Hanya Kita
“Seriuslah..?” Haura berasa hairan dengan cadangan Faizi.
Faizi mencerlungkan mata. “Selama ni aku serius dalam semua
yang aku buat. Cuma dengan kau je yang aku tak serius.”
Semua yang hadir saling berpandangan. Semua serba mengerti
perasaan Haura terhadap Faizi dan bagaimana Haura sering mencuri perhatian
lelaki itu. Namun, ayat Faizi sebentar tadi berbunyi seperti penolakan cinta.
Haura tersenyum sipu seorang diri. Semua yang melihatnya
jadi sebal. Syok sendiri pulak perempuan ni..
Kemudian, mereka meneruskan perbincangan tentang gimik persembahan
malam nanti.
Ღ
Ღ
Ღ
Ღ
Ღ
“Weh, pink ke hijau?” Haura bertanyakan baju yang sesuai
untuk menghadiri majlis akhir tahun bersama Faizi. Dia bersungguh-sungguh ingin memakai
sedondon dengan temannya itu.
“Hijau. Biar nampak macam Fiona dalam cerita Shrek tu.”
Selamba Faizi menjawab.
Haura ketawa terbahak-bahak. “Kalau aku Fiona, kau lah
Shreknya kan?”
“Tak.” Faizi menafikan. “Aku Donkey.”
“Eyyy.. Donkey berbulu-bulu!”
“Itu lah yang kau suka kat aku kann..” Faizi mengangkat-angkat
kening. Riak berlagak macho sambil mengurut janggut sejemput.
Haura ketawa lagi. Faizi senyum kecil. Dia geli hati melihat
perangai Haura yang mudah ketawa dengan usikan bodohnya. Selalu, Haura diam
sahaja di depan rakan-rakan yang lain.
Setelah gelak tawanya reda, Haura bertanyakan sebuah soalan. Suaranya
diperlahankan sambil menahan malu. “Nanti kan.. dekat majlis.. aku nak pegang
tangan kau boleh?”
“Ikut kau lah.” Faizi malas peduli. Dia tahu Haura sedang teruja
dengan hari penting ini. Graduasi, sesuatu untuk diraikan bersama semua rakan.
“Depan diorang..?” Haura meminta kepastian. Biasanya Faizi
tak gemar menunjuk romantik di tempat awam.
“Suka hati kau..”Faizi membalas lagi.
“Apa agaknya respon diorang nanti bila kita bagitau yang
kita dah kahwin?” Haura bertanya lagi. Dia sedikit gementar untuk berterus
terang tentang status mereka berdua di hadapan rakan yang lain.
“Biarlah diorang nak respon apa sekalipun. Kita nak jemput diorang datang kenduri kita kan.. Bukan kita tak jemput..?” Faizi mengangkat punggung, dia mendekati isterinya.
“Ya lah.. tapi mesti diorang tak sangka, kan..?” Haura berkata perlahan.
“Kenapa nak diorang sangka..." Faizi membalas, dekat di telinga Haura seraya berbisik. "Aku sendiri pun tak menyangka aku akan jatuh cinta kat kau.”
++++++
tsundere kuudere dandere. deredere universe.
guyssssss aku nak graduate dah minggu depan!!
((amende laa perangai aku ni.))
Labels: curAhiDea
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
THAT GOT ME UWUUUUUUUUUUU
Post a Comment