Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Untitled

Hirisan bawang mulai memedihkan mataku. Aku bertahan sahaja, kerana ianya baik untuk masalah resdung. Aku teruskan dengan memotong ikan yang telah aku sediakan sejak semalam. Juadah tengah hari ini, simple sahaja sebenarnya. Hanya aku yang terlalu lemah dalam hal-hal memasak.

"Sayang, buat apa tu?"

Pisau tercampak ke hadapan lantaran aku sangat terkejut menerima pelukan secara tiba-tiba dari belakang.

"Abang! Tengok apa abang dah buat!!" Mataku terbelalak melihat bagaimana pisau itu jatuh ke dalam sinki. Nasib baik ia tak terlepas ke tempat yang membahayakan. Aku membasuh tangan dengan air mengalir.
"Sekarang ni, abang selesaikan semua ni sendiri. Tak nak buat dah!" Aku terus melarikan diri setelah mencapai sehelai kain.

"Eh?" Jelas si dia terkejut.

"Sayang, kenapa ni? Ada yang luka ke kat tangan tu..? Abang minta maaf.. Sini abang tengokkan." Si dia panik. Aku peduli apa? Aku lebih cemas di sini. Dada berdebar kencang, antara marah dan tangis. Aku cuba menarik nafas.

"Sayang..." Dia merapatkan tubuhnya. Spontan aku menolak, dan disebabkan ruang sofa yang hanya cukup untuk seorang, dia jatuh ke lantai.

"Adoi." Dia mengaduh. Aku tetap memencil diri di situ. Mengelak dari segalanya, seolah-olah ingin memutuskan hubungan dengan dunia ini.

"Sayang!" Dia meninggi suara. "Please lah, biar abang tengok. Kenapa macam ni..? Kalau luka, sini lah abang sapukan ubat..."

Hatiku tak tertahan lagi.

"Abang tu! Kan abang tahu yang saya ada trauma dengan benda tajam, lagi abang buat macam tu. Takut tau tak!!" Tubuh terhenjut-henjut menahan tangis yang sudahpun membasahi wajah. Aku dapat rasakan tempat luka kemalangan sewaktu kecil dulu berdenyut pedih. Seperti baru semalam ia terpotong.

"Im sorry.. but sayang, you were always playing with knives skillfully when doing your artwork and all.. I thought sayang dah tak takut."

"Kalau biasa-biasa memanglah dah biasa. Tapi kalau pisau melompat lari macam tu, siapa yang tak takut?!" Air mata semakin deras.

"Im sorry..."




#lepasgian

Labels:


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous