Reunion kali ini
Jamuan yang cukup meriah. Segalanya sempurna, ada sushi, ada tanglung. Tapi..
Melihat semua rakan masing-masing sudah mempunyai kekasih halal..
Aku jadi sedih. Terasa sunyi menyelubungi diri.
"Hei, Dini. Kau tak nak makan ke? Lauk sikit punya sedap.." Tanya Dani kepadaku.
Aku hanya menggeleng. Sungguh, aku tidak punya selera untuk mengunyah apa-apa pun.
"Alahai, makanlah. Meh aku ambilkan untuk kau. Aku tahu kau suka makan sushi ni."
"Tak nak lah. Aku tak berselera."
Aku hanya membiarkan sahaja sushi yang merupakan makanan kegemaranku itu di hadapanku. Pinggan itu dihulur Dani yang sedari tadi memerhatikanku. Aku tidak tahu apa yang dia mahu dariku.
"Makanlah, penat aku ambilkan untuk kau. Kalau kau tak makan, aku tak bagi kau balik." Aku mengangkat sebelah kening. Dani mengugutku? Mentang-mentanglah dia yang merancang majlis reunion kali ini, suka-suka hati dia je nak buat aku macam tu.
"Tak baik memaksa. Kalau dia dah tak berselera tu, sudah la. Nanti kalau dia muntah, kau jugak yang susah, Dani."
Kata-kata Dinzley itu membuat dahiku berkerut. Apa kaitannya dengan Dani?
Apa-apapun, aku sedikit terharu dengan pembelaannya itu.
"Aku tahu kau sebenarnya nak makan. Meh aku suap." Dani menyuakan sushi itu ke mulutku menggunakan chopstisknya. Aku mengelak. Biarpun aku memang lapar, tetapi kappa maki kesukaanku itu tidak dapat menghilangkan rasa kekosongan ini. Dani tetap berusaha untuk menyuapku. Aku tertunduk malu.
"Dini, please..." Pujuk Dani.
"Dani, aku tak nak!" Aku menegaskan kata-kataku. Aku tiada hati untuk makan malam ini.
Dani mengeluh.
"Dini, aku ada something nak bagitahu kau. Tapi kalau kau tak makan aku takkan beritahu. Please eat this.." Sekali lagi Dani menyuakan sushi ke mulutku.
Aku jadi serba salah. Aku tidak mahu makan, tapi aku ingin mendengar apa yang ingin dikatakannya. Aku menerima suapannya tanpa berfikir lagi.
"Fuyoh, Dani suap Dini lah..!" Usik Dinzley. Aku tidak perasan pula yang kami sedang diperhati. Riuh kawan-kawan yang hadir mempermainkan kami.
"Dini, I..."
Keriuhan majlis membuatkan aku tidak dapat mendengarkannya.
"Dani, please repeat. Aku tak dengar!" Pintaku. Namun, tanpa disangka Dani terus berlari keluar dewan. Aku mengejarnya. Meninggalkan dewan yang semakin hangat dengan usikan rakan-rakan terhadap kami.
"Hoi, Dani! Apa kau cakap tadi?!"
"Dani...!"
Dani menghentikan langkahnya di hadapan sebuah fountain di hadapan hotel tersebut. Aku sudah termengah-mengah. Laju dia berlari. Maklumlah, ayam tambatan sekolah dalam lari pecut peringkat kebangsaan. Tapi kalah juga! Hahaha! Astaghfirullah, apasal galak aku kutuk dia??
"Dani, please ulang kata-kata kau tadi."
"Shh, sabar.." Dani berdiri membelakangkan fountain tersebut sambil melihat ke arah jam tangannya.
"5.. 4.. 3.. 2.. 1.."
Piung.. Pom! Pom! Pom!
Wah, cantik bunga api tersebut. Aku terlopong.
"Dini, boleh aku peluk kau?" Pinta Dani secara tiba-tiba.
"Kalau kau tak takut Allah, silakanlah." Perliku. Dia bukan abang, adik, ayah, mahupun suami aku untuk berbuat begitu. Tolonglah.. Minta perkara macam tu daripada anak imam Kampung Gali. Masak aku kalau ayah aku tahu!!!
"Dini, aku serius cintakan kau."
Apa dia merepek ni?!
"Haha, kalau betul masuklah meminang!" Aku cuba berlagak tenang.
"Kalau macam tu, esok jugak aku datang rumah kau. Bawak rombongan meminang." Aku melihat Dani tersenyum nakal. Sungguh, aku mengaku aku tergoda dengan senyuman tu. Tapi, dia buat aku rasa tertipu.
"Kau jangan berguraulah.."
"Bila masa pulak aku bergurau? Muka aku ni muka tak serius ke?" Dani membuat muka serius.
Haha! Tolonglah.. Kau cuma akan buat aku ketawa dengan muka macam tu!
"Dini, aku tak bergurau, okey. Ini soal hidup. Aku takkan buat main dengan perkara ni."
Dani melutut di hadapan aku. Ini menunjukkan yang dia sangat serius. Aku terkedu.
"Aku ni cantik sangat ke sampai kau buat keputusan untuk kahwin dengan aku?"
Amboi, kenapa aku keluarkan soalan yang sangat mendebarkan ni?
"Nak kata cantik tu tak lah." Dani menjawab selamba. "Nak kata cantik luar, ramai lagi yang lebih cantik. Cantik dalam pun, ramai lagi yang lebih cantik."
Eh, sesedap mulut dia je cakap aku macam tu. Ini yang buat aku rasa nak tampar orang.
"Tapi Dini, aku cuma syok kat kau sorang. Dan aku harap kau sudi jadi ibu buat anak-anak aku kelak. Please.."
Kata-katanya membuatkan aku terkedu sekali lagi. Sungguh berani dia mengeluarkan pernyataan sebegini.
"Aku perlukan sebab yang kukuh untuk menerima kau."
Dinginnya ayat aku! Biarlah.. Bak kata dia, ini soal hidup. Aku juga perlukan kepastian.
"Kau baik dan aku tak nak orang lain rosakkan kau.Aku nak jaga kau supaya kita boleh sama-sama masuk syurga. Aku sayangkan kau." Kata-kata Dani sungguh meruntun jiwa. Namun aku tak boleh menyerah begitu saja.
"Kenapa kau tak cari orang lain yang lebih baik untuk dijadikan ibu buat anak-anak kau?"
"Sebab aku percaya kau akan berubah lebih baik. Dan aku cuma syok dekat kau sorang je.. Please..!"
"Kalau aku tak berubah?"
"Aku akan berusaha ubah kau. Aku akan berdoa setiap hari supaya Allah bukakan hati kau untuk berhijrah ke arah kebaikan."
Aku terkedu lagi. Sungguh tulus kata-kata itu. Aku dapat merasakan yang ia keluar dari hati ke hati. Mungkin ini cuma perasaan aku. Tapi... Aku terharu.
"Kalau kau boleh doakan itu, kenapa kau tak istikharah untuk mencari orang yang paling layak menjadi isteri kau?" Aku cuba menahan perasaanku.
Aku melihat sebuah senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Tujuh hari.. Sudah tujuh hari aku laksanakannya dan berturut-turut aku bermimpikan seseorang yang sedang melahirkan."
Jantungku berdebar-debar. Aku tidak percayakan apa yang sedang aku fikirkan saat ini.
"Dan orang itu adalah kau."
Dup! Hampir tercopot jantung aku mendengarnya.
Aku terdiam. Berhenti untuk berfikir seketika. Dan Dani menunggu penuh sabar.
"Baiklah, nanti aku bagitahu maka aku yang bulan depan ada orang nak datang meminang. Kau bincanglah dengan mak ayah aku waktu tu."
Dani mengeluh. "Kenapa tak cakap minggu depan jer..?"
"Sebab aku pun nak istikharah dulu. Mak ayah kau pun kena buat persiapan kan? Macam tu jugak dengan mak ayah aku."
"Okey lah." Aku lihat, Dani sedikit kecewa.
"Kau kena redha kalau diorang tolak kau. Aku harap kau datang rumah aku dengan redha."
**3 bulan kemudian**
"Aku nikahkan dikau Ahmad Danial bin hmad dan Dini Irdina binti Salleh dengan mas kahwin sebanyak RM20 tunai."
"Aku terima nikah Dini Irdina binti Salleh dengan mas kahwin sebanyak RM20 tunai."
"Alhamdulillah..."
Carilah seseorang yang baik untuk dijadikan pasangan.
Dan jangan menolak jodoh yang baik, bimbang menjadi fitnah.
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment