Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Payung biru itu


Hujan lebat membasahiku.
Aku berteduh di bawah bumbung sebuah butik yang ditutup pada hari itu.
Kulihat kau berjalan di hadapanku bersama payungmu.
Kuharapkan kau pergi dan jangan berpaling ke arahku.
Namun kau menghampiri dan menghulurkan payungmu.
Kau menolakku pergi dan menyuruhku pulang.
Aku tidak mahu pemberianmu.
Kubiarkan payung itu di lantai dan kembali berteduh di bawah bumbung itu.
'Habis lencun aku dibuatnya!' Detus hatiku.
"Pulanglah, aku betah di sini. Jangan ganggu aku!"
Kau tetap berdegil dan membalas, "Aku mahu kau pulang. Biar aku yang di sini."
Aku tidak peduli.
Tiada lagi budi darimu yang akan kuterima.
Dan kita berdiri di bawah bumbung yang sama.
Terpisah oleh sekaki payung biru.

*****
Hari ini, aku melihatmu lagi.
Setelah bertahun kau menghilang dari pandanganku, yalah aku kan ke luar negeri menyambung pelajaran.
Terakhir kumelihat dirimu, saat kautolak pinanganku 2 tahun yang lalu.
Alasanmu, kau belum bersedia dan mahu menghabiskan pengajianmu.
Hari ini, kudapati kau berdiri di hadapan kedai salah seorang sepupuku.
Menunggu hujan reda.
Aku menawarkan pertolonganku. Tetapi kau tidak mahu menerimanya.
"Bagaimana inginku pulangkannya 
padahal aku tidak lagi mahu melihat wajahmu?"
Kata-kata itulah yang terucap dibibirmu. Pedih hatiku mendengarnya.
Aku tidak peduli.
Dayuslah aku jika membiarkan gadis yang aku kasihi sendirian di jalanan.
Dan kita berdiri di bawah bumbung yang sama.
Terpisah oleh sekaki payung biru.

*****
"Kaurasa bilakah hujan akan reda?" Soal Aufa.
"Hujan itu kan rahmat Allah.." Balas Fariz selamba.
"Kalau begitu aku redah je lah. Assalamualaikum!"
"Eh, nanti kau demam!!" Fariz menarik tangan Aufa.
Aufa merentap kembali tangannya. Tidak rela dipegang oleh bukan mahram.
"Jangan macam ni. Aku tak mahu kau demam. Lagipun sebenarnya, aku ada sesuatu untuk ditanya kepadamu." Pujuk Fariz. Dia mahu melihat wajah kekasih hatinya itu lebih lama. Dan memang benar dia ingin bertanyakan sesuatu.
Aufa kembali berteduh di bawah bumbung butik muslimah itu.
"Apa yang kau nak tahu?"

"2 tahun lepas, kenapa kautolak pinangan aku sebenarnya?"
"Kalau kau mahukan jawapan ikhlas dari hati aku, kau kena ikhlas mendengarnya." Aufa memberi amaran bahawa kata-katanya pasti akan menyinggung perasaan Fariz.
"Aku tak kisah. Aku cuma mahu tahu." Balas Fariz, penuh yakin.
Aufa menarik nafas dalam. Dia mencari kata-kata yang sesuai.

"Ada orang beritahu aku, kau ni miang orangnya. Dan setelah aku teliti, ternyata kau ni kuat berangan dan sering tersenyum sendiri terutamanya tatkala pelajar perempuan lalu di hadapanmu."
"Itu tidak menjadi bukti kata-kata mereka itu benar. Aku mungkin sedang mengingatkan perkara yang lain waktu itu." Tingkah Fariz.
"Fariz, jumlah rakan perempuanmu yang ramai di Facebook cukup untuk aku menilai kau. Apa kaufikir aku tidak cemburu memikirkan berapa ramai wanita yang akan kautemui selain aku? Itu sebab aku tidak mahu berkahwin denganmu. Aku takut cemburu." Aufa berterus terang.
"Alahai, FB je. Bukan aku chat dengan mereka pun."
"Yang pentingnya, aku cemburu."

Bunyi henfon menganggu perbualan mereka. Aufa melihat mesej masuk.
"Aku pinjam dulu payung kau. S.." Ujar Aufa setelah membalas mesej tersebut.
"Silakanlah.." Fariz tersenyum senang.

Deruman enjin motor kedengaran mendekati.
"Eh, abang!" Aufa menerpa ke arah penunggang motor tersebut.
"Cepatnya abang sampai." Kata Aufa kepadanya.
"Kan abang dah beritahu, abang dah dekat.." Lelaki itu memakaikannya helmet.
Fariz naik cemburu. 'Siapa dia ni? Seingat aku, Aufa takde abang.'

Aufa mendekati Fariz. "Nah, kaupulanglah ke rumahmu. Assalamualaikum."
Fariz memaniskan muka. Dia hanya tersenyum, tidak berani bertanya.
Dia hanya melihat Aufa membonceng motor itu bersama lelaki tersebut.
"Terima kasih sebab tolong tengokkan isteri aku. Assalamualaikum!"
Fariz terkedu. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa Aufa sudah berkahwin. Sempat dia mendengar lelaki itu bertanya, "Apa yang sayang bualkan?"
Fariz faham, lelaki itu cemburukannya.
Maka benarlah firman Allah ;


الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
(Surah An-Nur ayat 26)




*****i!jauhi pergaulan bebas!i*****

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next