"Mengandung?" Semena, tangan Aulia terketar. Fahmi risau melihatnya. Dia memeluk tubuh Aulia.
"Jangan risau, saya ada untuk tolong awak. Ibu, Iman dan Angah pun akan tolong jaga awak dan kandungan awak."
"Awak? Jaga saya?" Aulia menyoal berbaur ragu. Dia menggeleng-gelengkan kepala. "Ibu? Iman? Jaga saya?"
Fahmi menggenggam tangan Aulia yang terketar. Seluruh tubuh Aulia ikut menggeletar. Fahmi memanggil doktor dan jururawat.
"Tepi!" Aulia menolak Fahmi dengan sekuat tenaga. Fahmi terlanggar doktor yang baru sampai di belakangnya. Semua staf hospital yang ada turut terdiam melihat Aulia yang kemudiannya terpuruk sendiri sambil memeluk tubuh.
"Panggil tim psikiatri." Arah doktor yang bertugas.
"Panggil Dr Kristine." Fahmi mencelah.
*****
"Fahmi, ada apa?" Puan Normah menyoal. Wajah Fahmi terlihat cemas.
"Kenapa doktor dan nurse semua masuk dalam? Ada apa dengan Kak Lia?" Fariza juga turut menyoal. Fahmi diam sendiri. Wajahnya berkerut risau.
"Along." Iman datang mencengkam kedua lengan Fahmi. Dia tak betah melihat keadaan tegang sebegini. Wajah Fahmi ditenung dengan penuh tegas. "Kau kena kuat. Kak Lia perlukan kau, Along. Hwaiting!"
Mendengarkan sokongan Iman, Fahmi terduduk di kerusi.
"Kalau ada apa-apa, ceritalah. Jangan simpan sendiri. Mana tahu, kitorang boleh tolong." Fariza mencelah lagi.
"Along tak tahu nak mula dari mana." Wajah Fahmi nampak tak keruan. "Lagipun, Aulia... Dia lebih senang kalau kita beri dia ruang. Dia dah ada system sendiri untuk dia bertenang dalam hospital ni."
"System apa? Apa yang Along cakapkan ni? Cuba terangkan betul-betul. Kita ni keluarga. Kalau ada masalah kita kongsi sama-sama." Fariza tak berpuas hati dengan pernyataan Fahmi itu. Dia tahu Fahmi sudah terbiasa menjauh dari keluarga. Tapi perkara sebegini lebih mudah dihadapi jika ada sokokngan keluarga.
Fahmi tersedar. Selama ini, Kristine juga menekankan yang Aulia inginkan keluarga. Tak kira apa emosi dan reaksi Aulia sekarang, dia paling perlukan sokongan keluarga.
Fahmi menarik nafas dan meminta semua orang bertenang. Dia berjanji akan menceritakan tentang penyakit Aulia. Cuma kini, mereka perlu tunggu keputusan doktor terlebih dulu.
"Kristine. How's Aulia?"
Fahmi menerpa sebaik saja Kristine keluar dari memeriksa Aulia. Kristine menggeleng sebagai menjawab soalan itu.
"Saya cadangkan dia tidur di wad malam ini. Untuk observation." Fahmi mengeluh mendengarkan hal itu. Jika Aulia terus di hospital, dia terasa seperti dia menjadi bebanan emosi untuk Aulia. "I'll talk to her in the morning. Kalau keadaan dia okey, dia akan discharge tengah hari esok."
Fahmi mengangguk faham. Kemudian dia memperkenalkan Kristine kepada keluarganya.
"Doktor psikiatri?" Puan Normah ternganga.
"Keadaan Aulia boleh dikatakan masih terurus. Saya rasa dia cuma tak biasa bila ada ramai orang. Dia jadi berdebar. Mungkin dia rasa panik atau anxiety. Tapi kalau you all selalu gather together, she'll get used to it soon."
Wajah keluarga Fahmi nampak bingung. Kristine tahu, pasti sukar untuk mereka memahami perkara ini. Dia sudah melaluinya dengan pelbagai pesakit lain. Cuma tak tersangka, akan datang satu hari untuk dia bertemu dengan insan yang boleh dipanggil keluarga Aulia.
"Apa punca dia.--" Soalan Puan Normah disekat oleh Fahmi.
"Ibu, nanti Fahmi cerita dekat rumah."
Kristine menghulur pamplet mengenai kesihatan mental kepada Puan Normah, Fariza dan Iman. Iman merenung lama pamplet itu.
Penyakit mental bukan penyakit berjangkit.
"Kristine, one question." Fahmi menarik Kristine sedikit jauh untuk bertanya sesuatu. "Saya rasa Aulia bukan panik sebab orang. Dekat rumah tadi dia okey je memasak dan melayan anak buah. Dia mula panik bila dia dengar yang dia mengandung." Fahmi menerangkan. "Will she be okay while being pregnant?"
"Well..." Kristine berfikir panjang sebelum menyerahkan keputusan kepada pakar sakit puan. "That's something we should discuss with Dr Brent."
Seisi rumah berdiam lama mendengar penjelasan dari Fahmi. Mendengar Aulia sudahpun mengalami keadaan begitu semenjak sebelum kahwin membuatkan Puan Normah mengeluh panjang. Dia takut kalau pengakuannya tentang kemalangan itu menjadi punca. Fahmi menjelaskan Aulia cuma penat kerana melalui banyak perubahan dalam hidupnya. Dulu dia sendiri, kini tiba-tiba hidupnya semakin meriah.
Iman berdiam sendiri. Dia duduk sedikit jauh dairpada ibu dan kakaknya. Dari tadi, kedua-dua anak buahnya menyoal tentang penyakit Mak Long mereka. Iman tak punya jawapan sehingga dia selesai membaca pamplet yang diberikan oleh Kristine tadi.
"Abang, adik. Mak Long Aulia sakit. Dia tak boleh stres, nanti dia jadi nervous. Bila dia stres atau terkejut dia akan mula rasa berdebar, menggigil dan menangis. Sebab dia baru kahwin, dia mudah stres." Dengan suara perlahan, Iman menjelaskan kepada anak-anak buahnya.
"Sebab dia banyak fikir ke? Macam bila nenek sakit kepala?" Farid dan adiknya menyoal serentak.
"Ya, sebab Mak Long fikir macam mana nak buat Pak Long dengan nenek berbaik. Dan banyak lagi yang Mak Long fikir untuk masa depan keluarga."
"Masa depan keluarga." Farid mengangguk.
"Keluarga kita ke?" Adiknya menyoal. Mungkin dia tak faham kerana masih bersekolah rendah.
"Keluarga Pak Long lah, adik. Orang kahwin memang selalu banyak fikir. Mak dan abah kita pun selalu pening fikirkan macam-macam persediaan untuk masa depan kita."
"Betul tu, abang. Dan walaupun dah buat banyak persediaan, ada banyak benda tak terjangka. Itu yang buatkan Mak Long mudah stres dan nervous."
"Mak Long tak makan ubat ke? Nenek kan ada ubat?" Adik Farid menyoal polos.
"Ada ubat Mak Long. Tapi yang paling penting kita kena layan dia elok-elok supaya dia selesa bila dah bergaul denga keluarga kita."
Pesan Iman diam-diam supaya dua anak kecil itu tak menambah risau dalam keluarga ini. Iman melihat wajah Puan Normah. Ibunya termenung panjang walaupun Fahmi sudah menerangkan bahawa Aulia hanya perlukan masa dan sokongan dari mereka.
Post a Comment