Welcome!
Irene Adler
ღღღ

Important!
Full collection can be found on buttons below.
For newer collection (2025) click this link here


Latest List
Full List
Fateh p Hanis Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Important!
Newer collection (2025) and chapters list, click this link here .

Juu-yon (14)


SETIBANYA IZZUDIN dan Dyan di pejabat, Wan Akashah menyapa mereka berdua.

“Awalnya abang berdua sampai. Jalan jam, ke? Orang yang duduk jauh ni pun dah sampai dulu.” Perli Wan Akashah.

“Senyaplah, Cashew.” Marah Dyan.

“Abang tak sihat sikitlah pagi tadi. Itu yang lambat, Cashew.” Izzudin membela diri. “Kenapa? Bos cari ke?”

 

“Taklah, bang. Bos tak masuk lagi. Tapi saya nak minta tolong abang pasal karya saya ni.“ Balas Wan Akashah sambil melabuhkan punggung di hadapan meja Izudin. “Abang sakit apa?” Sempat dia bertanya.

“Sakit sikit je. Tak ada apa-apa pun. Kalau tak, takdelah abang datang ofis.” Balas Izzudin, membuatkan Dyan tersengih.

“Eleh, aku bagitahulah ya pasal isteri kau?” Usik Dyan.

“Hah?” Wan Akashah keliru. “Patutlah abang nampak sihat je. Tak nampak pucat pun. Isteri abang ke yang sakit? Sakit apa?”

Dyan memanjat kerusi sambil melaung, “attention all! Hari ni kita nak ucap tahniah dekat kawan kita!”

“Hoi, Dyan! Turunlah! Malulah aku!” Izzudin cuba menegah.

Dyan tak ambil peduli akan perasaan rakannya itu. Baginya, yang penting berita ini dihebahkan.

“ISTERI DIN PREGNANT!”

 

Seketika, pejabat jadi riuh-rendah. Mereka bertepuk tangan sambil menyuarakan kegembiraan. Tak kurang juga ada yang berjabat tangan mengucapkan tahniah kepada Izzudin. Izzudin hanya tersipu malu.

“Wah, tahniah Abang Din. Tak lama lagi jadi ayah!” Usik Wan Akashah. Mereka semua tertawa.

 

“Apa yang happening sangat ni?” Satu suara lantang menyapa. Mereka terkejut lantas berpaling ke arah suara itu. Encik Rosdin sudah tiba di pejabat.

 

“Eh, bos! Good morning, bos.” Sapa Elissa yang merupakan akauntan di situ.

“Kenapa riuh sangat ni? Takde kerja ke?” Encik Rosdin bertanya lagi.

“Takdelah, bos. Kitorang cuma tumpang gembira dengan Izzudin ni.” Elissa memberi penjelasan. “Wife dia pregnant, bos.”

“Oh.” Encik Rosdin melangkah ke hadapan. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda senyuman. Tiba-tiba dia berhenti di hadapan Izzudin dan merenung pekerjanya itu dari atas ke bawah.

Encik Rosdin menghulurkan tangannya membuatkan Izzudin terperanjat.

“Well, congrats.” Ujarnya sambil tersenyum. “Saya doakan anak awak selamat dilahirkan.”

 

Izzudin menyambut huluran salam majikannya itu.

“Terima kasih, Ecik Rosdin. Kami ingatkan Encik Rosdin tengah moody tadi.” Izzudin sempat berseloroh.

“Memanglah, menantu aku keguguran.” Encik Rosdin menjawab perlahan, seolah-olah berbisik pada diri sendiri. Pandangannya meredup. Matanya nampak berkaca.

“Dahlah. Everybody, back to work!” Arah Encik Rosdin lalu dia masuk ke ruang pejabatnya.

 

“Kasihan, Encik Rosdin.” Semua pekerja kembali ke meja kerja masing-masing. Suasana kembali tenang.


*****

“Kandungan puan amat sihat. Apa rahsia puan?” Tanya doktor yang memakai tag nama Iman.

Izzudin dan Aishah sedikit terkejut. Kata-kata itu kedengaran seperti cuba memprovok mereka. Izzudin rasa ingin menengking doktor itu.

 

“Kurma.”

 

Izzudin tak sempat membuka mulut. Riak muka Dr. Iman kelihatan menyoal lebih lanjut.

“Atas nasihat seorang doktor yang saya kenal, saya makan tujuh biji kurma setiap pagi dan petang. Maksud saya sebelum Subuh dan selepas Maghrib. Dan kalau saya rasa nak pitam, saya makan lagi tiga biji sewaktu tengah hari.” Aishah menjawab soalan doktor tanpa ralat.

“Oh, kurma memang bagus. Terus amalkan perkara itu,.” Puji Dr. Iman. “Saya bukan apa, ya. Saya pun bimbangkan kanduangan saya juga. Jealous pula saya tengok semua marker sign nampak cantik ya, Puan Aishah. Nanti saya cuba amalkan macam Puan Aishah cakap tu.”

“Apa maksud doktor, ya?” Tanya Izzudin, tidak berpuas hati. Aishah hanya tersenyum.

“Macam yang saya cakap tadi,” balas Dr. Iman sambil mengulas lanjut. “Kandungan Puan Aishah yang baru berusia tujuh minggu sedang melalui perkembangan yang baik. Mungkin itu hasil daripada amalan makan buah kurma. Kandungan puan tiada apa-apa masalah. Kalau morning sickness, muntah-muntah… Itu perkara commonlah ya.”

“Cakap pasal muntah…” Izzudin tak sempat menyambung ayat.

“Dr. Iman…” Aishah memanggil. “Sepanjang saya mengandung, saya tak pernah alami apa-apa masalah. Pernah sekali je saya pengsan. Itu pun sebab saya puasa tanpa sahur.”

Dr. Iman senyum mendengar kata-kata itu. “Baguslah tu.”

“Tapi selalunya suami saya yang muntah. Ada kaitan dengan anak ni ke?” Aishah menyuarakan kebimbangan.

Dr. Iman berkalih pandang kepada Izzudin bersama sebelah kening terangkat.

“Encik muntah-muntah?” Dr. Iman cuba meneka. “Cuba ceritakan. Encik rasa stress ke? Ada rasa pressure sebelum nak jadi bapa? Atau encik ada gastrik? Encik pernah check di mana-mana klinik?”

 

“Saya belum ke klinik, tapi kami perasan punca selalunya datang bila…”

“Selalunya kenapa?”

“Selalunya bila kami bersentuh, saya muntah kerana bereaksi terhadap kandungan tu…” Perlahan Izzudin menyambung.

“No touch?” Dr. Iman berfikir sejenak.

Aishah memandang wajah Izzudin dan memberi sokongan senyap.

“Oh, kesiannya!” Dr. Iman gelak sendiri. “Maafkan saya. Benda ni memang jarang berlaku tapi memang ada rekod tentang ini. Saya rasa encik sedang mengalami couvade syndrome.”

“Couvade syndrome?” Izzudin dan Aishah saling berpandangan.

 

“Couvade syndrome ni macam morning sickness.” Dr. Iman menjelaskan lagi setelah dia mengawal gelak tawanya. “Bezanya, couvade syndrome boleh terjadi pada bila-bila masa. Ada sesetengah lelaki mengalaminya ketika pasangan mereka mengalami kontraksi semasa bersalin. Ada juga yang berkongsi pengalaman morning sickness bersama pasangan. Belum ada research yang dapat menjelaskan kenapa masalah ini menimpa bakal-bakal bapa ni. Yang pasti, lelaki itu akan merasai pengalaman dan kesusahan menjadi ibu mengandung walaupun bukan seratus peratus.”

Penjelasan lanjut daripada Dr. Iman membuat Izzudin terkedu.

 

“Maknanya perkara ni akan berlanjutan?” Izzudin menyoal.

“Macam saya katakan tadi, belum ada research menyeluruh tentang couvade syndrome. Dan reaksinya berbeza-beza bagi setiap individu.” Balas Dr. Iman.

“Saya cadangkan encik buat sedikit carian internet dan belajar sedikit sebanyak tentang couvade syndrome ni. Saya ada jumpa satu web ni, ramai juga lelaki yang berkongsi cerita tentang pengalaman mereka dengan couvade syndrome. Saya harap encik lebih bersedia untuk menghadapinya.”

Izzudin mengeluh. Aishah menepuk belakang suaminya sebagai tanda sokongan dan dokongan supaya Izzudin terus bersabar. Izzudin keluar dari bilik rawatan setelah Dr. Iman memberi sedikit nasihat untuk kandungan Aishah.

“Saya rasa puan tak ada masalah, tak ada apa-apa keperluan untuk saya syorkan mana-mana vitamin. Cuma saya harap puan lebih berhati-hati. Jaga pemakanan dan kesihatan puan. Regular exercise itu bagus tapi jangan buat kerja-kerja berat yang boleh membahayakan kandungan, ya.”

 

Sebelum beredar dari bilik doktor, Aishah sempat berpesan kepada Dr. Iman untuk menutup aurat dengan sempurna dan mendalami fikrah Islam yang syumul.  


*****

Hari itu hari yang sungguh meriah. Ramai juga orang yang menghadirkan diri di Dewan Bandaraya Shah Alam ini. Aishah, Izzudin dan Zahra’ menjamah makanan yang dihidangkan ketika majlis itu berlangsung.

“Abang Izz, mewahnya tempat ni. Apa kerja Johan sebenarnya?”

“Johan tu ada buka bengkel. Dia bukan mekanik tapi dia co-partner dengan kawan mekanik dia. Jadi dia adalah side income tapi tak banyak pun.” Ujar Izzudin sekadar basa-basi.

Aishah mengangguk. Niat untuk bertanya lebih lanjut dia biarkan kerana Izzudin nampak begitu menikmati lauk majlis kahwin di sini. Aishah berpaling melihat Zahra’ yang hanya duduk diam sedari tadi.

“Zahra’, cuba tengok Saadah.” Aishah menegur sambil mengisyaratkan ke arah pelamin.

“Kesian, Saadah. Dia tak mahu bersanding. Family dia pun tak suka tengok dia bersanding, tapi family Johan yang desak supaya ada adat bersanding juga. Jadi Saadah pakai niqab sebab tak mahu orang tenung dia. Dia malu.” Beritahu Aishah kepada Zahra’.

“Oh, tapi dia nampak cantik atas pe- uh.. atas bridal stage tu.” Balas Zahra’.

“Anti nak sebut pelamin, ya?” Aishah bertanya. Zahra’ hanya tersengih. Aishah menepuk bahu sahabatnya itu sambil memberi sokongan bersama senyuman mesra.

 

Majlis persandingan sudah berakhir. Saadah berasa lega. Betapa kekok dan gemuruhnya dia sewaktu duduk di pelamin itu. Mereka berdua duduk di meja yang dikhaskan untuk mereka bersama ibu bapa mereka. Ramai yang menunggu Johan dan Saadah saling suap-menyuap untuk majlis makan beradab. Namun, baik Saadah dan juga Johan mengelak dari hal itu dan memilih untuk berbual bersama ibu bapa dan mertua mereka.

 

Izzudin berasa rimas duduk di meja. Bagaikan ada mata yang merenungnya sejak dia mengucapkan tahniah kepada pengantin beru tersebut bersama Aishah dan Zahra’ tadi. Dia ingin mengajak Aishah pulang. Tiba-tiba seorang wanita datang menyapa.

“Assalamualaikum, Aishah. Abang Izz.” Lembut suara itu memberi salam. Izzudin memalingkan muka, tak sanggup melihat wajah wanita tersebut.

“Eh, Kak Zue! Apa khabar?” Aishah menyambut salam wanita itu dengan senyuman.

“Alhamdulillah, akak sihat.” Balas Zulaikha yang melabuhkan punggung di tempat duduk Zahra’.  Kebetulan pula, gadis Jepun itu kini ke tandas.

“Akak buat apa kat sini? Jumpa saudara ke?” Soal Aishah lagi.

“Ya, suami akak sepupu dengan pengantin lelaki tu.” Jawab Zulaikha. “Aishah pula?”

“Subhanallah! Johan itu sepupu suami akak?” Aishah berbasa-basi menjawab pertanyaan Zulaikha. “Saadah kawan saya.”

“Keciknya dunia…” Ujar Zulaikha sambil melayan anaknya yang mula merengek.

“Itulah, Allah pasti akan menemukan hamba-hambaNya atas rahmatNya.” Ujar Aishah sambil memuji kebesaran Allah. “Dah besar dah anak akak, ya? Siapa namanya?” Aishah bertanya lagi sambil mengacah-acah si kecil.

“Baru enam bulan. Yusuf namanya.” Jawab Zulaikha kemudian sengaja mengusik. “Aishah bila pula?”

“Ha? Saya, kak?” Aishah tersenyum-senyum. “Insya-Allah. Cukup sembilan bulan lahirlah anak ni nanti.” Jawabnya sambil mengusap perut.

“Alhamdulillah, tahniah!” Zulaikha mencuri pandang ke arah Izzudin yang tak mempedulikan kehadirannya. “Korang dah okey ke?” Zulaikha bertanya.

 

Aishah hanya membalas dengan seulas senyuman.

“Akak nak bercakap dengan Abang Izz ke?” Bisiknya kepada Zulaikha.

Zulaikha mengangguk.

“Silakanlah, kak. Saya pinjam Yusuf sekejap.” Kata Aishah sambil mendukung Yusuf pergi. Aishah mendapatkan Zahra’ yang baru kembali dari tandas. Zahra’ hairan melihat Izzudin bersama dengan seorang perempuan yang tidak dikenalinya. “Aishah, itu…”

“Hmm? Biarlah mereka…” Balas Aishah yang kemudian mengalih perhatian kepada anak kecil dalam dukungannya. Kemudian, dia mengajak Zahra’ untuk berjumpa Saadah.

 

Zulaikha beranjak ke kerusi di sebelah Izzudin. Izzudin masih melihat ke arah Aishah sambil berfikir sendiri. ‘Kenapalah Aishah tinggalkan aku dengan dia ni? Masalah betul!’

 

“Abang Izz.” Zulaikha memecah tembok sunyi yang menyelubungi mereka.

Izzudin tidak menjawab.

“Abang apa khabar sekarang?” Zulaikha bertanya, ikhlas.

“Alhamdulillah.” Jawab Izzudin sepatah.

“Abang Izz marah dengan Zue, ke?” Zulaikha meneka. “Abang janganlah simpan rasa marah tu. Zue cuma mengikut kata ayah. Bukankah, pada redha ibu ayah itu letaknya redha Allah juga?”

Izzudin berpaling memndang Zulaikha. Sejak bila pula gadis itu pandai bercakap tentang redha Allah? Izzudin terus berfikir sambil dia memerhati perubahan yang berlaku pada gadis itu. Wajahnya sudah semakin tembam, mungkin berubah setelah menjadi seorang ibu. Penampilan baju dan tudung juga nampak semakin labuh tak seperti gaya gadis sekolah kampung yang hanya memakai tudung selempang. Kerutan di dahi Izzudin mengundang tawa kecil daripada Zulaikha.

“Semua ni, Aishah yang ajar. Kalau ikutkan hati Zue, memang susah juga untuk Zue terima.”

Wajah Zulaikha menampakkan tenang yang sukar diceritakan. Izzudin kembali melepas pandang. Mereka diam seketika.

 

“Kamu, bahagia sekarang?” Izzudin teragak-agak mengatur soalan.

Zulaikha kecewa. Izzudin tidak lagi memanggil namanya seperti dahulu.

“Abang sendiri pun nampak, kan. Kalau tak ada bahagia, mana nak ada si Yusuf?” Zulaikha menjawab sambil mengarahkan pandangan kepada bayinya yang kini dibawa bermain dengan pengantin di dekat pelamin.

“Oh, namanya Yusuf?” Izzudin mengambil sikap bersahaja. “Baguslah macam tu.”

“Alhamdulillah.” Zulaikha mengiyakan.

 

Mereka diam lagi. Kini lebih lama. Izzudin tak mahu berkata lagi. Dia takut kalau sekiranya imbauan kisah lama menyelubungi suasana antara mereka lantas menodai kepercayaan Aishah kepadanya. Dia tak mahu menyakiti hati Aishah lagi.

Zulaikha belum puas. Dia masih belum mendengar apa yang dia ingin dengari daripada mulut Izzudin. Zulaikha mencari kata-kata yang sesuai. Dia teringatkan kandungan Aishah yang masih baru.

“Seronok Aishah bermain dengan Yusuf. Aishah macam dah tak sabar nak jadi seorang ibu?” Ulasnya, sengaja mengalih perhatian topik mereka.

Izzudin tersenyum. “Aishah, dia, memang dah bersedia sejak dulu lagi.”

“Sebab seorang muslimah itu harus bersedia untuk masa depannya. Sabar dan redha. Tawakkal pun penting juga, katanya.” Izzudin mengulang kata-kata Aishah yang didengarnya tak lama dulu. Senyuman di wajahnya tak putus-putus sambil matanya tak lepas memerhati isterinya.

Zulaikha terkesima. Takasima. Sudah lama dia tidak melihat senyuman itu. Dia tertawa sendiri membuat Izzudin hairan.

“Kenapa Zue gelak? Apa yang lawak?” Izzudin jadi tertanya-tanya apa yang membuat Zulaikha ketawa mengekek.

“Tak adalah, Abang Izz. Tadi mula-mula serius je dengan Zue. Tapi bila bercakap tentang Aishah, nampak senang hati ya?” Jawab Zulaikha. Izzudin mencebik.

 

“Abang macam mana? Bahagia tak dengan Aishah?” Zulaikha memulangkan soalan itu kepada Izzudin. Izzudin mengeluh. Dia rasa tersinggung apabila ditanya begitu.

“Kalau abang tak suka dia, dah lama abang campakkan dia sepertimana ibu ayah Zue campakkan abang.” Kata-kata itu merobek hati Zulaikha namun dia biarkan sahaja. Setidak-tidaknya Izzudin semakin selesa berbual dengannya.

“Sama macam yang Zue cakapkan. Kalau tak ada bahagia, mana nak ada baby dalam kandungan dia..”

Mereka diam lagi. Masing-masing memerhatikan Aishah yang sedang gembira bermain dengan anak kecil itu bersama Zahra’ dan Saadah.

“Abang terima dia seadanya, cuma…”

“Cuma apa?” Zulaikha penasaran.

Izzudin mengeluh berat.  “Selama ni abang banyak bersalah terhadap dia.”

 

Zulaikha ikut mengeluh. Dia tahu sedikit sebanyak tentang perkahwinan Izzudin dan Aishah yang bermula dengan kesulitan. Biarpun tidak tahu secara terperinci, pasti tak mudah untuk membuang kisah lama begitu sahaja dan memulakan kisah baru dari awal. Dia tahu, kerana dia juga merasakannya.

 

“Abang… Tentang apa yang dikatakan ayah Zue dulu, Zue minta maaf bagi pihak ayah.” Ujar Zulaikha tiba-tiba. “Mungkin pandangan ayah tak sama seperti pandangan kita yang masih muda. Sebagai seorang anak, Zue kena dahulukan ayah. Abang maafkanlah ayah Zue, ya. Lupakan semua kata-kata pahit ayah dulu.”

“Abang faham. Pahit macam mana pun, memang dah jadi kenyataan yang abang ni cuma seorang kartunis picisan je.”

“Abang!” Marah Zulaikha, tak suka mendengar Izzudin merendahkan dirinya sendiri.

“Abang cakap yang betul…” Balas Izzudin.

Zulaikha diam tak tahu menjawab apa lagi. Biarpun gaji Izzudin kecil, namun dia telah berjaya mencapai cita-citanya sendiri untuk menjadi seorang kartunis. Dia kagum dengan ketabahan lelaki itu menjadikan lukisan sebagai kerjaya.

 

“Lega hati abang tengok Zue bahagia,” Ujar Izzudin sambil bangkit berdiri. “Sekarang abang nak kejar bahagia abang. Doakan kami berdua ya. Asslamualaikum.”

Izzudin meninggalkan Zulaikha di meja itu. Dia mendapatkan Aishah dan mula berbual bersama Saadah dan Johan di dekat meja pengantin. Zulaikha memerhatikan mereka melayani anaknya sambil tersenyum.

Sebuah tangan menyentuh bahu Zulaikha, “dah selesai?”

Zulaikha merenung wajah suaminya sambil melemparkan sebuah senyuman.

“Sudah, abang. Terima kasih bagi saya peluang ni. Nampaknya, saya dah tak perlu risau lagi.”

 

“Lepas ni, fokus ada abang ya. No more Aishah dan Abang Izz!” Pinta suaminya yang kemudian dibalas dengan senyuman dan pelukan mesra. 


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous