Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe

 Darling, I need you


"Album apa ni?"


"Album kita waktu kecik-kecik.."


Fahmi tertawa kecil. Entah apa yang menariknya tentang zaman kanak-kanaknya tetapi Aulia nampak sungguh berminat. Mungkin ini dapat membantu melegakan Aulia.


"Nanti aku bagi kat dia.."


Tiba-tiba Fahmi ternampak kelibat Kristine keluar dari wad psikiatri. Dia memanggil doktor wanita yang tidak dalam kot kerjanya. "Kristine! Dr Kristine!!"


Doktor itu tidak berhenti sebaliknya terus menghilang di hujung koridor. Fahmi bingung. Adakah dia salah lihat?



Fahmi duduk mengambil tempat di sisi katil Aulia. Isterinya itu dilihatnya tertawa sendiri sambil memandang ke luar tingkap. Fahmi meletakkan album dan begnya di atas meja sisi.


"Assalamualaikum.. Lia sihat hari ni?" Fahmi mencuba nasib. Selama ini, Aulia tidak pernah menjawab tetapi keadaan isterinya itu nampak semakin lega.


"Heh, ayang dah tahu tentang Kristine?" Senyuman Aulia diukir sinis.


Fahmi mengangkat kening. Jadi, dia tak salah mengecam kelibat Kristine di luar tadi.


"Turns out dia kena gantung kerja sebab kes Lia last time." Mata Aulia meredup, sambil senyuman tetap terukir.


Fahmi terkejut mendengar tentang Kristine. Dia membiarkan Aulia terus bercerita.


"Sebenarnya dia patut call dan bagitahu Fahmi lebih awal, bukan sorokkan Lia dekat hospital ni. Waktu tu nama penjaga Lia belum tukar lagi, jadi pihak hospital cuma call pihak insurans untuk uruskan hal Lia. Lia tak patut suruh Kristine untuk sorokkan tentang Lia daripada Fahmi."


Fahmi diam sahaja. Sorok? Insurans? Dia tidak pernah tahu tentang semua itu.


"Lagipun, Lia dengan Kristine dah berkawan rapat. Terlalu rapat sampaikan dia dah tak nampak Lia macam pesakit dia yang lain. Itu melanggar etika. She needs to be objective when deciding my treatment. And having close relation with her, its opposing her medical ethics."


Fahmi diam lagi. Dia tak terfikirkan semua itu.


"She cant be my doctor anymore.."


Aulia tiba-tiba memeluk tubuh Fahmi. Fahmi berubah risau melihat wajah Aulia yang memaksa senyum walaupun air matanya mengalir. Perlahan-lahan, bahu Aulia ditepuk untuk memujuk gadis itu.


"Dia masih boleh datang melawat Lia, kan..?" Soal Fahmi.


"Not really. She came to bid farewell -- sort of. Dia datang untuk pesan Lia supaya Lia jujur dengan Dr Razia. Dr Razia gantikan tempat dia sekarang. Dia cuma boleh datang melawat sebagai kawan je..."


Aulia mulai teresak dalam tawa. Fahmi jadi tak keruan.


"Kristine jugak pesan.." Air mata Aulia membasahi lengan baju Fahmi. "I cant get pregnant for a while..!!"


Fahmi terpempan. Apa maksud Aulia ni? Mengapa pula...?


Semena, Aulia mengangkat wajah. Senyumannya tak padam dari bibir, biarpun wajahnya basah dengan air mata yang mengalir deras. Aulia menekan butang jururawat lalu mengesat air mata yang terus menerus mengalir. 

"Ayang baliklah.." Aulia seperti menghalau.


"Ya, Puan. Apa boleh saya bantu?" Jururawat muncul di hujung katil.


"I cant stop!" Derai tawa bercampur dengan deraian air mata. 


Fahmi melihat Dr Razia berlari anak mendapatkan Aulia. Kemudian, dia disuruh meninggalkan bilik wad itu. Dia juga sempat melihat jururawat menyediakan suntikan ubat.



*****

[ writers note: weird shit ] 

*****


Dr Razia serius memandang rekod perubatan Aulia pada skrin komputer. Fahmi tak keruan menunggu. Dia cemas memikirkan apa yang akan dibincangkan tentang penyakit Aulia.


"Encik Fahmi, do you know kenapa Aulia datang dan admit diri dia ke wad kecemasan?" Soalan pertama itu menimbulkan kerutan di dahi Fahmi.


"Wad kecemasan?" Fahmi menganga.


"Ya, jika pesakit ada episod yang teruk mereka boleh dikelaskan sebagai kes kecemasan. Puan Aulia datang ke wad kecemasan untuk mendapatkan rawatan. Encik tahu itu?" Dr Razia menjelas, setelah mendapati Fahmi tidak menyedari hal itu.


"Oh ya, nurse ada mention." Fahmi mengangguk.


"Ok, baik. Jadi, encik sedia maklum yang Puan Aulia datang ke wad kecemasan kerana anxiety teruk. Kami cuba berikan dia ubat penenang, tapi dia tak respon dan masih agitated. Disebabkan itu, kami terpaksa tahan dia di wad. Betul?" Dr Razia mengulang rekod supaya tiada salah faham.


Fahmi mengangguk lagi.


"Fortunately, Puan Aulia kali ini tidak seperti yang terdahulu; dia tidak menunjukkan apa-apa suicidal tendencies. That's a very positive thing." Fahmi lega mendengar kata-kata Dr Razia.

"Tapi Puan Aulia menunjukkan simptom severe anxiety. Encik ada idea apa yang menyebabkan dia cemas dalam tempoh dua minggu kebelakangan ni?"


Fahmi berkelip-kelip cuba berfikir.


"Cuba ceritakan apa-apa situasi penting yang berlaku minggu ini..?" Dr Razia membantu Fahmi untuk memulakan bicara.


"Saya perasan.." Fahmi mengingati. "Aulia selalu bangun tengah malam untuk makan. Katanya dia sakit perut, saya ingat itu sebab dia period pain.."


"Okey, ada lagi?" Dr Razia menuliskan nota.


"Period dia lebih banyak berbanding sebelum ni. Pad dia cepat saja habis.."


Dr Razia mengangguk faham.


"Lagi, Iman datang ke rumah kami. Dia adik saya. Kami baru kahwin jadi Aulia baru nak kenal dengan keluarga saya.. Hari dia masuk hospital tu, sehari sebelum tu, adik dan ibu saya datang ke rumah. Kami makan bersama-sama."


Dr Razia sambung menulis notanya.


"Selain tu, saya tak tahu. Aulia di rumah, saya bekerja.."


"Masa ibu dan adik encik datang, apa yang mereka bualkan, ya? Ada nampak Aulia rasa tak selesa dengan mereka? Atau dia rasa nervous?" Dr Razia menyoal.


"Tak pasti. Aulia nampak senang je berbual dengan ibu. Mereka bercerita tentang kisah kanak-kanak saya dan adik saya.. Lepas tu bertukar-tukar resepi.. Malam tu, Aulia gembira je."


Dr Razia mengangguk lagi.


"Oh, ya! Aulia pernah kata nak berhenti kerja dia. Tapi minggu ni dia ambil satu job, freelance job katanya. Mungkin, dia penat buat kerja tu..?"


Dr Razia menyambung notanya. Kemudian, berfikir.


"Okey, jadi Puan Aulia dapat period pain yang teruk sampai dia tak lena tidur malam. Saya rasakan itu trigger yang besar untuk dia. Tak cukup tidur atau tidur yang tak lena, sakit kuat dan masalah period dia mungkin memberi tekanan pada dia. Lebih-lebih lagi isu ovarian cyst yang baru kita kesan." Dr Razia cuba menyimpulkan masalah. 

"Bila dia tak dapat rehat yang cukup, dia juga akan rasa mudah penat dan lesu. Itu juga boleh menjadi punca masalah yang berlaku ni."


Fahmi diam memproses maklumat.


"Disebabkan masalah cyst dia, kami akan revise semula ubat supplement dia supaya lebih sesuai dengan keadaan dia sekarang. Dr Brent juga mungkin akan beri dia contraceptive pills untuk masalah wanita dia. Itu lebih kepada kepakaran beliau lah. Buat sementara ini, kami akan tahan dia di wad untuk kawal anxiety dia dengan ubat. Selepas surgery cyst, kami akan pantau sekiranya dia masih perlukan ubat atau tidak untuk anxiety." Dr Razia menerangkan kepada Fahmi.


"Ubat.. contraceptive..? dan.. anxiety?" Fahmi mengulangi kata-kata Dr Razia.


"Ya, encik Fahmi. Kami juga nasihatkan, buat sementara waktu ini lebih baik untuk elakkan pregnancy supaya Puan Aulia boleh fokus pada recovery. Jika encik dan Aulia bercadang untuk pregnant nanti, boleh kembali discuss dengan kami."


"Baik, terima kasih doktor."


"Kami tahu ini pengalaman yang sukar. Kalau encik perlukan, kami suggest datang ke support therapy untuk family pesakit kami." Dr Razia menghulur kad jadual terapi sokongan.


26

*****

DISCLAIMER

ady bukan pelajar medic atau kerja kat hospital jadi ady tak tau suasana sebenar yang terjadi dekat psych ward. apa yang dr razia cakapkan ni, ady ambil dari apa yang ady search kat internet dan gaya wataknya pun ady bayangkan gaya cikgu2 bercakap.

tentang pmdd (severe period pain) ni ady search atas personal interest. bila masuk hal2 mental illness pulak ady ambil inspirasi daripada satu novel yang ady pernah baca tajuk dia "it's kind of a funny story" dan jugak daripada scene2 chicago med and new amsterdams.

kalau ada inaccuracy dalam hal2 medical ni, mohon ampun ye.



Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous