Bab 1
Firdha menahan tangis. Dia membenamkan wajahnya ke bantal, bimbang adiknya, Firzha dan Kak Diana terjaga dari tidur mereka yang nyenyak. Badannya terhenjut-henjut. Sakit di hati hanya Allah yang tahu.
Tiba-tiba, dia menyedari "ana tak patut meratap begini. Orang beriman itu akan sentiasa diuji. Mungkin ini kaffarah bagi aku. Pasti ada hikmahnya Allah taqdirkan hidup aku begini. Astaghfirullah.."
Firdha lantas bangun dari katil. Dia berjalan perlahan menuju ke bilik air kerana dia perlu mandi wajib. Tuala dan perkakas mandi dicapai dan dia menuruni anak tangga sambil menahan perit.
"Masya-Allah, rupanya saluran paip utama ke bilik air ni tertutup." Detus hati Firdha setelah dia memeriksa punca ketiadaan air malam itu. "Mungkinkah ada yang ingin menganiaya ana?" Hatinya berbisik lagi. "Tak mungkinlah, macam mana pula putra dan putri boleh berpakat begini.. Astaghfirullah, ana kena husnuzzhan."
Firdha segera menunaikan kewajipannya.
*******
"Awal akak bangun hari ni?" Tegur Firzha setelah dia selesai mandi.
Firdha tidak menyahut. Dia tidak tahu berkata apa kerana dia mengambil kesempatan atas kesegaran mata yang diperolehinya setelah mandi untuk menelaah pelajaran SPM. Walaupun dia akan mendudukinya pada tahun hadapan.
"Khusyuk betul belajar." Perli Firzha. Dia geram akan kakaknya yang satu itu.
"Jom makan, Firzha, Firdha." Ajak Kak Diana yang baru selesai bersiap.
"Jom, Kak Diana! Kita tinggal aje Kak Firdha ni, khusyuk sangat." Firzha panas punggung.
"Jangan macam tu, Firzha. Firdha, anti tak nak makan ke? Ana dengan Firzha nak pergi dewan ni." Lembut Kak Diana bersuara.
Firdha menutup buku Fizik yang sedang dibaca. kemudian, dia menghadap Kak Diana dan berkata, "ana puasa hari ni. Akak pergilah, nanti ana datang
row call."
"Oh, alhamdulillah. Soleh, anak ummi. Selamat berpuasa. Ana pergi dulu, assalamualaikum!" Balas Kak Diana.
"Insya-Allah, solehah. Amin. Waalaikumsalam, elok-elok turun tangga!" Firdha menyahut salam yang diberi. Setelah Kak Diana dan Firzha berlalu, dia bersiap turun. Firdha membawa senaskhah Al-Quran ke koridor berdekatan tapak perhimpunan. Di situlah tempat dia menyendiri biarpun dihimpit hiruk-pikuk pelajar yang sedang bersarapan. Dia hampir menangis apabila membaca ayat 2 Surah An-Nur.
Pezina perempuan dan lelaki sebatlah mereka dengan 100 sebatan
'Apa nasib Amirul? Seingat ana dia ayam tambatan sekolah. Pelajar genius, paling pandai di Maahad Tahfiz Sains Ibn Sina. Macam mana dengan SPM dia?' Fikirnya.
Tanpa Firdha sedari, dia diperhatikan oleh seseorang.
"Hehe! Nampaknya rancangan aku berjaya." Dia tersengih sendiri. "Study konon, tak dapat tidurlah tu. Puasa? Cakap jer la kau nak pergi menangis..! Bendul punya perempuan!!"
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment