Shiho berpaling. 'Ara~. Comelnya sahabat aku yang tembam ni..' Dia tersenyum sendiri melihat Ako yang termengah-mengah mendapatkannya. Entah apa lagi khabar yang Ako bawa kali ini.
"Shiho.." Ako mengatur nafas. "Eri.. nak jumpa kau.. dekat dewan badminton. Kalau kau.. tak pergi, dia akan anggap kau.. mengaku kalah."
'Eri lagi..!' Keluh Shiho. Dia sudah penat bersaing dengan perempuan itu sejak tahun pertama di Haruta Sports Academy. "Biarlah dia.. Dia tu, tak habis-habis nak cari pasal. Tak puas hati, pergi matilah!" Shiho melangkah pergi. Jika dia terlambat walau seminit, dia akan ditinggalkan dan terpaksa pulang dengan menaiki bas. Dengan membawa beban sebanyak 3 buah buku rujukan, dia tidak sanggup berbuat demikian.
"Shiho, inilah masanya untuk kau tunjukkan skil kau yang hebat tu." Pujuk Ako. "Dulu kau okey je.. Kenapa sekarang mengelak??"
"Lain hulu, lainlah parang. Lain dahulu, lain sekarang. Faham..?" Shiho sudah pandai bermadah kata sejak dia mengambil aliran sastera sebagai matapelajaran tambahan.
"Tapi, Shiho.."
"Stop!" Shiho melarang Ako daripada terus mengekorinya apabila dia menghampiri tembok luar akademi. Ako tersengih. Dia sudah lama mengetahui bahawa lelaki yang selalu menjemput Shiho ialah suaminya. Entah bagaimana Shiho menyembunyikannya daripada pihak akademi. Kalau bocor rahsia ni..
"Kenapa dengan kawan you, tu?" Tanya Haru.
"Tak tahulah. Biarkan aje dia. Jom balik.." Shiho sudah mencapai helmetnya.
"Kejap," Haru merampas helmet putih itu dan merenung wajah isterinya. "Did someone offered you a match?"
"Ikkuso.. I penat you tahu, kan?" Rungut Shiho. "I nak balik.."
"Shiho.. Such a great chance, takkan nak biarkan aje. Jangan biarkan operation tu jadi penghalang. Dengar cakap I.. Kalahkan dia dengan handicap. Okey?" Haru mengenyitkan sebelah mata. Dia ingin menggalakkan isterinya itu untuk meneruskan cita-cita sebagai seoarang atlet badminton yang disegani.
"I tetap tak nak pergi!" Bentak Shiho.
"Apa? Tak nak pergi Pizza Hut esok? Okey.. Jom balik." Haru memprovok.
"Isy, zalim betul..!" Shiho bengang. Dia menggoncang-goncang tubuh suaminya tanda protes. "Shikatanai yo."
Haru terkejut.
"I pergi.. Tapi kalau apa-apa terjadi, its all your fault!"
"Haa.. Ini barulah Shiho yang I sayang.. Nah, ambil ni!" Haru menghulurkan sebuah beg plastik berisi seluar panjang dan ubat-ubatan. Shiho mengambilnya dengan penuh perasaan geram. Berani-beraninya Haru ingin membatalkan birthday party nya di Pizza Hut.
Sebelum beredar, Haru sempat berpesan "jangan lupa beli air mineral sebelum match!"
Ako terperanjat apabila Shiho tiba-tiba melekapkan sekeping not 1000 yen didadanya.
"Air mineral botol besar."
Seluruh dewan terdiam apabila Shiho masuk dengan memakai seluar dibawah blouse labuhnya. Di belakangnya, Ako terkocoh-kocoh membawakan plastik dan botol mineral. Eri tersenyum sinis.
"Dah berbulan-bulan aku tunggu nak match dengan kau. Aku fikir kau dah berhenti main."
"Sorry, aku takde banyak masa. Just one round. Aku bagi kau 15 minit jer untuk kalahkan aku." Shiho bukan ingin bersikap sombong namun dia tidak punya hati untuk berbaik dengan Eri. Eri telah banyak mengganggu hidupnya di akademi ini.
"Eleh, kita tengok nanti siapa yang kalah dulu.. Haha!"
*****
Sembilan minit sudah berlalu dan Shiho telahpun menguasai permainan. Satu mata lagi dia akan mengalahkan Eri. Eri memukul tinggi melepasi kepala Shiho. Shiho melihat peluang. Dia melompat tinggi dan.. S M A S H !
Eri terlopong. Dia termengah-mengah. Dewan bergema dengan tepukan gemuruh daripada orang ramai yang menonton. Shiho terus melangkah keluar setelah berjaya mengalahkan lawannya dengan mata 21-7.
Ako segera mencapai barang-barang Shiho dan mengejar sahabatnya itu. Apabila dia tiba di bangku tempat menunggu bas, Ako terlongo melihat Shiho yang tertunduk dan henfonnya terjatuh ke bawah bangku.
"Shiho!! Shiho!!!"
Suara dari corong henfon jelas kedengaran. Ako mengangkatnya dan membalas sahutan lelaki di dalam talian. "Hello, kalau awak cari Shiho dia dah tertidur. Penat sangat agaknya match tadi. 21-7 tu, dahsyat..!" Ujarnya setelah Shiho tidak memberi reaksi tatkala dia melambai-lambai di hadapan muka Shiho.
"HOI..! Ada ke orang yang buat call then tetiba tidur. Bini aku pengsan la, sengal!!!" Marah Haru yang tidak mempercayai kebendulan orang yang sedang bercakap dengannya. Kemudian dia mengarahkan Ako untuk melihat ke dalam bekas ubat Shiho dan menyuruhnya menyuntik ubat ke lengan Shiho. Haru bergegas ke akademi dari rumahnya tanpa memutuskan panggilan. Dia juga menyuruh Ako menghubungi ambulans secepat mungkin.
*****
"Kau ni, Shiho. Tak beritahu aku pun tentang penyakit kau ni. Habis aku panik kena jadi nurse tak bertauliah. Dah tu kena marah dengan suami kau pulak tu." Rungut Ako di sebelah Shiho.
Shiho hanya tersenyum hambar. Dia tahu yang sahabatnya itu telah bersusah payah menyelamatkan nyawanya dua hari lepas. Dia ingin mengucapkan terima kasih tetapi terganggu dek suaminya yang menceroboh masuk ke wadnya.
"Shiho, do you feel better?"
"Hmm." Shiho mengangguk.
"Best kan dapat kalahkan orang 21-7. I dah kata dah.. You can do it tapi lain kali kena hati-hati. You tahu kan you kena berehat untuk loose your tendon every 15 minutes. Dah la tak makan ubat dulu.." Bebel Haru kepada pesakit yang terlantar di katil tersebut.
"I lupa la you.."
"Banyak la you punya lupa. You sebenarnya memang berniat nak tinggalkan I kan??" Haru mencuit hidung isterinya.
"I never keep that kind of intention in my heart."
"Aruka-sensei, anda diperlukan di wad bedah 10 minit lagi." Seorang jururawat datang memanggil.
"Okey la, sayang. I pergi dulu." Haru meninggalkan wad Shiho setelah mencium pipi isterinya itu.
"Perh, aku pun nak suami macam tu dowh. Bertuah kau dapat kahwin dengan doktor sendiri." Puji Ako.
Shiho hanya tersenyum mendengarnya. Dia tidak menafikan doktor itu jugalah yang telah membedah kecacatan di kakinya akibat kemalangan 3 bulan lalu. Kemalangan itu jugalah yang telah meninggalkan parut yang teruk di pangkal pehanya sehingga dia malu untuk bersukan lagi. Tetapi atas desakan Haru, dia telah berjaya mengatasi segalanya.
"Never look down on yourself. You can do better.." Shiho mengulangi kata-kata Haru saat malam perkahwinan mereka.
Ako tersentak. Dia tidak mendengar bisikan Shiho. "Did you said something?"
"Uh-uh. Jom makan. Masakan Haru memang sedap kau tahu.."
Post a Comment