Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Yang terpendam
Skrin henfon ditelangkupkan. Keluhan dihempas halus.
Terlalu banyak yang ingin diperkatakan, namun ditahan dan dipendam sahaja. Syafiqah ingin Afiq berfikir sendiri. Dia tak ingin rindunya mempengaruhi suaminya yang masih sibuk dengan urusan kerja. Dia tak ingin mengganggu, biarpun dia sendiri rasa terganggu.



Hari-hari yang berlalu terus sepi biarpun di sisinya ada kedua-dua mertuanya yang sedia membantu menjaga si kecil. Saat anak kecilnya bertanya bilakah ayahnya akan pulang, Syafiqah terdiam membisu. Hanya senyuman palsu yang mampu dihulurkan. Seketika, amarah dan dendam merasuk jiwa.
“Kalau dia tak rindukan aku, buat apa aku rindukan dia.” Begitu egois membakar rasa.



“Lama lagi ke Afiq di Langkawi tu? Tak selesai lagi kerja dia kat sana?”
“Entah lah ayah. Macam tu lah agaknya.”
Cuba dikawal emosi diri saat menjawab persoalan si mertua. Sudah hampir seminggu dia tidak berhubung dengan suaminya itu. Setiap apa yang dilakukannya tak lagi menjadi subjek fikiran. Syafiqah cuba fokus dengan perniagaan online. Juga, memastikan anaknya terjaga dengan baik.



“Assalamualaikum..”
“Iqah, tak rindu Fiq ke?”
“Fiq ada satu benda je lagi nak selesaikan. Lepas settle yang ni baru Fiq balik.”
Syafiqah menggigit bibir. Mesej itu sengaja dibiar sepi tanpa balasan.



“Assalamualaikum!”
“Ayah dah balik..!!!”  Si kecil berlari mendapatkan ayahnya.
Syafiqah menarik muka. Kaki dibawa melangkah ke dalam bilik.
Ulah Syafiqah menimbulkan rasa hairan pada suami dan kedua mertuanya.

“Iqah.. are you okay?” Afiq menyoal jujur.
Syafiqah tarik muka. “No, Im not.” Dia juga jujur, sengaja ingin menarik perhatian lelaki itu.
“Kenapa ni.. Fiq baru je balik.. Iqah tak suka ke Fiq balik?”
“Baru sekarang nak balik?!” Suaranya tiba-tiba meninggi. “Fiq tinggal Iqah kat sini. Pergi makan angin dengan kawan-kawan Fiq. Langsung tak ingat kat Iqah! Kenapa tak terus je tinggal kat sana dengan diorang?!”

“Iqah.. Iqah tahu kan Fiq pergi Langkawi untuk kerja? Fiq bukan pergi makan angin.. Kalau Fiq pergi makan-makan dengan kawan Fiq, salah ke? Salah ke kalau kitorang nak destress sedang kitorang penat kerja seharian? Salah ke, Iqah?” Afiq membidas tuduhan Syafiqah yang seperti mengatakan dia berseronok di Langkawi tanpa mempedulikan isterinya ini.
Air mata Syafiqah mengalir deras. Dia menumbuk bahu suaminya itu. Dia tahu dia kalah dalam pertelingkahan ini. Tapi.. semuanya terasa tidak adil.
Afiq menarik Syafiqah dan menenangkannya.

"You never called. You rarely text. Its always me.." Luahnya dalam tangisan. “Yet your status updates...”

“Im sorry.. Fiq pergi lama sangat ya?” Hanya sepotong kata maaf mampu dihulur untuk sang kekasih hati. “Lain kali Fiq bawak Iqah jalan-jalan ke sana. Okey?”

“Tak payah lah.” Syafiqah mengesat air mata di baju suaminya. “Fiq kan sibuk, mana ada masa untuk semua tu.”

Jual mahal. Afiq tahu wanita ini tak ingin menyusahkannya. Sungguh dia beruntung punyai isteri sebaik dia.

It deviated from my actual intention of writing this. Why thou it became accurate?
Lelaki, jangan pentingkan diri. Perempuan, jangan tipu diri.

Btw, I think this is my third story using the name syafiqah/afiq. Idk why I suddenly teringatkan cerita lama ni. Time dulu, obses dengan dua nama ni. Eh, jangan cari cerita tu, its all absurd and this story doesnt relate to the previous.
Thinking of building  a new blog and leaving everything that’s in this blog. Too much memories from the past

Why guys can only focus on one thing?! @&%

Labels:


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous