Fahmi duduk di kerusi. Dia mengeluh sendiri pertemuannya
dengan Kristine tadi mengerah tenaganya. Terasa seperti tenaga separuh hari
telah digunakan untuk berjumpa Kristine sahaja. Fahmi melihat buku dan
fail-fail kertas Aulia memenuhi ruang meja. Dia mengemaskan serba sedikit
supaya nampak lebih teratur, mudah untuk disimpan ke tempatnya. Sambil merapikan letak duduk kertas itu, dia
ternampak tulisan Aulia yang memuatkan namanya dalam senarai syukur (gratitude
list). Benar kata Kristine, Aulia meletakkan harapan yang tinggi kepadanya. Dia masih ingat perbualannya dengan doktor psikiatri itu beberapa minggu yang lalu.
*****
“Yes, Encik Fahmi? You want to ask
about Aulia?” Soal Kristine setelah mempelawa Fahmi duduk di mejanya.
“Ya. Saya.. tak pasti macam mana
saya patut tanya soalan ni tapi..” Fahmi teragak-agak mengatur soalan. Dia bimbang jika ianya tidak sesuai untuk dibincangkan antara lelaki dan wanita.
“Dia isteri you, apa saja you nak
tanya you boleh tanya. Tapi jika soalan personal tentang perasaan Aulia, jawapannya hanya ada pada Aulia. Saya masih perlu menjaga
hak privasi pesakit saya. Tanyalah..” Kristine memberi dorongan supaya Fahmi lebih selesa dengan soalannya. Dia juga sempat menegaskan tugas profesionalnya.
“Saya.. pelik. Selalunya yang saya
dengar, perempuan senggugut waktu period atau sebelum period. Tapi Aulia.." Fahmi mulai mudah mengatur ayat setelah menjumpai perkataan yang dia mahukan. "Dah
habis period pun dia boleh PMS dan mood swing lagi. Saya tak faham.”
“ That’s why it’s called a disorder.
Pre-Menstrual Dysphoric Disorder. Like you already know, a period cycle consist
of changes in hormonal levels. Two major hormones are estrogen and
progesterone. If these two is in imbalance, it could affect mood regulation.
Dalam hal Aulia, both estrogen and progesterone di level yang tinggi.
Disebabkan itu, moodnya jadi tak menentu. Lagipun, progesterone is
proinflammatory – bila inflamed, badan akan rasa sakit dan tak selesa. Mungkin
kita tak nampak kat mana yang inflamed, tapi badan dia jadi stressed and it really cause a high discomfort in the patient.” Kristine cuba menerangkan tentang keadaan Aulia yang sememangnya tidak menentu.
“Jadi Aulia memang akan mood swing bila-bila masa sahaja?
Tak ada cara untuk tahu bila dia akan mood swing?” Fahmi tidak berpuas hati dengan jawapan Kristine. Dia inginkan jalan penyelesaian.
Kristine senyum kecil. “It is tricky, but the keyword is
STRESS. Kalau dia ada buat kerja berat dan dia jadi penat, mungkin akan trigger
mood swing. Kalau dia terfikir sesuatu dan dia rasa affected dengan memori atau
fikiran tu, mungkin akan trigger juga. Dan stress bukan sekadar tentang
benda-benda buruk. Boleh jadi awak buat surprise birthday untuk dia atau yang
seperti itu, mungkin perasaan dia akan jadi hyper and then crash down in gloom.”
Fahmi berkerut dahi.
“Depression Aulia bermula dengan tragedi. Period bukan
penyebab awal dia hadapi masalah begini. Aulia pernah alami major depression.
Selepas mendapatkan rawatan yang panjang, Aulia is now a better person.
However, kemungkinan untuk mengalami episod berulang membuatkan dia jadi
anxious. Dan kemudian, PMDD. Mungkin dia selalu fikirkan tentang kemungkinan
itu walaupun tanpa dia sedari. Bila dia period, semuanya perasaan buruk tu
kembali membuatkan dia stress.”
Kerutan di wajah Fahmi mengendur.
“I heard from Dr Brent. I knew something was wrong with you
when you keep on refusing to Aulias whim. She hadnt asked for much.. but I
waited for you to admit yourself if youre having problems.”
“I think you could make use of some relationship advice. We
have group support for relationship therapy. Here, a list of appointment
schedule and some contact numbers. Give them a call for a spot if you have free
time. I mean, if you want to make time. Think about Aulia, will you?”
“Im sorry, doctor.”
Mendengarkan Fahmi memohon maaf tanpa berfikir dalam-dalam
terlebih dahulu, Kristine mengeluh berat.
“And Aulia put so much hope on you.” Kristine menggeleng-geleng
dalam kekecewaan.
Fahmi mengerutkan dahi. “Apa maksud Doctor?”
“Pastikan yang dia ambil supplement ikut preskripsi. Dan jaga pemakanan dia serta pola tidur dia. That will help reduce the stress.” Kristine menukar topik dan menegaskan tentang pentingnya pengurusan kesakitan dan stress.
“Doctor, yang tadi...”
“You can go.” Kristine memotong percakapan Fahmi.
*****
Nafas Aulia tersekat dalam hela yang panjang. Kemudian, tangannya menggagau ke udara. Tidak pasti apakah yang cuba dicapainya.
Fahmi segera menarik Aulia ke dalam pelukan. Dalam gelap malam, dia bertanya dnegan suaranya yang garau. “Lia.. kenapa ni sayang?”
“No…!” Aulia menangis. Kepalanya digelengkan berulang kali.
“Kenapa ni? Mimpi ya?” Fahmi cuba memujuk. Dia menepuk dan menggosok bahu isterinya dalam usaha untuk menenangkan sambil membangunkan isterinya itu.
“No.. No…!” Aulia mulai teresak-esak.
“Aulia, itu mimpi je…” Fahmi masih cuba memujuk namun esakan Aulia berubah menjadi erangan.
"Huaaa... Mommy! Daddy!" Suaranya penuh pilu. Kemudian, dia membenam wajah ke dada Fahmi.
"Its okay.. its okay.." Hanya itu yang dapat Fahmi ulangi.
Setelah beberapa ketika, tangisan Aulia mulai reda. Dia menolak tubuh Fahmi dan perlahan-lahan menarik selimut. Wajahnya disembunyikan. Kemudian, Fahmi melihat Aulia turun menjejakkan kaki ke lantai. Terdengar bunyi berkeriut dari perut wanita itu. Fahmi mencapai suis lampu.
"Aulia ... nak buat makan?" Fahmi berhati-hati supaya tidak menuduh Aulia kebuluran di tengah malam. Terasa pula hati kecil isterinya itu.
"Emm.." Aulia mengiyakan.
"Jom, Ayang pun rasa lapar.." Fahmi menemani Aulia ke ruang dapur.
Aulia menarik periuk kecil dan mereneh air bersama sedikit serbuk kunyit. Kemudian, dia memasukkan mi kering dan dua biji telur. Setelah mendidih selama 3 minit, dia menghidangkannya di atas meja. Sepasang suda dan garfu dihulur kepada Fahmi dan dia mengambil sepasang lagi untuk dirinya.
Aulia hanya menunduk sambil menghirup mi. Dia tak mahu Fahmi melihat matanya yang bengkak dek kerana tangisan itu tadi. Fahmi tergelak kecil. Gelagat isterinya itu seperti gadis remaja yang merajuk dan curi-curi makan sendirian.
PAP !
Baru sahaja Fahmi ingin mencedok mi, Aulia sudah menariknya jauh dari meja makan. Dia meletakkan periuk itu di tepi sinki. Aulia berdiam seketika seperti berfikir. Fahmi kehairanan sehingga terkelu lidah. Kemudian, Aulia menghirup sesudu kuah kari dan menyimpan mi bersama seluruh periuk ke dalam peti sejuk. Fahmi mengangkat kening.
'Marah ke?' Fahmi diam sahaja sambil ekor matanya mengiringi Aulia yang melangkah kembali ke bilik tidur. Benarlah tekaan Fahmi. Aulia marah dan terus berubah fikiran.
'Takpelah, aku bukan lapar pun. Mengantuk ni..' Fahmi mengelus nafas. Kemudian dia terpandangkan jam di dinding dapur. 5.45 pagi. Fahmi mengambil keputusan untuk mandi dan bersiap ke kerja.
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment