Fitrah Cinta
19 Julai 2032, 2.00pm
"Ibu, Sakinah dah tak tahan dengan Abang Naim. Dia macam tak anggap Sakinah ni sebagai isteri dia pun.."
"Kenapa, Sakinah? Dia tak layan kamu ke?"
"Lebih teruk, ibu. Dia tak pernah pun makan masakan Sakinah. Dia balik kerja mandi, bersiap, kemudian terus keluar semula."
Sakinah menangis dalam dakapan ibunya.
"Apa benda yang kau masak ni? Ayam goreng je??" Naim mencampak ketulan ayam ke lantai.
"Sup ikan?" Naim menghirup sedikit sup yang dimasak Sakinah. "Puh, masin gila!! Ini kalau bagi anjing makan, mesti mati..!"
Segala cemuhan dan hinaan Naim terhadap dirinya masih tersemat di ruang fikiran. Namun, Sakinah tidak sampai hati untuk menceritakannya kepada Siti Halimah. Aib suami biarlah dia sahaja yang tahu. Dia tidak mahu membuka pekung di dada dan memburuk-burukkan suami sendiri.
"Takpe lah Sakinah.. Nanti ibu datang rumah kamu dengan Aliff dan Ain. Kita buat usrah, ya." Pujuk Siti Halimah sambil mengukir senyuman buat memujuk anak perempuan tunggalnya itu.
*****
Naim sedikit terkejut dengan kunjungan mertua dan keluarga iparnya di rumah. Solat Maghrib yang diimami oleh Aliff menjadi solat pertamanya di rumah itu. Sudah bertahun-tahun rasanya dia tidak menunaikan solat. Hatinya gementar mendengar bacaan Al-Fatihah dan surah oleh Aliff.
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّهُ
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.
[An-Nisa : 34]
"Biarpun lelaki ada peluang untuk berpoligami, namun tak mudah untuk melakukannya mengikut kehendak syariat. Susah untuk adil terhadap semua isteri. Pasti ada yang akan kamu lebihkan.. ingat lah, lelaki itu bertanggungjawab terhadap wanita. Apatah lagi, sekiranya dia telah menjadi isteri. Amanah nya bertambah berat. Kerana wanita itu tinggi darjatnya di dalam Islam. Sama darjat dengan lelaki, tetapi punya hak tersendiri. Hormatilah wanita. Kalau susah nak timbul hormat kerana hakikat yang mereka itu wanita, maka hormatilah mereka sebagai manusia. Itu lah fitrah Muslimim. Saling menghormati."
Tazkirah daripada Siti Halimah sedikit sebanyak memberi kesan di hati Naim. Emaknya sendiri pun tidak pernah menegurnya begitu. Lembut dan berhikmah. Naim mulai merasakan Sakinah sebagai amanah dari Allah yang perlu ditunaikan haknya.
Malam keesokannya, Naim cuba memujuk Sakinah memasuki 'syurga' ciptaannya. Rambut Sakinah dibelai lembut, pipinya dielus manja. Sakinah terkedu menerima layanan sebegitu daripada Naim. Tatkala bajunya disingkap perlahan, Sakinah menepis tubuh Naim lantas melarikan diri keluar bilik. Memencilkan diri di tepi sofa biru milik Naim.
"Sakinah.. kenapa ni? Salah ke kalau aku layan kau sebagai isteri..?" Naim duduk bertinggung seperti Sakinah. Menarik tangan isterinya, agar terdedah wajah menangis Sakinah.
"Tapi nanti abang anggap ana pengganti kak Ain.. Ana tak mahu melakukan dosa tu.." Air mata Sakinah terus mengalir. Sesungguhnya, dia takutkan Allah.
Barangsiapa mendekati isterinya, sedang dia memikirkan wanita lain. Seseungguhnya dia seperti berzina dengan wanita itu.
"Dosa apa, Sakinah? Kau isteri aku.. Satu-satunya perempuan yang ada dalam hidup aku sekarang. Aku sedar kau amanah dari mak kau untuk aku. Izinkan aku menebus kembali kesalahan-kasalahan aku sepanjang perkahwinan kita selama ni.." Pujukan Naim bukan untuk menipu Sakinah. Malah, dia sendiri sedang memaksa dirinya untuk menerima Sakinah. Dia tahu, ini lebih baik daripada 'dia'.
Sakinah mengalah. Dia tidak mampu mengelak daripada menerima keikhlasan Naim.
*****
1 Ogos 2032, 10.00am
Sakinah hairan dengan sikap Naim. Selayaknya seseorang itu bergembira dengan berita yang disampaikan doktor itu namun, suaminya hanya memperlihatkan wajah masam mencuka. Sepertinya lelaki itu tidak menyenangi berita ini. Naim terus berjalan dengan begitu laju sehingga Sakinah ketinggalan 10 langkah di belakang.
"Abang Naim, tunggulah..!" Seru Sakinah.
Naim berhenti dan berpaling ke belakang. Dia menunggu Sakinah mendekatinya. Sakinah mengeluh lelah apabila jarak di antara mereka hanyalah satu langkahan kaki. Tanpa disangka-sangka, Naim bersuara.
"Gugurkan anak tu."
Sakinah terpempan. Entah apa angin lelaki itu sehingga menyuruhnya melakukan dosa membunuh.
"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Suara Naim kedengaran serius.
"Tapi abang.. ini rezeki Allah. Berdosa kalau kita menidakkan taqdirnya.."
"Ada baiknya kau dengar cakap aku." Putus Naim. Dia meneruskan langkah, meninggalkan Sakinah.
"Kenapa, bang? Ini kan anak abang..." Sakinah memeluk lengan Naim dan memujuknya.
"Ah!! Aku tak nak anak tu..!" Amuk Naim. Tanpa sengaja, dia tertolak Sakinah sehingga menyungkur ke lantai.
Darah mengalir pekat.
Jururawat di kaunter serta orang ramai yang menyaksikan situasi itu membantu Sakinah bangun dan dibawa ke wad. Air mata membasahi pipinya. Biarpun dia sedang sakit keguguran, namun sakit di hati hanya Allah yang tahu.
*
"Kenapa tak beritahu ibu yang Sakinah mengandung..? Macam mana boleh gugur ni??" Siti Halimah masih terkejut dengan berita yang dikhabarkan Aliff kepadanya.
Sakinah hanya mendiamkan diri. Baik dia mahupun Naim, masing-masing tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya.
"Kak Ain, Abang Aliff mana?" Tanya Sakinah tiba-tiba.
Ain yang sedang ralit melayan anak kecilnya itu sedikit terperanjat.
"Abang.. dekat luar. Tengah bercakap dengan nurse." Ain sedikit gugup. Berasa janggal di hadapan Naim.
Aliff masuk ke wad Sakinah dan tanpa diduga, dia menumbuk muka Naim sehingga berdarah.
Aina menjerit. Anak kecil tu ketakutan melihat situasi sebegitu.
"Ceraikan Sakinah!!"
Siti Halimah dan Ain terkesima. Arahan Aliff benar-benar tidak masuk akal.
"Tidak. Takkan!!" Bentak Naim setelah dia berjaya mengimbangi diri.
"Kurang ajar.." Aliff benar-benar tersirap. "Kau dah buat dia macam ni, kau tak nak ceraikan dia pulak. Apa yang kau nak sebenarnya ha??!"
"Saya takkan ceraikan dia. Saya sayangkan isteri saya!"
Air mata Sakinah mengalir lagi. Dia keliru antara perkataan 'gugur dan 'sayang'. Perasaannya bercampur baur. Dia tidak mengerti perasaan suaminya itu.
"Keluar! Semua keluar..!!" Jerit Sakinah seperti diserang histeria.
"Sakinah, sabar sayang.." Siti Halimah cuba memujuk.
"Keluar lah.. Keluar!!" Sakinah memicit punat jururawat di sebelah katilnya. Beberapa ketika kemudian, jururawat hospital datang meminta semua orang keluar sesuai dengan kehendak Sakinah.
"Bersabar, puan.. Dunia semakin pelik. Bukan kali pertama saya tengok suami menyuruh isteri menggugurkan anak. Bersabar lah.. mudah-mudahan Allah memberi jalan keluar." Jururawat itu cuba menenangkan Sakinah.
Sakinah diam. Dia masih keliru.
"Nurse.. boleh saya peluk?" Pinta Sakinah. jururawat tersebut hanya merelakan.
Di luar.
"Abang.. maafkan saya." Ujar Naim dengan suara perlahan.
"Ceraikan adik aku." Aliff tidak memberi muka. Dia bengang dengan perlakuan Naim terhadap adiknya.
"Tidak, abang. Dengarkan cerita saya.." Naim duduk di kerusi tempat menunggu yang disediakan. Dia tidak pasti samada menceritakan aibnya itu ataupun tidak.
"Sebenarnya, bang.. Saya.. Saya.."
"Ah! takde saya-saya. Aku nak kau ceraikan adik aku sekarang jugak!" Aliff tidak mahu mengalah.
"Aliff, kenapa kamu nak sangat runtuhkan masjid adik kamu? Apa masalahnya??" Siti Halimah tidak mahu berdiam diri lagi. Dia kasihankan menantunya itu.
8.00am
Abang, Sakinah rasa Sakinah mengandung. Sekarang ni tengah dalam perjalanan ke hospital.
Aliff mengulum senyum menerima mesej dari adiknya.
Alhamdulillah. Bagitahu abang kalau dah confirm.
10.00am
Lamanya Sakinah.Dah confirm belum? Berapa bulan? Abang dah excited ni..
Puan Sakinah keguguran ditolak suaminya. Mohon waris datang ke sini segera.
"Dia buat Sakinah keguguran, bu.. Mana Aliff tak mengamuk..?"
"Betul ke ni, Naim?" Siti Halimah menyeluruhi wajah sugul Naim.
"Kau jangan nak berdalih, Naim. Jururawat tu dah ceritakan segalanya..!"
"Aliff, bersabar. Biar dia cakap.." Siti Halimah meminta anaknya bertenang.
"Saya tak sengaja.. Saya tak sedia lagi untuk jadi seorang bapa. Saya suruh dia gugurkan, tapi dia taknak.. Dia peluk saya, merayu pada saya. Saya cuma tolak dia ke tepi., tak sangka pulak dia boleh jatuh dan gugur.. Maafkan saya, saya tak sengaja..."
"Insaflah Naim.. Sedia atau tak, kita tak maampu mengelak dari ujian Allah. Dia nak menguji samada kamu boleh bersabar ataupun tidak dengan tanggunggjawab yang dia beri. Ingatlah Naim, berdosa besar mnggugurkan anak.."
Siti Halimah sedikit terkejut dengan pengakuan Naim. Dia kemudiannya mengajak Aliff sekeluarga pulang ke rumah. Dia juga menasihati Aliff supaya banyak bersabar dan beristighfar.
Naim termenung. 'Satu lagi dosa.. Apa nak jadi dengan aku ni..'
Rambutnya yang panjang menutupi telinga diraup ke belakang. Dia menyesali perlakuannya.
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment