
<
>