Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Aiman keluar dari bilik air. Dia mengusap air wudhu yang bersisa di kulit wajah dan lengannya. Lengan baju dibetulkan dari sinsingan. Semena, isterinya Wany muncul di depannya.
“Abang dah ambik air sembahyang ya?”
“Ya, kenapa?” Soalnya sambil cepat-cepat menurunkan sinsingan. Dia jadi risau melihatkan sengihan is isteri.
“Awak jangan macam-macam, ya. Saya nak solat ni..”
Wany terus tersengih. Dia menghulurkan tangannya untuk mencucuk pipi Aiman. Aiman cepat mengelak.
“Astaghfirullah al-Azim.. Wany!!”

Hafizi tersentak mendengar dentuman pintu bilik abangnya. Hampir sahaja henfonnya terlepas daripada pegangan. Aiman berlari laju ke arah bilik Hafizi.
“Pijie, pinjam bilik kau!”
Hafizi menggelengkan kepala. Dia nak main DOTA sambil menonton TV pun tak senang. Tapak kaki Wany kedengaran mengejar suaminya melalui ruang tamu. Hafizi mengeluh halus. Ada-ada sahaja suami isteri ini.

“Abang..”
Waniy menahan pintu bilik sambil bersuara nakal.
“Jangan kacau saya lah, Wany!” Aiman memohon. Dia sudah jenuh dengan usikan isterinya itu. Gangguan isterinya ini boleh sampai terbawa-bawa dalam solat. Dan dia tak sukakan itu.
Waniy terus menolak pintu daripada ditutup oleh Aiman. “You cant run from me, abang..!”
Aiman menjulingkan mata. Malas melayan kenakalan isterinya ini. Tak padan dengan mengandung!

“Aduh, abang..!”

“Hah, kenapa? Sakit perut?” Aiman jadi terleka. Tolakan pada pintu jadi lemah sehingga Wany dapat mengalahkan dan kemudian berjaya masuk ke bilik itu.
“Got you!”

“Wany!!” Jerit Aiman, marah. “Ughh!”
Waniy tersentak. “Waniy belum sentuh abang pun..”
“Awak kacau saya sampai saya dah terkentut!”
Waniy menahan gelak. Begitu juga Hafizi yang terdengar suara perbualan itu.

“Isy, dah lah. Ke tepi!”

Aiman melintasi isterinya. Kemudian dia terus ke ruang tamu dan mengambil kunci kereta.

“Abang..? Abang nak ke mana?” Waniy berubah riak. Terasa menyesal mengusik suaminya sebegitu. Aiman terus berjalan keluar rumah.
“Weh, angah!” Hafizi ikut risaukan abang dan kakaknya.
“Angah?” Ibu bapa Aiman juga keluar menjenguk dari dapur.
Kereta terus berderum keluar dari pekarangan rumah. Sayu wajah Waniy melihat suaminya meninggalkan rumah begitu sahaja. Dia sedar kesalahannya, namun tak menyangka suaminya akan marah sebegitu rupa.

“Sudahlah Waniy,” birasnya mendapatkannya di muka pintu. “Biarlah dia tenangkan diri kat luar. Waniy dah solat belum?” Isteri abang iparnya itu menasihatkan.
“Belum.” Jawabnya dengan suara separuh serak sebelum terus meminta diri untuk solat Maghrib.

Tidak lama kemudian, Aiman pulang bersama abang sulungnya.

“Itulah, aku selalu cakap.. Jangan lewatkan surau.”
“Okey, long. Nanti aku ikut kau solat kat surau lah setiap hari.”
“Okey, subuh esok gerak awal tau. Pukul 5.45 dah gerak.”
“Eh?”
“Takkan maghrib je?” Alongnya mengangkat kening, seperti mengejek keputusan itu.

“Awak..” Waniy mendekati Aiman lalu menghulur tangan. “Saya minta maaf pasal tadi..”
“Hmm..” Aiman senyum segaris. Dia menatap wajah sugul isterinya itu. Harapnya dia serik. “Dah solat?”
“Dah, solat isyak pun dah.” Waniy terus menghulur salam.
“Okey. Dah, tak payah nak salam-salam. Raya pun dah nak abis dah.”

^^^^^
-based on a tweet viralled thru insta. elaborated by dear ms imagination. pfft
-terkadang lelaki punya cara tersendiri untuk mengajari isteri.

Labels:


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous