Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Darling, I need you

"Hello, Along.. Sihat ke tu?"

Fahmi berkerut dahi. Sudahlah dia pening kepala akibat tak cukup tidur malam tadi. Iman pula menelefon dan bertanyakan soalan bodoh.
"Kau baru jumpa aku semalam. Takkan tu pun nak tanya?"

"Ye lah.. Mana lah tahu kut-kut malam tadi anything happen sampai kau patah pinggang ke apa.." Iman ketawa sendiri setelah mendengar lawak bodoh yang dia sendiri reka.

"Mengarut." Fahmi panas telinga mendengar gelakan adiknya. "Kau telefon nak apa ni, Iman?"

"Takde apa.. Kau free lunch hari ni? Jom lunch sama?" Iman berhenti ketawa. Dia sedar abangnya tak mahu melayan usikannya itu.

"Hari-hari nak lunch dengan kau.. Kalau kau kasi lunch free boleh lah.." Fahmi memulangkan usikan adiknya tadi. Kerutan di dahi sedikit mengendur.

"Kau nak makan free?" Iman senyum nakal biarpun tak dapat dilihat abangnya.

"Haah, kau belanja lah." Fahmi melanjutkan usikan.

"Hmm... Kalau macam tu aku jumpa kau petang nanti lah. Aku bungkuskan masakan ibu. Nak..?" Iman ketawa kecil. Sengaja dia berdalih dan menyambung usikannya.

"Masakan ibu mana pulak yang kau nak bungkus?”

"Kau kata nak aku belanja makan free, aku nak kasi lah ni." Iman berdalih.

"Eh, budak ni. Kalau dia yang masak iya jugak dia belanja..!" Fahmi mengurut dahi. Semena, denyutan di kepalanya semakin kuat. "Haa, suka hati kau lah..."

"Okey... nanti aku datang dengan Ibu." Talian diputuskan.

"Datang dengan Ibu ke dengan masakan ibu?" Fahmi kehairanan. "Ada-ada je budak ni..!"



***


"Assalamualaikum..!"
Puan Normah jadi hairan. Ke rumah siapalah anaknya ini mengajaknya bertandang?

"Assalamualaikum, kak..! Oo Kak Lia..!" Iman memanggil-manggil tuan rumah. Puan Normah tambah hairan.
"Siapa Lia ni? Kawan kamu?"

Aulia menurunkan henfon dari pegangan. Dia mengurut leher. Seharian ini, dia cuba menyiapkan kerjanya menggunakan henfon. Dia menjenguk ke luar. Melihatkan tetamu di luar pagar rumahnya, dia membuka kunci pintu dan mendapatkan payung.

"Iman..! Ada apa datang lewat petang ni?” Soal Aulia sambil memayungi wanita separuh usia itu. “Eh, Ibu..? Ibu, kan..?” Soal Aulia separuh berbisik dengan Iman. Dia mengecam wajah ibu mertuanya daripada gambar wallpaper henfon milik Iman. 

"Kitorang datang sengaja nak kacau Along.. Eh! Nak jenguk Along..!" Balas Iman separuh bergurau. Dia tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Oh, Fahmi belum balik lagi.. tapi jemputlah masuk.. Panas kat luar ni.." Aulia bersalaman dengan Puan Normah. Dia membawa kedua-dua tetamunya masuk ke dapur. 


“Eh, ini apa..?” Soal Aulia apabila mendapati bungkusan makanan yang diletakkan di atas meja.

“Mesti Along lupa bagitau Kak Lia, kan..? Iman janji dengan Along nak makan petang sama-sama hari ni.. Ni semua kitorang dah siapkan..” Jawab Iman sambil memunggah makanan untuk dipanaskan semula.

“Eh ye ke? Susah-susah je.. Nasi pun dah siap? Terima kasih lah…” Aulia berasa segan. Dia mengeluarkan pinggan mangkuk untuk berhidang. “Ini semua lauk Ibu masak dengan Iman ke?” 
“Ehehe, Ibu yang masak semua ni. Iman tolong jaga api je..” Iman menggaru pipi. 

“Ohh.. Bau sedap ni. Sayur lemak dengan ayam rempah.. Lauk favourite Iman ke ni?” Aulia memuji masakan Puan Normah.
Mendengar komen kakak iparnya, Iman tersengih janggal. Puan Normah juga senyum segaris.
“Ini favourite Along..”

Mereka berborak berkenaan resepi dan zaman kanak-kanak Fahmi dan Iman. Iman gembira melihat Puan Normah senang berbual dengan Aulia. Setelah beberapa waktu, perbualan terganggu dengan panggilan telefon untuk Aulia.
“Sekejap ye, panggilan kerja.” Aulia membawa panggilan itu ke dalam bilik.


Sementara itu, Fahmi yang baru sahaja pulang berasa hairan melihat kereta di depan rumah.
Fahmi memasuki rumah sambil bertanya kepada Aulia. "Assalamualaikum, ada orang datang ke Lia?"

Fahmi terkejut melihat Iman dan ibunya ada di dalam rumah. Dia beranggapan Iman datang menghantar makanan dan bukannya bertamu di rumahnya. Apalagi dengan membawa ibunya. Fahmi mengalih muka daripada memandang Puan Normah. Dia mencari batang tubuh Aulia.

"Along, jomlah makan petang dengan ibu.  Lauk semua dah siap hidang ni!" Iman menarik perhatian Fahmi sementara ibunya pula masih menyusun-nyusun pinggan dan hidangan. 
"Masuk bilik, jap. Tukar baju." Fahmi kekok. 


"No, no! Im only taking this job for the time being! I still cant handle so many things."
Di dalam biliknya, Fahmi mendapati Aulia sedang berbual di telefon. Wajah Aulia berkerut seribu. Ini kali pertama Fahmi melihat Aulia sebegini.

"Yes, Im sorry but no! I'll be finishing this by the end of the week. Then, I'll continue my break."

Fahmi berkerut dahi. Kedengarannya Aulia sedang bercakap tentang kerja. Isterinya itu bersuara penuh tegas menolak usul cadangan pihak yang berada di hujung talian. Namun, bukankah dia sudahpun berhenti kerja?
"Yes, I hope you understand!" Aulia memutuskan talian. 

"Siapa tu, Lia?" Fahmi menyoal. 

"Editor." Balas Aulia sepatah. Kemudian dia keluar melayani adik ipar dan ibu mertuanya. 


***


"Aulia kerja ya?" Soal Puan Normah. 
"Kerja freelance je.. kerja dari rumah.." Jawab Aulia. 
"Freelance? Kerja apa?"
"Alih bahasa untuk kolum majalah travel antarabangsa. Translate bahasa Dutch ke bahasa Inggeris dan Melayu."
"Oh.." Iman turut mengangguk sementara ibunya menyambung soalan. "Majalah mana?"
"Majalah Travelas!a bawah AR Travel company. Ada beberapa majalah lagi yang buat collab dengan company untuk tarik pelancong Asia ke tempat-tempat terpencil yang menarik di Eropah." 
"Travelas!a..?" Puan Normah mengangguk-angguk. "Masih dengan pengarah Tuan Rahim Abu Bakar?"
"Eh.." Aulia tidak menyangka ibu mertuanya itu mengenali tuan pemilik syarikat tempat dia bekerja. "Ya, betul.."
"Dulu Ibu pun kerja publishing jugak. Puan editor ni..!" Iman mencelah. 
Kemudian Aulia dan Puan Normah sambung berbual lagi. Fahmi diam-diam sahaja di sudut ruang makan. 

Selesai makan malam dan solat Maghrib bersama, Fahmi dan Iman meninggalkan Aulia dan Puan Normah di dapur. Mereka duduk di depan TV sambil Iman mengupas buah sebagai snek tambahan. 
"Apasal kau bawak Ibu datang sini?" Fahmi memarahi adik perempuannya. 
"Sebab kau tak pernah bawak Kak Lia datang rumah Ibu." Ringkas jawapan Iman sebelum dia mula membebel. "Kau kena faham.. Kak Lia tu satu-satunya menantu perempuan tau. Mestilah Ibu nak kenal rapat dengan dia. Kak Lia pun mesti nak kenal dengan ibu mertua dia jugak.."
"Kut ye pun kenapa tak mintak izin aku dulu? Bagitau pun tidak!" Fahmi tidak setuju dengan perbuatan Iman ini. 
"Alah.. kalau aku bagitau terus terang mesti kau tak bagi aku bawak Ibu. Sengaja aku buat macam ni. Aku nak kau tahu, Ibu tu peduli pasal kau."
"Aku tak peduli pasal dia. Aku tak nak pun dia peduli pasal aku."
"Sudah-sudah lah, Along. Walaupun dia bukan ibu kandung Along, dia tetap ibu.."

22

<…..>
Hey guys. Salam syawal. Lama gila tak tenung Aulia ni.
Fahmi kekok dengan mak dia sebab dia ada sejarah hitam antara diorang.
Puan Normah pulak senang hati dengan Aulia tambah-tambah lagi bila dapat tahu Aulia pun kerja bidang penerbitan macam dia dulu-dulu. Tapi dia dah pencen ke macam tu laa
Yang pasal majalah travel tu aku hentam je, aku pun tak tau majalah apa yang nak translate dari dutch lol (sorry abt that)
Tapi kan guys, sejarah antara Fahmi ddengan mak dia tu, sebenarnya ada kait Aulia sekali. Huhu, nantikan ye..


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous