Darling, I need you
"Lia tak nak, Kristine. Saya tak nak." Aulia menyatakan keengganan sambil tetap memeluk tubuh. Dia berasa perlu untuk melindungi diri dari semua perkara.
"Why? What's wrong? Lia tak mahu mereka jaga Lia? Tapi mereka kan keluarga Lia." Kristine menyoal. Dia rasa hairan dengan apa sebenarnya yang membuatkan Aulia enggan. Sedangkan selama lima tahun ini, wanita di hadapannya ini paling mahukan keluarga.
Aulia terus menggelengkan kepala.
"Lia?"
"I'm just a burden to them."
"Says who?"
Lia memeluk tubuh dengan lebih ketat. Matanya nampak kosong.
"Lia..." Kristine mengusap bahu Aulia sambil cuba memujuk. "Dont be like this. Tak ada burden dalam sebuah keluarga. Everyone relies on each other. That's how a family is."
"Family? Do I deserve it?"
Kristine mengeluh. Dia sendiri tak mengerti bagaimana Aulia yang selama ini kuat, kembali menjadi seorang yang pesimis. Kata-katanya sama seperti lima tahun dulu.
"Sepatutnya Lia pun mati sama. I dont deserve to live. I dont deserve it."
"Kristine, macam mana dengan Aulia?" Fahmi terus meluru mendekati Kristine yang kebetulan baru keluar dari wad.
"You need to explain to me what happened that night." Dingin suara Kristine.
Kristine membawa Fahmi duduk bersama bertentang mata di ruang lobi. Pelbagai soalan sinis diajukan kepada lelaki itu. Fahmi tak mengerti. Dia telah menunjukkan bukti yang tentang kejadian malam itu. Dia terjatuh dan tersangkut pada tali. Apa lagi yang boleh dia katakan supaya semua orang mempercayainya?
"Betul ke ia hanya kemalangan?"
Fahmi mengangguk.
"Tak ada sedikitpun terlintas dalam kepala awak untuk gunakan tali itu begitu?"
Fahmi menggeleng.
"Tak ada satu sebab langsung untuk awak sengaja tinggalkan dunia ni?"
Fahmi berkerut dahi. "Alasan apa? Mana ada alasan!"
Kristine menyandar ke kerusi. "Kenapa awak nampak terdesak nak bela diri awak? Mesti ada sesuatu yang awak fikirkan semasa awak jatuh dari kerusi tu."
"Hah?" Fahmi bingung. Dia sedar Kristine lebih mengutamakan Aulia berbanding dirinya. Tapi tergamak doktor ini menuduh dia sengaja inginkan perkara itu terjadi. Fahmi tak memahami mengapa Kristine seperti marah dan benci terhadapnya.
"Look. Lia isteri saya. Saya nak buat surprise untuk dia supaya dia gembira. Dan saya happy bila dapat tahu dia mengandungkan anak kami." Fahmi menegaskan yang dia betul-betul menghargai Aulia sebagai isterinya. "Tapi kenapa awak, sebagai doktor, marah saya dan tuduh saya buat benda tak betul? Saya dah cakap saya tak buat benda tu. Saya tak buat!"
"Maaf, Encik Fahmi." Kristine cuba melembutkan bicara. "Mungkin personally saya memang nampak seperti tak sukakan awak. Tapi kalau Lia tak percayakan kata-kata awak, saya pun tak percaya awak tak sengaja buat begitu. Macam mana tali itu boleh bersimpul dan lilit awak begitu? You need to explain it so Lia believes it."
"Aulia..." Fahmi meraup wajah dan rambutnya ke belakang. Dia rasa terhiris dengan kenyataan itu. "Lia tak percaya?"
"Lia kata dia percayakan saya. Jadi dia cuma tipu depan saya?" Fahmi bingkas bangkit. Dadanya berombak antara marah dan terluka. "Saya nak jumpa dia sekarang."
"Puan Aulia baru tidur. Kita baru bagi dia ubat penenang." Tegas jururawat.
Terbuntang mata Fahmi mendengarnya. Dia risaukan keadaan Aulia. Juga risau dengan kandungan Aulia. Namun dia sedar, di hospital ini Aulia mendapat penjagaan rapi yang tak dapat dia berikan di rumah.
"Kalau saya nak kirimkan barang boleh?" Fahmi menyoal. Dia ingin terus berhubung dengan Aulia biarpun tak dapat berjumpa.
"Boleh. Asalkan bukan barangan larangan. Encik tahukan senarai barangan larangan dalam wad."
Fahmi mengangguk.
"Encik Fahmi." Kristine memanggil dari belakang. Fahmi mengeluh lagi. Tadi dia meluru keluar dari bilik doktor dan terus berlari mencari Aulia. Tapi Kristine masih ada perkara yang ingin dia pesan.
"Cuba fikirkan kenapa Aulia tak percayakan encik. Dia nampak dengan mata dia sendiri, encik tergantung dengan tali itu. Dan dia juga yang tidur dalam bilik itu setiap malam."
Fahmi berkerut dahi. Ketika dia pulang dari hospital dua minggu lepas, Aulia menyambutnya dengan baik. Dan tidur di sisinya juga tanpa ada masalah. Aulia kata percaya.
Tapi dalam hatinya, dia risau aku cuba yang bukan-bukan?
"Think about it." Pesan Kristine buat terakhir kali.
36
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment