Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe

 Darling, I need you

Fahmi mengurut leher. Pengakuan Puan Normah membuatkan hatinya dihimpit pelbagai perasaan. Perasaan bersalah, marah dan sesal bercampur baur. Ruangan bilik tidurnya terasa sempit. Dia membuka dompetnya. Di dalam itu, ada sebuah nota yang dia tulis semasa sesi terapi kaunseling. 

“You cant change the past, but youre in control of your present.”


Dia masuk ke bilik mandi, lantas membersihkan diri untuk solat Maghrib.


*****


Dr Razia akhirnya membenarkan Aulia untuk pulang. Tiga minggu di hospital, keadaan Aulia bertambah positif setelah menjalani pembedahan cyst. Kemudian, Dr Brent dan Dr Razia telah bekerjasama mencari kombinasi preskripsi yang sesuai dengan Aulia.


Puan Normah dan Iman datang menjenguk Aulia sempena menyambutnya keluar dari wad. Aulia menerima baik kedatangan mereka berdua. Dia gembira apatah lagi Puan Normah menghadiahkannya sebuah buku doa motivasi untuk mendapatkan hati yang tenang. Bukan Aulia tiada buku “La Tahzan” dalam koleksinya di rumah, tapi hadiah itu begitu bermakna baginya kerana ia datang daripada susuk tubuh seorang ibu.


Sepanjang perjalanan, Aulia ketiduran sambil bersandar di tempat duduk sebelah pemandu. Fahmi senyum melihat isterinya itu. Sebenarnya dia risau andai Aulia kembali mood swing apabila Iman dan Puan Normah datangan melawatnya. Dia risau Aulia tak bersetuju dengan perbuatannya memberitahu mereka berdua tentang penyakit Aulia. Namun, kerisauannya terpadam setelah melihat Aulia menerima baik kehadiran Iman dan Puan Normah di hospital tadi. Fahmi teringat pesan Dr Razia untuk membantu Aulia mendapatkan rehat yang secukupnya.


“Kombinasi ubat yang kami berikan, setakat ini, tiada side effect segera. Encik Fahmi perlu pantau keadaan Puan Aulia sepanjang kitaran haidnya. Jika ada apa-apa perubahan atau simptom-simptom yang makin teruk, boleh terus walk in untuk consultation. Encik boleh check pada tracker apps yang dia gunakan. Selain itu, kami buatkan appointment follow up setiap tiga bulan, ya.” Begitu pesan doktor itu kepadanya sebagai penjaga Aulia. “Jangan lupa, teruskan routine check up bulanan dengan Dr Brent.”


Fahmi terasa bodoh. Aulia sudah memasang apps yang sama pada henfonnya namun dia tidak pernah menjenguk apps itu. Ketika dia sync di hospital tadi, penuh simptom yang ditulis Aulia setiap hari. Fahmi berazam untuk menjaga Aulia dengan lebih baik kali ini.



“Wah.. bersih rumah kau, Along! Ingatkan Kak Lia tak ada, habis bersepah lah rumah. Baru ingat nak tolong kemas apa yang patut.” Iman memuji sebaik masuk ke dalam rumah. Sofa kusyen tersusun rapi. Lantai bersih berkilat. Dapur juga bersih terjaga dengan baik. Hanya sedikit habuk kelihatan di sisi dapur gas.


“Kau fikir aku macam kau ke?” Fahmi sengaja menjawab kasar.


Iman menyengih. Dia tahu abangnya bergurau.


Puan Normah membuka peti sejuk setelah memeriksa ruang dapur. 

“Haa.. ibu dah agak. Peti sejuk mesti kosong!”


“Along tak sempat masak lah, ibu. Makan kat luar aje. Senang.” Jawab Fahmi, marah apabila ditegur.


“Haa.. ye lah. Tu sebab ibu belikan barang dapur siap-siap. Tahu dah, mesti jadi macam ni..” Puan Normah memasukkan barangan yang dia belikan ke dalam peti sejuk rumah itu.


Aulia yang melihatnya terasa segan. Ibu mertuanya melayaninya begitu baik biarpun dia punyai kelemahan yang terlalu besar.

“Ibu.. takpe.. nanti Lia kemas barang-barang ni..”


“Aulia.. kamu baru keluar hospital. Biar orang lain tolong kamu buat kerja-kerja berat macam ni.” Pesan Puan Normah penuh prihatin. Kemudian dia memanggil Iman. “Iman, sini tolong kemaskan barang dapur ni..!”


“Eh, takpe. Biar Along buat.” Fahmi segera menghulur tangan.


“Iman, tolong abang kamu tu.” Puan Normah menggesa.


“Along kan tengah buat tu..” Iman berdalih. Pada pendapatnya, cukuplah satu tangan menyiapkan kerja itu.


“Anak dara, jangan malas..” Puan Normah membebel.


Aulia kekok menerima kebaikan itu. Selama ini, dia tak punya sesiapa untuk membantunya. Sekadar mengharapkan nurse di hospital dan servis pembantu rumah. Aulia memandang Puan Normah. Kemudian memandang Fahmi. Nampaknya, hubungan antara mereka sudah bertambah baik.


“Aulia ni ada lauk sekali. Malam ni tak payah susah-susah masak. Panaskan je lauk ni.”  Puan Normah meletakkan lauk kari ikan yang dimasaknya di tepi dapur. Kemudian, dia dan Iman beranjak ke pintu hadapan.


“Eh, terima kasih ya ibu. Susah-susah je..” Aulia masih terharu menerima pertolongan Puan Normah.

“Alah.. kita kan family.” Iman menghulur senyum.


“Okey lah.. Jaga diri baik-baik ya, Aulia. Rest well, cepat sembuh.” Puan Normah menghulur salam dan meminta diri.


“Eh, tak makan sini ke?” Soal Aulia, kehairanan.


Iman memandang ibunya. Dia juga tertanya.


Puan Normah senyum penuh makna. “Ibu tak nak ganggu kamu berdua..” 



Usai solat Maghrib, mereka makan malam bersama. Fahmi menyuruh Aulia duduk sementara dia mengambil alih tugas menyediakan makan malam. Walaupun hari ini dia hanya memanaskan lauk, dia ingin memastikan Aulia tidak melakukan kerja-kerja berat. Dia berkira-kira untuk mengambil alih kerja-kerja rumah sehingga Aulia benar-benar sembuh daripada luka pembedahannya.


Aulia tak senang duduk. Dia berasa tidak senang membiarkan suaminya melakukan semua kerja. Dia jadi panas punggung. Apatah lagi bila Fahmi melarangnya daripada membasuh pinggan. Aulia mengelap meja makan. Semena, dia terfikirkan keadaan Fahmi sepanjang dia di hospital.


“Ayang.. Im sorry.”


“Untuk apa?”


“Sorry sebab Lia biarkan ayang sendiri hampir sebulan. Rumah ni dah la besar. Sekarang pulak, ayang kena buat semua kerja rumah pulak.”


“Lia.. Lia kan tak sihat waktu tu.. Dan doktor pun suruh Lia berehat daripada buat kerja-kerja berat kan?”


“Tapi kan its been 2 weeks since the pembedahan..!”


“Lia.. kan doktor pesan rehat at least 4 weeks. Its just another 2 weeks..”


Aulia tarik muka. Kemudian dia menukar topik lain. 


“Ayang.. Lia nak tanya sikit..”


“Apa dia?”


“Lepas kita tengok gambar dalam album tu hari tu..” Aulia lambat-lambat mengatur soalan.


Fahmi menelan liur.


“Ayang busy kerja ke? Lia perasan ayang tak datang tiga hari lepas daripada tu.” Aulia menyuarakan soalannya sebaik mungkin. Enggan dianggap buruk sangka terhadap suami sendiri.


Fahmi menutup paip air. Dia termenung berfikir.


“Ayang..?” Aulia sedikit bimbang.


“Jom kita duduk. Ada benda ayang nak cakapkan.”


Fahmi menarik tangan Aulia ke ruang tamu. Mereka duduk di sofa secara berdepan. Fahmi merenung tepat ke mata Aulia.


“Saya dah tanya ibu.”


Aulia mengangguk sambil menunggu jawapan.


“Ibu kata arwah mommy Lia.. dengan arwah emak saya..”


Aulia perasan riak wajah Fahmi yang tak pernah dia lihat selama ini.


“Diorang.. kawan baik dekat kolej.” Fahmi menghela nafas berat. Wajahnya dipalingkan.


“Itu je??” Aulia menggetus. “Gaya ayang buat Lia saspens lah.”


Fahmi senyum janggal. Dia memutuskan ini bukan waktu yang sesuai untuk menyatakan tentang kemalangan dulu. Aulia baru sahaja keluar dari hospital.


*****


Aulia terjaga sambil tercungap-cungap mencari nafas. Dadanya terasa sesak. Dia berpaling mencari wajah Fahmi. Fahmi lena dalam tidurnya. Aulia menggenggam tangan Fahmi. 

Dalam keheningan malam, dia mencari botol ubatnya. Dia memastikan preskripsi sebelum membuka penutup botol. 

1 BIJI, PAGI DAN MALAM / BILA PERLU.


Pil ditelan penuh rasa terdesak. Dia turun dan mundar mandir di tepi katil. Aulia menepuk dada yang berombak. Cuba sedaya upaya untuk kembali tenang.


28


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous