Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Pagi itu sepi.
Alia bangun perlahan2 melawan kantuk.
Dingin subuh menyapa segenap inci kulitnya.
"Aku tak mau sendiri hari ini." Hatinya bermonolog.
Sejurus dia bangkit ke tandas. Membersihkan diri untuk menunaikan solat dan bersiap2 untuk keluar rumah.

"Morning!" Dia menyapa teman serumah yang baru muncul di meja makan.

"Morning.. Awal kau bersiap hari ni..?" Balas rakannya dengan mata terpisat-pisat. Tangan mencapai roti dan mentega.

"Saje.. Tiba-tiba mood aku nak awal, so aku bersiap je lah. Lagipun semalam ada janji dengan group mate aku nak gi survey cari tempat untuk buat video." Jawab Alia selamba. Senyum diukir lebar. Jika dilihat dari mata kasar, tak siapapun menyangka bahawa senyuman itu dipaksakan.

"Ohh.." Rakannya mengangguk-angguk sambil mengunyah sarapan.

*****

"Tempat yang tadi tu boleh. Tapi aku rasa macam manager dia tak berapa friendly lah.." Soal Azmi, ketua kumpulan untuk assignment xx.
"Haah, aku pun rasa macam tu." Celah Azam, seorang lagi ahli kumpulan yang sememangnya terdiri daripada tiga orang sahaja. "Nak survey tempat lain tak?"

"Korang.. aku penat lah. Pagi tadi bangun rasa tak sedap badan. Boleh tak kalau kita balik?" Alia meminta.

"Survey satu tempat lagi ok tak? Kau boleh tahan tak?" Soal Azmi. Dia berhasrat untuk menyelesaikan satu task itu untuk hari ini.

Alia diam. Dia tak mahu menyusahkan sesiapa. Tapi dia rasa tak sedap hati. Tak semena-mena, ada pelbagai perasaan menghimpit dadanya. Alia melepas pandang ke luar tingkap.
Tak semena-mena dia terbayangkan sesuatu yang tak sepatutnya dibayangkan.

"Argh.." Alia menjauh dari pintu kereta. Dia berganjak ke tempat duduk bahagian tengah. Tangan dibawa memeluk tubuh.

"Alia.. Kau kenapa, weh? Tiba2 je alih tempat?" Soal Azmi, hairan dengan perlakuan itu.

Alia tidak menjawab. Otaknya tak mampu memproses untuk mengeluarkan jawapan. Dia memaksa diri untuk merenung satu arah dan mengosongkan fikiran.

“Alia..? Kau okey tak?”

Soalan daripada Azmi itu membuatkan Alia seolah ingin menangis. Soalan yang datang tepat pada waktu. Tanpa Alia sedari, dia sudahpun mulai teresak sendiri. Air mata mengalir tanpa dapat ditahan. Dia menarik nafas dalam. Dia tahu itu dapat membantu untuk dia bertenang dan setidak-tidaknya menghentikan esakan yang merisaukan.

“Alia..?” Azmi resah menanti jawapan daripada Alia. “Kau ada masalah ke?”

Alia membuang pandang. Kemudian dia menggeleng kecil. Dan beralih pandang lagi. Mengelak daripada melihat segala apa yang dia tak mahu lihat. Dia membawa pandangannya melihat kepada belakang kerusi tempat duduk pemandu yang berwarna hitam.

“Aku pernah cerita kat kau kan.. pasal tu…” Alia membuka mulut.

Azmi memberi perhatian. Azam di tempat duduk sebelah pemandu diam bingung. Dia tidak tahu menahu akan perbincangan dua orang ini.

“Aku tak tahu sejak bila.. tapi sometimes..” Alia berjeda panjang.

Azmi menunggu penuh sabar biarpun hatinya menggerutu melihat wajah Alia basah dengan air mata.

“Sometimes bila aku naik kereta..” Ayat demi ayat ditutur perlahan-lahan. Sebenarnya, dia masih berfikir samada dia patut meluahkannya ataupun tidak. Tapi kata doktor, masalah patut dikongsi. Apa sahaja yang memberati fikiran, tak perlu ditanggung  sendirian.


“Aku rasa nak bukak pintu. Waktu kereta tengah berjalan.” Alia mengemam bibir. Memang berat baginya. Berat untuk dia luahkan sesuatu yang dia sendiri tak mengerti mengapa fikiran mengarut seperti itu wujud di dalam benaknya.

Azam berkalih memandang ke belakang. Dia terkejut mendengar pengakuan Alia.
Azmi cuba mengawal perasaan. Dia mengerling wajah Alia dari cermin pandang belakang sambil cuba menumpukan fokus pada pemanduan. Dia juga terkejut dengan kata-kata Alia.
Azmi perasan Azam memandang tepat ke wajahnya. Seperti bertanya, apa patut kita buat?

“Bahaya weh, Alia..” Hanya itu ayat yang dapat difikirkan Azmi setakat ini.

“Aku tahu. Sebab tu, aku cuba elakkan.” Jawab Alia, suaranya lirih.

Azmi terdiam. Dia tahu, berat untuk Alia mendepani gangguan emosi yang dia miliki. Dia sendiri terasa berat ingin membantu, apatah lagi Alia yang mengalaminya sendiri. Azmi perasan, Alia mengemaskan lagi pelukan tubuhnya.

“Kau okey tak ni?” Soalan itu diulang lagi.

“Aku nak balik.” Jawab Alia. Tak mampu berfikir lagi.

“Okey, aku hantar kau balik ek..” Azmi akur.

Suasana diam menyepi. Alia menyandarkan kepala di tempat duduk. Cuba untuk membuang segala fikiran yang mengusutkan kepala. Azam rasa tak selesa. Dia berasa seperti telah terlibat dalam sesuatu yang tak patut dia ketahui. Azmi risau. Dia memikirkan segala apa yang pernah diberitahu Alia kepadanya sedari awal semester. Gadis itu percayakan dirinya, sebagai sahabat dan kenalan sejak sekolah.

“Kau ada beritahu doktor kau tak pasal ni..?”

“Belum.”

“Kau patut bincang dengan dia.”

“Nantilah aku fikirkan.”
“Hari tu, aku dah okey.. pastu dia cakap aku tak perlu datang sekerap macam dulu lagi.”

“Tapi benda ni penting.” Ujar azmi. “Bincang lah dengan dia nanti.”

“Okey.”

………….

#StaySafe. #KeepStrong

Labels:


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous