Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe

 Darling, I need you

 Fahmi menyudahkan basuhan pinggan. Dia memeriksa meja makan yang sudah siap dilap oleh Aulia. Semuanya kemas terletak. Sudah dia melarang isterinya untuk melakukan kerja rumah, namun Aulia tetap berkeras ingin membantu.


Fahmi mendapatkan Aulia yang seperti biasa duduk di ruang tamu. Sudah dua minggu, isterinya itu akan menunggunya dengan memeluk lutut sambil termenung kosong. Fahmi sedikit risau melihat tabiat Aulia itu. Entah apa yang bermain dalam fikirannya, Fahmi masih tak dapat meneka.


“Darling, buka lah TV. Menung aje?”


“Hah?” Aulia berpaling melihatnya dengan wajah kosong. “Tak payah lah.”


“Kenapa?” Fahmi berkerut dahi. Bukan ke perempuan suka layan drama?


Aulia tidak menjawab. Terus merenung kosong entah ke mana.


“Oh.” Fahmi menyedari keengganan Aulia untuk melayani drama penuh emosi. Dia mendekati rak TV dan mencapai pendrive milik Aulia. 

“Ayang jumpa kartun baru. Loco. Nak tengok?”


Aulia diam sahaja melihat Fahmi memasang kartun di TV. Fahmi berlabuh punggung di sebelah Aulia. Dia berlagak seperti tiada apa yang janggal dengan situasi ini. Kartun bertemakan kekeluargaan ditonton tanpa menunjuk banyak reaksi. Aulia yang sedari tadi termenung, mula menyandarkan kepalanya ke bahu Fahmi.


“Ling.. selalunya bila Ayang kerja, Ling buat apa kat rumah?” Fahmi melingkar lengan ke bahu Aulia.


“Kalau dulu.. Lia bangun pagi, buat yoga, kemas rumah, siapkan translation, masak untuk makan malam..” Jawab Aulia yang sudah menurunkan kaki dari sofa. Nampak lebih relaks. “Nothing special, kalau takde apa nak dibuat, Ling keluar jalan-jalan sekejap ataupun rehat je. Kadang-kadang Lia lukis-lukis dalam dalam sketchbook.”


“Ling pandai lukis?” Fahmi sengaja mengorek cerita.


“Sikit-sikit je.. sekadar tiru recreate apa yang kawan-kawan share dekat facebook.” Balas Aulia lagi sambil merenung hujung meja kopi. Dia hanya sanggup mendengar audio dan belum berani untuk melayani emosi drama dari mana-mana tayangan televisyen.


“Oh.. tak pernah nampak pun lukisan yang Ling buat?”


“Ada je, dalam sketchbook Ling simpan dekat..” Aulia menghentikan ayatnya. Wajahnya mencebik malu. “Sayang tak boleh tengok. Itu Ling buat saje-saje je.. Tak cantik pun...”


“Okey..” Fahmi tak mahu berbalah. “Sekarang pulak, Ling buat apa? Selain swimming..”


Aulia melepas pandang ke televisyen. Dia berkira-kira sama ada untuk memberitahu Fahmi ataupun tidak tentang terapi kaunseling yang dia hadiri dua kali seminggu.


“Takde apa. Ling stretching pagi-pagi sebelum pergi swimming. Lepas tu Ling spend time borak-borak dengan Nina. Dekat tempat swimming ada orang lain juga. Kadang-kadang ada free lesson, orang ramai.”


Fahmi mengangguk. Aulia nampak keberatan untuk berbual lebih lanjut. Dia terus menonton sehingga ke hujung cerita.


Keesokan harinya, Aulia lewat pulang daripada kolam renang. Dia segera memasak nasi dan menyediakan bahan-bahan makan malam. Sangkanya, dia telahpun lewat untuk memasak sebelum Fahmi pulang sebentar lagi. Aulia berkejar untuk membersihkan diri dan menyiapkan makan malam.


Setelah solat Maghrib, bayang Fahmi masih tidak kelihatan. Aulia memeriksa henfon. Tiada sebarang pesanan daripada Fahmi. Biarpun hari ini hari Jumaat, selalunya Fahmi akan pulang untuk makan malam. Aulia cuba menelefon namun dia cepat-cepat memutuskan talian apabila mendengar bunyi pintu hadapan dibuka. Aulia menyambut Fahmi di muka pintu.

Wajah Fahmi kelihatan muram kepenatan.


“Tadi jammed teruk ke, yang?”


Soalan Aulia tidak diendahkan. Fahmi terus membawa masuk begnya dan membersihkan diri. Aulia diam menunggu di meja makan.


“Awak tunggu saya balik ke? Kenapa tak makan je dulu?” Soal Fahmi sambil dia mencedok nasi yang baru dipanaskan. “Hm, darling?” Sambungnya, cuba bermanis kata.


“Selalunya kan kita makan sama.” Aulia berasa hairan apabila Fahmi mencedok nasinya sendiri. Namun lebih menghairankan apabila Fahmi menghulurkan pinggan itu untuknya. Aulia menyambut pinggan itu.


“Lain kali Ling makan je. Tak payah tunggu saya.” Fahmi sambung mencedok lauk untuk Aulia. “Saya dah makan tadi dekat luar.”


Aulia mengangguk. Perlakuan Fahmi begitu janggal pada pendapatnya, namun dia diamkan sahaja. Fahmi pula hanya menemani dia makan tanpa berkata-kata. Siap mengemas meja makan, Fahmi terus masuk tidur.


“Ayang..”


“Ya..?” Fahmi menjawab sambil matanya terpejam.


“Tadi pagi Ibu ada call kata nak jumpa Ling.”


“Ya ke?” Fahmi membuka mata.


“Haah.. Ling ingat nak pergi esok. Ayang free?”


“Hm.. Ayang rasa baik Ling pergi sorang. Ibu ada benda nak cakap dengan Ling tu..”


“Eh? Pasal apa? Ayang tahu?”


“Esok Ling pergi sendiri boleh? Bawaklah kereta tu.. Lagipun, Ayang penat lah..”


“Oh.. hm..” Aulia teragak-agak apabila Fahmi berkelakuan begitu.


“Ling pergi sendiri ye, darling..”


“Hmm, okay..” Ujar Aulia.


Fahmi menggosok kepala Aulia. Dia kemudiannya berpaling dan menarik selimut.

Aulia sedikit terkesan dengan perlakuan Fahmi. Dia tak ambil hati, mungkin Fahmi terlalu penat hari ini.


*****


Aulia meminta Iman mengambilnya di rumah kerana dia belum yakin untuk memandu sendiri. Sampai di rumah ibu mertuanya, dia melihat Puan Normah sedang menyiram pokok sayur di tepi rumah. Puan Normah menunjukkan kebun kecil di belakang rumah. Banyak sayur-sayuran yang ditanamnya. Puan Normah juga mengajarkannya tips memasak dan resepi-resepi keluarga Fahmi. Kemudian, mereka menyediakan lauk tengah hari bersama-sama.


“Nanti lepas siap masak ni, bawa balik untuk Fahmi sekali ya..” Ujar Puan Normah sambil menambah perasa kepada masakannya.

“Baik, ibu.” Balas Aulia sambil membantu mengemaskan sisa-sia bahan masakan.

“Nanti ambil sekali sayur-sayur ni, ibu dah bungkuskan.”

“Eh, takpe lah.. Susah-susah je ibu tanam..”

“Alah, sikit je.. untuk Lia…”

Aulia menerima bungkusan yang dihulurkan.


“Lia.. Sebenarnya, ibu minta kamu datang ni..” Puan Normah memberikan senduk kepada Iman untuk diambil alih. Dia menarik tangan Aulia dan duduk bersamanya di meja makan. “Ada benda penting ibu nak cakap dengan Lia.”


“Ada apa, ibu?” Aulia menelan liur. Dia berharap Puan Normah tak meminta untuk diberikan cucu dalam masa terdekat. Disebabkan ubat dan rawatannya, dia tak dapat menunaikan andai itu yang diminta. Otak Aulia berlatih menyusun ayat sebaik mungkin. Ketika sesi berenang dengan Nina semalam, dia sempat berbincang dengan kawannya itu cara-cara untuk menjawab permintaan ibu mertuanya dengan tenang. 

Tenang dan dengar, kunci untuk komunikasi yang baik.


“Ibu nak minta maaf.” Pandangan mata Puan Normah meredup.


Aulia berkerut dahi.


“Lima tahun dulu, kemalangan yang Lia dan parents Lia alami.. ibu tak sangka akan jadi seteruk itu.” Sayu kedengaran aura Puan Normah membuka cerita.


”Kena..pa?” Aulia cemas melihat ekspresi wajah ibu mertuanya.


Puan Normah menceritakan, lima tahun yang lepas, dia dan suaminya dalam perjalanan untuk berjumpa dengan ibu dan bapa Aulia. Pertemuan itu yang pertama sejak arwah ibu kandung Fahmi meninggal dunia. Sengaja mereka berjanji untuk berjumpa di salah sebuah restoran berdekatan Jalan Merboh. Restoran itu merupakan tempat mereka selalu berjumpa di waktu muda. Dalam perjalanan, arwah suaminya banyak mengimbau memori lama bersama isteri pertama.


“Ibu masih ingat tentang arwah. Ayah Fahmi sangat sayangkan arwah. Mereka kenal sejak sekolah rendah. Waktu arwah sakit, ayah Fahmi pastikan arwah mendapat rawatan terbaik. Tapi waktu tu, ibu terlebih emosi.”


Puan Normah mengakui kesalahannya. Ketika berbual tentang arwah madunya, timbul rasa cemburu. Dia cuba mengubah topik ddengan membuat jenaka. Namun, mereka ketawa keterlaluan sehingga dia tertolak bahu suaminya. Tanpa disangka-sangka, kereta hilang kawalan dan melanggar kereta di lorong sebelah. Kereta mangsa rosak teruk melanggar pembahagi jalan. Siapa sangka, kereta itu kereta ibu dan bapa Aulia yang sama sehaluan dengan mereka.


“Ibu yang menyebabkan kemalangan dan kematian ibu dan ayah kamu, serta ayah Fahmi pun turut meninggal dunia. Disebabkan itulah, Fahmi marah dan bencikan ibu. Memang salah ibu.”


“Apa.. hubungan mommy daddy Lia dengan ibu dan arwah?” Suara Aulia tergetar.


“Arwah ayah dan emak Fahmi satu kolej dengan ibu Lia. Emak dan ibu Lia tu kawan baik dan dah macam adik beradik. Ibu kenal mereka lepas kahwin dengan ayah Fahmi.”


Aulia hilang dalam fikirannya. Tak pernah dia sangkakan, mommy dan daddy masih mempunyai kenalan dan sahabat yang peduli tentang mereka. Aulia masih ingat, lima tahun dulu, tiada seorang pun yang tampil untuk membantunya selepas kemalangan berlaku. Terpaksa dia menangguh pengajian selama setahun sebelum dia kembali kuat untuk menghadapi hidup.


“Lia.. maafkan ibu, ya?”


30


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous