Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe

 Darling, I need you


Menjelang malam, Fahmi melihat Aulia tersenyum simpul sambil mengisi diari. Fahmi lega melihat Aulia senang hati begitu. 

“Lia.. buat apa tu?” Fahmi sengaja menyoal.

“Ling tengah tulis tentang mommy sayang. Banyak mommy cerita kat Ling hari ni, Ling nak ingat semua, tak nak lupa satu poin pun.” Aulia memberi jawapan jujur. 

“Seronok ke?” Soal Fahmi sambil mengangkat kening sebelah.

“Lepas borak dengan Ibu, baru Ling dapat tahu makanan favourite sayang, cerita tentang childhood sayang and.. Ling baru tahu Iman tu perempuan! Selama ni, Ling ingat dia lelaki!! Ya lah, dengan rambut pendek dia tu..!!” Aulia bersuara riuh, penuh teruja.

“Eh, Iman tak pernah bagitahu Lia ke? Ingatkan dia dah bagitahu.” Fahmi berkerut hairan. 

“Tak..! Selama ni Ling tolak salaman dia, dia pun tak pernah insist nak salam. Sayang pun.. kenapa tak bagitahu Ling..?!” Aulia mencebik manja.

“Ayang tengok korang berdua rapat semacam. Ingatkan Lia dah tahu.” Fahmi meminta maaf. 

“Takde pun..!” 

Fahmi membalas dengan sengihan. Kelmarin, Iman pernah berkata ingin mengaku sendiri. Jadi dia tidak terfikir untuk menyebut tentang perkara ini. Dia juga tak menyangka Aulia akan teruja sehingga sebegini rupa. 

“Aulia, darling.. tentang Ibu..”


“Lepas ni Ling nak tanya banyak lagi perkara dekat Ibu. And.. nak belajar masak dengan Ibu..” Aulia tersenyum lagi memikirkan perkara-perkara yang ingin dibualkan dengan ibu mertuanya.

“Ayang tak suka makanan Ibu.” Fahmi menyangkal. Suaranya berubah tegas.

“Eleh.. konon tak suka. Tapi makanan tadi siapa yang habiskan..?” Aulia tidak mengesyaki apa-apa daripada reaksi Fahmi itu tadi.

Fahmi berjeda. Dia sebenarnya ingin menghalang Aulia daripada terlalu rapat dengan ibunya. Namun, melihat wajah Aulia bercahaya apabila mengenali ibu mertuanya, Fahmi tak mahu mengganggu mood ceria Aulia. 

Dia mengingati kata-kata Kristine. "She's been all alone. She just want to know your parents."


“Ling, sayang nak tanya sikit..” Fahmi terfikir tentang hal yang lain lantas mengubah topik.

“Ya..?” Aulia menyahut sambil menyambung tulisan.

“Ling masih kerja translate tu ke? Bukan hari tu kata nak berhenti..?” Fahmi menyoal. Dia penasaran dengan keputusan Aulia tentang pekerjaan yang dia sukai itu.

“Ling ambil satu job je. Bosan duduk rumah. Ling fikir kalau buat kerja sikit boleh lepaskan stress..” Suara Aulia mengendur. Dia tingin mengelak daripada bercerita panjang tentang hal ini.

“Stress kenapa?” Fahmi mengangkat kening. 

“Sakit perut. Senggugut. Perut Lia memulas malam-malam.” Aulia bercerita ringkas.

“Oh.. itu sebab ke Ling buat makan tengah malam sejak dua menjak ni..?”

“Iya..”

“Oo..  Perut jadi lapar sampai tak boleh share mee dengan sayang?” 

Aulia merah muka mendengar perlian Fahmi. Padahal, Fahmi tidak bermaksud memerli. Sekadar bertanya.

“Bukan..! Mee tu tak sedap, so Ling tak nak sayang makan makanan tak sedap..” Aulia malu dengan perangainya yang suka tiba-tiba.

“Ya ke? Tapi sayang tertunggu tau mee yang Lia masak tu..” Fahmi mengusik. Sengaja dia ingin melihat wajah Aulia merah padam.

“Sorry…”


“Ambil job boleh lepaskan stress tu?” Fahmi bertanya lagi.

“Harapnya lah..” Wajah Aulia meredup.


***


Aulia mengeluh berat. Henfon diletak ke tepi. Walaupun dia bersungguh ingin menyiapkan kerjanya, dia tak mampu menumpukan sepenuh perhatian. Fikirannya seperti terawang-awang. Sejak dia bangun pagi tadi, dadanya terasa sebu. Nak dikata masuk angin, dia sudah bersarapan dengan Fahmi sebelum suaminya pergi bekerja.


Aulia mulai resah. Dia rasa tak bersemangat untuk hari ini. Sedangkan semalam, dia gembira menemui Iman dan Puan Normah. Dia cuba berfikir mengapa timbul rasa begini? Dia tak lupa mengambil vitamin, dan malam tadi juga dia tidur lena. Tidak lagi terjaga lewat malam dalam kelaparan. ‘Is this…?’


Seketika, dia mendapat mesej daripada Iman. Dia telah berjanji dengan adik iparnya itu untuk melihat album lama Fahmi dan Iman. Aulia berasa kesal. Dia terpaksa membatalkan janjinya. Dia tak mahu Iman salah faham dengannya. 

“Iman, kita jumpa lain hari ye. Kak Lia rasa tak sihat.” Aulia cuba berdalih.

“Akak demam ke? Nak Iman bawakan ubat?” Aulia tak perasan mesej balasan dari Iman. Dia kembali ke bilik tidur, cuba membuang rasa yang kian kelam.


Iman datang ke rumah Aulia di tengah hari. Dia ingin menjenguk Aulia. Puan Normah juga ada berpesan untuk memasakkan bubur setelah mendengar tentang Aulia. 

Tiada jawapan daripada Aulia biarpun Iman sudah beberapa kali memberi salam. Iman berfikir untuk pulang sahaja sebelum dia mendengar bunyi yang kuat dari dalam rumah. Iman jadi risau. Dia mengetuk pintu rumah.

“Kak Lia! Are you okay?!”


Aulia membuka pintu separuh. Wajahnya suram dan tak bermaya. 

“Sorry, ada barang jatuh tadi. Iman.. ada apa?”

“Ibu pesan suruh jengukkan Kak Lia. Itu yang Iman datang ni. Kut-kut akak ada perlu ubat ke, masak bubur ke..”

“Oh..” Aulia tersentuh. “Akak okey..”

“Dah makan ubat?” 

Aulia mengangguk. 

“Kalau akak takde nak apa-apa, Iman balik dulu lah..?” Iman berasa kedatangannya seperti mengganggu sahaja.

Aulia mengangguk lagi.

“Akak berehatlah ya. Iman balik dulu.” 

Baru sahaja Iman melangkahkan kaki, Aulia memanggilnya.

“Iman, boleh bawa akak jumpa doktor?”


***


Fahmi melangkah laju ke kaunter pendaftaran wad psikiatri. Dia mencari bilik wad isterinya. Jantungnya berdegup laju sejak mendapat panggilan dari hospital ini. Kemudian, dia ditunjukkan ruang rawatan tempat isterinya berehat.


Seorang pegawai perubatan menghampiri sambil diiringi jururawat yang membantu Fahmi sebentar tadi.

“Puan Aulia masih belum stabil. Dia masih tak respon dengan ubat yang kami berikan. Jadi, kami terpaksa tahan dia untuk rawatan susulan.” Ujar doktor berbangsa India itu.

“Doktor ni..” Fahmi sedikit keliru.

“Saya Dr Razia. Dr Kristine sedang bercuti jadi Puan Aulia sekarang dibawah rawatan saya.” Doktor itu menjelaskan.

Fahmi mengangguk faham.

“Encik ada apa-apa soalan?” 

“Dr Brent ada?” 

“Dr Brent..?” Dr Razia menyoal kembali.

“Doktor gynae Aulia. Dia cuti juga ke?”

“Hmm..” Dr Razia memeriksa rekod perubatan Aulia. “Rawatan susulan akan diaturkan kemudian. Kalau kita perlu, kita akan panggil Dr Brent dari O&G department lah.”

Fahmi mengangguk lagi.

“Ada apa-apa lagi?”

“Boleh saya jumpa dia?”

“Kami nasihatkan jumpa dia di waktu lawatan nanti. Tapi jika encik nak jumpa dia sekarang, mohon jangan berbual terlalu lama. Kita mahu dia mendapat rehat yang berkualiti.”

“Terima kasih.”


Fahmi masuk berjumpa Aulia. Mata Aulia kuyu. Seperti terlalu kepenatan. Pandangannya menerawang.

Fahmi memegang tangan Aulia. “Kena—" Fahmi berjeda. Dia tak sepatutnya bertanya ‘kenapa’ dalam keadaan seperti ini. 

“I love you, Darling…” Segenggam tangan Aulia dibawa dekat ke pipi.


Aulia tersedar dari lamunan. Dia perasan Fahmi di sisinya.

“Fahmi..” Mata kuyu itu memandang suaminya. “Im.. sorry.” Aulia bersuara lemah. 

Fahmi menggelengkan kepala, meminta Aulia untuk tidak meminta maaf.

“No, its okay.. Its gonna be okay…”


Fahmi mengusap wajah. Air mata tertahan dalam resah. Semena, dia menangkap batang tubuh yang dikenalinya.

“Along…” Iman memanggil dengan suara terketar. Wajahnya jelas menunjukkan riak tak percaya. “Kak Lia.. dia.. kenapa…?”

Fahmi terkelu.


23




Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous