Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Housemate je?

Aku keluar sambil mengelap rambutku yang basah. Zairi nampaknya sudah menunggu lama di hadapan pintu.
"Sorry, aku mandi tadi. Tak dengar kau panggil."

"Makanan dah siap?" Zairi bertanya. Suaranya seperti tertahan. Aku perasan wajahnya dipaling ke arah lain.

"Dah eh?" Aku bertanya semula. Senyum cuba dikawal melihat reaksinya tadi. Tangan terus bergerak mengelap rambut.

"Aku tanya, bukan bagitahu." Balasnya selamba.

"Oh, aku beli kfc bucket tadi. Kebetulan teringin nak makan cheezy wedges. Tapi nasi aku belum masak. Jap, eh." Jawabku pula sambil membalut tuala di kepala.

"Aku dah masak nasi tadi. Tengah tunggu siap la tu. Nak tanya lauk dah ada ke belum je.." Zairi membetulkan ayatnya semula.

"Okey." Aku mengangguk. Dia melepas pandang.

"Sembahyang la dulu. Aku panaskan ayam pastu kita makan sama-sama." Dia menyuruh. Kakinya seperti ingin cepat-cepat beredar. Aku keluar melintasinya untuk ke dapur.

"Kau dah sembahyang?" Soalku pula.

"Dah." Jawabnya, sedikit terpinga dengan sikapku.

"Okey." Aku terus ke dapur. "Jomlah makan."

"Solatlah dulu." Dia menyuruh lagi. Aku tahu, Zairi memang disiplin dengan solat. Yalah, solat itu tiang agama.

Aku mengerling jam. Baru sekejap tadi masuk waktu Maghrib. Nak tipu ke tidak?
"Nanti, aku lapar ni. Sakit perut dah."

"Kau tu, jagalah elok-elok. Makan tak tentu.. kalau sakit kau sendiri yang menanggungnya." Zairi seperti ibu-ibu pula, selalu mengomel dan berleter. Nasib baiklah leterannya selalu ringkas sahaja. Kalau panjang alamatnya tercabutlah telinga aku ni nanti.
"Solat tu, kita kena utamakan.. Jangan lewat-lewatkan solat lagi. Aku tak sukalah.."

Aku mengangguk-angguk sambil menghidangkan nasi yang baru sahaja siap dimasak. Ayam yang sudah dipanaskan diletakkan di tengah meja. "Dah aku sakit perut, nak buat macam mana?"

Kami menjamah makanan bersama-sama. Zairi khusyuk menonton cereka yang aku pasang di tv. Pukul 7 macam ni, tengok TV mana lagi kalau bukan yang ini.

"Aduh!" Aish, time ni la dia nak buat hal. Tak boleh ke tunggu aku habis makan dan masuk ke bilik? Kenapa mesti depan Zairi??

"Kenapa? Gastrik?"

Aku menggeleng. Kerut di muka tak dapat kukawal lagi. Suapan juga terhenti. Ah, sudahlah!
"Aku masuk bilik dulu lah, ya. Perut aku sakit sangat ni.."

Makanan di dalam pingganku aku masukkan ke dalam bekas lain untuk disimpan ke dalam peti. Zairi memandangku yang tertunduk-tunduk memegang perutku.
"Kau nak pergi klinik tak? Jumpa doktor, ambil ubat."

"Tak payahlah. Ini sakit bulan-bulan je." Eh, terlepas cakap pulak. Segera aku mencapai cheesy wedges milikku dan membawanya ke bilik.

*****

"Ana.." Pintu bilik diketuk. Aku memandang. Apa yang Zairi nak pula ni? "Ana, boleh aku masuk?"

"Masuk lah, pintu tak berkunci pun." Aku bangkit belunjur.

"Ana, kau nak air chocolate panas? Aku ada beli kat kedai tadi.." Dia menghulurkan mug yang berasap tu kepadaku. Aku menekup hidung. Pergh, pening kena bau kafein!

"Takpelah, Zairi. Esok je."

"Tak nak?" Aku menggeleng, "aku tak bolehlah. alergik!"

"Eh, ya ke?"

Zairi terdiam.

"Sekali-sekala memang boleh, tapi bukan sekarang." Jelasku, ingin menyedapkan hatinya. Janganlah serba salah sangat. Zairi meletakkan mug itu ke atas meja. Erk, boleh la...

"Kau nak sapu minyak tak? Ini, aku dah panaskan bantal ni untuk kau." Aku terharu seketika. Zairi menghulurkan bantal bijian yang aku beli di guardian dulu. Dia juga mengunjukkan minyak cap kapak. Eh, seriuslah lelaki ni nak tolong aku tengah senggugut?

"Terima kasih." Aku mengambil bantal panas ini dan dibawa ke bahu. Ya Allah, hangatnya..!

"Nak aku urutkan?"

"Kau pandai urut enn? Tolong urut kaki jap. Lenguhlah, asyik kerja je.." Bila ada orang sukarela nak tolong, gunakanlah peluang sebaiknya. Hehe..

"Urut kaki?" Dia mengerutkan dahi. "Bukan perut kau ke yang sakit?"

"Diamlah. Sakit time pendarahan ni biasa je. Kalau dapat tidur, legalah. Hari pertama dia minta rehat je.." Aku memintanya agar jangan banyak bertanya. Sungguh, urutannya begitu melegakan. Bertuah sesiapa yang mendapatnya sebagai suami.

"Pendarahan?"

"Shh.." Janganlah diulang, aku malu! "Sedapnya kau urut.. Kau belajar dari mana? Keluarga kau memang pandai urut ke?" Bila sebut pasal keluarga, teringat pula tentang kontrak hari tu. Macam manalah kalau parents kitorang dapat tahu tentang kontrak tu eh?

"Taklah, ni coach yang ajar time aku dengan team hoki dulu. Sebab aku pun selalu sakit-sakit badan, dia selalu urutkan aku. Dari situlah aku belajar, boleh urut diri sendiri pulak." Zairi masih memicit kakiku. Kalau tadi dia mengurut jari dan tapak kaki, sekarang dia naik ke betis pula. Namun dia masih sopan, betisku dipicit dengan beralaskan kain seluarku.

"Sedap ke urut diri sendiri? Bukan tak best ke?" Sengaja aku bertanya, kerana selalunya bahu dan kaki ini memang menjerit-jerit minta diurut dan diminyak.

"Memanglah tak sesedap macam orang urutkan. At least lega jugak."

"Oh..." Zairi terus mengurut kakiku. Entah bila, aku lena dalam mimpiku. Dalam mimpi itu, Zairi tersenyum sambil mengusap rambutku lantas dia tidur di sisiku.



"Suzana.. kau tak kerja ke hari ni? MC?" Aku membuka mata. Huh, sekarang pukul berapa? Aku terus masuk ke bilik mandi dan bersiap untuk ke kerja. Wah, nasib baik ada housemate prihatin. Kalau tak mesti kena potong gaji. Eh, sampai bila kitorang akan kekal sekadar housemate?

Semasa bersiap, aku perasan bantal kecilku terletak di hujung katil, bersebelahan bantal yang kugunakan untuk tidur. Terdetik pula di dalam hati ini, adakah Zairi benar-benar tidur di bilikku semalam?

prev

hai, saje lah nak sambung cerita ni. ini prekuel sebenarnya. so episod ni sepatutnya episod sebelum kontrak cinta yang pertama tu.
pendarahan. disebabkan perkataan period tu macam taboo sangat, aku sebut pendarahan je kat kawan-kawan aku. haha, tapi tu dulu lah. sekarang aku tak malu sangat nak cakap kat sesama perempuan. terus terang je lagi senang. sorry kalau korang tak selesa aku sentuh pasal topik ni.
caffeine allergy. okey, ini tak ramai yang tahu tetapi selain kopi kafein terkandung dalam kopi dan teh, semua jenis teh baik teh daun atau teh bunga. ada jugak kafein dalam certain soft drinks and medicines. caffeine allergy,, sebenarnya aku takdelah allergic sangat tapi sensitip jugak. kalau orang lain minum kopi jadi segar, aku boleh terus tertido! tapi nanti pukul 3 pagi aku insomnia.
huhu, apa yang aku postscript banyak sangat ni. saje lah tu nak panjangkan entry. kbai.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous