"Ibu..?" Harun Amir menepuk bahu Tasnim, cuba mengejutkan ibunya dari tidur. Dia risau setelah lama menunggu untuk sarapan bersama. "Ibu, bangun."
Bunyi air mengalir dari pili berhenti. Serentak dengan itu, lengan Tasnim terkulai.
"Ibu..!"
"Kenapa, Amir?" Hud muncul di hadapan pintu bilik air bersama tuala di bahu.
"Ayah! Kenapa ibu tak bangun-bangun lagi ni? Amir dah kejut tapi.."
Hud mengeluh bersama senyuman tersimpul. "Ibu penat lagi tu.. Biarlah dia sekejap lagi."
"Tapi sekarang dah pukul lapan! Ibu tak pernah sarapan selewat ni! Ibu..!!" Harun Amir mengamuk resah. Dia benar-benar risau dengan keadaan ibunya itu.
Tasnim tetap lena tidak berkutik. Hud perasan ada sesuatu yang tak kena. Dia mendekati isterinya dan mendemah dahi serta leher buah hatinya itu. Hud berubah kalut. Denyut nadi Tasnim diperiksa.
"Harun, tolong ayah start enjin kereta!"
Harun Amir menunduk diam. Hatinya berdoa agar ibunya yang tercinta itu dipanjangkan umur agar dapat menemaninya sehingga dewasa. Biarpun sakit ibunya tidak sembuh, dia akan sanggup menjaga. Asalkan ibunya tetap di sisi sehingga dia dewasa. Tambahan lagi, dia risaukan Syahmi. Apa perasaan Syahmi jika kehilangan ibu pada usia muda sedangkan dia sendiri tidak sanggup melaluinya?
Farez datang menjenguk. Dia terus masuk ke dalam wad untuk bertemu Tasnim.
"Awak okey? Saya dengar awak masuk ke hospital, jadi saya cepat-cepat datang.."
Tasnim memandang sekitar. Ada wajah-wajah yang tak dia kenali.
"Isteri ke?" Dia menyoal Farez. Suaranya begitu lemah.
"Ya, ini isteri saya." Farez memperkenalkan.
Tasnim terpandangkan Faeqah. Wajahnya tetap mencuka, tetapi ada sedikit bayang risau di situ. Tasnim menghulur senyum.
"Faeqah.. andai saya pergi, saya nak serahkan Hud dan anak-anak saya kepada awak. Boleh..?"
Faeqah terkejut. Farez dan semua yang mendengar pun ikut terkedu.
"Aniem! Sayang sedar tak apa yang sayang cakapkan ni? Sayang merapu ni, berehat dulu..." Hud jadi gelabah. Tasnim betul-betul dah hilang pertimbangan agaknya!
"Amir.." Tasnim memanggil. Anak sulungnya muncul dari balik pintu. "Sudi tak Amir terima acik ni sebagai ibu Amir?"
Harun Amir berdiam. Dia merenung wajah ibunya dalam-dalam.
"Aniem!" Hud memarahi Tasnim.
"Sayang dah tak lama dah, sayang.. Sayang akan rasa lebih tenang kalau sayang tahu sayang kahwin dengan Faeqah.." Suara Tasnim berubah serak. "Sayang tak nak Faeqah jadi macam sayang dengan Harun." Sayu sahaja mendengar suara itu. "Please, sayang.. Tunaikan permintaan terakhir sayang ni...?"
Hud jadi tersepit dengan perasaan sendiri. Ditelan mati bapak, diluah mati emak. Samada menerima orang yang tak dicintai, atau mengecewakan hati orang yang dicintai.
"Faeqah sudi ke terima anak-anak kita?" Dia ingin mencari kelemahan dalam permintaan Tasnim itu.
"Kalaupun acik tak sukakan kami, Amir janji Amir akan jaga hati acik seperti Amir jaga hati ibu!" Luah Harun Amir sambil berlari ke sisi katil. Tangan ibunya dia genggam.
"Faeqah?" Tasnim memandang Faeqah.
Faeqah diam sahaja. Hatinya berbelah bahagi. Memang dia sangat mencintai Hud, dia sanggup terima Hud apa adanya. Pandangan Faeqah jatuh kepada Harun Amir dan Syahmi. Kedua-dua anak itu adalah tanggungjawab yang akan datang bersama cinta hatinya. Farez menjeling wajahnya. Dia tahu abangnya itu juga bingung dengan situasi ini. Dia manarik nafas dalam.
Akhirnya, Faeqah mengangguk setuju.
"Faeqah..?" Farez dan Hud masing-masing berkerut dahi.
"Terima kasih." Ujar Tasnim sebelum nafasnya jadi turun naik. Harun Amir lekas-lekas mengajarkan ibunya lafaz syahadah, mengingatkan ibunya tentang kalimah tauhid itu. Doktor dan jururawat memasuki ruang rawatan dan meminta seluruh pelawat beredar.
Hud terus memerukkan diri di dalam bilik. Henfon Tasnim diselongkar isinya. Banyak gambar-gambar kenangan antara mereka. Gambar-gambar Harun Amir dan Syahmi. Air matanya tumpah.
Sampai hati Aniem buat Hud macam ni? Sampai hati Aniem tinggalkan Hud dan anak-anak..?
Playlist Tasnim didengarnya melalui earphone. Sampai pada lagu Inspirasi Hati by DeHearty, hatinya runtun. Dia keluar untuk menjenguk anak-anaknya.
Syahmi terus bermain di buaian ibunya. Anak kecil itu diam sahaja kebelakangan ini. Harun Amir menemani Faeqah di dapur. Sepertinya anak teruna itu sedang mengajarkan ibu barunya masakan kegemaran mereka.
Hud tersenyum nipis. Aku patut bangkit, bukannya jatuh hilang arah seperti ini.
Cinta Pertama; bolehkah kau melupakan orang pertama yang kau cintai sepenuh hati?
Post a Comment