"Helo, awak.. Saya suka awak!" Sedikit tergagap lelaki itu berkata. Eira terkedu. Air di tangan diletakkan ke meja, bimbang terlepas dari genggaman. Dia memandang tepat wajah lelaki itu.
"Saya dah lama perhatikan awak, Eira.. Boleh tak awak jadi girlfriend saya?"
Soalan nekad lelaki itu membuatkan Eira terkejut besar. Air dicapai semula, kemudian dia terus beredar dari situ.
"Eira.. saya ikhlas nak berkawan dengan awak!"
Eira memandang wajah lelaki itu dalam-dalam. "Couple itu haram. Jadi kalau awak serius pergilah jumpa mak ayah saya. Menyibuk saya nak belajar ni kenapa?"
"Eh, awak tengah belajar ke?" Lelaki itu merenung meja kafeteria yang hanya terletak secawan air sahaja di atasnya. "Oh, cari info online?"
Eira menjulingkan matanya ke atas. "Bukan.. maksud saya, janganlah ganggu pelajaran saya dengan cinta monyet. Nanti tak fokus, macam mana lah nak graduate.."
"Oh..." Lelaki itu memahami. Dia kemudian mengeluarkan henfonnya. "Jadi, apa number diorang?"
Eira tersentak. Dia memandang wajah lelaki itu dengan 'Dia ni serius ke?' Eira mengeluarkan sekeping kertas dari begnya.
"Nah, awak buatlah apa yang awak nak. Jangan ganggu saya lagi."
"Okey, saya tak janji." Balas lelaki itu bersahaja.
Eira merenung tajam.
"Kalau saya bagitahu mak ayah awak ni.. mesti diorang akan tanya awak balik kan?"
*****
"Kak.. Kakak serius ke?" Ujar Syamil sebaik salam disambut.
"Serius apa ni? Abang ni.. kakak baru angkat, abang dah soal kakak tiba-tiba.. Tentang apa ni?" Rungut Eira kehairanan. Menjawab panggilan sebegitu benar-benar mendatangkan amarah.
"Alah, buat tak tahu pula. Mak call abang tadi, katanya tak lama lagi abang akan ada ipar." Kata Syamil
"What?!" Eira bangkit dari pembaringan. "Serius? Dia datang rumah ke dia call?"
"Amboi, diam-diam ubi ya kak..." Syamil mengusik.
"Mana adalah, bang. Dia kacau kakak. Kakak suruh dia cakap dengan mak ayah. Pastu dia minta nombor, kakak bagi sekali dengan alamat. Mak cakap apa?" Eira membela diri.
"Oh, macam tu ke?" Syamil mengangguk-angguk biarpun tidak dilihat Eira. "Mak kata dia minta restu nak berkawan dengan kakak, then kalau boleh hujung sem nanti nak bertunang."
"Tunang? Dengan kakak? No way! Dah la tak cakap dengan kakak dulu... tunang?!" Eira melenting.
"Kakak, janganlah marah-marah kak.. Dia baru je call mak petang semalam. Nanti dia bagitau kakak lah tu." Ujar Syamil cuba menenangkan perasaan Eira.
"Abang ni.. backing dia pula." Eira mengomel.
"Mestilah, kawan abang." Jawab Syamil penuh bersahaja.
"Kawan abang?" Eira tertanya.
"Haah, si Irfan tu. Ada kelas abang sama dengan dia. Takdelah rapat pun.." Jawab Syamil sambil menggaru leher.
"Oh, nama dia Irfan eh?" Tanya Eira lagi.
"Kakak tak tahu nama dia ke?" Syamil berkerut dahi.
"Tak minat nak tahu. Dia pun tak sebut.." Balas Eira.
"Oh... baguslah macam ni." Syamil mengulum senyum. Dia senang hati dengan cara Eira menjaga kesuciannya sebagai seorang muslimah.
"Apa yang bagusnya?" Eira berkerut dahi.
"Disebabkan dia kawan abang, boleh la abang ushar dia sesuai ke tak dengan kakak. Ataupun kalau dia main-mainkan kakak ke, main kayu tiga ke.. boleh lah abang report kat kakak." Jawab Syamil mengusul rancangannya.
"Macam tu? Okay, good idea." Eira mengangguk-angguk setuju. "Nanti hujung minggu abang balik rumah tak? Kakak rindukan mak lah. Lagipun nak terangkan pasal lelaki tu. Apa nama dia tadi?"
"Irfan. Dia ambil business administration, pastu ambil pengajian islam. Sebab tu lah abang cam dia." Jelas Syamil mengenai hubungannya dengan lelaki bernama Irfan itu.
"Cam? Mak hantar gambar ke?" Eira bertanya lagi.
"Haah, mak suruh abang tengok-tengokkan untuk akak.. Haha." Syamil tertawa sendiri. "Sabtu abang ada kelas pagi. Petang tu boleh la balik, kot. Dalam pukul tiga ke.."
"Okey, akak tunggu abang. Assalamualaikum.."
*****
"Jomlah."
Irfan terlopong melihat Eira membonceng motorsikal lelaki lain. Jika sekadar menumpang, dia tidak begitu peduli. Tapi.. peluk pinggang?
"Hoi, cepatlah.. Nanti takde tempat duduk dah.." Tegur Aiman tidak menyedari apa yang dilihat rakannya.
"Weh, kau ingat tak budak yang selalu banyak tanya dalam kelas tadi?"
"Siapa? Amir?"
"Bukan.. tadi dia pakai baju t-shirt lengan panjang. Kadang-kadang dia study dengan kita."
"Oh, budak ustaz tu ke? Syamil. Kenapa?"
"Aku nampak dia dengan Eira."
"Hah?"
"Naik motor sekali."
"Tipulah, takkan pulak ustaz tu buat macam tu?"
Irfan diam.
"Kau jealous ke? Aku rasa tu bukan ustaz kot, Eira pun takkan lah buat macam tu.. tudung labuh, budak alim kot.." Aiman menenangkan hati Irfan sedang hatinya juga diselubungi tanda tanya. Dia menarik bahu Irfan menduduki salah sebuah meja di situ.
"Syahira.. sudi tak awak terima saya jadi bakal suami awak?" Irfan bersikap serius mengunjukkan sebentuk cincin kepada Eira. Eira yang sedari tadi tidak mempedulikan kewujudan Irfan di meja library itu mengangkat muka.
"Awak sungguh ke nak berkahwin dengan saya? Mana tahu ada apa-apa perangai saya yang awak tak berkenan nanti?" Eira menguji kesungguhan Irfan.
"Sebab tu lah, saya nak kita bertunang. Sepanjang pertunangan nanti, saya nak kita jujur kepada diri masing-masing dan setia. Beri komitmen dan belajar untuk terima diri masing-masing. Saya dah perhatikan awak lama tau, jadi saya yakin dengan keputusan saya ni." Pinta Irfan sambil mengunjukkan lagi cincin kepada Eira.
Eira diam berfikir.
"Jadi betullah awak nak datang rumah hujung sem ni?"
"Eh, tak. Saya dah cakap dengan ayah awak dan dia suruh saya tunggu hingga hujung tahun."
"Oh, awak dah bercakap dengan ayah juga?"
"Kenapa?"
"Mak dan ayah saya dah bercerai lama. Sejak form 3 lagi."
"Serius?!"
"Haah."
Suasana jadi kekok.
"Jadi, cincin ni awak nak saya simpan atau tunggu waktu bertunang nanti?" Eira beranya memecah suasana janggal tadi.
"Saya nak awak pakai sekarang, supaya awak selalu ingat yang kita akan berkahwin nanti." Jawab Irfan sambil tersenyum gembira.
"Okey."
*****
"Fuyoh, kak.. Cincin..."
"Janganlah sebut. Seganlah, bang." Eira menyorokkan cincin di tangan.
"Malulah tu. Ala kuchi kuchi." Syamil mengusik.
"Abang fikir akak ni kucing ke?" Eira sengaja memarahi Syamil.
"So, betullah akak nak kahwin dengan dia?" Syamil bertanya dengan serius.
"Entah la.. berkenal dulu la kot, bertunang.." Eira masih belum begitu pasti.
"Tapi hati-hatilah, kak. Sebab hari tu abang dengar dia macam main-main je." Syamil memberi amaran.
"Main-main? Maksud abang?" Eira berkerut dahi. Baginya, Irfan bukan lelaki yang suka memainkan hati mana-mana perempuan.
"Tak taulah sebenarnya diorang cakap pasal apa atau siapa sebab abang terdengar je waktu tu. Tapi katanya, dia tengok akak macam susah nak dapat sebab tu dia kejar." Jelas Syamil. Bukan niatnya untuk menakut-nakuti Eira, hanya berpesan agar kesayangannya itu berwaspada.
"Oh.. kalau dalam novel, selalunya dari nak cuba-cuba terus jatuh cinta. Lagipun takpelah, ayah bagi masa sampai hujung tahun." Ujar Eira bersikap positif. "Abang nak jumpa akak ni kenapa? Ada masalah ke?"
"Hmm, itulah kak. Susah betul masalah ni.. Nak bincang segan, tak bincang pening pula." Syamil teragak-agak memulakan bicara.
"Apa yang pening sangat ni? Assignment tak siap? Laptopn rosak lagi?" Eira menduga masalah yang dihadapi Syamil.
"Laptop ok, assignment pun dah tak banyak. Semua tu tak jadi isu. Masalah abang sekarang ni..." Syamil berjeda. Dia memandang wajah Eira, ada keraguan dalam hatinya. Eira pula mendengar dengan sepenuh tumpuan. "Ada orang confess kat abang.."
"Confess? Laa, masalah perempuan rupanya. Diam-diam ada secret admirer! Kena bagitau mak ni.." Eira membuka whatsapp. Syamil menghalang.
"Kalau masalah perempuan, abang tak pening sangat. Masalahnya, dia tu lelaki. Kawan sekelas dengan Irfan tu." Adu Syamil dengan wajah tampak kusut.
Eira terlopong. Dia merenung tepat ke dalam mata Irfan yang nampak serius.Tiada tanda ayamil ingin mempermainkannya.
"Gilalah! Masalah besar ni.."
"Itulah.. sebab tu nak minta pendapat akak. Akak kan suka baca novel, mesti ada idea sikit.." Sambung Syamil lagi.
"Gay? Seriously? Dalam kelas pengajian islam?" Eira masih tidak percaya. Irfan menjawab dengan renungan mata yang sedang keliru. Eira mengeluh. Dia cuba berfikir dengan waras.
"Abang rapat dengan dia ke?"
"Boleh la. Ada juga study sama-sama."
"Study je sama-sama? Okey mulai sekarang, pergi surau atau masjid sama-sama."
"Kitorang buat study group bila nak exam je.. Taklah rapat sangat."
"Hm.. at least sekali-sekala ajak dia pergi dengar ceramah, kuliah? Tag dia kalau ada video-video kuliah dekat fb?"
Syamil diam. Terasa berat baginya untuk memulakan semua itu.
"Alah, bang. Dakwah dekat kawan-kawan, orang luar.. lagi senang dari dakwah dekat orang yang lebih rapat, kan? Abang yang cakap dengan akak. Buktinya, akak berubah je terus hilang kawan. Tapi akak tak kisah sangat, dpat kawan baru, kawan lain."
"Tapi dulu akak berubah senang je."
"Sebab akak dengan abang kan jauh, tapi kita sehati sejiwa. Akak sayang abang, abang pun care akak kan?" Eira menepuk bahu Syamil sebagai dorongan. "Akak yakin dia pun senang terima dakwah abang. Sebab dia sayang abang, and abang pun sayang dia; nak bawa dia ke syurga kan?"
Syamil diam lagi. Wajahnya sugul sahaja.
"Dah lah, makan dulu. Sejuk dah claypot abang tu."
"Akak..." Syamil mengangkat muka. "Kalau betul akak sayang abang, akak belanjalah eh?"
"Ceh, mengada. Minta belanja pula..!" Mereka tertawa bersama. "Yalah, yalah.."
*****
"Abang.."
"Akak, kenapa ni?" Syamil resah mendengar tangisan Eira di hujung talian.
"Irfan.. dia.. dia minta pulangkan cincin?"
"Hah? Maksudnya.. putus?" Syamil terkejut besar. "Kenapa?"
"Dia kata.. dia nampak akak dengan lelaki lain. Akak mana ada orang lain. Kenapa dia tuduh akak macam ni?"
"Lelaki lain? Haih.." Syamil menggelengkan kepala. Dia memahami keadaan itu. "Akak, dia salah faham tu. Mesti dia jealous dengan abang. Akak kan selalu keluar dengan abang. Bukan dia tahu hubungan kita."
"Dia tak tahu?" Eira mengesat air matanya.
"Tak.. kalau abang bagitau, tak jadilah nak spy dia. Nanti dia berlakon ke, bodek abang ke.. Okeylah, esok kita pergi jumpa dia, kita jelaskan kat dia eh?"
"Kalau dia tak nak jumpa Eira?"
"Kita tak payah sebut nama Eira. Jangan risaulah, nanti abang minta tolong kawan abang."
"Apahal datang jumpa aku? Nak mintak maaf? Mintak restu?"
"Irfan, kitorang.."
"Dah la.. kau tak payah cakap apa-apa. Dah takde apa-apa antara kita."
"Irfan, dengar lah dulu." Celah rakan mereka, Aiman. Syamil mengangkat tangan menyuruh mereka berhenti.
"Kalau kau betul dah tak sayang kat Eira, dah tak mahukan dia.. suka hati lah, aku tak boleh buat apa-apa. Tapi kitorang datang ni nak jelaskan kat kau satu perkara. Nama aku Syamil Ahmad bin Ahmad Zahir, dan kakak aku ni nama Syahira Farhana binti Ahmad Zahir. Memang kitorang tak mirip langsung walaupun lahir tahun sama sebab mak kitorang lain-lain." Syamil berpaling dan menarik Eira pergi. "Cincin dah pulangkan??"
"Belum." Eira sedikit terkedu. "Akak.."
"Tak payah nak sayang-sayang sangat. Pulangkan. Abang tak suka akak kahwin dengan orang macam dia ni. Nanti sampai ke sudah bergaduh sebab salah faham macam ni. Dah, bukak cincin tu. Ada yang lebih baik untuk akak nanti.." Tegas Syamil dalam lembut. Air mata Eira mengalir namun dia menurut.
"Semoga Irfan jumpa perempuan yang lebih baik untuk Irfan."
Irfan terkedu melihat pemergian mereka.
*****
"Syahira.."
Irfan melutut sambil mengunjukkan cincin kepada Eira. "Please forgive me. Saya tahu saya tuduh awak melulu, saya janji saya tak buat lagi saya janji saya akan tanya dulu, cari tahu cerita sebenar sebelum saya salahkan awak. Please, Syahira?"
Tiada balasan
"Syahira?" Irfan mengangkat muka. Eira tiada lagi di situ, yang tinggal hanya sehelai kertas nota.
"DIE"
Itu bayangan Irfan, namun ternyata kertas itu hanya kertas kosong tanpa sebarang tulisan. Irfan tertanya sendiri.
"Helo, assalamualaikum. Irfan ke?"
"Ya, ini siapa ya?"
"Saya Zahir, ayah Eira."
"Oh, pakcik! Ada apa ya?"
"Pakcik sengaja nak bertanya khabar."
"Oh, saya sihat. Pakcik?"
"Alhamdulillah.. Irfan bila nak datang rumah? Diam-diam je kamu berdua lepas dah dapat restu ya?"
"Hahaha." Irfan ketawa kekok. "Saya dengan dia.. dah lama tak berhubung, pakcik. Ada salah faham.sikit."
"Lah.. berapa lama pula? Kamu ni, kalau ada masalah selesaikan elok-elok. Pakcik risau tengok Eira berkurung je dalam bilik dia. Kamu datanglah walupun berziarah saja."
"Err.. insyaallah, pakcik. Tengoklah kalau saya berkesempatan nanti.."
"Hmm, yalah. Pakcik risau tengok Eira ni. Kali pertama dia ada sebut pasal lelaki selain abang dia. Jadi pakcik fikirkan dah tiba masa ke.. Tapi tiba-tiba senyap pula. Janganlah bergaduh lama-lama. Berbaiklah.."
"Eira memang rapat ya dengan abang dia?"
"Entahlah. Pakcik pun pelik. Walaupun diorang ni lain-lain ibu, dan pakcik terpaksa bercerai dengan ibu Syamil selepas rahsia pakcik bocor.. Tapi Syamil dengan Eira rapat sejak kali pertama berjumpa. Mungkin sebab Eira tu anak sulung, jadi dia nakkan seorang abang. Dan Syamil dia anak tunggal, excited agaknya bila tahu dia ada adik."
"Oh, Syahira ada berapa ramai adik?"
"Dua orang je, seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang perempuan tu kecil lagi. Jadi mungkin Eira lebih selesa dengan Syamil. Yalah, mereka kan sebaya."
"Emm..."
"Ya?"
"Takpelah, kalau macam tu insyaallah saya akan cuba datang ke rumah pakcik."
"Okey. Nanti pakcik mesejkan alamatnya ya.. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam.."
Irfan terus berfikir samada wajar atau tidak untuk dia berkunjung ke rumah Eira di Kuala Lumpur sedangkan dia tinggal di Johor. Perkara itu bermain di fikirannya saban hari sehinggalah tamat cuti semester.
"Eira, assalamualaikum." Irfan melabuhkan punggungnya semeja dengan Syahira dan Syamil yang sedang makan tengah hari bersama. "Please, jangan marahkan saya lagi. Saya minta maaf, saya janji takkan buat lagi."
"Diam, Irfan. Pada aku, kau tak layak untuk kakak aku and for your information Eira dah bertunang."Syamil bersikap tegas. Tangan Eira ditarik untuk menayangkan sebentuk cincin bertatah permata kepada Irfan.
"Tipu.." Irfan terpempan lantas dia melenting. "Korang berdua jangan tipu aku!"
"Lantak kaulah nak kata apa pun. Kitorang pun dah habis makan jadi.. assalamualaikum." Syamil terus mengajak Eira beredar. Eira memandang Irfan dengan simpati.
"Eira.." Irfan seperti merayu diberi penjelasan.
"Abang, akak nak cakap dengan dia sekejap." Pinta Eira apabila jarak mereka makin menjauh.
"Nak cakap apa lagi?" Syamil benar-benar bertegas terhadap perkara ini.
"Sekejap je, bang." Eira mendekati Irfan.
"Irfan.. Im sorry. Tapi apa yang awak buat tu kesalahan besar pada mata Syamil. Lagipun, sebenarnya kita selalu berjumpa sebelum.. itu semua zina, zina kecil. Saya tak mahu lagi buat macam tu. Walaupun.." Eira terhenti. "Saya nak fokus pada pelajaran. Orang yang beri saya cincin ni, inginkan yang terbaik untuk saya. Dia sayang sangat pada saya sebab tu dia beri cincin ni sebagai perisai daripada lelaki-lelaki lain kat luar sana." Ujar Eira. Wajahnya penuh ketenangan dan kasih sayang. Irfan mengeluh, memikirkan dia tak punya peluang lagi untuk menawan semula hati Eira. Tidak semena-mena, Eira membuat gerak mulut tanpa mengeluarkan suara, 'abang yang bagi. Cincin mak.' Kemudian dia mengukir senyum dan beredar bersama Syamil.
Irfan tersenyum lega.
Aku akan berubah untuk kau, Eira. Kau tunggu hujung tahun nanti..
Post a Comment