Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe

Darling, I need you


Aulia meletakkan botol air di meja sisi. Tiga hari sudah berlalu sejak dia dimasukkan ke hospital. Fahmi tidak pernah terlepas untuk melawatnya setiap hari. Aulia melepas nafas lega. Hari ini, dia tersenyum panjang. Mungkin, puas sudah dia melawan perasaan negatif. Tapi Aulia sedar, penyakitnya tidak semudah ini. Apa-apa pun, dia lega.


Lewat petang, Fahmi datang melawatnya lagi. Baju ganti dari rumah dibawakan. Sebotol lagi air Yasin juga mengganti botol air yang kosong tadi. Aulia masih tidak berani memandang wajah Fahmi. Dia merasakan perlakuannya ini menyusahkan Fahmi. Dia teringatkan Fahmi dua hari ini. Suaminya setia duduk di sisi katilnya, menggengam tangannya biarpun dia tidak memberi respon. Hangat tubuh suaminya, menemani sepanjang waktu melawat.


"Lia, darling.. Baju Lia sayang dah bawakan. Jangan lupa minum air Yasin yang sayang bawak tu, ya.." Fahmi menarik tangan Lia ke dalam genggamannya. Sambil memandang wajah Aulia, dia bertanya. "Lia buat apa hari ni? Sayang bawakan spagheti.. ada lauk ayam.. Nanti kita makan malam sama-sama, ya?"


Lama Aulia memandang ke langit. Semena, dia menarik tangannya dan menjulur menggapai beg yang dibawakan Fahmi. "Dalam ni ke spagheti? Jom makan, Lia dah lapar.."


Fahmi sedikit tersentak. Tak menyangka Aulia akhirnya membuka suara. Fahmi tersenyum lantas membuka begnya. Dia menghidang makanan yang dibawa ke meja yanga ada di katil pesakit.


"Editor ada cari Lia?" Soalan pertama yang diajukan setelah lama mereka tidak berbual. Aulia masih mengelak daripada bertentangan mata dengan Fahmi.


"Sayang dah bagitau dia yang Lia tak sihat waktu dia call pagi tadi." Fahmi menjawab. Pinggan beserta sudu dan garfu dihulur kepada isterinya.


Aulia mengangguk kecil. Pasti editor itu kecewa besar dengannya kerana tidak dapat menyiapkan kerja.


"Lia seronok kerja?" Soal Fahmi, tertanya, adakah kerja itu menjadi punca episod relapse Aulia kali ini.

"Seronok." Aulia menghela nafas. "Tapi kadang-kadang, ada kerja-kerja yang jadi trigger pada Lia. Bait-bait puisi, karangan dalam majalah tu.. Terjemahan surat-surat pembaca majalah.. Itu sebab Lia nak berhenti. Tapi Lia tak boleh.. kerja Lia dah jadi sebahagian hidup Lia."


Fahmi diam mendengar. Dia faham. Aulia yang dia kenali, sinonim dengan penulisan dan penterjemahan. Sedih bila minatnya, terhalang kerana penyakit.


"Lia.. dah rasa okey sekarang?"


"Okey. Lia rasa okey hari ni."


"Get well soon. Rumah sunyi tanpa Lia."


Air mata Aulia mengalir. Terharu bercampur sesalan. Dia tak tahu berapa lama sebelum dia disahkan stabil dan dibenarkan pulang. Dia mengangguk semahunya.


Fahmi berasa perit melihat tangisan itu. Hati lelakinya menjerit kesal. Terasa dia gagal sebagai seorang suami. Namun, dia biarkan Aulia dengan perasaannya. Itu pesan Kristine suatu ketika.


Sedang enak menjamu makan malam, Dr Brent datang ke ruang wad Aulia. Dia menyapa mereka kemudian menyampaikan berita.


"Yesterday's test result came back." Fahmi terkejut memandang Aulia. "As we are discussing yesterday, we found a cyst in your ovary." Aulia juga berwajah bingung. Dr Brent mengesan situasi janggal.


"Do you remember? The sample we took yesterday? And what we talked about?" Dr Brent bertanya.


"I.. remember doing the test.." Jawapan Aulia diiringi intonasi keraguan. Dr Brent berfikir sebelum dia meneruskan bicara.


"Anyway, yesterday during the routine ultrasound, we found a cyst in the ovary. So we proceed with taking a sample and now the test is back." Dr Brent memberi ringkasan tentang ujian yang dijalankan semalam. Aulia mengangguk-angguk tanda faham. "From the sample, we confirmed that the cyst is benign, non-cancerous. However, the size of it is quite big and you had abdominal pain, we recommend removal by surgery."


"Abdo--? Sakit perut Aulia minggu lepas disebabkan cyst?" Fahmi tidak menyangka.


Dr Brent mengangguk. "We will schedule the surgery. It's just a minor surgery, theres nothing to be afraid of. We hope this will help resolve your stress."


Aulia mengangguk lagi memandang Dr Brent. Dia percayakan doktor itu.


"Also, Dr Razia needs to see you, Fahmi. Please check with the nurse before you leave home. "


***


Iman berselubung di bawah selimut. Muram wajahnya terlihat murung. Matanya sembap dek kerana tidur yang tidak lena di malam hari. Dia risau memikirkan kakak iparnya. Takut, seandainya masalah Aulia tiada ubatnya. Hampir sahaja dia menangis di hadapan Puan Normah, namun ditahan semampunya supaya si ibu tidak keruan melihatnya.


"Kamu ni kenapa, Nurul Iman? Berkurung aje dua tiga hari ni? Ada apa dengan kamu ni? Pergi la cari kerja ke apa, buat isi masa lapang kamu sepanjang takde kuliah ni.." Bebelan Puan Normah dimulai sebaik dia memasuki bilik anak gadisnya.


"Bangunlah.. Mandi.. Kemas-kemas bilik ni.. Masyaallah.. anak dara ke macam ni.. Pening ibu tengok.."


Iman tidak menjawab. Dia tidak tahu bagaimana untuk bercerita jika ibunya menyoal walau sepatah tentang Aulia.


"Kak Aulia kamu macam mana? Kamu tak nak jenguk dia? Kut ye pun call lah , tanya khabar dia.. Pergi jenguk dia sekejap, kamu kan selalu terjah rumah dia tu.. Bawakan makan apa yang patut.. Fahmi tu, pandai ke dia nak masak untuk isteri dia?" Puan Normah menyambung bebelan.


Baru sahaja Iman bermohon dalam hati supaya ibunya tidak bertanya tentang Aulia. Namun, apa yang diperkatakan Puan Normah itu ada benarnya. Bukannya dia tak dibenarkan untuk melawat dan membawa barangan untuk Aulia di wad itu.


Iman segera bangkit. DIa bangun membersihkan diri, lantas bersiap untuk keluar. Sempat dia mencapai album lama yang dia janjikan untuk Aulia.


"Assalamualaikum, Along.. Kau duduk sini sepanjang hari ke tunggu isteri kau?" Iman melabuhkan punggung di sebelah Fahmi sebaik mendapati abangnya itu di ruang menunggu.


"Kalau boleh buat aku buat, Iman.." Fahmi menyambut salaman dari Iman. Memandangkan hari ini hari minggu, dia meluangkan lebih masa di hospital.


"Kak Lia okey?"


"Keadaan dia lebih kurang.." Fahmi menjawab serba serbi. Tiada apa yang dia boleh katakan lagi. "Doktor bagi dia ubat.. Kadang-kadang dia tak sedar keadaan sekeliling."


"Ubat tu memang macam tu ke..?" Iman mengangkat kening. Bingung.


"Buat sementara ni, macam tu lah kata doktornya. Sampai dia betul-betul stabil."


"Stabil, maksudnya?" Kerutan muncul di dahi Iman. Keliru.


"Aku pun tak tahu apa maksud stabil yang doktor tu cakapkan.." Fahmi melepas pandang ke depan. Lama dia menghela nafas sebelum beralih pandang ke arah adiknya. "Kau datang ni .. kenapa?"


"Saje nak melawat.." Iman menyengih kecil. Memang dia sengaja ingin melawat tanpa alasan penting. "Eh, aku boleh melawat dia kan..?"


"Aku tak berani cakap, Iman. Doktor suruh bagi dia ruang dulu. Sebab tu aku kat luar ni. Dia baru start bercakap dengan aku. Tak tahu dia boleh terima orang lain ke tak.."


"Sebelum ni dia tak bercakap dengan kau?" Iman bertanya sambil kepalanya disengetkan. Risau.


"Dua hari dia tak bercakap langsung." Jawab Fahmi sebaris.


"Oh.. hmm.." Iman memandang ke sisi. Niatnya untuk menjenguk Aulia terbatal. Dia menyerahkan album yang dibawa bersamanya kepada Fahmi. 

"Ni.. hari tu aku janji dengan Kak Lia nak tengok album lama ni sama-sama. Kau.. bagi lah dekat dia.. Kalau-kalau dia nak tengok sambil boring-boring dalam wad.."


Fahmi melihat album yang diserahkan itu. "Album apa ni?"


"Album kita masa kecik-kecik dulu..."


Fahmi ketawa kecil. Apa sahajalah yang dibualkan Aulia dengan ibu dan Iman kelmarin? Sehingga album zaman kanak-kanaknya juga ingin dibongkar.


"Nanti aku bagi kat dia.."


25


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous