Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Jodoh kita..
Dah sebulan. Sebulan dah sejak dia terima pengakuan cinta aku. Aku hairan. Katanya, dia terima. Tapi dia asyik mengelak daripada aku. Bertentang mata pun tidak. Sewaktu dalam kumpulan belajar, sebolehnya dia berselindung agar tidak dapat bertukar pandang dengannya. Aku keliru.

   "Aiman, fokus!"
   "Hah, apa dia?"
   "Soalan ni.."

   Aku tersipu seketika. Aku menjeling wajah buah hatiku. Di kejauhan, aku menangkap senyuman sinis terukir di bibirnya seakan mengejek diriku. Aku jadi malu.




   "Syamil!" Aku mengejarnya yang sudahpun menghidupkan enjin motor. Kakinya diturunkan semula dari pedal. "Syamil aku.. aku nak tumpang kau balik hostel. Boleh?"
   "Urm.." Syamil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aku cuba menyembunyikan senyum. Aku tergoda melihat ulahnya itu. "Aku bukan tak nak bagi kau bonceng aku.. tapi aku bukan nak balik hostel sekarang ni. Aku nak buat something else, lepas tu aku nak balik rumah aku terus. So maybe aku tak lalu depan hostel pun."
   "Eh, baju kau dah packing ke?" Aku mencari beg yang mungkin dijadikan beg pakaiannya. Tiada, hanya beg sandang yang selalu digunakannya untuk ke kuliah.
   "Aku balik sekejap je.. So tak perlu rasanya bawak baju.." Balasnya selamba.
   "Oh, okey.." Aku sedikit kecewa. Namun tak pula aku meragui andai dia sengaja ingin mengelak dariku lagi. "Selamat jalan, kirimkan salam kat mak kau tau."
   "Okey, aku gerak dulu. Assalamualaikum." Dia menghulur salam suci lantas terus menunggang motornya pergi.
   "Waalaikumsalam." Aku menghantarnya dengan pandangan. Rindu memenuhi ruang hati mengenangkan aku tidak akan dapat berjumpa dengannya lagi hujung minggu ini. Sungguh, aku sendiri tidak mengerti mengapa aku betul-betul meminati dirinya. Mungkinkah kerana aura karisma yang dia miliki?

   "Man! Kau buat apa kat sini? Jom kita pergi makan?" Satu suara menegurku dari belakang sambil mengajakku untuk makan tengah hari. Aku berpaling.
   "Eh, Irfan.. Kau tak lunch dengan buah hati kau ke?" Ujarku berbasa-basi.
   "Bila pulak aku ada buah hati..?" Irfan menggaru hidung. Mungkin malu dengan gurauanku.
   "Eh, hari tu kan kau kata tengah pikat sorang awek ni.. Siapa nama dia..? Eira? Tak dapat?" Aku bertanya penasaran.
   "Dia... Dia tak suka berdua dengan bukan mahram la." Irfan malu-malu menjawab. Aku tersenyum, gembira untuknya.
   "Fuyoh.. dapat ustazah pilihan.." Aku menyenggol lengannya. "Okey, jomlah."



   "Fuhh.. penuh kafeteria ni weh.. Mana nak duduk?"
   "Kau cari tempat sebelah sana, aku tengok sebelah sini.."
   "Eh, sana kosong.. Situ Irfan!" Aku melihat Irfan tertegun memandang suatu arah. Aku turut mencari tahu apa yang sedang ditenungnya.
   Hatiku meruap marah. Aku tak menyangka Syamil sebenarnya tidak jujur denganku. 'Patutlah tak bagi aku bonceng, rupa-rupanya..'

   "Hoi, cepatlah.. Nanti takde tempat duduk dah.." Sengaja aku memarahi Irfan, berpura-pura tidak menyedari apa yang dilihatnya.
   "Weh, kau ingat tak budak yang selalu banyak tanya dalam kelas tadi?" Irfan bertanya dengan nada marah.
   "Siapa? Amir?" Sengaja aku memberi jawapan yang salah, berharap Irfan tidak mengingati namanya.
   "Bukan.. tadi dia pakai baju t-shirt lengan panjang. Kadang-kadang dia study dengan kita." Irfan menidakkan membuat aku tak mampu untuk lari.
   "Oh, budak ustaz tu ke? Syamil. Kenapa?" Aku menjawab acuh tak acuh.
   "Aku nampak dia dengan Eira."
   "Hah?" Aku sedikit terkejut. Tidak kusedari akan gerangan pembonceng itu lantaran terlalu marah.
   "Naik motor sekali." Sambung Irfan menguatkan lagi pernyataannya bahawa Syamil bersama dengan gadis idamannya.
   "Tipulah, takkan pulak ustaz tu buat macam tu?" Aku separuh menjerit sedang pertanyaan itu aku ajukan kepada diri sendiri.
   Irfan diam.
   "Kau jealous ke? Aku rasa tu bukan ustaz kot, Eira pun takkan lah buat macam tu.. tudung labuh, budak alim kot.." Aku cuba menenangkan hati Irfan sedang hatiku juga diselubungi tanda tanya. Aku bersahaja menarik bahu Irfan menduduki salah sebuah meja di situ.



   "Kenapa ajak aku borak berdua je? Ada masalah apa?"
   "Masalah apa kau tanya? Kau dah khianati hati aku, kau boleh tanya selamba kau.."
   "Aku.. tak faham."
   "Dulu, aku confess kat kau.. Kau kata kau pun sukakan aku tapi kau buat tak peduli dengan aku, avoid aku.. then semalam aku minta bonceng kau kata ada hal, walhalnya kau pergi keluar dengan perempuan mana entah!" Aku menyembur marah. Panas hati tak tertahan lagi."Kaufikir senang-senang je ke aku nak confess kat kau. Berapa bulan punya courage aku gather tau!!"

   "Sekejap.. Kau.. minat aku? I mean, in terms of love and attraction??"
   "Yalah, aku jauh hati dekat kau sejak kau tolong aku jatuh longkang dulu..***  Aku confess, kau kata kau pun sama..." Semena, air mataku bergenang. Aduh, sejak bila aku terjebak jadi perempuan ni?
   "Kau ni.." Syamil menggelengkan kepalanya. "Aku maksudkan yang aku pun suka berkawan dengan kau. Prestasi kau selama ni okey jugak kan?"
   Aku kecewa mendengarnya. Aku telah salah faham.
   "Tapi.. kalau kau fikir aku sayangkan kau, sebagai manusia memang aku sayangkan kau. Kita semua kan bersaudara. Islam memang menganjurkan kita berkasih sayang. Tapi kena follow batas syariat la.. Ikut sunnah kaum Luth, memang ke neraka lah jawabnya nanti." Syamil menyelitkan sedikit gurauan. "Kau faham kan apa yang aku cakapkan ni..?"

   "Tak!"

   "Kau jangan macam ni, kita umat muhammad.. jangan lupa hakikat tu!"
   Aku menutup telinga sambil melarikan diri. Kata-katanya itu tidak mahu aku pedulikan. Sakit di hati ini, bukan dia yang merasakannya.



*****
    One notification(s).
   Syam Zahir tagged you in a post.

   Aku terkelu seketika. Hati tertanya adakah dia ingin memohon maaf dariku? Tak mungkin aku akan maafkan dia begitu sahaja setelah apa yang dia lakukan.
   Oh, video?

   Tanpa berfikir panjang, aku menonton video itu. Tempoh lebih kurang tujuh minit itu betul-betul menyedarkan aku tentang hakikat perasaanku ini. Ianya hanyalah nafsu yang akan membawaku tak lain tak bukan ke neraka abadi. Aku insaf. Air mata syahdu yang jatuh ke dagu aku kesat dengan sehelai tisu.




   "Syamil.."
   "Hmm?" Dia berhenti berjalan dan menumpukan perhatiannya kepadaku.
   "Thanks pasal semalam.." Dia mengerutkan dahi. "Video tu.."
   "Oh.. taklah, tu kakak aku yang carikan.." Dia senyum segaris.
   "Kakak kau?" Dia mengangguk. "Kau beritahu kakak kau?? Eh, bukan kau ni anak tunggal ke?"

   "Erm.." Syamil menggaru pipinya. "Dia anak ayah aku dengan isteri lain. Aku just.. minta advice sikit je."

   "Anak ay...? Kakak tiri kau?!" Lambat aku memprosesnya.

   "Bukanlah kakak sangat pun.. Kitorang sebaya."

   "Oh." Aku terdiam seketika. "Budak tudung labuh tu ke? ..Eira?" Semena aku teringatkan buah hati Irfan yang membonceng motorsikalnya tempoh hari.

   "Eh, kau kenal Eira?"

   "Em, Irfan.. roommate aku tu.. crush dia.."

   "Aku tahu."

   "Oh, kau tahu?"

   "Tahulah..." Aku kagum dengan keakraban mereka sehingga mereka boleh bercerita tentang apa sahaja.
   "Weh, malam ni ada ceramah best kat surau kolej. Join sekali?"

   Aku berkerut dahi.

   "Kau tak ajak pun aku pergi lah! Aku selalu pergi!!"

   "Ya?" Dia berkerut dahi, memandangku serba tak percaya.

"Bapak aku mesti akan pancung aku kalau dia tahu aku tinggal solat maghrib berjemaah. Maghrib atau isyak, itu yang dia suruh aku janji siap kata nak tuntut kat akhirat. Bapak aku tu orang kuat surau tempat aku.." Aku menjelaskan kepadanya tentang bapaku yang mengajarkan aku tentang erti beragama. Sekali hatiku juga terpukul. 'Aku pergi majlis ilmu, tapi tak satu pun dari ilmu itu yang beri kesan kat hati aku? Astaghfirullah..'

"Tak pernah nampak pulak.. Takpelah, lagipun aku ada benda nak minta tolong kau ni. Pasal Irfan.."

*****

   "Syamil, kenapa muka kau ketat je ni? Kau ni.. berkeras sangat dengan dia tu. Dia jealous, maknanya dia memang sayangkan kakak kau." Komenku akan sikap Syamil yang seperti menghidap sindrom brither complex, atau lebih tepat lagi, sister complex.

   "Kalau dia betul-betul sayangkan Eira, dia akan berfikir panjang sebelum dia buat keputusan untuk lepaskan Eira. Bukannya pakai lepas macam tu je!" Amuk Syamil. "Kalau dia buat macam tu lagi dekat Eira masa diorang dah kahwin nanti, tak ke haru? Silap-silap dia lafaz talak gitu je.. free-free!"

   Belum pernah aku melihat Syamil berang sebegini. Pastinya dia betul-betul sayangkan kakak tirinya itu biarpun mereka hanya tiri. Eh, cakap macam aku ni dah lama sangat kenal dia je...

   "Memanglah, Syamil.. Memang itu salah Irfan.. tapi dia pun ada hak untuk diberi peluang kedua kan? Betul tak?"

   Syamil menjeling. "Ugh!"

   "Kau janganlah macam ni. Islam pun gariskan satu hukum untuk ni kan. Nikah, talak dan rujuk. Kita kenalah bagi muka kat dia. Aku tengok dia tu serius dengan Eira. Cuma.." Aku mengerling. Ada cadangan nakal bermain di dalam kepala ini. "Kalau kau risau sangat, kita bagi pengajaran sikit supaya dia betul-betul menyesal dan takkan ulang lagi benda ni."

   "Pengajaran apa?" Syamil berminat dengan rancangan ini.

   "Hah, itu... aku tengah pikir lagi. Nanti kita pikir, kita gabung idea kau dengan idea aku, kita letupkan hidup Irfan tu. Dahsyat tak?"

   "Hmm, apa-apa je lah. Aku takde idea.."

   "Isy, dah tu.. takkan nak biar aku pikir sorang? Ini masalah kau bukan masalah aku..." Aku menggaru kepala. Otak kukerah ligat bekerja.



Aku menerpa ke arah motorsikal miliknya. Dia dan kakaknya kelihatan terkejut.
"Mil! Alang-alang kau dah bagi warning camtu kat dia, baik kau buat macam Eira ni dah ada orang lain. Bagi dia pakai cincin ke ape...?"
Cadangan bernas itu terpacul di mulutku

Nafasnya yang dari tadi berombak, dia hembus kuat. Kemudian hanya senyum segaris sebelum menyarungkan topi keledar ke kepala. "Tengoklah macam mana.."

Aku turut tersenyum.

"Eh, Syamil!" Dia terhenti. "Tentang kita.."
Aku perasan Eira berkerut hairan. Aku membetulkan tekak.
"Hmm, aku minta maaf sebab dah susahkan kau macam tu. And.. thanks so much sebab still sudi berkawan dengan aku."

"Yep, harapnya kita berkawan sampai syurga." Syamil membalas lantas meminta diri.
Seketika aku terasa kosong. Aku dan dia, in friend zone. Namun kekosongan ini terasa damai.



prev 
   fin

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous