Welcome!
Irene Adler
ღღღ

Important!
Full collection can be found on buttons below.
For newer collection (2025) click this link here


Latest List
Full List
Fateh p Hanis Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Important!
Newer collection (2025) and chapters list, click this link here .

Juu-nana (17)

Aishah terlelap seketika. Setelah penat bersabung nyawa, akhirnya dia melahirkan seasang kembar yang comel. Dia meminta kepada jururawat untuk membiarkan anak-anaknya di sisi sambil menunggu kedatangan Izzudin untuk memperdengarkan azan dan iqamah buat kedua-dua anaknya itu.

Saadah bersandar pada kerusi di sebelah katil Aishah. Segala kekalutan telahpun berakhir. Zahra’ sudah dihantar ke lapangan terbang dan Johan pula setia menunggunya di luar.

Pintu bilik diketuk. Saadah bangun membuka pintu. Wajah Johan Gabriel terpacul bersama sebuah beg galas yang kelihatan tidak asing lagi baginya.

“Mana sayang dapat beg tu?” Tanya Saadah, masih di muka pintu.

“Mari.” Johan Gabriel mengajak Saadah duduk dengannya di bahagian menunggu tanpa menjawab soalan isterinya itu. “Aishah macam mana?” Dia pula mula bertanya.

“Aishah sedang tidur.” Jawab Saadah. “Kenapa sayang nampak resah je. Ada apa-apa ke?”

“Honey cam tak dengan beg ni?” Johan mengunjukkan beg yang digalasnya dari tadi.

“Macam pernah, tapi tak pasti.” Balas Saadah.

Johan mengeluh.

“Tadi ada seorang lelaki accident dekat depan hospital. Tak tahulah macam mana, motor dia berlanggar dengan ambulans.” Beritahu Johan kepada Saadah yang tekun mendengar.

“And then, masa sayang ternampak troli pesakit disorong masuk wad kecemasan, sayang rasa tak sedap hati. So, sayang pergi tanya dengan nurse.” Johan berhenti seketika. Saadah menghulurkan air botol untuk suaminya yang berwajah risau.

“Alhamdulillah.” Johan mengucapkan syukur atas nikmat air yang menenangkan baginya.

 

“Honey tahu tak, rupa-rupanya orang tu Izzudin!” Sambung Johan. Mata Saadah terbuntang. Tiada lagi kata-kata yang mampu diucapkannya selain “Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.”

“Eh, honey dengar dulu. Sayang tak habis cakap lagi.” Johan menepuk bahu Saadah untuk menyedarkan dia dari melamun jauh.

“Kata nurse tu, inni beg Izzudin. Tengok apa sayang jumpa dalam ni.” Sambung Johan lagi sambil engeluarkan sebuah fail daripada beg galas itu.

‘Beg Izzudin? Mesti Aishah yang bagi.’ Fikir Saadah. Dia ingat Aishah selalu membawa beg seperti itu semasa zaman kuliah di universiti dahulu. Tak sangka beg itu masih elok dan cantik.

 

Saadah melihat fail yang diberikan Johan kepadanya. Banyak lukisan-lukisan yang diselangi dialog bagi setiap muka surat. Tajuk di hadapan fail tertulis: Kehidupan Kami.

Johan menyelakkan beberapa mukasurat terakhir lalu menunjukkannya kepada Saadah. “Cuba honey baca.”

 

Saadah membaca komik lukisan Izzudin itu.  Izzudin telah melukiskan seorang wanita yang melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Aminuddin. Kemudian lahir pula kembarnya. Terlukis adegan di mana sang suami bertanyakan pendapat si isteri untuk menamakan anak perempuan mereka.

Saadah terkejut bagaikan tak percaya Izzudin sudah melukiskan hal ini sebelum kelahiran anaknya lagi.

 

“Romantik, kan? Mereka masing-masing berkarya tentang kehidupan masing-masing.” Ujar Johan Gabriel.

Saadah mengangguk. “Nak bagitahu Aishah ke?”

“Jangan.” Tegah Johan Gabriel. “Biarkan dia berehat. Lagipun, lebih baik kita tunggu Izzudin sedar. Nurse kata kecederaan dia tak teruk sangat.”

Saadah mengangguk lagi.

 

***

Pagi itu, Aishah masih menunggu Izzudin. Dia terdengar bunyi ketukan di pintu lantas menyarungkan tudung sauk yang mudah dipakai.

Wajah Saadah terjengul di pintu. “Assalamualaikum.”

Aishah menyamut salam sahabtnya itu. Lega hatinya apabila ada yang melawat walaupun bukan orang yang dia tunggu-tunggu.

Saadah masuk sambil melemparkan seulas senuman manis. Dia bertanya khabar kepada Aishah sambil berlabuh duduk.

Aishah menjawab basa-basi. Kemudian, pandangan terjurus kepada fail biru yang dibawa Saadah. “Apa yang anti bawa tu?”

 

“Ana ada dua berita untuk anti.” Jawab Saadah dengan penuh suspens.

 

“First sekali… Jangan jerit tau.” Sambung Saadah dengan nada penuh suspens. “Semalam ana dapat call daripada PPX Publishing. Mereka berminat dengan novel anti.”

“Yes! Alhamdulillah. Akhirnya ada jugak hasil duit sendiri.” Aishah menjerit riang sambil bertepuk tangan.

“Hm, menjerit juga dia.” Rungut Saadah selamba.

 

“Second news?” Tanya Aishah.

“Excited, ya?” Soal Saadah. Aishah menyengih.

“Jangan excited sangat, nanti menangis pulak.” Saadah memperingatkan.

“Yalah, terlupa. Selalunya kalau berita pertama tu gembira, yang kedua mesti sedih.” Balas Aishah mengiyakan pesan Saadah.

“Dah sedia nak dengar?” Soal Saadah.

Aishah mengangguk.

 

Saadah mengeluarkan komik hasil lukisan Izzudin daripada fail biru yang dibawanya. Dia menunjukkan kepasa Aishah muka surat terakhir di mana Izzudin menggambarkan anak kembar mereka.

“Abang Izz yang lukis? Cantiknya!” Aishah terbuntang mata melihat lukisan itu.

“Hm? Tapi ana ingat nak bagi nama Farhan dan Farhana.” Rungut Aishah setelah meneliti komik itu.

 

“Gabungkanlah nama itu. Aminuddin Farhan. Sedap juga.” Cadang Saadah.

Aishah mengangkat sebelah kening.

Saadah tersengih. Menyedari isyarat Aishah, dia meminta maaf.

“Maaflah, ana dan Johan dah baca dulu komik ni sebelum anti.”

 

“Antum dah baca semua ke?” Soal aAishah.

“Eh, tak. Baca bahagian tu je.” Saadah menyangkal.

“…arigato.” Ujar Aishah kemudian menyimpan fail itu di meja kecil bersebelahan katilnya.

 

“Anti datang seorang je ke? Abang Izz takde?” Aishah bertanya polos.

“Bersabar ya, Aishah…” Saadah tidak pasti untuk memberitahukan berita itu kepada sahabatnya.

“Sabar? Kenapa? Anak-anak masih tunggu untuk diazankan oleh ayah mereka. Sekarang mana ayah mereka? Mana Abang Izz?” Aishah menekan suara. Pelbagai fikiran telah datang kepadanya ketika dia seharian menunggu Izzudin yang tak kunjung tiba.

“Sabarlah, Aishah. Semalam, ketika dalam perjalanan, Izudin accident.” Balas Saadah sambil menggenggam tangan Aishah, memberi semangat kepada sahabatnya itu.

Aishah terdiam. Air matanya merembes ke pipi. “Alhamdulillah.” Setidaknya, bukan dia tak mahu tengok aku lagi. Fikir Aishah sendiri.

 

“Abang Izz accident. Jadi dia kat mana sekarang?” Aishah bertanya lagi dengan nada suara yang mulla mengendur. Dia mengesat air matanya.

“Izzudin, dia…” Saadah serba salah. Dia tak mahu, tapi dia wajib memberitahu Aishah juga.

“Apa jadi dengan Abang Izz?” Suara Aishah kembali meninggi.

 

Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Saadah bingkas bangun untuk membuka pintu. Aishah mencuri lihat ke luar pintu. Apabila melihat Johan, Aishah mengeluh sendiri. Kemudian dia terlihat Johan menyorong sebuah kerusi roda.

 

“Assalamualaikum, Aishah. Cari abang ke?” Suara itu sangat dikenalinya.

“Aishah tak cari, cuma menunggu je.” Balas Aishah sambil tersenyum. Dia gembira melihat suaminya muncul walaupun dalam keadaan lengan berbalut.

“Apa dah jadi dekat abang?” Aishah hampir bangun dari katil untuk melihat keadaan Izzudin. Saadah menghentikannya dan mengingatkan untuk berehat secukupnya.

Izzudin menghulur sengih dalam malu. “Abang nak cepat jumpa Aishah. Tak perasan pulak ada ambulans nak keluar. Jadi berlanggar bila brek motor tak makan.”

Aishah menggeleng kepala. “Lain kali, janganlah tergesa-gesa.”

Izzudin ketawa kecil.

 

“Kawan Aishah berdua ni pun gelabah.. Apatah lagi abang yang nak jadi ayah ni. Jantung laju je fikirkan Aishah, tau!” Ujarnya membuat Saadah tersengih malu. Aishah dan Johan ikut ketawa.

 

Rengekan anak-anak mereka mengubah suasana. Aishah menggendong anak perempuannya sementara Izzudin menepuk-nepuk anak lelaki untuk mententeramkan bayi kembar itu.

“Apa kata abang azankan anak tu? Mereka tunggu ayah mereka sejak semalam.” Aishah mencadangkan apabila melihat anaknya tenang bersama sang ayah sedangkan anak yang dalam pangkuannya masih merengek.

“Ini.. bayi lelaki?” Soal Izzudin.

Aishah mengangguk.

 

“Hai, Aminudin…” Izzudin memanggil.

“Farhan.” Sambung Aishah. Izzudin mengangkat sebelah kening.

“Aminuddin Farhan.” Aishah mengangguk lembut.

 

“Farhan daripada kata faraha, bermaksud gembira.”

“Aman damai, dan gembira. Sedap nama tu.” Izzudin bersetuju.

“Saadah yang bagi idea untuk gabungkan nama ni.” Beritahu Aishah. Izzudin senyum kepada Saadah sebagai tanda terima kasih.

 

Kemudian, Izzudin mendekatkan keala ke telinga anaknya lantas mengalunkan azan. Dia tak tidak kuat untuk menggendong anaknya seperti Aishah dengan keadaan lengannya berbalut simen. Jadi dia melaungkan azan di dekat troli bayi. Anak perempuannya juga turut berhenti menangis. Mereka semua mendengarkan laungan azan dari Izzudin.

Setelah selesai, si kembar perempuan menangis lagi. Aishah mendekatkan anak itu kepada Izzudin lantas segera diiqamahkan. Selesai itu, Izzudin bertanyakan nama anaknya ini. “Macam mana, Aishah? Abang tak ada idea untuk nama perempuan.”

 

“Aishah suka Farhan dan Farhanah.” Balas Aishah. “Tapi kalau kembar lebih cantik kalau namanya serupa. Aishah tak tahulah nak gandingkan nama Farhanah dengan Aminudin Farhan.”

 

“Aminudin berganding dengan ayahnya Izzudin. Kalau ganding dengan Aishah…” Johan Gabriel memberi cadangan setelah melihat semua diam. “Macam mana dengan nama Izzah?”

“Izzah Farhanah?”

“Bangga, dan gembira.” Aishah dan Izzudin saling bersetuju.

“Aminudin Farhan dan Izzah Farhanah. Secocok.”

 

“Siapa yang lahir dulu daripada dua kembar ni?” Soal Johan Gabriel, penasaran.

“Ini kakak dan adik.” Saadah mencelah.

“Ya, Amin adik Izzah. Izzah kakak Amin.” Aishah meniyakan.

Izzudin mengangguk-angguk. Mendengar nama anak mereka digandingkan bersama, rasa tenang dan bersahaja. Mungkin itu petunjuk nama itu sesuai untuk bayi kecil berdua ini.

 

Tiba-tiba Amin merengek diikuti dengan Izzah. Namun sebaik sahaja Izzah menangis, Amin berhenti terpisat-pisat.

“Kenapa dengan anak kita ni?” Soal Izzudin, hairan dengan sikap Amin.

“Ini tandanya mereka nak susu. Dah lapar…” Jawab Aishah sambil menepuk-nepuk badan Izzah yang ada dalam pangkuannya. “Selalunya Amin akan beri ruang untuk kakak dia minum dulu.”

“Oh, kecil-kecil dan pandai mengalah ni. Pandainya.” Izzudin memuji bayi kecil di hadapannya.

Mendengar rengekan bayi yang semakin panjang, Saadah mengajak Johan Gabriel untuk menunggu di luar. Johan Gabriel sudahpun sedia melangkah keluar sejurus Saadah menyebutnya.

 

Saadah dan Johan Gabriel terhenti sebentar di depan bilik wad Aishah itu. Johan Gabriel mengerling ke arah Saadah sambil tersenyum sendiri.

“Sayang kenapa? Tersengih-sengih macam kerang busuk?” Saadah menegur gelagat suaminya.

“Tak adalah. Sayang cuma terfikir, bila pula perut honey nak ada isi?” Johan Gabriel mengusik perut isterinya.

“Isy, sayang ni!” Saadah menepis tangan Johan Gabriel. “Mengada!”

 

Dyan mengeluh. Dia tak sempat melawat Izzudin. Dia yang pada awalnya ingin melawat Aishah terkejut apabila melihat Izzudin berkerutsi roda dan disorong oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya. Dia hanya mengintai dari luar bilik Aishah dan mendapat tahu bahawa Izzudin kemalangan semasa hendak menyambut kelahiran anak kembarnya.

Dyan mengeluh lagi. Sudah lama tidak bertemu Zahra’, dia jadi rindu untuk menatap wajah itu. ‘Entah bila lagi kita akan bertemu?’ Soalnya di dalam hati sambil mengorak langkah untuk pulang.



Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous