Dilema Cinta
"Hei, awak! Buang sampah masuk tong lah, bukan atas lantai..!" Aku menegurnya.
"Huh?" Lelaki itu terhenti dan berpaling melihat ronyokan kertas yang dibalingnya tadi. Dia berpusing semula untuk membuang sampahnya ke tempat yang betul.
Aku tersenyum. Baguslah kalau dia faham bahasa.
"Maaflah, tak masuk gol pulak." Ujarnya sambil memandang wajahku.
"Oh, takpe. Lain kali buat elok-elok. Jangan sesuka hati je." Balasku sambil tersenyum nipis.
"Okey."
*****
Aku memasuki kelas. Dengan selamba aku meletakkan begku ke kerusi. Mudah sungguh bila meja terletak di tepi pintu. Senang masuk, senang keluar.
Pandangan mata tertumpu kepada sebatang tubuh yang sedang membaca Al-Quran. Suaranya lunak dan lengggok bacaannya menarik hati. Aku terkaku di situ. Tertawan dek bacaannya.
"Weyh!! Jomlah makan!" Aku terkejut apabila bahuku ditepuk oleh Faziha yang duduk di meja sebelahku. Dia jugalah yang menemani tidurku di asrama. Spontan aku meletak jari di mulut.
"Shh..!"
Faziha terdiam. Menyedari keberadaan seorang pelajar putra di meja hadapan. Kemudiannya dia berbisik, "Cik Mah dah siap masak. Jomlah makan. Semua orang tunggu kau."
"Ya ke? Aku lupa nak bagitahu yang aku puasa hari ni. Sorry..."
"Kau puasa? Bila masa kau sahur??" Tanya Faziha sedikit terkejut. "Takpe lah. Aku pergi dulu.."
Beg dibuka untuk mengambil buku latihan Kimia. Kerja yang Cikgu Hilmy beri dua hari lepas belum sempat aku siapkan lantaran banyaknya aktiviti di asrama. Eleh aku ni, orang lain boleh je siap. Banyak pula alasan aku.
Ditemani suara bacaan itu, aku menyiapkan soalan demi soalan yang tertera di dalam buku. Sejurus selesai, aku meletakkan hujung tudungku ke atas meja untuk melindungi sebahagian mukaku. Mata terasa kuyu, kepala kubaringkan menghala ke dinding dan aku mula terlena.
*****
P A N G !!
Bunyi yang kuat itu mengejutkan aku. Dada terasa berdebar kerana baru bangun dalam keadaan terkejut. Pandangan kukitarkan ke sekililing. Pelajar putera tadi sudahpun menghilang dan jam menunjukkan pukul 7.27. Hanya dua minit lagi untuk perhimpunan. Pantas aku bangkit menuju ke dewan makan aspuri bersebelahan surau. Kosong tanpa ada sesiapa.
Sementelah, aku mempercepat langkahan kaki. Dada terasa gemuruh kerana takut terlewat ke perhimpunan. Speaker yang memanggil pelajar ke tapak perhimpunan juga sudah berbunyi. Aku bertambah cemas. Akhirnya aku sampai juga di lorong ke tapak perhimpunan ini.
Aku termengah. Entah kenapa tiada sebatang tubuh pun yang mengenakan baju kurung. Semuanya dipenuhi dengan pelajar putra. Aku bingung. Otak diperah mengingati nama hari ini.
'Alamak, hari ni Khamis. Perhimpunan asing la..'
Lantas kaki diangkat berlari ke tapak dewan khas putri. Aduh, nampaknya barisan pelajar lewat sudah ditahan. Dengan kecewa, aku melangkah memasuki barisan tadi. Redha atas kesilapan sendiri.
"Sebagai denda kamu semua datang lewat, kamu semua wajib menampal notis ini di belakang kamu sepanjang hari. Faham?!"
Tegas dan lantang pengawas senior itu memberi arahan. Aku mengeluh. Kenapa mesti seteruk itu?
*****
Aku keluar dari tandas. Entah mengapa terasa lain macam pula hari ini. Mungkinkah ini PMS?
Terasa belakangku panas bagai disuluh laser. Banyak mata memandang sementara aku berjalan kembali ke kelas. Beruntung sungguh para junior kerana mendapat kelas di bangunan baru. Hati dikunjung seribu sesalan. Mengapa surat tawaran MRSM itu aku tolak? Sudah lah, perkara sudah berlalu. Tak perlulah diungkit lagi...
Aku duduk di mejaku keseorangan sambil menunggu rakan yang lain pulang dari membeli makanan di kantin. Memang begitu keadaan kami kerana sekolah ini belum cukup kemudahan. Kepala aku baringkan di atas meja.
"Hoi, kau kena denda?? Bukan aku dah kejutkan kau ke tadi?" Suara yang garau itu membantutkan pelayaranku ke alam fantasi.
Kepala di angkat. Mata yang serba kuyu itu aku buka besar-besar. Putra yang kulihat pagi tadi berada di mejanya mengambil dompet. Aku baring semula. Tiada hati untuk berbicara.
"Lain kali jangan tidur dalam kelas. Susah jadinya.." Nasihat itu sayup kedengaran bilamana aku semakin hanyut dalam tidurku.
"Afiqah!!"
Suara Faziha sampai ke deria telinga. Kerusiku digoyangkan. Spontan aku bangkit berdiri. Kerusi yang diberatkan dengan kandungan beg jatuh tertolak. Aku malu apabila seluruh kelas berpaling ke arahku. Dia juga menoleh. Aku duduk semula setelah memberi salam hormat kepada cikgu dan kerusi kuangkat kembali. Huh, kenapa hari ni malang sangat? Ada apa-apa yang nak terjadi ke??
*****
Perutku meragam teruk. Cecair dirasakan keluar dari tempatnya. Aku segera masuk ke tandas. Muka berubah masam apabila terbukti wujudnya cecair berwarna merah itu di atas Carefree yang aku pakai.
Solat sudah dimulakan. Tiada peluang lagi untuk aku membawa diri ke tempat perkumpulan ma'zurah tanpa dilihat oleh putra. Aku mengambil keputusan untuk duduk sahaja dibelakang saf menunggu mereka selesai solat. Tubuh kusandarkan ke dinding. Telekung putih di hadapan mata aku renung kosong.
Perut tiba-tiba berbunyi kuat minta diisi. Aku memeluk lutut dan menyorokkan muka. Malu berganda-ganda. Kenapa mesti ketika imam memberi salam kedua juga dia mahu berbunyi? Aku dapat rasakan ada mata yang memandangku.
"Afiqah.. Kenapa dengan kau? Kau tak solat ke??"
"Baru kena tadi..." Balasku perlahan. Tak terdaya lagi aku menahan sakit di perut.
"Kau dah buka puasa belum..?"
"Mana nak makan dalam surau ni??"
"Kesian kau.. Nanti aku bagi kau sikit air dengan gula-gula."
*****
Badan direbahkan ke katil. Terasa penat melingkari. Stok makananku pun sudah habis. Nasiblah hanya tinggal sehari lagi untuk pulang ke rumah. Setelah berehat sebentar, aku segera mandi dan menggosok baju. Tiada masa untuk disiakan.
2 hari kemudian.
"Umi, orang tak suka lah pakai baju ni.. Bagilah orang pakai t-shirt je. Orang penatlah..." Rungutku. Sejak pagi tadi lagi ibuku sudah bising-bising menyuruh aku bersiap-siap. Katanya ada orang mahu datang ke rumah. Aku buntu. Tetamu mana pula sehingga aku mesti berbaju kurung? Baju t labuh kan dah cukup sopan..?
Aku masih tidak percaya melihat cincin yang tersarung di jariku. Sejak bila pula ibu dan ayahku berpakat untuk memasangkan aku menjadi menantu rakan mereka. Kakak dan abang tidak pula begini. Kenapa aku sebagai anak bongsu diperlakukan sebegini rupa???
"Umi, orang tak nak la macam ni... Orang baru Form 4. Nanti nak masuk U lagi.. Orang tak nak la kahwin awal-awal. Kak Waa dengan Abang Dhil tak macam ni pun.. Semua kahwin dengan pilhan sendiri.. Orang tak suka la..."
"Apa? Kamu nak putuskan pertunangan ni?? Kamu rasa umi dan abi dah salah pilih orang jadi suami kamu..? Ke kamu dah ada pilihan sendiri??!" Ayahku tegas bertanya.
Aku diam. Memang tidak suka bercakap dengan ayah. Sejak dari Form 1 lagi aku berhenti berbicara dengan ayah. Semua perkara hanya akan dimaklumkan kepada ibu. Aku sendiri tak tahu kenapa.
"Masih belajar lagi dah pandai nak bercinta. Tak sedar diri, nak menentang abi pulak..."
"Sejak dulu lagi orang bercinta dengan Allah..." Aku memberanikan diri untuk membela nasib.
"Hah, menjawab!! Abi tak mahu dengar apa-apa alasan. Kamu tak boleh membantah!!!"
Air mata laju mengalir di pipi. Apa yang dikatakan ayah itu sedikitpun tiada logiknya. Ibu kulihat hanya diam di sisi ayah. Tanpa dapat berfikir lagi, aku melarikan diri ke dalam bilik. Tangisan dihamburkan ke bantal.
Ini hari terakhir aku menjejakkan kaki di sekolah. Menahan perasaan selama dua tahun sungguh memeritkan. Dua bulan lagi aku akan bergelar isteri orang. Itulah yang diberitahu ibu. Kaki melangkah longlai menuju pejabat. Kakak sulungku kelihatan tersenyum senang ketika dia memasuki bilik guru disebelah. Maklumlah, sudah bertahun tidak berjumpa guru-guru tersayang..
Ucapan tahniah oleh pengetua aku sambut dengan senyuman nipis. Tiada apa lagi yang boleh aku lakukan dengan sijil ini. Aku tahu aku akan menjadi seperti ibu. Sentiasa sibuk menguruskan urusan rumah. Aku mengeluh. Kakakku belum lagi keluar dari bilik guru. Aku pula tiada perasaan untuk bertemu mereka semua. Punggung kulabuhkan di meja berhadapan pejabat.
Tiba-tiba mataku terpandangkan dia yang sedang memakai kasut di hadapan pejabat. Entah apa perlunya dia datang dengan berkasut pun aku tidak pasti. Aku memandangnya jelak. Senyumannya tidak kubalas.
Muhammad Naeem Al-Khair. Pelajar mumtaz SMA. SPMnya tidak pula aku peduli. Aku paling tidak menyukainya di antara pelajar putra yang lain. Sekiranya aku bersendirian di mana-mana pasti dia akan datang mengusik. Dua tahun ini bertambah perit dengan wajahnya mengganggu. Dia langsung tidak peduli bilamana aku menunjukkannya cincin di jariku. Those two years were really miserable. And I dont have any clue what will it be like, this year.
Aku tak pernah tahu pun siapa tunangku itu. Ibu langsung tidak mahu memberitahu. Bila aku bertanya, disuruh tanyakan kepada ayah. Tak mahulah aku..! Kadang-kadang aku terfikir, mungkinkah sebenarnya dia itu jodohku???
"Iqa, jom balik..." Ajakan kakakku meruntuhkan segala lamunan. Kaki dipaksa menaiki kereta untuk pulang ke rumah ibu dan ayah dan menyediakan segala persiapan. Hati sering menyoal, mengapa Kak Waa tak bagi aku duduk di rumahnya. Namun, akal memaksa aku untuk meredhakan segalanya.
*****
Malam selepas akad.
Aku masih tidak percaya akan apa yang berlaku tadi. Majlis akadku diwakilkan kepada orang lain dan bukan orang yang sudah bergelar suamiku kini. Bila ditanyakan kepada ibu mertuaku di mana anaknya itu, dia hanya menjawab kereta rosak.
Apakah tiada kereta lain untuk ditumpang?? Sanggup dia jadikan cerita pernikahan aku seunik ini??! Muhammad Naeem Al-Khair bin Muhammad Nazmi Al-Khair, aku bencikan kau!!!!!
Mata tercelik akibat bunyi kereta di luar rumah. Memang aku akan sensitif dengan bunyi jika aku tidur dalam keadaan sunyi sepi.
Aku bangkit belunjur. Pasti kaki yang berada di depan pintu itu miliknya, aku kembali berbaring. Bantal aku tarik menutup muka. Rambut juga disimpan di bawah bantal. Biar dia tidak dapat melihat auratku yang bukan lagi aurat padanya.
"Afiqah... aku tahu kau belum tidur. Cepatlah bangun. Kalau kau tak bangun dalam kiraan lima, aku peluk kau sampai pagi." Ugutnya yang sudah belunjur di sebelahku. Dalam diam, aku membuat muka. Ada hati dia nak buat aku macam ni?? Dah la akad diwakilkan je. Tak senonoh punya lelaki...
"Satu..."
Aku buat tak peduli. Apa perlunya aku mengikut paksaan orang selain ayahku. Ibuku pun tidak pernah memaksaku.
"Dua..."
Aku terus diam tak berkutik. Bukannya dia boleh buat apa-apapun..
"Tiga..."
Aku terasa perutku digeletek. Bibir dikemam menahan gelak. Bantal aku peluk lebih erat. Aku tidak boleh kalah dengannya.
"Empat..."
Dia menggeletek lebih laju. Kakiku mula tergerak-gerak akibat menahan geli.
"Lima!!!"
"Ah!" Spontan aku menjerit apabila tubuhku dipeluk. Bantal tercampak ke bawah. Nampaknya aku benar-benar sudah kalah.
"Woi, lepaslah...!"
"Aku dah kata aku akan peluk kau sampai pagi.."
"Kau nak aku mati ke? Sesak nafas lah...!"
"Okey.." Perlahan-lahan dia melepaskan tubuhku.
Aku melepaskan nafas berat. Aku dan dia terdiam seketika.
"Fiqah, aku mintak maaf. Selama ni aku tak beritahu kau pun yang aku ni tunang kau. Sejak mak aku bagitahu yang dia nak tunangkan aku dengan anak Haji Hamdan, aku dah perhatikan kau. Dan aku tahu kau ni budak baik..."
"Kau tahu..?" Gaya bahasa yang digunakan masih sama seperti dulu. Aku kekok jika dia tiba-tiba ingin memintaku memanggilnya dengan nama selain 'kau'.
Dia tersenyum. "Aku yang mintak supaya mak ayah kau tak beritahu siapa aku kat kau.."
"Chiett, kau dah buat aku merana dua tahun!!! Aku benci kau, tahu tak??!" Marahku. Badan aku pusingkan membelakanginya. Tiba-tiba, air mata mengalir.
"Aku akan buat kau sayang kat aku semacam mana aku sayangkan kau. Percayalah..." Pujuknya.
"Bagi aku belajar sampai PhD!" Cabarku.
"Memang aku nak suruh kau live you rlife pun. Cuma kau kena maklumkan kat aku semua perkara termasuk kalau kau nak pergi buat assignment dengan group kau yang semua perempuan." Balasnya tenang.
"Kalau aku keluar dengan kawan perempuan pun kena bagitahu kau??" Aku berpaling menghadap wajahnya, air mata yang mengalir tidak aku pedulikan.
"Yes."
"Tsk." Air mata aku kesat dengan belakang tangan. Hidung dipicit agar hingus tidak mengalir. "Thanks, aku fikir aku akan stop dekat SPM je."
"Tapi aku ada buat syarat lain.." Cepat-cepat dia mencelah.
"Huh, syarat apa pulak??" Aku tercengang.
"Kau kena temankan aku ambil STAM dan dapatkan at least Jaid Jiddan. Kalau kau tak dapat Jaid Jiddan, kau tak boleh masuk U. Faham??"
"Apa ni... Kau tahu kan aku dapat Jaid je masa SMA. Kau nak aku mati ke?!"
"Aku nak kau rely kat aku. Aku tak nak kau macam dulu. Selalu sorang-sorang je. Kau fikir aku tak tahu yang kau ni selalu belajar sorang-sorang? Kalau tak tahu, tak reti nak tanya.." Dia mencubit pipiku. "Aku takmo isteri aku kurang agama..."
Aku mencebik geram.
"Kalau dah tak belajar, maksudnya kurang lah daripada aku. Rasulullah pernah bersabda, perempuan kurang daripada lelaki dari sudut akal dan agamanya. Aku tak nak kau selamanya kurang daripada aku. Aku nak kau tinggi lagi dari aku at least dalam ilmu dunia. Tapi kenalah seimbangkan dengan ilmu ukhrawi.. Sebab tu jugak aku nak kau belajar STAM. Lagipun aku tak nak tahan rindu....."
"Eleh, pergi belajar sehari pun nak rindu-rindu." Aku mencebik.
"Mestilah.. Setiap hari aku rindu kau."
"Oh, selama ni kau zina hati lah ya?"
"Haah, aku mengaku SPM aku teruk. Tapi aku dah cuba dan sekarang kau halal pada aku. Please jangan nafikan aku dah jadi suami kau.." Rayunya. Entah kenapa ayat itu kedengaran romantik di telingaku.
Aku sekadar tersenyum, kemudian bangkit mengambil bantal di tepi katil. Kepala aku baringkan elok di atas bantal.
"Fiqah..." Dia menggenggam tanganku.
"Apa? Tak payah la nak romatik-romantik, jiwang karat semua. Kau tahu kan sekarang pukul berapa? Aku tahu kau penat.. Cepat tidur. Esok lusa aku fikirkan.."
"Esok lusa?" Dia mengangkat kening.
"Ya lah.. Duhai suamiku, tutuplah lampu. Isterimu ini mengantuk nak tidur. Esok pagi nak bangun subuh.."
Dia tersenyum senang. Pantas lampu ditutup. Dan dia baring memelukku.
"Hoi, apa ni? Rimas lah.."
"Aku dah kata nak peluk kau sampai pagi.. Aku nak kau biasakan diri....."
Aku menelan liur. Bisikannya membantutkan niatku untuk tidur. Aku jadi gemuruh memikirkan hari-hari mendatang.
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment