Tiga hari kemudian, kecoh pejabat
Rosdin Publications apabila Elissa menerima faks karya Izzudin bersama mesej
mengatakan Izzudin ditimpa kemalangan dan retak tangan kanannya ketika menerima
kelahiran anak kembar yang diberi nama Izzah Farhanah dan Aminudin Farhan.
Dyan hanya tersenyum hambar. Dia
mengambil faks lukisan komik Izzudin itu lalu kembali ke mejanya untuk dia
lakukan proses menggambar semula. Wan Akashah mendekati meja editor grafik itu.
“Semua orang tengah bincang bila
nak pergi melawat Abang Din. Abang Dyan tak pergi ke?” Tanya Wan Akashah.
“Nantilah aku pergi rumah dia,
Cashew. Aku tengah sibuk kejar deadline.” Balas Dyan. “Nanti tak keluar pulak
majalah kita bulan ni.”
“Abang ni, kawan sendiri sakit
pun tak nak pergi jenguk.” Wan Akashah bersungut.
“Aku dah tengok dia hari tu dekat
hospital. Suka hati kau je nak tuduh aku, ya!” Marah Dyan. Dia tertekan dengan
kesibukan yang melanda dirinya dan anak-anak buah bahagian grafik kala ini.
“Okey, sorry bang. Im sorry!” Wan
Akashah memahami kekusutan yang dialami Dyan dan beredar meminta maaf. Dia ikut
keluar bersama rombongan pertama yang akan ke hospital melawat Izzudin dan
Aishah.
Dyan merengus kasar sambil
menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Dia tak menyangka Zahra’ sudah kembali ke
Jepun. Dia berasa tak sanggup lagi untuk mengedit komik ‘Kehidupan Kami’.
Salah seorang anak buahnya datang
meminta pendapat kerja. “Abang Dyan, macam ni boleh?”
“Letak dulu, nanti aku tengok.”
Balas Dyan.
“Abang jangan stres sangat, semua
orang takut tengok abang.” Jihan memberanikan diri menegur wajah stres Dyan.
“Kau ambik lagi satu set ni,
buat. Aku nak pergi rehat.” Dyan memutuskan untuk menyerahkan tugas mengedit
karya Izzudin kepada orang lain. Dia bangun dan keluar dari pejabat tersebut.
Tanpa disedari anak buahnya
saling berpandangan. ‘Ha, kan dah kena tambah kerja.’
Dyan menunggang motornya dengan
laju. Hatinya tidak keruan lagi. Hanya satu destinasinya kini. Masjid An-Naim.
Dyan beriktikaf sebentar di situ.
Setelah menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid, dia menunaikan solat dhuha
seperti yang diajarkan Izzudin kepadanya.
Masih dia ingat ketika
mempelajari solat-solat sunat dengan Izzudin. Dia bertanya kepada rakannya itu,
“kau ni sebenarnya alim juga, kan?”
“Tapi kenapa sebelum ni aku tak
pernah tengok kau solat sunat macam ni?” Sambungnya lagi.
“Itulah, orang sekarang selalu keliru
antara orang alim dengan orang kuat ibadah, atau dalam Bahasa Arab disebut
abid. Orang-orang ang alim selalunya kuat ibadah sebab diorang kenal dan
takutkan Allah. Sementara orang abid tak semesti kena alim.” Izzudin
menjelaskan. “Alim tu maksudnya mengetahui. Tpi kalau aku ni, tahu tapi tak
amal.” Izzudin ketawa sendiri.
“Orang macam aku ni sebenarnya berdosa.
Berdosa kalau tak amalkan ilmu yang kita tahu. Jadi, sekarang ni aku nak tebus
balik dosa-dosa aku.” Sambung Izzudin lagi.
“Oh, yeke? Weh, orang selalu cakap
yang setiap yang Allah perintahkan itu pasti ada hikmah dan faedahnya. Solat
dhuha yang kita buat tadi, apa antara faedahnya?” Dyan ingin tahu.
“Solat dhuha banyak kelebihannya.
Kita boleh dekatkan diri dengan Allah, sihatkan tubuh badan, menginsafi diri. Dan
yang paling utama dapat rasa ketenangan.” Jawab Izzudin.
“Insaf? Tenang?” Dyan mengerutkan
dahi. “Apa kaitan dengan waktu dhuha?”
“Lepas subuh, selalunya kita
sibuk dengan urusan dunia. Lalai dengan kesibukan kerja dan kehidupan eharian. Sekarang,
kita peruntukkan masa kita untuk dekatkan diri dengan Allah. Dan menginsafi kelalaian
kita sepanjang waktu antara terbit fajar dan waktu dhuha ini.” Balas Izzudin.
“Tenang itu pula, janji Allah. Waktu
dhuha menjadi waktu tenang antara pagi dan tengah hari. Lagipun bila kita
dekatkan diri dengan Allah, hati kita jadi lebih mudah untuk sabar dan redha.”
“Assalamualaikum!” Suara itu
membuat Dyan tersedar dari lamunan.
“Waalaikumsalam.” Dyan melihat
seorang lelaki tua berjubah putih. Wajahnya berseri-seri walaupun uban telah
memenuhi kepala dan janggutnya.
“Ana tengok anta macam ada
masalah je. Boleh kongsi? Manalah tahu, ana mungkin boleh membantu.” Tegur
orang tua itu.
“Saya bukan apa, tok. Cuma datang
sini untuk cari ketenangan, Kawan saya kata, solat dhuha dan iktikaf di masjid
boleh membawa ketenangan dalam hati.” Jawab Dyan.
“Kalau tak tenang, maksudnya anta
ada masalah? Zaman sekarang ni, orang yang benar-benar dalam dilema atau ingin
berubah sahaja yang akan merindui masjid. Lagi-lagi anak muda macam kamu ni.”
Orang tua itu masih mencuba mengorek isi hati Dyan.
“Sebenarnya, tok…” Melihat jubah
putih orang tua itu, Dyan jadi terbuka hati. “Saya jatuh cinta dengan seorang
perempuan ni. Kawan saya suruh solat istikharah dulu. Tapi saya dapat tahu yang
perempuan tu pun sukakan saya. Cuma sebelum sempat saya melamar dia, dia dah
pergi jauh. Dia balik ke tempat asal dia, tok.” Dyan bercerita. Air mata yang
bergenang ditahan-tahan.
“Kalau anta rasa dia untuk anta,
anta kejarlah dia. Dia Cuma balik ke kampungnya, bukan kembali ke rahmatullah. Itu
pergi yang tak akan kembali, tapi dia mungkin akan kembali lagi, kan?” Pujuk orang
tua itu. “Tapi kalau rasa dah banyak doa minta petunjuk Allah, dan terasa dia
bukan untuk anta, ucapkanlah Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Allah telah
berjanji, sesiapa yang mengucapkan ayat ini, apa yang hilang akan digantikan
dengan yang lebih baik. Yakinlah dengan Allah, Tuhan Sekalian Alam.” Nasihat orang
tua itu.
“Tapi dia ni unik, tok. Tak pernah
saya jumpa gadis sepertinya sebelum ini. Dialah satu-satunya.” Ujar Dyan lagi.
“Yakinlah, pasti ada yang lebih
baik daripada itu.” Orang tua itu mengingatkan. “Ada satu kisah, di mana
seorang lelaki bertanya kepada gurunya, “apakah erti cinta?”. Lalu gurunya
menjawab, pergilah kau berjalan melalui sebuah denai. Dalam perjalananmu,
kutiplah sebatang sahaja ranting yang paling menarik. Apabila mendapatkannya
janganlah kau ambil yang lain. Nescaya kau akan menemui cinta.”
Dyan menaruh sepenuh perhatian
kepada cerita itu.
“Sekembalinya lelaki itu dari
perjalanannya mencari cinta, gurunya mendapati dia tidak membawa pulang apa-apa.
Dan lelaki itu berkata, “Wahai guruku, aku telah menemui sebatang ranting yang
cantik di pertengahan perjalananku itu. Akan tetapi apabila teringatkan pesanmu
bahawa aku hanya boleh mengambil satu sahaja, maka aku biarkan ia kerana aku
tidak tahu apakah akan ada yang lebih menarik daripada itu. Di hujung
perjalananku, aku tidak menemui yang lebih menarik daripada ranting tadi. Namun,
aku tidak boleh berpatah balik seperti yang telah kau larang.” Sambung orang
tua itu lagi.
“Gurunya menjawab, “Itu maknanya
cinta. Apabila kau telah menemuinya, maka redhalah dan jangan fikirkan
kekurangannya. Dikhuatiri kau tidak akan menjumpai sesuatupun sepertinya lagi.
Ana nasihatkan anta supaya redha dengan pemergiannya. Bila anta jumpa
pengganti, jangan biarkan dia. Takut nanti anta takkan jumpa lagi dengan
pasangan yang baik.”
“Terima kasih, tok. Saya dah rasa
bersemangat nak balik kerja. Jadi, saya minta diri dulu ya, tok.” Dyan
bersalaman dengan lelaki tua itu. Di pintu masjid, dia terfikir untuk
menunaikan solat istikharah. Selesai solat, dia tidak lagi melihat kelibat
lelaki tua itu.
Dyan tertanya-tanya siapakah orang tua itu.
Soalan itu terus berlegar dalam fikirannya di sepanjang perjalanan pulang ke
pejabat. Dia terlupa untuk menanyakan nama pakcik tua yang sebelum ini tak
pernah dia lihat di masjid itu. Mungkin, kebetulan sahaja orang tua itu
bersinggah di sekitar sini. Atau mungkin…
*****
Aishah gembira dapat menerbitkan
karyanya sendiri. Kini, dia punya cita-cita untuk terus menulis novel untuk
membantu melunaskan pinjaman biasiswa pelajarannya dan juga untuk Izzudin. Duit
itu juga boleh dijadikan pelaburan untuk masa depan anak-anaknya.
Aishah tersenyum sendiri. Entah mengapa,
sejak petang tadi dia berasa terpanggil untuk membuka aplikasi LINE. Rupa-rupaya
Zahra’ ada menghantar mesej beserta gambar berkenaan perkahwinannya dengan
Bakri.
Aishah mencapai telefon bimbitnya
lantas mendail nombor Zahra’.
“Assalamualaikum, Zahra! Omedetou!
(Tahniah!)” Dia menyapa gadis Jepun itu namun dibalas dengan suara seorang
lelaki Jepun.
“Waalaikumsalam, Aishah. Terima
kasih atas ucapan tahniah tu. Tapi, Zahra’ sedang ada di dalam tandas. Ada
apa-apa mesej nak saya sampaikan kepada dia, ke?” Ujar lelaki Jepun itu dengan
mesra.
“Renji? Oh, bukan. Bakri, ya.”
Aishah mengenali suara itu. Dia teruja untuk bertanya khabar. “Apa khabar awak
sekarang? Apa perasaan setelah masuk Islam?”
“Alhamdulillah.. Saya rasa tenang
sangat. Awak apa khabar, Aishah? Saya dengar, awak dapat anak kembar? Tahniah
untuk awak!” Jawab Bakri yang emudian membalas ucapan tahniah kepadanya.
“Oh, terima kasih. Betul tu,
kembar sepasang lelaki dan perempuan. Namanya Amin dan Izzah. Kalau ada rezeki,
datanglah melawat kami di Malaysia.” Aishah mempelawa.
“Insyaallah.” Bakri membalas sepatah.
Antara gembira dan kekok apabila diajak berkunjung ke negara Islam itu.
“Er, sampaikan salam saya kepada
Zahra’ ya. Nanti saya akan telefon dia semula. Assalamualaikum!” Aishah meminta
diri. Semakin lama berbual, ada garis kekok antara mereka berdua. Mungkin petanda
Allah ingin menjaga batas antara lelaki dan perempuan.
Aishah menelefon Saadah pula. Namun
panggilannya tidak berjawab. ‘Mungkin Saadah sibuk..’ Fikirnya.
Aishah bangkit berdiri. Bagaikan terdengar
suara anak-anaknya menangis di bilik sebelah. Aishah ke dapur untuk mengambil
sebotol susu ibu yang sudah diperahnya. Dia segera melangkah ke dalam bilik. Telefon
diletakkan d iatas katil.
Aishah menggendong dan menyusukan
Izzah sambil menyuakan botol susu ke dalam mulut Amin. Suara tangisan berubah
senyap.
Tak lama kemudian, telefon Aishah
berdering.
“Assalamualaikum, Aishah. Ana
minta maaf tak sempat angkat telefon tadi. Ana baru balik dari klinik. Ada apa
anti call tadi?” Suara Saadah kedengaran di corong telefon.
“Walaikumsalam. Anti baru balik
dari klinik? Anti demam ke?” Tanya Aishah pula.
“Taklah. Sebenarnya, ana ada
berita baik.” Balas Saadah.
“Berita apa tu? Bunyi macam
seronok je. Biar ana teka, anti mengandung ya?” Usik Aishah.
“Ha, betul tu! Dah dua minggu.”
Saadah mengiyakan dengan suara teruja.
“Ya ke? Alhamdulillah, tahniah!”
Aishah tumpang gembira dengan berita itu. Tak sangka usikannya mengena.
“Ana pun ada berita juga.”
Sambung Aishah membuat Saadah berasa suspens.
“Berita apa?” Saadah menyoal.
“Balik nanti, anti check apps LINE.
Lepas tu telefon Zahra’ dan ucapkan tahniah.” Aishah tidak menjawab secara terang-terangan.
“Kenapa?” Saadah masih belum
mengerti.
“Zahra’ dah berkahwin dengan
Bakri! Majlis diorang dua hari lepas!” Balas Aishah.
“Wah! Subhanallah!” Saadah tidak
menyangka. “Jadi betullah mimpi dia tentang jodoh dia di bumi sakura? Masya-Allah.”
Saadah berzikir memuji kekuasaan Allah. Benarlah, Allah itu Maha Kuasa melkukan
sesuatu mengikut IradatNya.
“Tapi, macam mana dengan Danial?”
Entah mengapa Saadah teringatkan rakan kerja Izzudin itu.
“Macam mana? Mereka kan tak
pernah contact. Mereka tak pernah ada hubungan apa-apalah.” Balas Aishah, hairan
dengan fikiran Saadah.
“Cuba anti tanya pada Izzudin
tentang Danial. Ana rasa sebenarnya Zahra’ tak bertepuk sebelah tangan ketika dia
terpikat dengan Danial.” Usul Saadah.
“Maksud anti…” Aishah bagai tidak
percaya apa yag didengarnya dari mulut Saadah.
“Ini cuma perasaan ana je. Tak
tahulah kalau salah. Wallahualam.” Saadah meakui kekurangannya sebagai manusia.
“Nanti ana akan cuba tanya. By
the way, tahniah!” Balas Aishah.
“Terima kasih.” Balas Saadah
sambil tersenyum.
“Siapa tu, honey?” Tanya Johan
Gabriel setelah talian diputuskan.
“Tadi honey dapat misscall
daripada Aishah. Jadi honey call dia balik.” Saadah menjawab pertanyaan
suaminya.
“Dia kata apa?” Tanya Johan
Gabriel lagi.
“Dia beritahu honey tentang Zahra’.
Zahra’ dah berkahwin di Jepun!” Saadah memberitahu Johan Gabrel berita itu.
Kemudian dia kembali melihat keputusan ujian kehamilan yang ada di tangannya. “Lepas
tu, Aishah ucap tahniah untuk baby dalam kandungan ni.” Saadah tersenyum kecil.
Johan Gabriel ikut tersenyum
senang melihat isterinya.
*****
Dyan bersyukur ke hadrat Ilahi.
Berkat kesabarannya, dia kini dikurniakan seorang gadis sebagai pengganti
kepada Zahra’.
Hafsah, seorang penulis baru yang
akan menghasilkan cerpen motivasi di kolum baru majalah syarikat. Kolum ini
diusulkan oleh Izzudin kepada Encik Rosdin tempoh hari.
Dyan tekad. Dia tak akan lagi
membiarkan cinta pergi meninggalkannya. Dia meminta bantuan Izzudin untuk
mendekati gadis ayu lepasan Kolej Universiti Islam Malaysia.
Hafsah kelihatan memberi respons
baik dalam hubungan mereka. Setelah tiga bulan berlalu, Dyan meminang Hafsah
dengan bertemu keluarganya di Kelantan.
Izzudin tumpang gembira dengan
pertunangan sahabatnya itu. Setiap malam, dia pasti melakukan solat sunat
sebelum tidur. Dalam doanya, dia bersyukur kerana Allah mempertemukan dirinya yang
sering lalai ini dengan Aishah yang telah mendorongnya kembali menjalani
kehidupan Islam yang syumul seperti yang telah dipelajarinya sejak sekolah dahulu.
Izzudin berdoa agar dapat meneruskan
ukhuwah antara isterinya dengan sahabat-sahabat yang lain seperti Saadah dan Johan
Gabriel, Zahra’ dan Bakri, Zulaikha dan Yahya, serta Dyan dan Hafsah. Semoga
kehidupannya akan sentiasa disinari cahaya Islam di samping isteri tercinta dan
anak-anak tersayang.
Sekian. 02 Oktober 2011.
Post a Comment