Welcome!
Irene Adler
ღღღ

Important!
Full collection can be found on buttons below.
For newer collection (2025) click this link here


Latest List
Full List
Fateh p Hanis Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Important!
Newer collection (2025) and chapters list, click this link here .

Ladang kapas, piano dan kita

“Kau benar-benar pasti, Richard?”

Tuan Baron Wilhelm Beaumont menyoal perlahan sambil memandang ruang legar estet yang sedang dihias rapi. Meja utama dipenuhi pastri, balang marmalade, dan jambangan bunga ladang. Pekerja-pekerja estet keluar masuk membawa dulang, lilin dinyalakan satu persatu. Suasana tampak meriah, namun bagi Tuan Baron, majlis hari ini membawa makna yang besar.

“Selepas hari ini,” sambungnya, “tiada jalan mudah untuk berpatah balik.”

Tuan Kilang Richard Klein tersenyum tipis.
“Wilhelm, aku percayakan anak gadis aku. Lagipun, jika ada apa-apa yang terjadi… kau tentu akan membantu aku, bukan?”

Nada itu kedengaran polos, hampir naif di telinga Tuan Baron. Dia tahu benar dunia bangsawan bukan sesuatu yang biasa bagi sahabatnya itu. Namun sebagai tuan rumah, Tuan Baron hanya mengangguk.

“Aku doakan kedamaian dan keberuntungan,” katanya akhirnya, “untuk dua jiwa yang mengikat janji hari ini.”

 

Di tingkat atas, Lucy menarik nafas panjang. Jantungnya berdegup laju. Gaun kerja yang biasa dipakainya kini dihias sederhana dengan reben-reben kecil di hujung lengan dan pada pinggang. Jika majlis ini berlangsung di rumah kilang, pasti dia akan menyarungkan loket peninggalan ibunya. Sayangnya, itu bukan pilihannya hari ini.

Suzy masuk ke bilik dan mengamati Lucy dari kepala ke kaki.
“Lucy,” katanya sambil berkerut, “baju aku jauh lebih cantik. Nanti keluarga putera boleh tersalah orang pula.”

Dia menghulurkan gaun merah penuh renda. Lucy segera menggeleng perlahan.

Sepanjang hidupnya, Lucy terbiasa dengan warna-warna lembut. Gaun Suzy terasa terlalu asing dengan dirinya. Suzy mendengus kecil, lalu tanpa diduga mengambil sehelai gaun kusam daripada pakaian Lucy sendiri dan menyarungkannya.

“Kalau begitu, biar aku yang ganti baju,” katanya perlahan.

Lucy terdiam. Lebih terkejut apabila Suzy menghulurkan rantai dan hiasan kepala.
“Aku tak mahu terlalu—”

“Cik Lucy,” pengurus rumah mencelah lembut, “mungkin lebih kemas jika dipadankan dengan ini.”

Sehelai jaring rambut putih dipakaikan menutupi sanggul Lucy. Hasilnya ringkas, tetapi tampak teratur dan berkelas. Suzy mengangguk setuju.

Lucy memandang bayangannya di cermin. Hari ini, wajahnya kelihatan sedikit berbeza—lebih cerah, lebih dewasa.

“Inilah harinya,” bisiknya perlahan.

 

Di bawah, ruang legar sudah dipenuhi cahaya dan bunyi perbualan. Evan Beaumont berdiri berhampiran pintu utama, menyambut tetamu dengan penuh adab—mengatur tempat duduk, memberi arahan kepada pekerja, dan memastikan segalanya berjalan lancar. Walaupun muda, peranannya jelas sebagai tuan rumah yang bertanggungjawab.

Apabila Lucy menuruni anak tangga, perbualan seolah-olah terhenti seketika.

“Lucy,” Tuan Kilang memanggil. Lucy mendekati meja utama di mana Tuan Kilang, Tuan Baron, Suzy dan Evan menunggunya.

 “Lucy, kamu kelihatan… sangat sesuai hari ini.” Tuan Baron memandang Lucy atas ke bawah. Lucy memakai gaun yang sederhana namun nampak comel apabila dihiasi reben-reben. Lucy menampakkan gaya yang berbeza dengan gaya bangsawan tetapi sesuai jika difikirkan umur dan peribadi Lucy.

Lucy menunduk menerima pujian itu sebelum pandangannya tertarik pada meja utama.

“Barang-barang ini…” katanya perlahan. “Untuk apa?”

“Hadiah pertunangan,” jawab Wilhelm. “Sebahagian adat majlis.”

“Tapi marmalade ini dari estet Baron, bukan dari rumah kami.”

Tuan Baron tersenyum.
“Mulai hari ini, kamu anak angkat keluarga Beaumont. Supaya kedudukanmu kelak setara apabila berdiri di sisi Theron.”

Lucy terpaku. Rasa syukur memenuhi dadanya. Dia tak menyangka akan mendapatkan layanan sebaik itu. Di sisi, Suzy mencebik kecil.

“Dan kamu juga, Suzy,” tambah Tuan Baron cepat. “Kamu berdua anak angkat di bawah lindungan keluarga Beaumont. Semoga kerjasama ladang dan kilang kita berkekalan seratus tahun ke depan.”

Tuan Kilang terdiam, kata-kata Tuan Baron menyentuh hatinya.

“Oh, Lucy,” Tuan Kilang tiba-tiba teringat, “kamu ada sediakan hadiah untuk Theron?”

“Hadiah?” Lucy mengangkat kening. Tuan Baron dan Tuan Kilang turut berpandangan. Hadiah peribadi di antara dua orang itu antara inti penting dalam majlis ini.

“Carilah sesuatu,” ujar Tuan Baron lembut. “Yang datang dari hatimu.”

 

Ketibaan paderi disusuli keluarga Theron disambut penuh tertib. Theron hadir bersama abang sulungnya dan isteri, diiringi seorang pelayan dan pengawal peribadi. Pakaian mereka kemas, namun tidak berlebihan.

Upacara pertukaran cincin berlangsung ringkas di hadapan paderi. Ketika tiba giliran bertukar hadiah, Theron menyerahkan sebuah buku nota muzik kecil berisi karya Liszt—dipilihnya sendiri, dengan harapan Lucy akan menemui sesuatu yang dekat di hatinya.

Lucy pula menghulurkan hiasan pinggang yang dia pintal sekejap tadi menggunakan reben. Jari-jarinya bergetar halus, tidak pasti seandainya hadiah itu layak untuk diberikan kepada seorang putera.

Namun sebaik Theron melihatnya, senyumannya berubah—bukan sekadar sopan, tetapi nyata. Pandangannya jatuh pada reben itu lebih lama daripada perlu. Dia mengenali reben itu; pernah terikat di rambut Lucy pada hari pertama mereka bertemu.

Di hadapan semua orang, Theron merasakan dadanya mengembang oleh rasa yang sukar disembunyikan.
“Dia ingat,” getusnya.

Dengan senyum yang tulus, Theron menerima hadiah itu daripada tangan Lucy. Dia tidak terus melepaskannya. Sebaliknya, dia menggenggam tangan Lucy seketika—cukup lama untuk Lucy menyedarinya, cukup singkat untuk tidak menyalahi adat.

“Aku akan menyimpannya,” katanya perlahan, dengan nada yang tidak menyisakan keraguan.

 

 

 

Jamuan dimulakan—pastri hangat, marmalade, dan kopi. Theron menghulurkan tangan.
“Boleh aku menjemputmu menari?”

Irama mazurka memenuhi ruang. Pegawai pelayan keluarga Theron duduk di piano memainkan Clair de Lune. Evan menari bersama seorang pekerja ladang sebagai tanda meraikan semua yang hadir. Wilhelm memimpin Suzy, manakala Richard berdiri di hujung meja, cuba menahan sebak.

“Terima kasih,” bisik Theron sambil menari. “Kerana menerima aku.”

Lucy hanya tersenyum.

Sebelum berangkat pulang, Theron memujuk Lucy ke piano. Melodi lembut memenuhi ruang. Abang Theron memerhati dengan senyum faham.

“Patutlah,” katanya perlahan, “kau terpikat dengan gadis ini.”

Theron tersenyum, matanya tidak lepas dari Lucy. Tanpa dsedari, ada sepasang mata turut memerhati.


9


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous