Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Be mine?

Jauh perjalanan mereka sehingga Adilah perasan mereka sudah sampai ke Damansara Utama. Sampai di suatu kawasan perumahan, Khairul menelefon seseorang.

"Haa, kau dah sampai ke?"
"Oh, lama ke tunggu. Sekejap lagi aku sampai."
"Hmm, aku terus je lah. Okey."

"Siapa tu?" Adilah menyoal.
"Kawan." Balas Khairul sepatah.

Setibanya di depan sebuah rumah, Khairul berhenti dan memperkenalkan Adilah dengan seorang lelaki.
"Ni kawan sekerja aku. Intern sama-sama. Kerja pun sama-sama."
"Hai.." Rakannya itu menyapa dengan mengangkat tangannya separas bahu. "So, ni la orangnya?"
"Haah." Khairul memeluk bahu Adilah. Adilah rasa tak selesa.
"Well, selamat pengantin baru. Kenduri nanti jangan lupa jemput."
"Eh, mesti..!"
"Masuklah, tengok-tengok rumah ni."

Adilah membuntuti Khairul memasuki rumah yng sederhana besar itu. Di dalamnya ada tiga buah bilik tidur dan dua buah bilik air beserta tandas.
"Actually, sepatutnya aku nak menyewa sama-sama dengan dia. Tapi dah jadi macam ni, aku mintak dia carikan rumah untuk aku. Ayah dia banyak rumah area ni. Rumah yang nak menyewa hari tu pun rumah ayah dia jugak." Jelas Khairul sambil mereka melihat-lihat ke dalam rumah. Bergerak ke dapur, Adilah membuka semua laci yang ada. Baik yang rendah mahupun yang di atas kepala.
"LRT pun dekat je. Boleh la aku hantarkan kau pagi-pagi.."

Adilah mengangguk-angguk.
"Okey, laci dapur pun tak tinggi sangat. Bersih, tak berkarat... Mesti pintu pun sama kan.." Adilah memutuskan. "Okey je nak tinggal sini."
"Tapi kenapa banyak sangat bilik?"
"Terus tinggal sini sampai ada anak.." Sengih Khairul.

"Berapa orang?"

"Entah.. Tiga, empat? Kau nak berapa ramai?" Khairul membalas selamba. Tangan bermain-main di atas meja makan. Seperti sedang berfikir atau sebenarnya mengawal malu.
"Tanya je, sebab ada dua bilik.." Adilah menggeleng-geleng bila ditanya berapa ramai anak yang diinginkannya. Beberapa tahun berfikir cara untuk memikat Khairul, tak sempat dia memikirkan tentang anak-anak. Yang penting mereka ikhlas untuk bersama.
"Susah tau nak maintain bilik yang takde orang duduk. Jadi kau kena tolong aku menyapu hari-hari." Adilah mengulas.
"At least setiap minggu kena mop lantai supaya habuk tak melekat tebal."

"Bisa aja..." Khairul bergurau dengan berbahasa Indon.

"Bila boleh masuk?" Khairul bertanya kepada rakannya.
"Bila-bila.. Sekarang pun boleh. Ambik kunci ni." Kunci bertukar tangan.
"Okey, thanks."



"Lepas ni nak ke mana?"
Khairul hanya tersenyum sebagai menjawab soalan itu. Kereta meluncur lagi.

Khairul membawanya ke sebuah kedai perhiasan emas.
"Bukak choker kejap." Khairul mengarah.
Adilah keberatan tetapi dipujuk oleh Khairul.
"Trust me with this."

"Saya ada tempah.. Khairul ya.." Khairul meminta barang yang ditempahnya
"Yang ini ya encik?" Si pekedai memastikan tempahannya.
"Ya.." Loket kecil berbentuk hati itu dibeleknya dan diukur menutupi hiasan asal pada choker milik Adilah.
"No!" Adilah menarik chokernya. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Khairul. Dia menggeleng laju. "Never!"

Pekedai tersenyum melihat ulah mereka.
"Kalau cik nak, kami boleh buatkan lubang dan sambungkan dengan besi bulat."
"Yeah, that sounds better." Fikir Khairul.
"No!" Adilah tetap tidak membenarkannya. "Its leather. Nanti dia boleh koyak."

"We believe the leather is in good quality." Pekedai bermanis mulut.

"Leather beli kedai biasa? Good quality??" Adilah mempersoalkan.

"Okeylah, kalau kau tak nak.. Its okay. Kita boleh letakkan loket ni kat tempat lain." Khairul mengeluh.
"We take as is."
Si pekedai mengangguk faham. Dia bergerak mengambil bekas untuk menyimpan loket itu.
"Satu hal lagi.." Khairul teringat suatu hal. "Cincin kahwin tu, kecik sangat eh? Minta dia adjust."

"Oh," Adilah menanggalkan cincinnya. "Kenapa saiz dua cincin ni berbeza?" Soal Adilah merujuk kepada cincin pertunangannya yang lebih padan dengan jarinya.
"Sebab Hakim kata saiz jari manis kau sama macam saiz jari kecik dia.. Tapi kebelakangan ni dia dah tambah berat sikit kan, stres belajar kan..?"

Adilah mengangguk-angguk. Sejak bila entah dia ni rapat dengan Hakim..?

Sambil menunggu adjustment cincinnya selesai dibuat, Adilah mencuci mata melihat-lihat perhiasan yang dijual di kedai itu.
Semuanya berkelip-kelip disinari cahaya lampu yang dipasang di dalam kedai. Silau mata Adilah membuatkan dia menyepetkan matanya semakin kecil.
"Ah, pening!" Rungutnya perlahan, sambil memicit kepala.

"Ada yang lawa ke?" Khairul menghampirinya.
Adilah menggeleng sambil berpaling memandang suaminya. "Entah, silau.. Eh?"
Adilah melangkah melepasi Khairul. Perhiasan yang terpamer pada dekat dinding kedai itu dibelek.
"Yang ni lawa."
"You sure?" Khairul mengerutkan dahi. Padanya design rantai itu simple sahaja.
"Yep, this one. Sesuai kalau letak loket tu kat sini. Confirm!"
Kening Khairul terangkat mendengar jawapan itu. Tak menyangka Adilah berfikir untuk terus mencari rantai yang sesuai dengan loket tadi.
"Harga pun cantik. Tak lah mahal sangat.." Adilah menymbung lagi. "Kau ada berapa? Aku pun ada sikit duit.."

Khairul mendekat dan melihat rantai itu. Benar kata Adilah, harganya sesuai dengan kemampuan mereka.
"Its okay. I pay." Khairul menekankan. Sisi kepala Adilah dikucup lembut.
Adilah lekas mengusapnya. Segan.

Dalam perjalanan pulang, tangan Khairul tidak lepas menggenggam tangan Adilah. Andai diizinkan Allah, dia tak mahu melepaskannya langsung. Namun, dua pasang tangan ini perlukan kebebasan untuk mengurus kerja sehari-hari.
Adilah membalas genggaman itu. Hati terasa berbunga-bunga. Penyesalan terbit dari lubuk hati. Andai dia berterus terang, pastinya bahagia ini akan lebih dulu dinikmati. Dia melepas pandang ke luar tingkap. Senyumannya ditahan agar tidak ketara. Khairul turut tersenyum melihatnya dari cermin sisi.
Derita semalam, anggap saja sebagai bayaran untuk bahagia yang mendatang.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous