Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe

 Darling, I need you


Fahmi bangun setelah mendengar azan Subuh. Dia hairan apabila mendapati Aulia tiada di sisinya. Adakah isterinya itu di bilik air, atau sudah ke dapur? Dalam keadaan mamai, Fahmi turun katil dan melangkah perlahan menuju ke bilik air.


Semena, dia mendapati Aulia mengerengkot di sisi katil. Dia memerhatikan isterinya itu sambil berfikir seketika. Aulia masih ketiduran dalam posisi seperti bayi. Wajah tenang isterinya itu dia hargai. Dia mengambil keputusan untuk mengangkat Aulia naik ke katil. 

Selesai solat nanti, baru dia kejutkan isterinya itu.


Aulia menarik nafas kuat. Dia yang baru terjaga terus tercari-cari batang tubuh suaminya. Sebaik melihat Fahmi berada di tikar sejadah, dia meraup muka. Kemudian bangkit bangun untuk berwudhu. Fahmi menunggu Aulia selesai solat. Kemudian dia membacakan doa dan membaca zikir pagi bersama-sama.


“Lia okey? Kenapa tidur dekat bawah? Ada apa tak selesa?”


“Tak tahu lah. Rasa nervous.. mungkin sebab dah lama sangat admit dekat hospital.”


“Kenapa nervous?”


“Dekat hospital doktor, nurse ada. Dekat rumah, kena jaga sendiri.” Aulia meluahkan keresahan.


Fahmi menarik Aulia ke dalam pelukan. “Sayang kan ada.. Darling, sayang janji akan tolong awak. Kalau perlu apa-apa bagitahu je ye. Sayang kadang tak sedar apa darling susah hati, jadi at least bagitahu ye..”


Aulia senyum kecil.


“Dah, jom breakfast.” 


Selesai sarapan, Fahmi menyuruh Aulia duduk di ruang tamu sementara dia mencuci pinggan mangkuk. Aulia berlabuh di atas sofa. Dia duduk dengan memeluk lututnya. Termenung kosong di hadapan meja kopi tanpa menyedari masa yang terus berlalu.


“Aulia.. darling..?” Fahmi mengambil tempat disisinya.


Aulia tersentak.


“Fikir apa?”


Aulia menggeleng. “Tak ada apa.”


Fahmi merenung wajah Aulia. 

“Nak keluar?”


Aulia mengangguk.



Aulia membuka plastik aiskrim yang dibeli di pasaraya tadi. Dia menikmati angin petang di Taman Greenpark ini. Sudah agak lama dia tidak berkunjung ke tempat ini. Dia berlabuh duduk di salah sebuah bangku menghadap tasik. Fahmi juga duduk di sisi bersama aiskrim di tangan. Diam-diam, dia memerhati wajah isterinya. Ekspresi tenang itu, cuba dia tanamkan di dalam memorinya bersama ekspresi wajah Aulia yang lainnya.


“Ayang..”


“Ya..?”


“Lia—“ Aulia membetulkan panggilannya. “Ling rasa nak start pergi swimming lah. Dekat hospital hari tu, Ling ada jumpa Nina. Nina ajak Ling pergi swimming.”


“Oh..”


“Boleh?”


“Boleh, darling. Pergilah, boleh isi masa Ling daripada duduk rumah aje kan?”


“Thank you.” Aulia senyum gembira.


“Saya pun..” Fahmi teringatkan temujanjinya. Aulia memasang telinga.


“Ayang ada janji dengan kawan setiap Jumaat.” Fahmi memberitahu.


Aulia mendengar penuh minat sambil menghabiskan aiskrimnya.


“Jadi, setiap Jumaat ayang akan balik lambat.” Itu sahaja yang dia katakan.


“Ayang keluar dengan kawan ayang ke sepanjang Ling takde?” Aulia menyoal, ingin tahu lebih lanjut.


Fahmi terjeda berfikir sebelum dia mengangguk.


“Jadi ingat tau, ayang dah bagitahu ni..” Pesan Fahmi, takut nanti Aulia tertunggu dia balik pula.


“Siapa kawan ayang tu? Boleh Ling kenal dengan dia?” Aulia menyoal lagi.


Fahmi keberatan.


“Ling tanya je. Mana tahu dia pun dah kahwin, boleh kenal dengan isteri dia. Takpun dengan girlfriend dia ke?”


“Ayang keluar dengan kawan-kawan lelaki je.”


Aulia mengangguk faham. Macam boy’s night pula.


Fahmi kemudian mengajak Aulia untuk pulang setelah mendapati masing-masing sudahpun menghabiskan aiskrim.


*****


Aulia memastikan alamat yang tertulis dalam kad di tangannya. Kad itu diberikan oleh Kristine sewaktu di hospital kelmarin. Kristine berpesan untuk berjumpa dengan ahli terapi yang tertera pada kad itu bagi menggantikan khidmatnya kepada Aulia.


Di hospital, tiada psikiatri lain yang menggunakan approach yang sama seperti Kristine jadi dia memberi referral untuk Aulia sekiranya dia perlukan seseorang untuk berbicara sedangkan Dr Razia pula fokus memberi rawatan melalui ubat-ubatan.


Dua hari lepas berbual dengan Nina di pusat renang, Aulia bertanyakan pendapat Nina tentang talk therapy. Kata Nina, yang sudah beberapa tahun menjadi sukarelawan kesihatan mental, ramai pesakit yang mengatakan terapi itu membantu mereka setelah keluar dari hospital.


“If Dr Kristine suggested, then she mustve thought it’s helpful for you!”


Aulia menarik nafas dalam. Perasaan gementar di hati, sama seperti lima tahun dulu waktu pertama kali bertemu dengan Kristine.



Iman membantu Puan Normah melipat baju. Sejak dua menjak ini, ibunya itu sering termenung terutamanya di malam hari. Iman sedar, apa yang berlaku ini bukanlah hal kecil yang boleh dilupakan begitu sahaja.


“Ibu..” Iman menegur.


Puan Normah tersentak lalu mengerling wajah anaknya. Dia berpura-pura khusyuk menonton TV.


“Apa yang Along cakap kelmarin tu, ibu janganlah ambil hati. Along tengah marah tu, itu yang dia jadi salahkan ibu..”


Puan Normah senyum kecil. Dia tahu Iman berniat memujuknya, tapi dia punya pendapat sendiri.


“Ibu tahu.. Ibu tengok Kak Lia kamu tu, dia semangat orangnya. Ibu tak sangka dia dapat penyakit macam tu..”


“Haah.” Iman mengiyakan. Dia juga kagum dengan kakak iparnya itu.


“Kalau dia mampu manage penyakit ni sejak 5 tahun lepas, ibu yakin dia kuat orangnya.”


Iman mengangguk setuju. “Jadi ibu, janganlah risau ya?”


“Tapi.. apa yang berlaku 5 tahun dulu, tak sepatutnya terjadi.” Puan Normah menyatakan kekesalan.


Iman risau melihat ibunya terus menyalahkan diri.


“Ibu harap Lia dapat maafkan ibu nanti…”


29


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous