Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Aku terus terdiam kaku di katil. Sejak cuti aku diluluskan, semakin berat tubuh ini untuk bangun berpagi-pagi. Sinar pagi dan gelap malam tak lagi aku kenali. Hanya sinar lampu sahaja yang menerangi hidup. Itupun, dah mati sejak tengah hari semalam. Nasib baiklah aku dah cas semua powerbank yang aku ada. Terlalu malas rasanya untuk keluar membayar bil.

Aku terus merenung siling yang gelap. Kenapa gelap eh? Memanglah, elektrik putus. Langsir pun tak bukak. Biarkan jelah.





Lapar. Aku membuka henfonku. Game masak-masak menjadi pilihan untuk aku melunaskan nafsu. Punyalah malas, sampai masak pun sanggup virtual je. Aih..
Sakit belakang. Sudah terlalu lama aku berbaring. Badan pun merajuk, ajak berjalan. Aku memandang sisi katil. Ah, jauhnya nak turun..
Aku melihat jam di skrin henfon. Empat petang. Aku peduli apa.





Tandas! Ah, aku berlari sambil terkepit-kepit. Pergh, kalau bocor kat sini entah bila pulak aku nak membasuhnya?
Lega. Aku melihat skrin henfon. Ah, kenapa pula bateri ni merah? Malasnya nak ambil powerbank dekat tepi bantal...
Bukan aku ada nak buat apa-apa pun dengan henfon ni.





Sejuknya.. Aku menggosok bahu. Yang aku tidur dalam tandas ni buat apa pulak?
Perlahan-lahan kaki diseret untuk kembali ke katil. Henfon dicucuk supaya bersambung dengan pengecas.
Kemudian, aku berlabuh lagi di atas kapal impian.





Panas..! Ah, berpeluh-peluh. Kenapa pulak panas sangat ni? Kaki pun rasa terbakar je.
Eh, aku berpijak atas pasir? Aku memandang ke depan. Aku kat mana ni? Padang pasir?
Tangan diletak di dahi untuk melindungi mata daripada silau matahari.

Aku menghampiri sekumpulan orang yang aku lihat seperti orang tempatan. Baju mereka putih biarpun mereka berada di padang pasir. Tak kuning ke baju tu nanti?
Aku cuba menyapa, tetapi mereka menjauh. Hidung mereka ditekup sebaik melihatku. Wajah mereka berkerut-kerut seolah-olah jijik denganku. Apa salahku?
Terasa pedih dibelakangku. Aku cuba mengusap untuk menghilangkan rasa sakit. Biasanya begitulah. Aku akan menipu perasaan sakit dengan meletakkan pressure lain di tempat yang sakit tu. Dengan sedikit ilmu sains tahap sekolah menengah, aku menipu saraf-saraf kulit. Kulit je yang merasa, bukan?
Tangan terasa basah dan melekit. Aku memandang tanganku. Merah? Ini darah ke?
Aku cuba melihat apa yang ada di belakangku. Hah?!





Mata dibuka. Terasa nyaman sekali seperti aku ini di dalam tempat berpendingin hawa. Kepala juga terasa lembutnya bantal. Aku memandang tangan hangat yang menggenggam tanganku. Siapa dia ni?

"Adik.. adik dah bangun?"

Adik? Aku ni anak tunggallah!



Doktor datang memeriksa keadaanku. Aku sekadar diam tak memberi respon. Dibiar sahaja mereka membuat apa-apapun terhadapku.

"Bersabarlah, dia baru sahaja bangun jadi sistemnya baru sahaja mula untuk berfungsi seperti biasa semula."

Wajah dia ni, aku tak kenal. Tapi nampaknya dia memang risaukan aku..

"Dah tiga bulan aku tunggu kau bangun." Eh, riak mukanya berubah sebaik sahaja doktor dan kakitangan hospital keluar. "Tiga bulan aku habiskan masa dan duit aku untuk pastikan kau terus hidup."
Apa.. Apa yang dia nak daripada aku?
"Macam mana kau nak bayar aku semua ni?"
Bayar balik duit dia? Aku tak minta pun dia jaga aku..

"Siapa kau?"

"Oh, kau boleh bersuara lagi? Fikirkan dah hilang kemampuan bercakap, disebabkan apa yang kau lalui.. Tapi nampaknya ingatan kau dah hilang ya?"

Disebabkan.. apa? Apa yang dah terjadi sebenarnya sebelum aku sampai ke sini?

"Aku tak peduli apa cara kau untuk ingat balik semuanya. Tapi yang aku tahu aku nak kau beritahu aku formulanya!"

Formula apa?

"Lepas ni, kau akan tinggal dengan aku sampai kau ingat balik formula tu.."





Sejak aku belajar berjalan semula, dia membawa aku pulang ke rumahnya. Rumahnya begitu besar, namun tak ada sesiapapun di dalamnya. Aku mula meneka-neka apa pekerjaannya. Rumah ini lengkap dengan perabot. Tetapi tak ada yang lebih daripada itu. Tak ada apa-apa gambar atau kasut atau lebihan baju-baju. Tiada bukti sesiapa pernah tinggal di rumah ini. Eh, mana aku tahu yang tak ada orang pernah tinggal di sini? Boleh jadi mereka kemas semua barang-barang dan keluar berpindah. Aku ni banyak sangat fikir lah!
Ah! Aku memegang kepala.

"Nampaknya kau dah mula mengingati sesuatu." Dia memandangku dengan wajah sinis.
Isy, naik meluat pula dengan muka dia ni. Tapi tak apa, sebab aku pun tak ingin balik ke rumah aku yang dah macam tongkang pecah tu.

"Nah, ini semua baju kau yang masih elok. Kau buatlah apa-apa yang kau nak buat. Yang pastinya, aku nak kau teruskan hidup kau."



Aku membuka peti sejuk. Wah.. sedapnya aiskrim oreo choc! Cis, bertuah betul jadi orang kaya! Apa lagi yang ada dalam ni?

Dengan semua makanan kegemaranku di dalam tangan, aku melabuhkan punggung di depan kaca televisyen. Sofa empuk memanjakan aku dengan kemewahan. Aku menekan alat kawalan jauh dan mula bersenang-lenang. Tak mempedulikan perkara lain lagi, seperti dunia ini aku yang empunya.

MAKMAL FARMASEUTIKAL TERBAKAR - 10 TERKORBAN.

Aku menggelengkan kepala. Teruk betul dunia zaman sekarang ni. Korupsi di merata tempat. Aku syak kebakaran itu bukanlah suatu kemalangan.
Eh, kenapa aku begitu yakin dengan prasangka sendiri? Dulu aku kerja penyiasat ke eh?
Kepala terasa berdenyut.

Ah, biarkan sajalah. Aku tak heran sedikitpun. Yang penting, sekarang ni aku boleh goyang kaki.

next

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous