Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Darling, I need you

Fahmi meraup wajah sambil termenung di tepi katil. Pada malam tersebut, memang dia penasaran kenapa orang boleh terfikir untuk menjadikan tali sebagai alat untuk perkara bodoh itu. 

Malam itu, Fahmi tidak menipu apabila dia katakan tali yang disertakan dengan hiasan itu tak sesuai untuk digantung pada siling. Ketika dia cuba memasang tali, dia terfikir sekiranya Aulia akan berasa terganggu melihat juntaian tali yang bergantungan. Dia cuba membayangkan apabila semua hiasan digantung lengkap. Adakah hiasan warna-warni yang cantik itu boleh membuatkan Aulia terganggu?
Soalan itu membuatkan dia berhenti dan duduk berfikir. Tanpa sengaja ada hiasan yang jatuh ke bawah katil menyebabkan dia terjumpa kotak simpanan jurnal workbook Aulia. Senarai perkara gembira yang Aulia isikan dalam jurnal itu ada banyak. Dan hampir sama banyak dengan senarai perkara yang isterinya itu takutkan. 
Setelah membacanya, Fahmi tersedar menggantung tali di dalam bilik bukanlah perkara yang wajar untuk dia lakukan sebagai penjaga dan waris bagi pesakit yang mengalami masalah seperti Aulia. Sewaktu Fahmi sedang menurunkan tali itu, dia jadi kalut mendengar Aulia baru pulang. Dia berniat untuk cepat-cepat menyembunyikan kembali kotak hiasan serta kotak jurnal Aulia. Namun, perkara yang tak diingini pula yang berlaku.

Fikiran Fahmi kusut. Ketika dia terpaksa tinggal di hospital, pelbagai perkara yang dia fikirkan tentang hidupnya dan masa depannya bersama Aulia. Dari jurnal Aulia, dia menyedari betapa besarnya nilai keluarga di mata wanita yang dia ambil menjadi isteri. 
Selama ini, dia hanya berniat untuk menggunakan Aulia sebagai alasan untuk terus mengelakkan diri daripada keluarganya. Tapi Aulia pula perlukan kepada keluarga yang dapat menggantikan sistem hospital sebagai sokongan emosi. Aulia juga semakin positif setelah bertemu Iman dan Puan Normah. Demi Aulia, dia membuang rasa marah terhadap ibu tirinya itu.

Fahmi mengeluh berat. Dia mahu Aulia segera baik dan keluar dari hospital. Kotak simpanan jurnal Aulia dia keluarkan dari bawah katil. Di dalamnya juga ada buku diari milik Aulia. Biarpun Fahmi berasa seperti dia melanggar ruang privasi isterinya, dia ingin tahu sekiranya ada perkara yang boleh membantu mengurangkan resah dan murung dalam hati Aulia.
Fahmi membaca entri terbaru dalam jurnal Aulia. Entri itu nampaknya baru ditulis dalam tiga hari yang lalu.

Jumaat, xx/x
Kenapa dengan Fahmi? Dia dapat depression sebab stres dengan aku ke? Kenapa sampai macam ni?

Rabu, xx/x
Fahmi kata dia tak sengaja. Kemalangan. Walaupun pelik, tapi aku patut terima dan doakan supaya kejadian ni tak berulang. 

Sabtu, xx/y
Fahmi sekarang dah berbaik dengan ibu. Mungkin dia dah tak marah lagi dengan ibu. Semoga Fahmi takkan cuba untuk buat perkara tak elok lagi. Tak, aku tak patut fikir macam ni. Fahmi kata ia kemalangan. 

Sabtu, xx/y
Fahmi dan ibu mula bercakap dengan lebih kerap. Ibu pun semakin banyak tersenyum. Tak lagi risau takut Fahmi tak senang dia tinggal di rumah ni. Kalau dari awal macam ni, kan bagus untuk diorang sekeluarga. Kalau kemalangan lima tahun lepas tak pernah terjadi, mommy dan daddy pun akan ada lagi sampai sekarang.

 
*
*
*

Fahmi datang lagi melawat Aulia keesokan harinya. Semasa dia menghampiri kaunter jururawat, dia merasakan banyak mata tertumpu kepadanya. 
"Boleh saya tanya keadaan Aulia?" Dia menyoal kepada jururawat tersebut. 
"Encik Fahmi, ya? Tunggu sekejap, ya. Doktor nak jumpa encik." Jururawat itu memberitahu.
Fahmi berasa hairan. Seketika kemudian, dia dibawa berjumpa dengan Dr Razia.

"Encik Fahmi. Suami Puan Aulia, ya." Dr Razia meminta kepastian sebelum dia memulakan bicara.
"Ya, saya." Fahmi mengiyakan.
"Saya difahamkan Puan Aulia mengandung sekarang. Betul, ya?" Soal doktor itu lagi.
"Ya, itu yang doktor kata kelmarin." Fahmi mengiyakan lagi.
"Rawatan ubat Puan Aulia mungkin boleh memberi risiko kepada kandungan. Ubat yang kami berikan kepada Puan Aulia boleh meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi selepas bersalin. Memandangkan Puan Aulia dalam keadaan emosinya terganggu sekarang ini, kami nasihatkan supaya kita teruskan dengan pengubatan. Dan bila kami discharge dia nanti kemungkinan besar dia masih perlu terus mengambil ubat walaupun dia mengandung."

Penerangan panjang lebar itu membuatkan Fahmi berkerut seribu. Dr Razia memberi ruang untuk Fahmi memproses kenyataan tersebut perlahan-lahan.
"Encik setuju ya dengan rawatan untuk Puan Aulia ini?" 

"Tapi, macam mana dengan Aulia? Kalau apa-apa terjadi kepada baby... Boleh ke Aulia terima keadaan itu nanti?"

"Itu semua bergantung kepada respon Puan Aulia terhadap rawatan. Pihak O&G akan menyusul untuk check up kandungan Puan Aulia supaya sebarang masalah boleh dikesan awal." Dr Razia cuna meyakinkan Fahmi. "Ada satu lagi perkara saya  nak bincang dengan encik. Sebagai suami, kami perlukan keizinan dari encik tentang perkara ini."

"Ya?"

"Saya ada berbincang dengan Dr Brent dan dia  risau dengan perubahan hormon Puan Aulia semasa mengandung. Ada kemungkinan perubahan hormon ini yang memberi kesan terhadap tahap mental Puan Aulia. Jadi kalau keadaan Puan Aulia semakin teruk, kami cadangkan untuk D&C."

"D&C...? Maksud doktor, gugurkan...?" Fahmi tak sanggup menyambung bicara. Dia tak dapat memahami cadangan buruk dari doktor itu.

"Ini cuma cadangan dari sisi perubatan. Kami masih lagi memantau keadaan Puan Aulia. Tapi sekiranya simptom anxiety bertambah buruk, dia akan perlukan dos ubat yang lebih tinggi. Both team kami dan team O&G risau ia boleh menjejaskan kesihatan dan kandungan Puan Aulia."

"Berapa teruk keadaan Aulia?"

Dr Razia memberi senyuman pahit. "Sejak semalam, Puan Aulia hanya duduk di katilnya dan tak mahu makan jadi kami terpaksa berikan nutrisi melalui IV. Tekanan darahnya juga agak merisaukan."

"Kenapa Kristine tak beritahu apa-apa?"

"Kristine? Encik maksudkan Dr Kristine?"

"Ya. Dr Kristine. Dia kawan baik dengan Aulia. Jadi saya pun selalu tak bahasakan dia sebagai doktor. Maaf." Fahmi menyedari keterlanjurannya dalam berbicara. "Eh, bukan ke dia doktor in charge kepada Aulia?"

Dr Razia mengeluh panjang.

"Encik Fahmi. Kami nasihatkan supaya encik kurangkan berbincang tentang Puan Aulia dengan dia. Pihak hospital melarang dia untuk memberi sebarang rawatan kepada Puan Aulia. Dari segi etika, Dr Kristine melanggar batas boundary antara pesakit dan doktor. Sukar untuk dia beri pendapat profesional apabila dia terlalu rapat dengan Puan Aulia."

Fahmi berkerut dahi.

"Dr Kristine bukan doktor in charge. Kalau ada apa-apa soalan tentang Puan Aulia, encik boleh berbincang dengan saya ya."

Fahmi terdiam sendiri. Dia tertanya-tanya sama ada pertemuan dia dengan Kristine semalam merupakan perbincangan profesional ataupun tidak. Lama dia berfikir sebelum dia memutuskan untuk mengenepikan hal itu terlebih dahulu. Dia mengangguk sebagai tanda setuju dengan permintaan Dr Razia. 

"Doktor, bila saya boleh berjumpa dengan Aulia ya? Ada apa-apa yang boleh saya buat untuk pujuk dia maafkan saya?"

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous