Welcome!
Irene Adler
ღღღ

Important!
Full collection can be found on buttons below.
For newer collection (2025) click this link here


Latest List
Full List
Fateh p Hanis Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Important!
Newer collection (2025) and chapters list, click this link here .

Ladang kapas, piano dan kita

Tuan Baron termenung dengan surat lamaran Theron di tangannya. Biarpun Lucy bukan anaknya sendiri, dia berasa berat memikirkan jawapan yang wajar untuk lamaran Theron. 

Biarpun di luar sana ada gadis yang memasuki perkahwinan pada umur sebaya Lucy, Lucy masih kecil bagi pendapat dirinya dan Tuan Kilang. Lagi pula, Lucy mempunyai kematangan dan kecerdikan yang tidak ada pada mana-mana gadis seusianya. Kecerdikan itu amat berguna dalam meneruskan perniagaan tekstil Tuan Kilang. 

Tuan Baron mengeluh sendiri.

Evan datang memberi laporan kerja ladang kepada ayahnya. Evan juga memberitahu bahawa semua kapas yang hendak diangkut ke kilang tekstil sudahpun siap dipunggah, tinggal menunggu hari yang baik untuk bertolak ke kilang keluarga Lucy.

Tuan Baron mengangguk dan melepaskan Evan pergi tanpa sebarang bicara.

“Ayah, ada apa-apa masalahkah?” Soalan sama yang Tuan Baron dengar daripada mulut Lucy semalam, kini terpacul dari mulut Evan. Begitu ketarakah permasalahan ini?

“Tiada.” Tuan Baron berkata sepatah.

“Surat apa yang ayah pegang itu?” Evan menyoal lagi, tidak berpuas hati dengan bohong dari Tuan Baron.

“Hmm…” Tuan Baron membuang pandang. “Apa pendapat kamu tentang Putera Theron?”

“Putera Theron? Err…” Evan gugup. Mengingatkan pangkat remaja itu yang pernah dia pandang rendah, dia jadi gementar. “Entah, kami baru berkenalan dan berjumpa beberapa kali saja.”

Tuan Baron mengerutkan dahi lagi. Keluarga Theron, keluarga Elderic, bukan calang-calang nama. Dan untuk Tuan Kilang menolak mereka, itu seperti menolak tuah. Jika ketahuan dek orang, pasti Tuan Kilang akan diperkatakan dan itu akan menjejaskan perniagaan. 

“Kenapa, ayah? Putera Theron mahu bekerjasama dengan ladang kita?”

“Ini bukan tentang kita, Evan. Ini soal Lucy.”

“Lucy?”




Sementara itu, Lucy dan Tuan Kilang sedang mengutip buah di belakang bangsal. Mereka berpuas hati memeriksa keadaan kargo kapas yang akan dihantar ke kilang mereka nanti. Sengaja mereka datang memeriksanya, bukan kerana tak percayakan pekerja Tuan Baron tapi lebih puas hati memeriksanya dengan mata kepala sendiri. 

Lucy mengambil bakul yang semakin penuh dengan epal merah. Pasti isi epal itu manis yang membuatkan Lucy berpuas hati untuk membuat sebalang lagi marmalade epal untuk keluarga Tuan Baron. Tuan Kilang membantu anak gadisnya itu. Sambil memetik buah, Tuan Kilang bertanyakan tentang Theron. 

“Bagaimana kamu pertama kali berjumpa Theron, Lucy?”

“Waktu itu di pekan, kami bertemu di sebuah kedai kopi. Kopi di situ harum, ayah. Tuan kedai pun baik hati. Lucy tiba-tiba rindu nak bermain piano. Kemudian, Theron datang mengajak sertai pertandingan piano. Dia kata, mainan piano Lucy bagus dan merdu.”

Tuan Kilang mengangguk. Dia tahu Lucy sukakan kopi manis terutama setelah dia bekerja mengeluarkan peluh. Dia meniru tabiat itu daripada pengurus kilang mereka. Dan kisah pertandingan piano, dia sudah mengetahuinya. Suasana hening seketika.

“Apa pendapat Lucy tentang Putera Theron? Dia kacak?” Tuan Kilang menyoal lagi.

“Kacak?” Lucy berkerut dahi. Dia enggan menjawab soalan konyol seperti itu. “Ayah ni, ke situ pula!”

“Lucy, ayah tanya kerana ayah nak tahu sama ada Lucy sudi atau tidak untuk berkahwin dengan Tuan Putera Theron. Banyak persiapan yang perlu difikirkan terutama sekali persiapan diri kamu, Lucy.” Nada suara Tuan Kilang berubah. 

“Tapi ayah, kita cuma keluarga kecil dibandingkan dengan keluarga putera. Apa kita boleh menolak permintaan sebesar ini?”

“Sebab ini permintaan besar, sebab itulah ayah masih berfikir. Ini melibatkan masa depan kamu, Lucy.” Ujar Tuan Kilang. “Perniagaan kita ialah perniagaan komoditi asas. Kilang kita diperlukan oleh setiap lapisan masyarakat. Lagipula, daripada gaya penulisan surat Putera Theron, dia tak meminta apa-apa imbalan daripada pihak kita. Hanya berjanji untuk melayani kamu sebagai pasangan hidupnya. Tak terikat langsung dengan perniagaan.”

Lucy diam sejenak. 

“Perkahwinan ini untuk diri kamu, Lucy. Fikirkanlah masa depan seperti apa yang kamu mahukan. Apakah kamu percaya Putera Theron dapat memberikan masa depan seperti yang kamu impikan?”

“Kalau Lucy menolak, mereka takkan salahkan keluarga kita?”

“Lucy masih kecil. Masih terlalu awal jika ingin mengikat jodoh.” Tuan Kilang menyangkal fikiran Lucy. Tuan Kilang berpendapat keluarga Elderic tak akan menyalahkan mereka kerana kedua-dua pihak masih di umur awal remaja. “Lagipula, Putera Theron juga masih muda. Dia masih ada banyak peluang untuk mencari jodoh.”

Lucy diam lagi, tenggelam dengan pelbagai persoalan yang muncul di dalam benak. 

“Ayah, Suzy rasa bakul Suzy dah penuh. Suzy nak berehat, ayah.” Suzy mencelah pula.

Lucy dan Tuan Kilang tersentak. Mereka lupa Suzy ada datang membantu mereka. Jarang sekali anak kecil itu menunjukkan minat terhadap kerja-kerja sekitar rumah.

“Terima kasih, Suzy. Pergilah, pulang ke rumah dahulu.” Tuan Kilang menyahut. 

“Ya, Suzy. Terima kasih tolong kami.” Lucy juga menyahut.

“Bakul itu letakkanlah dahulu di situ, nanti biar ayah bawa pulang. Terima kasih, ya Suzy.” 




Suzy berjalan sendiri bersama sebuah bakul kecil. Dia memikirkan perubahan yang akan terjadi jika Lucy berkahwin nanti. Tentu Tuan Kilang akan menjadi lebih sibuk dengan urusan perniagaan. Suzy berfikir dia juga ingin membantu Tuan Kilang dan memperlihatkan nilai dirinya di hadapan ayah tirinya itu.

Suzy mengimbau kembali pengalaman bersama Lucy selama 3 tahun ibunya berkahwin dengan Tuan Kilang. Dulu, Suzy sering merasa kesal pada Lucy. Dia rasa selalu diabaikan, seolah-olah Lucy tidak mempedulikan dirinya. Jarak antara mereka hanya setahun, tapi saat Suzy ingin bermain bersama, Lucy selalu sibuk mengikut Tuan Kilang dan terus-terusan berada di kilang. Kadang-kadang, dia cemburu kerana Lucy lebih memilih sibuk dengan urusannya tanpa menunjukkan sebarang perhatian untuk menjalin hubungan adik-beradik.

Namun kini, setelah mendengar perbualan Lucy tadi, Suzy mula melihat sesuatu yang lain. Cara Lucy bercakap, matang — penuh perhatian terhadap masa depan keluarga, menunjukkan betapa seriusnya dia memikirkan tanggungjawabnya. Tidak lagi hanya soal bermain atau perhatian peribadi; Lucy memikirkan seluruh kilang, seluruh keluarga, dan masa depan mereka.

Perasaan pahit itu perlahan-lahan larut. Suzy tersedar bahawa bukan Lucy yang salah, tetapi mereka berdua berada di tahap yang berbeza. Lucy lebih matang, lebih dewasa dalam fikirannya, sementara Suzy masih dalam dunia kecilnya sendiri, memikirkan permainan dan perhatian.

“Dia… lebih matang daripada aku,” Suzy mengakui perlahan, dada terasa ringan, seolah lega melepaskan rasa iri.

Sekarang dia mengerti: Lucy bukan mengabaikan, tetapi memilih tanggungjawab yang lebih besar. Dan itu bukan sesuatu yang perlu disalahkan.

Mendekati pintu dapur estet baron, Suzy membuka paip air untuk membasuh muka dan tangannya. Air dingin menyegarkan wajahnya yang sudah berkeringat setelah bekerja di bawah panas tadi. Perlahan-lahan, Suzy melangkah untuk mengambil air minum di dalam dapur. 

“Tak sangka betul, Lucy akan jadi berkahwin? Dengan putera raja?”

Suzy terdengar suara Evan yang sedang duduk sendirian di tingkap ruang makan. Di tangan Evan ada sekeping roti berlapiskan marmalade. Suzy bersembunyi di belakang pintu dan memerhatikan Evan. Hatinya tertanya, apa pendapat Evan terhadap Lucy?

7

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous