Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Fitrah Cinta

   "Sakinah.. Abang tengok Sakinah suka kerja kat sini. Abang tak marah, tapi abang harap hak Sakinah tak terabai. Sakinah patut ada duit sendiri kalau macam ni. Jangan bagi duit Sakinah dekat Naim."

   "Abang Aliff.. Sakinah kerja sini bukan sebab duit. Sakinah cuma nak tolong Abang Naim. Sunat bagi seorang isteri untuk membantu suaminya mencari nafkah. Abang Naim tak pernah mintak, tak pernah tanya pun tentang gaji Sakinah. Sakinah tahu batasnya, bang.."
   Aliff tersenyum kelat mendengar hujah Sakinah. Adiknya lebih arif soal nikah berbanding dirinya yang mendalami Fiqh Muamalat.

   "Sakinah tak ingat Faiz ke? Abang harap sangat sakinah boleh kahwin dengan dia. Tapi, yalah.. ibu dah pilih orang lain untuk Sakinah.." Aliff menghempas keluhan.
   "Siapa Faiz tu, bang?"
   "Sakinah tak ingat? Dialah orang yang pinang Sakinah, dulu.."
   "Oh, Sakinah tak pernah tengok muka dia."

   Naim segera mendapatkan Sakinah setelah selesai menguruskan Mr Joe. Dia ingin tahu apa yang rancak dibualkan oleh dua beradik itu.
  "Faiz hensem, kan?" Aliff mengusik.
   "Mestilah hensem." Darah Naim tersirap mendengar jawapan Sakinah.
   "Naim hensem..?" Aliff sengaja ingin mengenakan Naim. Dia tahu Naim sedang mencuri dengar perbualan mereka.
   "Hensem.." Balas Sakinah.
   "Siapa lagi hensem?" Tanya Alifff lagi.
   "Rasulullah.." Balas Sakinah sebelum dia tertawa. Naim tidak pasti samada Sakinah bermaksud untuk bergurau atau tidak.
   Naim sudah duduk di sebelah Sakinah. Dia menjeling tajam ke arah abang iparnya. "Mengumpat Naim, eh?"
   "Tak lah." Sakinah pantas menjawab. Tawanya mati tetapi senyuman kecil masih terlihat.

   "Korang semua..! Cantik tak Effy potong style ni? Hensem kan..?" Raffique teruja menunjukkan potongan rambut Faiz kepada mereka bertiga.
   Sakinah cepat-cepat menundukkan pandangan. Aliff tersenyum senang. Naim pula menyirap. Dia masih ingat, inilah wajah yang mengganggu tidurnya dulu.

Malam, rumah Naim.
   "Sadaqallahulazim.."
   "Eh, sikit lagi nak habiskan surah ni.." Naim kehairanan. Sakinah tiba-tiba menghentikan bacannya.
   "Hubby tak fokus.. Banyak salah..!" Ulas Sakinah. "Hubby fikirkan apa? Sweetie tengok hubby masam je dari petang tadi. Sweetie ada buat salah ke??"
   Naim terdiam seketika.

   "Faiz tu hensem, kan?"
   Sakinah berkerut dahi. "Setiap ciptaan Allah tu cantik."'
   Naim diam lagi.
   "Antara hubby dengan Faiz, siapa lagi hensem?"
   Sakinah tergelak.

   "Ya Allah, kenapa hubby tanya macam ni??" Sakinah tergelak lagi. Sebenarnya dia lega. Dia takut Naim jatuh hati kepada lelaki itu. Ternyata dia salah, Naim bersikap begitu kerana cemburu.
   "Jawablah soalan hubby." Naim mendesak. Tiba-tiba, azan berkumandang.
   "Shh.. azan." Bisik Sakinah. Naim merengus. Sakinah tersenyum, senang hati mengusik suami.

   "Okey, azan dah habis. Cepatlah jawab.."
   Sakinah buat tak dengar. Matanya ditutup sambil menadah tangan membaca doa. Naim mengeluh. Sudahnya dia bangkit untuk memperbaharui wudhu.
   Sakinah menarik tangan Naim. Pipi dicium sebelum dia mendahului suaminya ke bilik air.
   Naim terkedu seketika. Senyuman terbit di bibir.

*****
   "Sweetheart jaga kedai elok-elok, tau.. Hubby keluar kejap." Pesan Naim sebelum dia meninggalkan Sakinah sendirian. Dia perlu ke kedai elektronik untuk membaiki mesin ketam rambut manakala Raffique pula bertemu pembekal untuk menyelesaikan masalah stok lewat sampai.

   Sejam kemudian, Raffique pulang ditemani Faiz.
   "Assalamualaikum, Sakinah..." Tegur Faiz setelah dia selamat melabuhkan punggungnya di atas tempat duduk berhadapan Sakinah di ruang menunggu.
   "Waalaikumsalam. Abang Raffique mana? Bukan tadi dengan Abang Faiz?"
   "Ya, tapi ana ada hal nak bincang dengan Naim. Raffique tadi dia masuk dalam. Tak tahu buat apa.." Balas Faiz.
   "Abang Naim keluar. Sekejap lagi balik, insyaAllah.. Anta nak tunggu ke?"
   "Terpaksalah.."
   "Anta nak minum apa-apa? Kami ada teh."
   "Boleh juga."
   Sakinah masuk ke dalam bilik rehat. Dia juga sempat melihat keadaan Raffique. Bimbang jika lelaki itu memerlukan bantuannya.
    Sebentar kemudian, dia keluar semula menghidangkan teh dan secawan gula.
    "Eh, kena letak sendiri ke gulanya?" Faiz hairan melihat gula yang diletakkan di bekas berasingan.
    "Takut nanti tehnya tak kena tekak." Balas Sakinah.
    "Macam tu pulak?" Faiz menggeleng. Sakinah hanya tersengih.

    "Anti berkahwin bila? Ana tak tahu pun.."
    "Dah masuk empat bulan dah."
    "Barakallah..."
    "Syukran."

*****
    Naim yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke salon itu terkejut melihat Sakinah berbual mesra dengan Faiz. Dia naik marah namun cuba dikawalnya.
    'Ini kau buat ya, Sakinah? Aku suruh kau jaga kedai, kau pergi jaga laki lain..' Dia meluru masuk ke dalam lantas terus duduk di sebelah Sakinah.
    "Assalamualaikum." Katanya dengan nada marah.
    "Waalaikum salam.." Sakinah dan Faiz menjawab salam suci itu.
    "Hubby dapat ganti barang rosak tu..?" Tanya Sakinah tanpa dapat mengesan kemarahan yang membara di hati Naim sedangkan Faiz sudah tersenyum di dalam hati.
    "Tak, diorang kata kena tunggu dulu. Stok takde." Balas Naim. "Faiz buat apa kat sini?"

   "Eh, Ayiem.. Baguslah Ayiem dah balik. Bolehlah kita mula bincang.." Raffique tiba-tiba muncul dari belakang.

   'Effy dah balik? Aku buruk sangka rupanya..' Naim mencemuh diri sendiri.

   "Macam ni, Ayiem. Faiz buat bisnes aksesori wanita. Dia kata dia berminat nak melabur dalam salon kita ni. Effy rasa nak terima sebab bisnes kita dengan Sinma tu dah merudum. Diorang dah tak cooperate. Lagipun Faiz kata kita ada potensi untuk buka cawangan ke tempat lain. Effy teringin jugak nak buka cawangan.."
    "Macam mana, Naim? Setuju..?" Celah Faiz.

    "Firstly, kita baru jer buka salon ni. Aku rasa kita takkan larat nak uruskan cawangan lagi satu tu.  Secondly  Sinma kan tengah gawat. Relax la, nanti okey la tu. Thirdly, bertaubatlah Raffique.. Jangan libatkan Faiz."

    "Eh, Effy tak buat apa-apa pun dekat Faiz. Faiz yang datang dekat Effy kata nak melabur. Jangan nak tuduh Effy, kay..." Raffique menyanggah tuduhan Naim.

    "Entah la.. Susah jugak aku nak setuju. Kalau kitorang ada sorang lagi hairstylist tahan la jugak. Kalau kitorang berdua jer, mana larat.." Naim memberi alasan kepada Faiz.
    "Sakinah kan ada." Celah Raffique.
    "Tak boleh. Sakinah, dia dengan aku jer. Kalau aku kat sini dia pun mesti dengan aku." Bangkang Naim.
    "Kalau macam tu, kita ajak Amy nak tak? Dia kan kerja kerani.. mesti dia suka kalau dapat kerja salon dengan kita kan?" Usul Raffique pula.
    "Kau ni memang sengaja cari pasal ke?" Naim memasang wajah ganas.
    "Okey, okey.. Effy gurau jer..."

   "Maksudnya tak setuju lah ni?" Tanya Faiz setelah lama berdiam.

   "Sorry la, Faiz. Aku senang dengan salon kitorang yang sekarang ni. Kalau nak buat cawangan pun tunggu la setahun dua lagi.." Balas Naim.
   Faiz memandang Raffique.

   Raffique sekadar mengeluh.
   "Sorry lah, Ayish. Effy tak boleh buat keputusan sesuka hati. Walaupun salon ni Effy punya tapi Ayiem ada separuh share. Kitorang sama-sama buka, jadi Effy tak nak buat apa-apa keputusan tanpa persetujuan Ayiem. Lagipun betul lah cakap Ayiem, salon ni belum sampai setahun pun lagi tapi Effy dah mimpi nak buat cawangan.."

    "Okey lah kalau macam tu. Faiz balik dulu." Faiz meminta diri. Dia terus keluar dengan wajah penuh kekecewaan menaiki kereta BMW miliknya.

   "Sweetie, lain kali jangan dekat dengan Faiz tu. Hubby tak suka.." Bisik Naim ke telinga Sakinah sebelum dia membuka kembali salon mereka.

Sebelas hari kemudian.
   "Assalamualaikum, Sakinah." Faiz datang bersama seorang wanita lantas menyapa Sakinah yang sedang membaca suratkhabar sendirian. Waktu itu, salon kosong tanpa pelanggan. Naim dan Raffique juga keluar.
   "Waalaikumsalam."

   "Ini adik ana, Farihah."
    Sakinah menyambut salam wanita bertudung litup sepertinya itu. Sambil tersenyum dia bertanya, "anti datang nak gunting rambut, ya?"

   "Hm, sekarang kan panas. A..na rimas dengan rambut ni."

   "Hm, mari." Sakinah menunjukkan ke bilik gunting rambut Muslimah. Kemudiannya dia berkata kepada Faiz, "maaflah. Abang Naim dan Abang Raffique keluar jadi tiada siapa boleh teman anta berborak. Anta duduklah dulu, baca surat khabar ke.."

   "Eh, tak boleh masuk tengok ke?" Tanya Faiz."

   "Haah, la, kak. Takkan abang tunggu luar sorang-sorang. Lagipun Ihaa tak tahu nak gunting rambut style apa.." Celah Farihah pula.

   Sakinah berfikir sebentar. Pada hematnya tidak mengapalah jika bertiga, asalkan auratnya tidak terdedah. Dia mengangguk setuju.


   "Farihah belajar kat mana?" Sakinah sengaja beramah mesra dengan pelanggannya.
   "Dulu belajar dekat UIA. Sekarang dah kerja." Balas Farihah.
   "Iya? tak sambung belajar ke?" Sakinah sekadar berbasa-basi.
   "Mak kata cukuplah belajar dalam negeri. Lagipun Farihah tak sabar-sabar nak jadi cikgu." Celah Faiz.
   "Oh, jadi cikgu? Sekolah mana..?" Dia bertanya lagi.
   "SMA Kuala Lumpur." Faiz menjawab lagi.
   "Oh.." Sakinah berhenti bertanya. Dia hairan dengan Faiz dan Farihah.

   Tiba-tiba henfon Faiz berbunyi manandakan mesej masuk. Dia kemudiannya meminta diri untuk membuat panggilan di luar.

*****
   Naim yang baru sahaja ingin membuka pintu kedai sambil membawa bunga di tangan kanannya terkejut melihat Faiz keluar dari ruang kerja Sakinah sambil membetulkan seluarnya. Kemudian lelaki itu ke tandas sambil tersenyum riang.
   Naim kecewa. Dia membawa diri ke tempat biasa dia melepaskan tekanan. KFC.

   Bunga yang dibawanya dihempas ke meja. Dia menduduki salah satu meja yang disediakan di luar premis kedai. Pekedai di dalam membiarkan sahaja memandangkan Naim ialah seorang pelanggan tetap.
   Tangan meraup muka dan seluruh kepala berkali-kali. Naim tidak mahu mempercayai apa yang dilihatnya.
   "Mungkin aku salah faham je kot.." Bisiknya sendiri.

   "Salah faham? Salah faham apa, Ayiem..?" Tegur Fahmi yang sudah mengambil tempat di sebelahnya.
   "Isy, kau ni Fahmi.. Buat terkejut je. Cuba bagi salam dulu..." Naim mengurut dada.
   "Dah.. cuma Ayiem je yang tak dengar." Fahmi menarik muka tidak puas hati. "Ayiem ada masalah ke? Cerita la dengan Amy, mana tahu Amy boleh tolong.."
   "Takpe lah, Fahmi. Takde kaitan dengan kau pun.."

    "Alah, Ayiem.. Jangan sombong sangat.." Pujuk Fahmi sambil mengusap pipi Naim. "Kita kan kawan.."
   "Kawan tak buat macam ni.." Naim menjeling tajam. "Baik kau stop!"

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous