Bab 16
"Jangan.."
Firzha terjaga dari tidurnya. Amar masih lagi lena. Mungkin suaminya itu kepenatan hari ini memandangkan banyak ulat beluncas yang menetas di pokok-pokok kecil dan dia terpaksa memindahkan semua ulat beluncas tersebut ke pokok yang lebih tua. Hendak dibunuh, kasihan. Makhluk Allah itu mahu hidup juga.
'Ah, basah. Aku wajib mandi.' Firzha segera mencapai tuala oren yang dihadiahi bapanya ketika dia masih kecil. Dia sangat menyayangi tuala itu.
'Apalah aku ni. Esok nak SPM aku boleh fikirkan benda tu pulak..'
'Eh, awalnya Firzha bangun..' Amar terkejut melihat Firzha tiada di sisinya. Selalunya setelah tidur semula pukul 5 pagi, Firzha hanya akan terjaga semula pada pukul 6.10. Amar mengerling jam di meja belajar. 'Baru pukul 5.45.' Amar berasa hairan. Dia bangkit mendapatkan Al-Quran yang terletak di atas meja. 'Kenapa aku rasa peha aku basah semacam?' Amar menghidu tangannya yang mengusap pehanya tadi. 'Takde bau.' Amar berkerut memikirkan hal ini. 'Tak selesalah. Apa-apapun aku memang nak pergi mandi.'
Firzha masuk ke bilik setelah dia selesai membasuh baju-bajunya. "Najis tak elok dibiarkan lama-lama."
"Apa dia, sayang?" Suara Amar jelas kedengaran. Sudah 3 bulan dia memanggilnya sayang. Yalah, sejak abang koma.
"Umm.. takde apa-apa." Firzha malu untuk menyatakan perkara yang sebenarnya. Dia sibuk menanggalkan cadar dan menarik selimut untuk di basuh.
"Sayang dah solat? Abang tak nampak sayang pun sejak abang bangun.." Tanya Amar.
Firzha tersentak. "Korang semua dah solat Subuh?!" Amar hanya mengangguk.
"Terlepas solat jemaah.." Omel Firzha. Dia tergesa-gesa keluar untuk berwudhu'. Amar kehairanan.
'Bangun awal.. Lewat Subuh? Kenapa nak ambil cadar? Semalam dah basuh, kan? Entah-entah ada kena mengena dengan basah-basah tadi..?'
Selesai solat, Firzha lekas-lekas membawa cadar dan selimut ke tempat membasuh.
"Bukan ke semalam baru basuh cadar tu? Kenapa nak basuh balik??" Tanya Amar.
"Senyap lah!" Marah Firzha. Dia mempercepatkan langkah.
'Eh? Dia marah ke malu?? Kenapa muka dia merah pagi-pagi macam ni?'
*****
"Tak boleh fokus lah!!" Firzha menutup buku.
"Dah lah.. Tidur je. Relaks untuk esok. Dari pagi lagi sayang serabut. Sayang nervous, eh? Meh sini. Tidur."
Firzha menelan liur. Ajakan itu sukar ditolak. Bukan sahaja dia memang tidak dapat belajar. Malah Amar juga sudah siap untuk tidur.
Jantung Firzha berdegup kencang tatkala dia berbaring di sebelah Amar. Tidak pernah selama 2 tahun ini dia merasakan perasaan sebegitu.
"Sayang ni kenapa? Tak dapat tidur? Nak abang dodoikan..?" Usik Amar.
"Hm...? Boleh jugak!" Firzha tersenyum. "Tolong bacakan ayat 184 Surah AlBaqarah."
"Tentang puasa?"
"Yes.."
"Puasa kan dah lepas.."
"Salah ke?"
" ... Okey lah. Dengar abang bawak lagu Bayati."
"Lah, itu orang pun belajar. Cuba Hijazi boleh?"
"Um.. tak. Abang cuma tahu ni je. Nanti-nanti abang janji abang belajar Hijazi dengan Ustaz Halim. Dia kan terer taranum." Amar sekadar berbasa-basi. Namun dia tahu janji mesti ditepati. "Okeylah dengar ni."
[(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.]
[(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari- hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.]
[Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.]
'Ya Allah, hilangkanlah gemuruh di dadaku. Ilhamkan padaku apa yang patut aku lakukan.'
[Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu]
"الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ"
[(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.]
"Ya, sayang?" Amar terdengar bisikan Firzha.
"Tak, teruskan."
[Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.]
Tiba-tiba air mata Firzha mengalir. Amar dapat merasakan basah tetapi panas.
"Sayang, are you okay?" Amar mulai bimbang.
"No, its just.. you're too good for me. And we have promised not untill I finished my SPM. But.." Firzha sudah tersedu-sedan. Dia serba-salah. "I can't bear it that I dreamt about it.."
"Maksud sayang, sayang serabut sangat hari ni sebab perkara tu?" Amar tersenyum tahulah dia apa yang mengganggu pemikiran isterinya itu sepanjang hari ini.
"Sorry, I can't stop thinking about it.." Firzha terus menangis.
"Takpe, sayang ada hak untuk itu sebenarnya. Maafkan abang sebab terlewat 2 tahun." Air mata di pipi Firzha dikesat. Pipi isterinya itu dielus lembut.
"Tapi.."
"Takpe.. Abang akan pastikan Firzha tak mengandung waktu SPM. InsyaAllah..."
لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِ وَمَن قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْساً إِلَّا مَا آتَاهَا سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْراً
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
At Thallaq : 65
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment