Kali ini..
Syahida membetulkan ikatan rambutnya. Sudah lama dia menunggu saat ini dan malam ini pasti akan menjadi malam yang akan dikenang seumur hidup.
"Assalamualaikum! Ieda.. abang bawa kawan..!"
Mendengarkan suaminya sudah berada di muka pintu, Syahida terkocoh-kocoh membuka kunci. Dia berasa sudah tidak sabar lagi.
"Ieda..? Abang bawa kawan.."
"Huh? Abang bawa kawan??" Air muka Syahida berubah serta-merta.
"Ya, abang bawa kawan.. Pergi pakai tudung cepat."
"Ta.. ta.. tapi..."
"Cepatlah pergi pakai tudung. Dia nak masuk ni..."
Hakimi mendesak. Syahida terpandangkan bayang rakan suaminya itu. Dia cepat-cepat masuk ke dalam bilik.
"Afiq, masuklah. Bini aku tengah buatkan air. Kau buatlah macam rumah sendiri." Hakimi menjemput rakan perniagaannya itu masuk ke rumah.
"Bang.. Jemput lah minum." Syahida menghidangkan air yang siap dibancuhnya sebelum suaminya pulang.
"Aik? Jemput abang dia je? Tak jemput abang ni ke?" Afiq sengaja mengusik isteri rakannya itu.
"Dia maksudkan kau jugak la. Jangan nak mengada.." Marah Hakimi sambil mendekatkan mulut cawan ke bibirnya. Bismillah diucap sebelum air dihirup.
Syahida tersipu. Dia tahu suaminya cemburu apabila ada lelaki lain yang mengusiknya.
"Ieda.. masuk dulu lah ya."
Syahida terus berlalu pergi apabila suaminya tidak menyahut. Asyik benar dengan air itu.
Tahu lah air aku buat sedap hari ni.
"Hei, Kimi. Cantik isteri kau. Siap bermekap lagi. Macam tahu-tahu je aku nak datang..."
"Hah?! Mekap?!!"
"Lah, kau tak perasan ke? Apasal terkejut sangat?? Aku gurau je tadi.."
"Tak, tak. Sekejap eh.."
Syahida melihat ke dalam cermin sekali lagi. Dia masih berfikir samada ingin melepaskan ikatan rambutnya dan membersihkan mekap di muka ataupun tidak. Dia sedar mengapa suaminya menjerit sebentar tadi.
"Ieda."
Syahida cepat-cepat menarik getah pengikat rambutnya.
Hakimi terkaku. Terpesona melihat rambut isterinya dilepaskan dari belakang.
"Ieda..." Nada suara Hakimi berubah dari sebelumnya.
"Ya, bang..." Syahida tunduk menyembunyikan kesan mekap di wajahnya.
"Pandang sini.." Pinta Hakimi dengan lembut, namun Syahida tetep menunduk. Dia takut akan dimarahi.
"Pandang lah sini..." Pinta Hakimi sekali lagi sambil menarik dagu Syahida memandangnya.
"Cantiknya Ieda mekap.. Ada apa hari ni? Melawa nampak.." Ujar Hakimi. Bukan niatnya untuk memerli. Dia mengagumi kecantikan isterinya. Namun dia hairan, Syahida bukanlah jenis yang suka bermekap.
"Ied.. Ieda nak cuci lah ni." Jawab Syahida tergagap-gagap sambil tangannya mencapai kapas dan
make up remover.
"Eh, jangan la.." Hakimi menghalang dengan menarik tangan isterinya itu dekat dengan dadanya.
"Cakap la dengan abang.. Ada apa hari ni sampai Ieda mekap lawa-lawa..?"
Syahida merenung wajah suaminya lama.
"Kalau abang tak ingat takpe la. Ieda takde niat pun nak halang kawan abang tu bertamu kat sini." Syahida bangun mencapai tuala di kepala katil. "Abang lebih berhak tentukan.." Sambung Syahida dengan nada yang mengendur sambil menyilangkan tualanya menutupi rambut.
"Ieda nak cuci muka kejap. Nanti Ieda hidang."
Ketika dia keluar, rakan suaminya itu memandangnya tanpa kelip. Syahida memohon maaf kepadanya sebelum berlalu ke tandas. "Saya mintak maaf la, ya."
"Korang ada plan apa-apa ke? Takpe ke aku datang ni?" Tanya Afiq kepada Hakimi sebaik sahaja lelaki itu keluar dari biliknya. "Wey, Kimi??"
"Diam lah. Lambat lagi baru kau mandi." Balas Hakimi kasar. Afiq berkerut kehairanan sementara Hakimi terus ke bilik air.
"Ieda...!" Hakimi mengejar Syahida.
Syahida terus masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Afiq sempat melihat senyuman terukir di bibir mulus wanita itu. Mungkin dia malu. Afiq memandang pula Hakimi yang sudah bersedia ingin mengetuk pintu.
"Apa yang kau tengok?!" Marah Hakimi sambil menyembunyikan tangannya yang tadinya terawang di udara.
Afiq menyungging senyum.
"Kalau aku ni menganggu, cakap je la. Aku boleh cari tempat lain..." Afiq bangkit dari duduknya. Masih tersenyum.
"Eh, apa yang kau cakap ni?" Hakimi baru tersedar yang perlakuannya seperti menghalau tetamu.
"Aku kacau plan korang kan?" Ujar Afiq. Dia tidak mahu rakannya itu bergaduh dengan isteri disebabkan dirinya.
"Aku.. takde plan apa-apa pun." Balas Hakimi jujur.
"Meaning aku spoil surprise bini kau la.. Takpe la, aku chow dulu..."
"Eh, jangan camni.. Takkan kau nak duduk hotel? Kau biar betul??" Hakimi cuba menghalang.
"Takpe lah, kesian pulak bini kau tu." Afiq sudahpun keluar menyarung kasutnya. "Cik Ieda, saya balik lah ya? Maaf mengganggu.."
"Woi, kau biar betul...?"
Pintu dibuka tiba-tiba.
"Encik nak ke mana lepas ni?"
"Takpe lah, biar saya tidur hotel je. Bukannya saya tak mampu..."
Seketika, Syahida merenung wajah rakan suaminya.
"Terima kasih lah ya."
"Heh, takpe.. Saya faham."
Syahida menunduk malu. Sempat dia berpesan, "hati-hati jalan."
"Hm, good luck." Balas Afiq membuat wajah Syahida merah padam.
"Puas awak main mata dengan dia? Renung-renung, senyum-senyum..?" Tanya Hakimi berbaur cemburu.
Syahida merenung wajah suami di hadapannya. Wajah itu tampak merah ke telinga akibat menahan cemburu. Seketika dia menyengih lucu.
DUPP ! KLAK !!
"Eh, dia kunci lagi pintu ni??" Hakimi benar-benar rasa terbakar. Dia mengetuk pintu dengan kasar. "Ieda, bukak pintu ni! Ieda..!!"
Puas mengetuk, Hakimi terasa penat.
"Ieda, bukak la pintu ni.."
Pintu dibuka. Syahida keluar dengan selamba dan bertindak mengunci pintu depan yang sedari tadi dibiar terbuka.
"Abang..." Hakimi yang terlongo dipanggil. "Saya cantik tak hari ni?" Tanya Syahida sambil berpusing memperagakan baju yang dipakainya serta rambutnya yang diikat tinggi seperti asal.
Hakimi terkaku. Dia sungguh terpesona dengan cara isterinya menghias diri.
"Itulah.. tiba-tiba bawa kawan balik. Bukannya nak beritahu Ieda dulu. Kan dah jealous ada orang tumpang tengok. Nasib baik dia tak tumpang makan sekali. Hari ni Ieda masak special untuk abang tau."
"Ieda masak apa?"
"Favourite abang lah. Tapi abang kena mandi dulu. Busuk!"
*****
"Sorry, abang terlupa yang hari ni anniversary kita. Abang minta maaf sangat-sangat."
"Takpe lah, bang. Anniversary ketiga ni, biar Ieda yang bagi hadiah. Sebelum-sebelum ni kan Ieda tak bagi hadiah pun kat abang. Asyik abang je yang bagi Ieda."
"Abang banyak kerja kat ofis. Tu yang lupa tu. Abang dah beli hadiah untuk Ieda, abang simpan kat ofis.."
"Apa-apa lah, bang. Ieda ada hadiah special untuk abang." Syahida bangkit mencari barang yang disorokkannya tadi.
"Apa lagi, Nurul Syahida oi? Ini pun dah cukup special.." Ujar Hakimi sambil tersenyum senang.
"Mana.. Ini yang paling special." Balas Syahida sambil menyerahkan kotak hadiah yang dibalut kemas kepada suaminya.
"Dalam kotak ni?" Hakimi mengangkat kening. Syahida mengangguk sambil tersenyum senang.
"Abang bukak sekarang eh..?"
"Memang nak suruh bukak pun."
"Apa ni? Termometer dengan gambar polaroid?" Hakimi hairan dengan hadiah aneh itu. "Gambar apa ni?"
"Abang.. Ini gambar anak kita la." Syahida menggeleng. Dia mengambil benda yang dikatakan termometer itu dari tangan suaminya. "Ini bukan termometer. Ini alat penguji kehamilan. Garis biru tu tandanya positif. Ieda dah pergi klinik minggu lepas. Ini gamar ultrasound."
"Maksud Ieda?" Mata Hakimi membulat tanda tak percaya.
"Iya.. Ieda dah mengandung tiga bulan. Tu pasal la Ieda asyik tak sedap badan je."
"Ieda..!" Hakimi memeluk erat isterinya. Ubun-ubun Syahida dicium mesra. Gembira tak terkata. Penantian selama tiga tahun akhirnya membuahkan hasil.
Syahida sekadar tersenyum. Dia sudah kata inilah yang teristimewa.
"Haih, kesian Afiq.." Hakimi mengeluh tiba-tiba.
"Afiq? Kawan abang tadi tu ke?" Tanya Syahida. Hakimi hanya membalas dengan anggukan.
"Kenapa dengan dia sebenarnya?"
"Dia.. bergaduh dengan isteri dia. Sebab tu dia tak nak balik rumah."
"Gaduh? Isy, isy isy..." Syahida menggeleng. "Kalau bergaduh, mana boleh tinggalkan. Kena pujuk, baru boleh berbaik.. Kesian isteri dia.
*****
Afiq menghembus nafas halus. Dia tahu dia tak sepatutnya melarikan diri dari masalah. Daun pintu ditolak perlahan.
"Assalamualaikum, abang dah balik."
"Abang!!" Shafiekah memeluknya. "Abang pergi mana, sekarang baru nak balik? Fieka mintak maaf. Fieka tak sepatutnya cakap macam tu kat abang."
Afiq terkedu. Tidak menyangka kemarahan isterinya yang seperti gunung berapi meletus pagi tadi reda begitu sahaja.
"Abang pun nak mintak maaf jugak. Sebab buat Fieka risau." Dalam kekok, Afiq membalas pelukan isterinya.
"Abang jangan tinggalkan Fieka macam tu lagi tau. Nanti kesian dekat baby." Rengek Shafiekah sambil meleraikan pelukan antara mereka.
"Baby?" Afiq berkerut hairan.
"Yes. Baby.." Ujar Shafiekah sambil menunjukkan alat penguji kehamilan yang menunjukkan keputusan positif.
Korang ingat tak cerita mana yang ada Afiq+Shafiekah? Ingat lagi tak??
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
lol comel je XD
Post a Comment