"Aku suka kau..!"
Penuh tekad, aku mengucapkan ayat itu. Dia terdiam. Wajahnya kosong. Aku tidak tahu apa yang difikirkannya. Sungguh, aku buntu dan hampa.
"Kalau kau tak suka kat aku takpe lah.. Apapun, kita masih kawan. Okey?? Bye."
Aku terus berpaling meninggalkan dia. Sebak memenuhi segenap sudut hati. Selang beberapa langkah, aku terdengar panggilannya.
"Shafiekah..!"
Aku terhenti. Badan dipalingkan separuh. Aku cuba untuk menutupi kesedihan diri. Kulihat dia masih tidak berganjak dari tempatnya. Mulutnya bergerak mengatakan sesuatu.
".. aku pun."
Aku berkerut. Apakah yang cuba disampaikannya itu??
Dia berdehem sekali. Mungkin, suaranya berubah dek terlalu lama berdiam sebentar tadi. Aku menunggu penuh tanda tanya.
"Aku pun sukakan kau..."
Ayat itu menusuk telinga. Semena, air mataku mengalir keharuan. Sebak yang menyelubungi diri sebentar tadi berubah menjadi perasaan serba tak percaya. Tangan kiri aku bawa menekap mulut.
Dia menghampiriku sambil menyeluk ruang hadapan beg yang digalasnya. Sehelai sapu tangan ungu dihulur kepadaku untuk memujukku daripada terus menangis.
"Janganlah nangis.. Malulah orang pandang..."
Aku tersengih. Lantas sapu tangan miliknya menjadi mangsa tempat aku mengesat air mata.
"Aku.. tak salah dengar kan?"
Dia mengeluh kecil.
"Dah lama aku sukakan kau. Cumanya, aku nak kita fokus belajar dulu. 'Key..?"
"Hmm.." Aku mengangguk seraya menyerahkan semula sapu tangan tadi kepadanya.
"Thanks."
*******
Salam. Tengah buat apa tu? Aku rindu lah.. Shafiekah sengaja mengganggu cinta hatinya itu di malam hari. Tiga hari tidak bersua, memang dia rindu. Tambahan lagi, mereka berlainan jurusan. Hanya berjumpa ketika masing-masing tak punya kelas untuk dihadiri.
Tengah study. Lelaki itu hanya membalas dengan mesej pendek. Shafiekah tersenyum. Dia mengusik lagi.
Rajinnya bf aku ni.. Belajar untuk aku eh?? Tiada balasan. Shafiekah tidak ambil hati. Mungkin silapnya juga kerana mengganggu lelaki itu.
Sudah dua bulan dan lelaki itu tidak pernah membalas mesejnya lagi. Apa yang difikirkan lelaki itu sehingga tidak mahu melayannya lagi? Malah, lelaki itu juga seperti mengelak darinya di kafeteria. Ketika mereka masih berkawan, tidak pernah pula dia bersikap sebegini. Shafiekah jadi bingung. Dia tidak mampu lagi menerima keadaan sebegini.
"Ada apahal kau nak jumpa aku?"
Tanya Afiq selamba setelah dia sampai di tempat yang mereka janjikan.
"Kau boleh tanya aku apa hal??" Shafiekah naik bengang. "Kau tu yang apa hal? Kau terima aku jadi girlfriend kau tapi sikit pun kau tak balas mesej aku. Nak jumpa kat cafe pun susah. Kau anggap aku ni apa ha??"
Afiq diam.
"Sebenarnya, kau bukan cintakan aku kan?? Kau just tak nak aku lari dari lepak dengan kau lagikan..? Hei, aku dah kata yang kita masih boleh berkawan kalau kau tak nak terima aku. Kau fikir tak perasaan aku bila kau mengelak dari aku macam ni?? Kau buat aku rasa macam orang bodoh. Kau tak layan aku macam seorang girlfriend pun.. ada baiknya kita clash jer weyh. Aku tak nak jadi orang gila yang dok perabis kredit untuk mesej yang unreplied."
Afiq diam lagi.
"Dah la. Bye. Aku tak nak jumpa kau lagi. Buat sakit hati jerp..." Shafiekah mengangkat langkah dengan hati yang terluka dek respon Afiq yang hanya diam seribu bahasa.
Afiq cuba memanggil Shafiekah. Namun dia terlambat. Gadis itu tidak mahu dan takkan lagi berpaling ke belakang. Afiq sekadar menghantar kekasihnya itu dengan pandangan sahaja.
******
Aidil hairan dengan sikap rakan sebiliknya yang duduk merenung sapu tangan dalam genggamannya sejak pulang dari surau tadi. Tidak pernah dia melihat wajah Afiq sesugul itu. Adakah rakan yang dikenalinya sebagai seorang yang soleh dan rajin belajar ini baru putus cinta?? Eh, dengan siapa pula? Tak pernah dia mendengar nama mana-mana wanita meniti di bibir Afiq.
"Bro, kau ni baru jatuh cinta ke?" Aidil serkap jarang. Afiq diam tanpa berpaling ke arah Aidil. Mata terus tertumpu kepada sapu tangan miliknya yang masih berbekas air mata Shafiekah. Dia tidak mahu menggunakannya lagi.
"Bro, kalau kau suka kat seseorang tu.. kau tak boleh biarkan aje. Kau kena rebut dia, jadikan dia milik kau. Nanti melepas susah...." Nasihat Aidil lagi sambil dia melabuhkan punggung ke katilnya yang bertentangan dengan katil Afiq.
"Jadikan dia milik aku..?" Afiq seolah berbisik kepada diri sendiri.
"Ye lah, bro.. Takkan kau nak biarkan aje. Diambil orang, diri merana...." Ujar Aidil lagi biarpun dia tidak mengetahui apa-apa.
Afiq bangun menyimpan sapu tangan ke dalam koceknya dan terus ke bilik air. Aidil serba hairan. Setelah selesai rakannya itu berwudhu, dia terus menunaikan solat dua rakaat. Pertama kali Afiq melihat rakannya itu begitu.
"Kau solat apa, Fiq?" Tanya Aidil sebaik sahaja Afiq selesai berdoa.
Sambil tersenyum dengan muka penuh yakin, Afiq menjawab "solat istikharah."
Aidil terkedu.
Afiq naik semula ke katil setelah mencapai henfonnya di atas meja. Dia mendail nombor seseorang. Aidil sekadar memerhati.
"Salam, bu? Ibu sihat..? Ni, orang nak cakap.. Orang nak bertunang minggu ni boleh?"
Aidil tambah terkedu.
*****
Pagi itu aku bangun dengan penuh perasaan malas. Sudahlah tiba-tiba sahaja ibu dan ayah memaksa aku pulang, semalam pula habis dikerah segala kudrat yang ada untuk menyusun semula reka letak sofa di ruang tamu. Kalau ramai yang membantu tak mengapalah. Ini, hanya ada aku dan Ahmad untuk membantu ayah. Aduh..
Ibu menyuruhku memakai baju kurung dengan tudung labuh, namun aku memilih untuk memakai jubah. Senang menyarungnya. Entah siapa gerangan tetamu yang hendak datang sehingga kalut ibu dan ayah.
Aku duduk menunggu di dapur dengan kuih dan teh yang sudah siap tersedia sambil mendengar lagu-lagu dari henfonku.
"Kak.. Bilanya nak hidang ni? Diorang dah lama sampai." Tegur adikku itu sebelum dia naik ke atas dengan wajah tersengih-sengih macam kerang busuk.
Aku cepat-cepat mencabut earphone dan segera menatang dulang untuk dibawa ke hadapan. Aku berjalan dengan berhati-hati. Sebagai seorang anak perempuan bongsu, sungguh aku tak biasa melakukan ini semua.
"Jadi inilah dianya..?" Tanya makcik yang bertamu di rumahku ini. Aku jadi gelabah. Air dituang berhati-hati sambil bibir menguntum senyum untuknya.
Usai berhidang, aku cepat-cepat meminta diri tetapi ibu mengajakku untuk duduk di sisinya.
Kekok berada di depan tamu ini, aku membuang pandang ke arah lain. Tanpa aku sengaja aku terpandangkan Afiq yang duduk tersengih di hujung sofa paling dekat dengan pintu. Aku berkerut.
Tiba-tiba, makcik tadi menarik tangan kananku dan terus menyarungkan sebentuk cincin emas putih. Aku tambah berkerut.
"Jaga cincin ni elok-elok ya.."
Aku tidak memahami apa yang terjadi. Terdengar ibu dan ayahku mengucap syukur atas pertunanganku ini.
Aku kembali memandang Afiq. Dia masih tersengih seperti kerang busuk. Aku jadi panas hati. Sesedap rasa sahaja dia berpakat dengan orang rumahku untuk mengikat pertunangan di antara kami. Terus aku bangkit, mengangkat kaki ke bilikku tanpa berkata walau sepatah.
Masuk ke bilik, aku terus mencampakkan tudungku ke lantai. Jubah juga dicabut dan dibiarkan begitu sahaja. Dengan berbaju t-shirt, aku naik ke katil mencapai komik yang aku pilih sebagai bahan rujukan untuk assignment. Ahmad yang berbaring di lantai memandang pelik. Dia yang disuruh menumpang di bilikku sengaja menggunakan komputerku sebagai ganti komputernya yang lupa dibawa ke atas. Aku bertindak mempedulikan dia. Akibat marah yang meluap, pembacaanku juga terganggu. Aku mendengus geram lantas mencampak komik itu ke sisi katil.
Tiba-tiba henfon yang masih berada di dalam kocek jubahku berbunyi. Aku malas menjawab. Lantaklah biar siapapun yang memanggil. Aku tidak punya hati untuk mengangkat mana-mana panggilan.
Deringan itu terhenti, namun kembali berbunyi seketika kemudiannya.
"Akak!" Marah Ahmad. Aku hanya memandang tanpa perasaan. "Bisinglah.."
Sejurus kemudian, deringan itu mati lagi. Aku terus buat tak peduli sambil tangan kembali mencapai komik di sisi.
Deringan kali ketiga, Ahmad bertindak menyeluk kocek jubahku dan menghulurkannya kepadaku. Aku bikin perangai keras kepala.
Ahmad mengangkat panggilan tadi dan membawanya ke telinga.
"Hello..?"
"Oh.. but why?"
"Hm.."
Ahmad mengangguk-angguk sambil berbicara dengan pemanggil. Aku jadi tak keruan. Siapakah?
Tiba-tiba, Ahmad menghulurkan henfonku.
"Urgent. Cepat jawab.." Katanya.
"Hello? Who's there??"
"Fieka, tengok luar tingkap sekarang please..."
Aku keliru. Siapa pula yang ada kat luar? Eh..
Aku cepat-cepat menuju ke jendela. Aku melihat Afiq memegang sebuah kadbod kat yang tertulis 'Im Sooorry.'
Aku tertawa. Comelnya dia. Tak sangka pula perlakuanku dapat mendesak dia untuk menghubungiku di talian. Sebelum ini tidak pernah pula kami bercakap di telefon. Hanya SMS sebagai penghubung.
Afiq menurunkan semula kadbod di tangannya. Dia meletakkan henfon di telinga.
"Fieka nampak tak..?"
Aku tersenyum nakal.
"Tak.. nampak ada huruf T jer.." Bohongku sengaja.
Dia mengangkat kembali kadbod tadi menggunakan tangan kirinya.
"Sekarang nampak..?"
"Cuba belakang lagi..."
Dia mengikut arahanku. Aku menahan gelak.
"Belakang lagi.. Sikit lagi... Lagi...."
"Uih, apa ni?!"
Aku tertawa mendengar jeritannya. 'Haha! Sudah kena..'
"Sampai hati kau, Fieka. Tahi anjing kan ni???"
Aku gelak lagi mendengar rungutannya.
"Ah, sat lagi lah aku samak. Fieka dengar ni.."
"Ya..?" Aku sengaja menjawab sepatah.
"Sebenarnya, aku dah suka kat kau sejak form four lagi. Cuma aku pendam sebab aku nak fokus pada SPM. Tak tersangka pulak kita dapat satu U, walaupun lain course. Aku buat biasa dengan kau sebab aku nak belajar betul-betul. Aku tak nak terbabas nanti. Bila mak ayah aku dah tua, tanggungjawab tu dekat aku. Aku tak boleh serahkan pada adik-adik aku, and tak elok lah kalau aku mengharapkan ipar. Aku just nak kan masa depan yang terbaik untuk keluarga aku nanti. Aku tak nak kerja cikai-cikai jer. Kau faham kan kenapa aku tak layan kau macam girlfriend aku..?"
Air mata sudahpun mengalir, aku tetap menyorok di balik tingkap tinted ini. Aku sekadar membalas dengan anggukan.
"Aku harap pertunangan ni boleh tenangkan hati kau. Aku janji akan kahwin dengan kau, tapi sekarang ni aku nak belajar dulu. And kalau aku tak hiraukan kau, aku harap kau tak terasa. Aku buat ni untuk kebaikan bersama."
"Tapi.. kalau aku rindukan kau macam mana??"
"Rindu itu perasaan, perasaan itu datang dari hati, dan hati itu boleh dikawal. Kawal perasaan kau. Minta pertolongan dari Allah, sebab dialah yang meniupkan setiap perasaan ke dalam setiap hati. Halakan rindu kau kepada yang lebih berhak. Aku tak berhak mendapat rindu kau. Bangunlah qiyamullail.."
Suaranya yang merendah menambahkan rasa terharu.
"Kalau kau rindu aku, apa kau buat..?"
"Aku akan study lebih kuat. Aku akan bangun qiyam, supaya Allah berikan aku kekuatan untuk terus berjihad dalam zina hati ni. Kau pun sedarkan, rindu antara kita dikira zina..."
Aku menangis lagi.
"Janganlah menangis.. Aku janji habis grad nanti kita nikah, okey? Jangan sedih-sedih.."
Tak mampu lagi untuk aku teruskan perbualan, lantas ibu jari menekan butang merah. Aku naik ke katil dan menutup kepalaku dengan bantal kesayangan, menangis sepuas hati tanpa peduli akan kehadiran Ahmad di situ. Henfon yang berdering diangkat oleh Ahmad, berkali-kali dia memujukku untuk menyambutnya namun aku tetap enggan.
Aku sedih. Aku malu. Malu ditegur tentang zina. Ya Allah, berdosanya aku...
******* 5 tahun kemudian.
"Assalamualaikum..!"
Tersentak mendengar suara lelaki di hujung talian, aku terus menarik henfon ku dari telinga dan melihat skrin. Nombor yang tidak dikenali. Tapi, suaranya macam mesra sahaja. Siapa ya?
"Waalaikumsalam.." Kekok aku menjawab.
"Weh, nanti nikah buat tema warna apa..??" Tanya lelaki itu lagi dengan penuh semangat.
"Nikah?? Ni siapa...?" Aku sudah berkerut-kerut.
Lelaki itu tergelak besar. Satu gelak yang menimbulkan rindu du hati ini.
"Kau nak nikah dengan siapa lagi, cik Fieka oi..??" Lelaki itu terus tertawa lagi.
"Afiq?!"
"Ya lah.. Mak kau tak cakap apa-apa ke dengan kau?"
"Mak?! Ya Allah...!!" Aku serba tak kena. "Fiq, sat lagi aku call back. Number ni kan? Bye."
Aku terus berlari turun mendapat ibu setelah mencampakkan henfonku ke katil.
"Mak, yang mak tanya semalam tu untuk apa?" Tanyaku merujuk kepada soalan berbaur usikan yang diutarakan ibu kepadaku semalam.
"Untuk kamu lah.. Nak nikahnya bila? Bulan depan kan??"
Serius? Aku membuntangkan mata, serba tak percaya. Apakah yang sedang terjadi..?
"Mak abah dah bincang dengan mak ayah Afiq, katanya minggu depan Afiq dapat sijil master. Jadi tak lama lagi boleh lah kamu nikah. Mak ayah dia pun dah tak sabar nak tengok korang bernikah. Semua tempahan dah siap. Tinggal warna khemah dengan baju je.." Sambung ibuku lagi.
Aku ternganga.
*****
"Hello, boleh saya bercakap dengan Shafiekah?" Aku memulakan bicara seformal mungkin. Hati berdebar-debar, takut kata-kata yang aku keluarkan sebentar lagi melukakan hati gadis itu.
"Ya saya. Boleh saya tahu siapa yang bercakap tu??" Tanyanya dengan penuh sopan. Suaranya yang merdu membuatkan aku terkelu. Masih berkira-kira untuk memberitahunya atau tidak.
"Hello..?"
Tegurannya membuatkan aku kalut sebentar.
"Saya Aidil, kawan Afiq. Sebenarnya, saya ada sesuatu yang hendak diberitahu. Tapi saya takkan beritahu tanpa ada bukti. Boleh kita berjumpa? Saya mesejkan alamat cafe tu sebentar lagi.." Aku terus memutuskan talian. Benar, aku diselubungi rasa bersalah.
Dia tiba bersama seorang lelaki yang berkulit putih. Wajah mereka yang semirip membuatkan aku percaya bahawa itu adalah abangnya. Dia duduk di sebuah meja di luar cafe. Melihatkan dia berbicara bersama abangnya dengan berkerut-kerut, aku segera menyapa.
"Assalamualaikum, saya Aidil." Salam aku hulurkan kepadanya. Dia memandang tepat ke wajahku. Tiba-tiba, abangnya pula yang menyambut huluran tanganku.
"Ahmad. Kakak saya takkan salam dengan ajnabi.." Katanya sambil tersnyum seolah mengejek.
Aku malu. Bukan sahaja tersilap ingin bersalaman dengannya, malah aku juga silap menduga identiti orang yang dibawanya bersama.
"Jadi, ada apa yang kau nak beritahukan kitorang?" Tanya Ahmad melenyapkan suasana janggal di antara kami. Pembetulan, hanya aku yang berasa kekok sebenarnya.
Aku mengambil tempat di sebelah Ahmad. Kemudian, pelayan aku gamit.
"Kita minum dulu sementara diorang berdua belum sampai."
Aku dapat melihat kerutan di dahi Shafiekah tatkala aku menyebut ayat itu. Cantik juga dia ni. Kenapalah, Afiq mempermainkan orang secantik ini??
"Oh, tu diorang. Dekat pintu." Ujarku apabila melihat dua sejoli itu bergelak ketawa sambil melangkah masuk ke kafe. Mereka datang tepat pada waktu pelayan menghantar pesanan, jadi mereka takkan menyedari keberadaan kami.
Shafiekah berpaling melihat ke arah yang dimaksudkan. Dia tambah berkerut.
"Sejak bila?" Tanyanya dengan nada keras sebaik sahaja berpaling semula ke arahku.
"Lepas grad tak silap aku.."
Tiba-tiba, dia bangkit melangkah ke arah mereka berdua dan..
S P L A S H ! ! !
"Sampai hati kaubuat aku macam ni, Fiq? Aku cuba setia dengan kau.. Aku tolak tepi semua orang hensem yang aku jumpa.. Setiap hari aku doakan kebaikan untuk kau, tapi..." Nada suaranya bergetar. "Sanggup kau, Fiq..."
Shafiekah terus berlari keluar meninggalkan Afiq yang terpinga melihat bajunya yang kuyup. Perempuan di sebelahnya kalut mengesat air teh itu dengan tisu. Nasiblah cuma Ice Lemon Tea, kalau teh O panas...
"Afiq, sumpah aku tak percaya dengan semua ni. Kau tak nak cakap apa-apa ke? Any explaination..?" Tanya Ahmad.
Mendengarkan Afiq membuka mulut, aku tambah bersalah.
*****
Sejak pulang, anaknya tidak keluar lagi dari biliknya. Puan Halimah jadi pilu apatah lagi selepas mendengar cerita daripada Ahmad, anak bongsunya.
Dia masuk bersama henfon Ahmad di tangan, ingin meleraikan kekusutan di hati anak perempuannya ini.
"Shafiekah.."
"Mak, orang gaduh dengan Afiq... Macam mana ni??"
Tanpa diduga, Shafiekah terlebih dahulu memeluk Puan Halimah sebelum dia memujuknya.
"Mak dah dengar dari Ahmad.. Semua tu salah faham je, cuba bawa berbincang.."
Puan Halimah mengusap kepala Shafiekah. Hairan juga bagaimana salah faham seperti ini boleh berlaku.
"Fieka tahu itu salah faham. Tadi kawan dia dah call mintak maaf. Katanya, dia pun tak tahu tentang tu.. Fieka nak mintak maaf dari Afiq.. Tapi Fieka malu.."
Shafiekah tidak mahu beralah. Sungguh dia malu kerana tidak perasan bahawa itu ialah bakal adik iparnya sendiri. Maklumlah, sudah lima tahun tidak bertemu. FB pun sudah lama terabai.
"Kenapa nak malu pulak..? Itu kan salah faham jer.."
"Malulah.. Mak tak tahu, Fieka curah air kat kepala dia, mak. Dia nak maafkan Fieka ke??"
"Belum cuba belum tahu.. Cuba cakap dengan dia.."
"Tak nak lah call dia. Buat malu jer.."
"Tak payah malu-malu. Dia dah dengar pun.." Kata Puan Halimah sambil mengunjukkan henfon Ahmad yang taliannya masih bersambung dengan Afiq.
"Ish, lagi lah malu.."
"Fieka.. Aku maafkan kau. Please, talk to me.." Pujuk Afiq.
Shafiekah memandang wajah ibunya. 'Ish, mak ni. boleh pulak dia pasang loudspeaker.'
Puan Halimah menghulurkan henfon itu kepada anaknya. Shafiekah akur.
"Hello, Afiq.."
Puan Halimah tersenyum lantas meninggalkan bilik anaknya, membiarkan mereka berbincang sesama mereka.
*****
Aku duduk di birai katil. Tak sangka, setelah bertahun-tahun aku bersabar akhirnya hubungan kami sudahpun halal. Aku menunggu Fieka untuk solat bersama, tiba-tiba dia masuk ke bilik berserta sebuah senyuman nakal terukir di bibirnya.
"Kau kenapa ni, Fieka? Cepatlah solat, dah lama aku tunggu kau. Sat lagi nak solat Isya kat surau pulak.."
Dia terus tersenyum. Seketika kemudian, dia mengeluarkan sesuatu dari laci meja soleknya.
"Hehe, sorry.." Ujarnya sambil menayangkan tuala wanita di tangan. Dia terus keluar semula.
Aku terkedu. Chiett, hancur rancangan aku!
diorang dah lama tak contact dalam masa 5 tahun tu. memang masing-masing cuba mengelak, and just fokus kat pelajaran... hehe
Post a Comment