Aishah dan Zahra’ menunggu dengan penuh sabar
di hadapan rumah itu. Sesekali Zahra’ mengerling ke arah Aishah yang asyik
mengait sambil mengalunkan surah Maryam yang sudah dihafalnya.
“Tenangnya anti mengait.” Tegur Zahra’. “Anti
tak rasa Saadah dah terlalu lewat?”
“Tawakkaltu ala Allah.” Jawab Aishah sambil
mengingatkan Zahra’ untuk memanjangkan tawakkal ke hadrat Allah.
“Mungkin Saadah ada hal lain ataupun dia
tersekat dalam trafik jam. Kita tunggu je dengan sabar. Ana yakin dia akan
datang. Kalau dia tak jadi datang, mestilah dia beritahu kita, kan…” Sambung
Aishah lagi.
“Tapi, kita dah lambat ni. Anti masih sempat
lagi mengait, ya?”
“Oh, sebab ana tahu… Lambat macam mana pun, bila dia sampai nanti dia tetap akan tunggu kita berkemas. Tak ada rushing pun.” Jawab Aishah.
“Ya ke?” Zahra’ mengangguk-angguk sendiri.
“Sayang betul Saadah pada anti ya.” Perli Zahra’ tanpa Aishah menyedari. Dalam
hatinya, dia masih ingat bagaimana dia dimarahi jika sengaja berlambat-lambat.
Aishah tersenyum. Sudah berkali-kali Zahra’
melihatkan rasa cemburu dengan kemesraan
dalam persahabatan Aishah dan Saadah. Aishah tak tahu bagaimana untuk
membantunya. Dia dan Saadah sudah berkenalan sejak kecil. Saadah sentiasa
mengambil berat dan mengutamakan Aishah walau berbanding dengan diri Saadah
sendiri. Dan biarpun sudah enam bulan sejak pernikahan Saadah dengan Johan,
Saadah tetap sama seperti dulu. Mungkin kerana Aishah sedang sarat mengandung.
Sudah enam bulan juga sejak pertemuan Izzudin
dengan Zulaikha. Aishah tidak mengetahui isi perbincangan mereka. Tak terlintas
di hatinya untuk bertanya. Dia tak mahu kebahagiaan yang kini dikecapinya hilang
disebabkan hal itu.
Izzudin tidak lagi menyebut nama Zulaikha di
dalam doanya seperti dahulu. Bahkan sering berdoa demi kesejahteraan anak
mereka dan juga keharmonian rumah tangga mereka. Suaminya itu menunjukkan sikap
yang matang dalam menunggu kelahiran bayi mereka. Kata doktor, dalam
kandungannya ada anak kembar.
Biarlah segala apa yang dibincangkan itu
menjadi kisah mereka. Aishah bahagia sekarang. Tambah lagi, izzudin juga sudah
tidak lagi mengalami couvade syndrome. ‘Biarlah…’ Fikir Aishah.
PIN! PIN!
Fikiran Aishah berderai. Saadah keluar daripada
kereta putih hadiah daripada mertuanya sempena perkahwinan.
“Gomen ne. Ada masalah sikit dekat rumah tadi.”
Ujar Saadah setelah bersalaman dengan Aishah dan Zahra’.
“Hai? Masalah?” Zahra’ mengerling nakal.
“Kenapa? Johan tak bagi keluar rumah ke?” Usiknya.
Saadah tersipu malu. “Tahu-tahu je anti ni.”
Aishah tersengih mendengarnya. Dia berhati-hati mengemas bahan-bahan mengait. Mujurlah sarung tangan yang ingin dipakainya sudahpun siap dikait. Dia menghentikan usikan Zahra' sambil mengunci pintu rumahnya.
“Dah, jom kita keluar sekarang. Dah lewat sangat ni.” Sememangnya Saadah sudah lewat selama dua jam daripada masa yang dijanjikan.
Di dalam kereta, Zahra’ senyap sahaja di tempat
duduk belakang. Aishah hairan apabila Zahra’ tetap membisu apabila lagu
kesukaannya dipasang di radio.
“Apa yang anti fikirkan, Zahra?” Tanya Aishah
menunjukkan rasa prihatin terhadap gadis Jepun itu. Zahra’ mengambil masa untuk
menjawab.
“Sunyilah.”
“Antum berdua dah kahwin. Tinggal ana seorang
je yang single.” Sayu suara Zahra’ menuturkan bicara itu.
“Eh, anti bukan ke ada Danial?” Saadah
mencelah.
“Eh, Saadah ni! Kami tak peprnah contact lah. Lagipun, ana rasa jodoh ana masih di bumi sakura.” Balas Zahra’. “Tiga hari lepas kan, ana mimpikan okasan…”
“Obasan?” Saadah dan Aishah menyoal serentak.
Sudah lama mereka tidak mendengar khabar keluarga Zahra’ di Jepun. Sejak
memeluk Islam, keluarga Zahra’ enggan berhubungan dengannya lagi. Itulah yang
menyebabkan Zahra’ berpindah ke Malaysia. Demi suasana Islam yang lebih baik.
“Semalam ana buka apps LINE. Ana nak tengok Moments
okasan. Tapi ana nampak ada orang mesej ana. Renji mesej ana, dia kata
Assalamualaikum.”
“Renji?”
“Katanya, dia sekarang guna nama Bakri. Katanya
lagi, lepas ana tinggalkan Jepun dia mula belajar tentang Islam. Dia tak sangka
ana sampai sanggup tinggalkan keluarga demi Islam. Dia terfikir, apa yang hebat
sangat tentang Islam. Dan…”
“Dia kata dah berminggu-minggu dia tunggu ana
online. Dia nak bagitahu ana yang okasan menghidap kanser. Keadaan okasan
tenat.”
“Baliklah, Zahra’. Kami akan tolong belikan tiket.” Pujuk Saadah.
“Sebenarnya, Bakri dah belikan tiket. Malam ni
pukul sepuluh.” Zahra’ mengeluh lagi. “Tapi ana tak tahulah. Kalau balik nanti takutnya kena terus stay kat sana.”
“Kenapa?” Aishah dan Saadah kehairanan.
“Semalam ana mimpi berkahwin dengan Bakri.”
Jawab Zahra’. “Ana sayangkan antum. Ana nak terus tinggal di sini, di
Malaysia.”
“Lah…” Aishah dan Saadah menggelengkan kepala. “Baliklah ke Jepun, Zahra’. Obasan
perlukan anti lebih daripada kami. Lagipun syurga itu di bawah telapak kaki
ibu. Dia sakit, tu.. Baliklah jaga dia. Kalau nanti anti stay lama di Jepun,
internet sentiasa ada. Online selalu, insyaallah kami takkan lupakan anti.”
Pujuk Aishah.
“Waalaikumsalam, Bakri?”
Aishah dan Saadah saling berpandangan.
Tak lama dalam perbualan, air mata Zahra’ mengalir deras. Setelah memutuskan talian dia mengucapkan kalimah tahmid, memuji kebesaran Ilahi.“Alhamdulillah.”
“Okasan telah mengucapkan syahadah.” Jawab
Zahra’ sambil mengesat air mata di hujung lengan baju.
“Alhamdulillah, itu berita baik.” Ujar Saadah.
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.” Sahut
Aishah dan Saadah. Sebak menyelubungi suasana di antara mereka.
“Insyaallah.” Balas Zahra’ perlahan. Dia
mengelap air matanya.
“Daijoubu.” Jawab Zahra sepatah.
Tak semena-mena tangan Saadah disentap. Hampir
sahaja dia melepaskan stereng kereta kerana terkejut. Aishah meramas lengan
Saadah dengan kuat.
“Kenapa, Aishah?”
“Ana minta maaf. Ana dah kotorkan kereta anti,
Saadah.” Ujar Aishah tiba-tiba. Suaranya bergetar perlahan. Saadah kehairanan.
“Astaghfirullahalazim!” Muka Aishah
berkerut-kerut tatkala mengucapkan kalimah istighfar itu. Tangannya memegang erat
lengan Saadah.
Mata Saadah terbuntang menyedari keadaan Aishah.
Dia menelan liur.
“MUSTASYFA!”
Zahra’ tersentak mendengar Aishah menjerit
untuk mereka segera ke hospital. Fikirannya terhadap ibunya berkecai. Dia
mengesat air mata yang mengalir lantas menyelit di antara dua tempat duduk
hadapan kereta tersebut.
“Kenapa ni?”
“Zahra… Ana panik ni!”
“Okey, Saadah relaks.” Ujar Zahra’ dengan
tenang sambil melepaskan tangan Aishah dari menggengam lengan Saadah. Dia
membawa tangan Aishah dan menggenggamnya sebagai pemberi semangat.
“Saadah, lets carefully think.” Zahra’
menyentuh lembut bahu Saadah sambil mengarah. “Cuba ingat kat mana hospital
atau klinik terdekat.” Sambung Zahra’ lagi. Dia menekan butang lampu kecemasan
kereta.
“Ana tak tahu!” Balas Saadah.
Zahra’ menghembus nafas berat. “Saadah, relaks.”
Pujuknya.
“Kita bukan nak cepat tapi kita nak pastikan
kita terus safe and sound. Dengar tak? Safe and sound…” Zahra’ menasihati.
Saadah hanya mengangguk.
“Sekarang tarik nafas… Lepas…” Saadah mengikut
arahan Zahra untuk menenangkan diri. Dia ingat Zahra’ punya pengalaman begini
ketika salah seorang senior mereka di Jepun sedang ingin melahirkan.
“Now, think.” Zahara’ mengarah lembut. Dia
kemudian berpaling memandang Aishah.
“Aishah, bila air ketubannya pecah?” Tanya
Zahra’. Dia pasti Aishah telah lama menahan sakit.
“Sejak anti bercakap tentang obasan menghidap
kanser.” Jawab Aishah. Suaranya terketar-ketar menahan sakit. Namun digagahkan
juga membasahi lidah dengan zikrullah.
“Masyallah, sepatutnya anti beritahu sejak
tadi!” Marah Zahra’. Rasa cemas yang cuba disembunyikan semakin menjadi-jadi
apabila melihat jubah Aishah semakin penuh dengan darah.
“Zahra’ please…” Aishah meminta untuk tidak
dipersalahkan.
Zahra’ diam. Dia sedar sikapnya tidak sesuai
dengan keadaan darurat ini.
“Pasangkan kaset…” Aishah mengerang kesakitan.
“Kaset zikir?” Tanya Zahra. Aishah mengangguk.
Zahra’ memasang kaset zikir yang dijumpainya di dalam bekas simpanan antara
tempat duduk.
“Itu hospital!” Jerit Saadah. Setelah lama
berpusing-pusing, baru sekarang dia menjumpai hospital di sekitar situ. Saadah
menekan minyak.
“Saadah, relaks.” Zahra’ menegur. “Kita nak sampai
di hospital dalam keadaan safe and sound. Bukan sekadar nak cepat. Nanti Aishah
dan baby akan stres.” Saadah memperlahankan keretanya semula.
“Call Abang Izz.” Pinta Aishah.
“Haahlah! Lupa pula nak call bagitahu suami
dia.” Rungut Saadah. “Zahra’, ambil phone Aishah dalam handbag dia.”
“Name?” Zahra bertanya sebaik mendapatkan
telefon bimbit Aishah. Dia ingin mempercepatkan carian nama Izzudin dalam log
talian.
“Abang.” Jawab Aishah yang masih berkerut-kerut
dahi menahan sakit.
“Assalamualaikum, Izzudin.” Sapa Zahra’ dengan
ada tegas.
“Waalaikumsalam. Ya, ada apa?” Jawab Izzudin
kehairanan apabila mendengar suara orang lain dari telefon isterinya. Dia
menduga ada sesuatu yang buruk sedang berlaku.
“Ano… Aishah… Er…” Zahra’ panik. Dia tak dapat
menghabiskan ayatnya.
“Nak bersalin!” Saadah mencelah.
“Hah? Bersalin?!” Izzudin menjerit. Seluruh isi
pejabat memandangnya dengan kerisauan. Terutama sekali Wan Akashah.
“I- Iya..” Jawab Zahra’ sedikit gugup.
Aishah menarik henfon miliknya dekat dengan
telinga.
“Abang, Aishah dalam perjalanan ke hospital. Abang
jangan risau. Doakan Aishah selamat melahirkan.” Ujar Aishah dengan suara yang
kedengaran semakin melemah.
“Aishah! Bertahan, ya. Nanti abang datang.”
Izzudin cemas. Inilah pengalaman paling berharga. Dia akan menjadi seorang
ayah.
Izzudin merengus geram. “Aishah
jangan cakap macam tu. Aishah tak kesiankan abang ke? Tak kesiankan anak-anak
ke? Macam mana hidup kami kalau Aishah tak ada?”
Aishah terdiam. Hanya membasahi
lidahnya dengan zikir tatkala kesakitan menjalar ke seluruh tubuhnya.
“Aishah, melahirkan merupakan
satu ibadah. Ibadah yang baik harus dimulakan dengan Al-Fatihah. Aishah dah
baca Al-Fatihah? Kalau belum, ikut abang baca ya.” Izzudin meraup wajah hingga
ke belakang kepala. Dia sendiri tak tahu apa yang dia cuba katakan ini. Yang
penting Aishah berhenti daripada bercakap tentang mati.
“Aishah, terus bertahan ya.
Banyakkan istighfar. Insyaallah Aishah dan anak-anak, semuanya selamat.”
Izzudin menitipkan kata-kata semangat.
Aishah tersenyum. Kata-kata
itulah yang ditunggunya sejak tadi. Kata-kata yang menjadi bait doa untuknya. “Terima
kasih, abang.”
Zahra’ meletakkan henfon itu pula.
“Izzudin, kami tunggu anta ya. Kami di Hospital Nur.”
“Oh, hospital tu dekat je dengan
ofis saya. Lima belas minit lagi saya sampai.” Talian diputuskan. Izzudin
mengemaskan lukisan-lukisannya dan dimasukkan ke dalam sebuah beg galas. Wan Akashah
dan Dyan mendekatinya.
“Abang, isteri abang dah nak
bersalin ke?” Tanya Wan Akashah.
“Ya, aku nak cepat ni, Cashew.”
Balas Izzudin sambil menggalas begnya. Wajahnya menunjukkan kerisauan.
“Eh, Din. Kau dah nak pergi ke?”
Tanya Dyan pula.
“Kenapa? Kau nak ikut?” Tanya
Izzudin kembali sambil mencapai helmetnya.
“Takdelah. Aku tak nak
terserempak dengan Zahra’.” Jawab Dyan, Izzudin mengerti. Baru pagi tadi Dyan
bercerita dengannya bahawa dia bermimpi gadis itu berkahwin dengan jejaka Jepun.
“Aku cuma nak tanya pasal kerja.
Deadline dah dekat, nanti kau cuti bersalin pula. Biar aku cover kau.” Sambung
Dyan.
“Nanti aku hantar. Nak bincang
dengan Aishah dulu.” Balas izzudin. “Kau jangan sedih-sedih Dyan. Kalau memang
jodoh, takkan ke mana.” Nasihat Izzudin kepada rakannya itu. Dia segera ke
pejabat Elissa untuk meminta cuti kecemasan.
Izzudin memecut laju motosikal miliknya.
Dia ingin cepat sampai ke hospital menemani Aishah. Tiba di perkarangan ospital,
Izzudin tidak memerhatikan sebuah ambulans yang keluar dari simpang sebelah
kirinya.
GEDEGANG!
Post a Comment