Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Maafkan aku.

      Dua belas tahun sudah berlalu. Surat di tangan aku lipat semula ke dalam sampulnya. Rasa rindu semakin menebal. Lama juga kami tidak bertemu. Entah bagaimana keadaannya sekarang.
      D I N G D O N G . . . !
      Ah, mungkin mereka sudah sampai. Surat itu kan sudah terlewat dua hari..

     "Auntie...!" Cepat sahaja anak kecil berumur sembilan tahun ini memelukku. Aku mendukungnya dan menjemput mereka masuk.



     "Reen, kenapa Reen nak jadi sukarelawan?" Soalan itu menjengah lagi di corong telinga. Mengapa susah benar untuk Sumayyah menerima keputusanku sepuluh tahun yang lalu?

     "Izreen cuma nak tolong orang lain.." Balasku penuh malas.

     "Reen tak nak berkahwin ke?"

     "Siapa yang nak kahwin dengan Reen?" Soalan maut itu aku balas sambil lewa. Gelak palsu aku lepaskan.

      "Reen.. Sue dah bincang dengan Abang Malek. Reen kena berhenti kerja ni. Sue nak Reen ada hidup yang normal."

      "So, who's gonna marry me?"

     "Reen.. sudi tak kau jadi madu aku?"

     "What?!"

     "Reen tahu kan tentang tu.. Sue dapat hidup sampai sekarang pun sebab Reen. Tapi, Sue tak dapat bertahan lagi.. Sue rasa Sue dah tak lama. Tolong lah Reen.. gantikan tempat Sue untuk Ros."

     "And you're telling me that's normal?"

     "Reen..."

     "Dah la.. Reen tak nak benda yang sama berulang. Okey? I'll do want you want me to do. This time I wont refuse."

      "Thanks Reen."

*******
      Musim haji memang menyesakkan lagi Kota Jeddah ini. Mujurlah aku dan Abang Malek akan pulang sebaik sahaja menyelesaikan ibadah umrah. Bukan rezeki kami untuk menunaikan haji pada tahun ini. Tapi aku sungguh gembira mendapat tahu Izreen sedang mengambil cuti dari kerjanya di Sudan. Dan menginap sementara di sini untuk menunggu musim haji.
     Takdir memang mengizinkan aku untuk melamarnya bagi pihak Abang Malek. Walaupun aku terpaksa menipunya tentang status kesihatanku. Badanku tidak menolak langsung tulang sumsum yang dia dermakan kepadaku lima tahun yang lepas. Cuma aku.. sudahlah, bukan saatnya untuk menyebut tentang itu. Entah-entah semua ini hanya mainan perasaan.

     Tiba-tiba langkahku terhenti. Entah mengapa mataku terasa kelabu. Kakiku juga terasa berat. Akhirnya, aku rebah. Izreen sempat menyambutku.
     "Sue, kau okey?"
     "Izreen, kalau sudah sampai ajal aku.. Kita berjumpa di sana, ya?"
     "Sue..! Sumayyah!!!"

*******
    Sumayyah buat hal itu lagi. Sebelum dia pengsan di bahuku dua belas tahun yang lalu, dan ketika memasuki dewan bedah lima tahun yang lepas, dia mengucapkan ayat yang sama. Dan kini, aku masih resah mendengar ayat itu, Aku tidak pasti samada ini akan menjadi seperti dua kejadian tu, atau dia betul-betul akan pergi bertemu Ilahi. Semua itu di bawah kekuasaanNya. Dan aku hanya boleh berdoa, memohon kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
     Doktor keluar bertemu dengan Malek. Aku tidak pernah memandang hormat kepada mana-mana lelaki kerana mereka itu lelaki. Tidak akan aku memanggil sesiapapun dengan panggilan abang. Aku melihat mereka berbual seketika. Dan riak muka Malek yang sentiasa tenang membuatkan aku tertanya-tanya.
    Malek mendekati aku. Dengan perlahan, dia memberitahu aku apa yang berlaku sebenarnya. Aku mengeluh. Dia ni betul-betul nak kena.
    "Jom, Ros. Kita jumpa ummi."

    "Hei, Sue. kau sanggup tipu aku kan?"
    Sue memandang aku dengan wajah hairan. Begitu juga Malek dan Roslina.
    "Kalau kau sakit, macam mana kau nak bagi adik kat Ros?"
    Sue sedikit terbuntang. Ros menjerit gembira. Tubuh ibunya dipeluk mesra.

     "Maaf lah, Reen. Tapi aku tak sanggup tengok kau merantau seluruh dunia macam ni. Aku tak suka.."
     "Dah tu betul ke kau dah bincang dengan Malek? Kau dah tanya Ros jugak??"
     "Ros ni dah besar kau tahu tak? Dia lah yang suruh aku jadikan kau mak kedua dia. Dia pun tak suka kau jadi sukarelawan."
      "Haah. Auntie selalu pergi ke sana ke sini. Kalau Auntie dengan ayah, boleh la Ros ada kawan ajak main.. Ummi ni dah selalu sakit. Tapi, nampaknya Allah masih sayang. Bagi ummi mengandung lagi.."

     "Ros tak jeles ke tengok auntie dengan ayah? Entah-entah nanti auntie dah tak layan Ros. Auntie bukan macam dalam cerita tu.."
      "Takpe, asalkan nanti auntie bagi Ros adik..!"

      "Isy, budak ni! Fikiran melampau-lampau.. Itu lah banyak sangat tengok TV. Sue, nanti jangan bagi dia tengok TV lagi dah."

      "Tapi, kau kata kau setuju.."

      "Auntie Reen, jadilah mama Ros.."

      "Tapi kan ummi dah mengandung. Tak lama lagi Ros akan dapat adik.."

      "Takpe la, lagi ramai adik lagi bagus.."

      "Tak kisah nanti kena kongsi barang dengan adik? Nanti kalau ummi dengan auntie sibuk Ros kena jaga adik sorang-sorang tau. Bukan senang.."

      "Takpe... Ros boleh belajar macam mana ummi jaga Ros dulu."

      Kami terkedu. Kepetahan budak ini berkata-kata mematahkan segala hujah. Aku memandang Malek di sebelah. Dia tertunduk merenung lantai. Tiba-tiba perasaan malu meresap ke dalam hati.

      "Eleh, mama dengan ayah ni malu-malu pulak." Roslina mengusik. Dia sudahpun memanggilku dengan panggilan mama. Aku tidak tahu untuk berkata apa lagi.

       "Ummi tak jeles ke?"

       "Takpe lah.. Reen kan kawan baik Sue. Nanti jeles nya hilang lah. Reen sudi kan jadi sebahagian dari keluarga Sue. Takkan nak selamanya jadi kawan..?"

        Sumayyah seperti menaruh harapan. Malek pula seperti sudah bersedia untuk menerima satu lagi tanggungjawab. Melihatkan sinaran mata Roslina, aku terhimpit dek perasaan sendiri. Akhirnya aku mengangguk setuju.


ad says : okeh. cerita berhenti di sini. nak mengarut banyak2 nanti tak habis cerita nya. anyways, thanks for viewing~

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous