Maafkan aku
Sembilan.. Lapan... Dua.. Satu...
Aku mengeluh. Kek yang kumasak awal pagi tadi masih tidak bersentuh. Hari ini.. hari ulangtahun ibu yang keempat puluh satu. Merangkap ulangtahun kematian yang kedua. Eh, dah dua tahun??
Ayah tak nak balik ke malam ni...?
*******
Sedari tadi aku melihat dia merenung kek di atas meja. Entah apa yang dilakukannya pun aku tak tahu. Sejak semalam lagi Sue menjadi hiperaktif tetapi juga pendiam. Sibuk dia memasak kek. Entah kek apa pun aku tak tahu. Tadi pun dia cepat-cepat balik dan hias kek tu. Tapi sikit pun dia tak nak bercakap dengan aku. Mood dia pun berubah-ubah. Sekejap senyum, sekejap murung. Nak kata datang bulan, elok je aku tengok dia solat Isya' tadi. Entah la..
"Sob.."
Sue..?
Aku meneliti wajah itu dari jauh. Kelihatan dia menyeka air matanya dengan hujung lengan baju. Isy, apasal tiba-tiba menangis ni??
"Izreen.. Jom lah makan. Nak rasa kek aku ni?" Ujarnya sambil tersenyum apabila aku mendekat. Suaranya serak. Aku turut sedih.
"Sue, sebenarnya kau masak untuk siapa kek ni?"
Sue diam.
"Sue, kalau kau tak nak bagitahu aku takpe la.. Tapi jangan buat diri kau macam ni.. Kau tak boleh jadi gembira kalau hati kau sedih.."
"Kenapa aku tak gembira sedangkan hari ni birthday ibu aku?!" Aku terkejut dengan bentakan Sue. Pertama kali aku melihat dia begitu. "Biar la mak aku mati hari ni ke, bapak aku tak balik ke.. Kalau kau nak makan, kau makan cepat. Kalau tak biar aku melantak semua ni sorang-sorang. Kau boleh pergi berambus!"
Rengusan Sue, terdengar kuat. Aku masih memproses kata-katanya. Oh, dia sedih sebab mak ayah dia takde untuk sambut birthday?
"Sue, aku kan ada. Sambut la birthday dengan aku."
"Kalau aku sambut birthday dengan kau pun, aku nak cakap happy birthday dekat siapa? Empunya badan takde.. Kau faham tak? Hari ni birthday mak aku and there's nobody to celebrate it with! Dah la, hari tu ibu kena langgar lari masa dia pergi beli ingredients kek ni.. Kau expect aku nak nangis ke???"
Sejurus mengatakan ayat itu dengan nada yang bergetar, air mata jatuh bercucuran dari kedua matanya. Aku baru tahu, ibunya mati pada tarikh ibunya lahir. Kenapa aku ni lembab sangat?!
Aku.. tak tahu bagaimana untuk memujuknya. Belakang badannya aku usap. Tangisannya semakin kuat. Dia merebahkan kepalanya di dadaku. Aku memeluknya erat dan dia terus menangis dan menangis.
Setelah beberapa ketika, Sue mengangkat muka. Wajahnya cukup sedih untuk membuatkan aku juga terasa pilu. Tanpa aku sedari, bibirku bertemu bibirnya.
P I A P ! ! !
"Risa Izreen!!"
"Aduh, apa salah aku?" Kata-kata itu terpacul di bibirku. Memang itu ayat yang akan muncul setiap kali aku dipukul tiba-tiba, biarpun oleh bapak. Sudahnya, Sue bertukar marah dan mukaku dilekap kek.
Sue terus ke biliknya. Pintu dihempas kuat dan aku dengar pintu dikunci. Nampaknya hari ini aku akan tidur sendirian di bilik tetamu seperti kali pertama aku bermalam di sini. Apapun, aku tahu ini balasan sebab aku belum solat Isya lagi.
*******
Sudah seminggu sejak peristiwa itu berlaku. Dia masih belum menegurku. Serba salah mungkin. Aku juga belum betah menegurnya. Aku malu untuk melihat wajahnya lagi.
"Assalamualaikum!!"
"Waalaikumsalam.."
Aku menjenguk ke luar. Kelihatan lembaga seorang lelaki yang tidak aku kenali. Hanya bayangnya yang terlihat. Dia berdiri sedikit jauh dari pagar, apatah lagi memang sukar untuk melihat dari tingkap ini. Aku membuka pintu dengan penuh perasaan ragu. Entah mengapa, hati ini berdebar kencang. Kunci aku genggam kuat.
"Ya, cari siapa?"
"Saya ayah Risa."
"Ayah Izreen..?" Aku berkerut. Ini ke ayah Izreen yang dia katakan bapa ayam itu? Nampak baik jer dengan baju Melayu. Atau.. bapak dia memang sengaja pakai macam ni untuk perdayakan aku??
"Ya, saya ayah Risa Izreen. Ayah kandung dia."
Ayah kandung? Maksudnya??
"Memang susah nak diterangkan.. Tapi dia menumpang di rumah kamu kan? Boleh saya jumpa dia??"
"Maaf lah, Izreen ada latihan sukan. Takde orang lain kat rumah jadi saya tak berani ajak pakcik masuk. Tak manis dipandang orang. Pakcik datang lain kali, ya?"
Aku mengambil jalan tengah. Lelaki itu kelihatan tertunduk kecewa. Aku meminta diri untuk masuk semula ke rumah.
"Maya.."
Mana dia tahu nama aku? Tanpa ada pilihan lain, aku berpaling menghadapnya.
P S T !
Satu semburan mengenai mukaku. Baunya sungguh memeningkan. Ah, ini kloroform ke?
*******
B U P !
Aku terjelepok di tanah. Cis, tinggal berapa langkah lagi untuk habiskan larian. Kacau betul tali kasut ni! Boleh pulak aku terpijak..?
"Risa? Kamu okey??" Cikgu Hana menegurku. Aku yang baru sahaja mengikat kembali tali kasutku itu segera bangkit berdiri. Punggung seluar aku kibas.
"Saya okey cikgu. Jatuh biasa je.."
"Kamu tak pernah jatuh sepanjang kamu berlatih sejak empat tahun lalu. Kamu ada masalah ke??"
"Takde apalah cikgu.." Benar aku tidak apa-apa. Namun bila Cikgu Hana menyebut masalah, hatiku tiba-tiba berasa tidak sedap hati. Teringat pula kejadian di rumah Sumayyah tempoh hari.
"Kalau macam tu, kita berehat dulu. Cikgu tak nak ada di antara kamu yang sakit sebab terlebih kuat berlatih." Putus Cikgu Hana.
Aku duduk di bangku berbumbung di sebelah bangunan surau. Sekilas, aku terpandangkan Raihan yang merupakan seorang anak ustaz di masjid berdekatan. Dia ni budak kelas 3B. Muda setahun dari aku. Pandai dan baik. Dia sedang mengambil wudhu. Teliti dia membasuh lengan kanannya.
Terasa tenang melihat air mengalir dari anggota wudhu nya. Teringat akan pesan Sumayyah suatu kali aku mengikutnya rehat bersama. Katanya, air itu fitrahnya sejuk. Kalau kita tengah marah atau sedih, keliru ke.. Ada baiknya kita ambil wudhu. Lepas tu kalau masa-masa macam ni, kita boleh buat solat sunat dhuha. Tambah pahala dan menenangkan. Kerana kita dekat dengan Allah.
Aku turut menunaikan solat sunat dhuha sebanyak dua rakaat seperti Raihan. Dalam doaku, aku memohon agar hubungan antara aku dan Sumayyah kembali erat dan agar aku menjadi seorang Muslimah yang baik sepertimana fitrah kelahiranku. Aku ingin meminta maaf darinya bila aku pulang nanti.
Sedang aku khusyuk berdoa, tergambar sesuatu kejadian yang tidak menyenangkan di ruang mindaku. Aku jadi gelisah.
Selesai berdoa, aku meminta izin dari Cikgu Hana untuk pulang ke rumah. Cikgu Hana tidak banyak soal. Dia terus mengizinkan aku tanpa meminta sebarang penjelasan. Dia turut menasihati aku supaya rehat secukupnya. Aku terus berlari pulang ke rumah Sumayyah.
"Assalamualaikum! Sue..! Sue..!"
Sumayyah tiada di mana-mana. Aku duduk di sofa dengan seribu kekusutan. Entah apa yang berlaku kepadanya. Aku takut. Takut dia diganggu atau lebih tepat lagi diculik oleh bapakku. Tangan meraup muka sehingga ke leher. Kemudian baru aku tersedar, sekeping kertas yang dilipat seperti surat diselit si bawah kunci rumah berdekatan peti televisyen. Aku segera membacanya.
Sumayyah di tangan aku. Kalau kau tak balik rumah, dia kan jadi ganti. -Bapak
"Kurang ajar punya bapak ayam..!" Tanpa berfikir lanjut, aku terus ke tempat yang tidak layak dipanggil rumah. Hanya sebuah bilik besar yang menempatkan 10 orang GRO murahan. Aku berlari selaju mungkin. Tempat itu tidaklah begitu jauh dari sekolah. Mestilah bapak sudah tahu ke mana aku pergi selama ni. Kenapalah aku libatkan Sumayyah dalam hal begini??
"Huh.. Huh.." Aku termengah.
"Ha, dah sampai pun heroin kita. Jadi, kau nak ikut kata aku atau kau nak terus jadi anak derhaka?!" Tajam kata-katanya menghiris perasaan. Dia tak layak mengata aku derhaka. Bukankah dia yang telah membunuh kedua orang tuanya dengan tangan sendiri?
"Pakcik.. tiada dosa sekiranya seorang anak tidak melakukan arahan ibu bapanya jika suruhan itu melanggar hukum syarak." Sumayyah bersuara lemah di tepi dinding. Aku tidak nampak apa yang terjadi kepadanya kerana dia diletakkan di sudut yang gelap. "Pakcik, tak sayangkan Risa ke? Kenapa pakcik suruh dia buat benda yang dia tak suka?"
"Hei, pompuan ni.. Tak senyap lagi..?" Bapak menggamit orang kanannya, Alex. Alex nampak menjengkelkan. "Alex, uruskan dia!"
"Jangan sentuh kawan Risa!!"
"Kawan?" Bapak tersenyum mengejek. "Aku tak suruh kau pergi sekolah tu mencari kawan. Aku suruh belajar supaya senang nak larikan diri daripada polis. Kau tak paham bahasa ke? Berapa kali aku nak kena cakap?!!"
"Kami ke sekolah untuk belajar." Sekali lagi, Sumayyah bersuara membela aku.
"Aaaahhk...!" Suaranya mengaduh membuat aku tersentap. Aku pasti mereka memberikannya itu.
"Bapak, tolong la.. Jangan libatkan kawan Risa dalam perkara macam ni. Dia perempuan baik. Risa tak nak kawan Risa jadi macam Risa. Cukup lah Risa seorang jer.." Aku sanggup berlutut di hadapan lelaki jahanam ini untuk menyelamatkan Sumayyah. Aku tidak mahu peristiwa yang sama seperti mak, berulang lagi.
"Kau seorang mana cukup...! Kau faham tak aku nak duit..? Korang berdua boleh tolong aku buat duit.." Kata orang tua tak sedar diri itu dengan senyuman jahatnya.
"Bapak, tolonglah.. Jangan libatkan kawan Risa.."
"Kawan kau je kau fikir? Aku ni bapak kau...!"
Aku tekad untuk menyelamatkan Sumayyah. Aku bangkit berlari ke arahnya dan terus memeluk tubuhnya. Jarum yang masih melekat di tangannya aku cabut. Sumayyah nampak serabai. Tudungnya senget-benget bukti dia bersungguh mempertahankan maruah diri. Alex menarik rambutku sambil menyuruh aku melepaskan Sumayyah. Aku tidak akan sesekali membiarkan Sumayyah menjadi salah seorang daripada anak ayam.
"Polis! Anda telah dikepung! Jangan cuba untuk lari.."
Tiba-tiba, tempat ini diserbu oleh pihak polis. Alex kelam-kabut untuk melarikan diri. Namun akhirnya, dia juga ditangkap seperti bapak. Aku terkejut. Aku tidak membuat sebarang laporan pun.
"Cik.. Awak semua dah selamat."
"Encik Polis, tolong kawan saya.. Dia kena dadah! Tolong dia..!"
"Baik, sila ikut kami."
Pegawai itu mengambil batang jarum tadi bersama. Dia membuat laporan melalui walkie-talkie untuk meminta bantuan ambulans. Aku memapah Sumayyah yang sudah pengsan akibat dadah berlebihan.
"Encik Polis, macam mana encik boleh datang sini? Encik memang selamatkan kami sebab terima laporan atau apa-apa ke?"
Pegawai tersebut tersenyum kecil memandangku.
"Adik, kami ucapkan terima kasih kepada adik. Kami dah lama mengintip sindiket haram ni. Kami tahu apa yang dilakukannya. Tapi, kami tak dapat buat apa-apa sebab tak cukup bukti. Tentang kawan adik tu pun kami tak dapat bantu kalau bukan sebab adik masuk selamatkan dia." Pegawai itu berhenti, mengeluh. "Tapi, saya nak minta maaf jugak sebab terpaksa tangkap ayah adik macam ni. Saya dengar semuanya tadi. Awak lah anak arwah Saleha, kan?"
"Encik Polis kenal mak saya??" Aku berkerut.
Pegawai itu tersenyum lagi.
"Mak awak pernah minta tolong kami dan menawarkan diri menjadi perisik. Setelah dia dikesan, dia dibunuh." Terang pegawai itu lagi. Wajahnya menampakkan kekesalan. Aku tidak tahu apa hubungan dia dengan mak.
"Ah, ambulans dah sampai. Pergilah temankan kawan awak. Nanti kami akan cari awak untuk ambil keterangan.
*******
Sudah dua bulan sejak bapak dan seluruh sindiket dia ditangkap. Dan dua bulan juga sejak Sumayyah terlantar di hospital. Kata doktor, dia mengalami trauma yang hebat sehingga dia koma. Alhamdulillah, ayah Sumayyah tidak menyalahkan aku. Dia juga menyesal kerana tidak menjaga Sumayyah dengan baik.
Sekarang, aku mengambil keputusan untuk mendekati Raihan. Dan atas nasihatnya juga aku bertudung. Rasa izzah timbul di hati. Rupa-rupanya inilah perasaan Sumayyah bila berdiri di sebelah aku. Rasa yang hanya boleh dirasai oleh orang yang menyempurnakan hak tudung. Dan aku baru dalam permulaan untuk langkah suci itu. Dengan harapan, Sumayyah akan gembira setelah dia sedar nanti. Aku belum lagi meminta maaf darinya. Aku bersalah kerana menciumnya dulu. Aku juga bersalah kerana melibatkan dia dalam hal ini sehingga menyebabkan ini semua berlaku. Aku bersalah untuk segalanya.
"Risa, kenapa Risa dah tak macam dulu?"
Salah seorang peminatku datang semasa aku baru sahaja mengangkat beg untuk pulang ke rumah Sumayyah. Aku masih ingat, dialah yang berani-beraninya ingin membelasah Sumayyah.
"Maaf, tolong panggil aku Izreen. Aku bukan lagi Risa yang korang kenal. Tolong la, jangan zalimi diri korang lagi.."
Dia memeluk tanganku, ingin menghalangku pergi.
"Risa.. kau jangan la tak pedulikan kami. Semua ni mesti sebab budak perempuan tu, kan?"
"Takde kena mengena dengan sesiapa pun. Aku hari ni bukan aku yang dulu. Sebab aku dah terima hidayah Allah dengan baik. Korang semua ingat aku suka sangat ke jadi macam dulu balik? Lari dari kenyataan hidup yang sebenar?? Get a grip! Kita ni Muslimah, hidup la macam Muslimah!!!"
Aku tidak dapat lagi menahan perasaanku. Segala kekecewaan terhambur. Aku tidak mahu mereka terus mengingatkan aku kepada aku yang dulu. Aku ingin terus berubah.
"Izreen, kamu dah balik? Alhamdulillah.. Jom!" Sapa Encik Lukman sambil mencapai kunci kereta.
"Kita nak ke mana? Pakcik tak kerja ke hari ni?" Aku hairan dengan sikapnya.
"Pihak hospital telefon pakcik tadi. Sue dah sedar!"
"Alhamdulillah..."
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment