Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
 Darling, I need you

"Ibu, Iman minta diri dulu ya." 


Bersama beg bagasi di dalam kereta, Iman bersiap untuk pulang ke kolej. Katanya, kawan-kawan mengajak untuk berkumpul bersama sebelum semester bermula. Tanpa pengetahuan mereka, Iman sengaja menipu untuk pergi dari rumah Fahmi. 

Rumah itu membuatkan dadanya sesak. Sejak mengetahui tentang masalah kemurungan Aulia, Iman rasa kepalanya berserabut. Semakin lama, dia semakin buntu bagaimana dia patut membantu abang sulungnya menghadapi semua ini. Sebab itu, dia memutuskan untuk menjauh.

Setelah Iman beredar, suasana rumah semakin sunyi. Puan Normah tetap tinggal bersama Aulia dan Fahmi kerana Iman menitipkan mereka untuk menjaga Puan Normah. Tak tergamak juga untuk Aulia membiarkan Puan Normah tinggal bersendirian biarpun pada awalnya Puan Normah menolak untuk menetap di situ.


Fahmi masuk ke bilik setelah selesai makan pagi, meninggalkan Puan Normah dan Aulia di ruang makan. Aulia mengajak Puan Normah untuk keluar melihat-lihat tanaman di depan rumah. Setelah agak lama, Aulia terlihat ada riak resah di wajah ibu mertuanya. 


"Ada apa ibu? Ibu nak jenguk rumah ibu dan Iman ke? Ada apa-apa barang nak tengok dekat sana?" Aulia menyoal.

"Tak. Tak ada apa-apa." Puan Normah menggeleng. Aulia terus memerhati wajah Puan Normah. Dia pula yang mulai terasa resah melihat keadaan Puan Normah itu. 

"Kamu tahu, kan? Ibu ni cuma ibu tiri kepada Fahmi."

Aulia mendiamkan diri.

"Ibu rasa Fahmi tak suka kalau ibu tinggal dekat sini. Sejak ayahnya meninggal, memang dia tak sukakan ibu." Puan Normah menyambung bicara. 

"Kenapa?"

"Kemalangan di Jalan Merboh tu, memang salah ibu. Ibu tahu dia marahkan ibu sampai sekarang disebabkan hal itu. Tapi sebab Iman risau kalau ibu tinggal berseorangan di rumah tu, ibu ikutkanlah untuk tinggal di rumah kamu ni." Puan Normah menyambung lagi. Dia fikirkan Fahmi akan melarangnya untuk tinggal di sini. Tapi sejak semalam Fahmi masih tidak berkata apa-apa malah tidak pula berkasar untu menghalaunya. Cuma hubungan antara mereka berdua tetap dingin.

Aulia mencari kata untuk memujuk. Belum sempat membuka mulut, namanya dipanggil dari belakang.


"Lia darling. Jom keluar." Fahmi sudah bersiap di depan pintu rumah. Dia mengajak Aulia untuk berjalan di taman. Aulia memandang Puan Normah.


"Pergilah, dia ajak kamu."



Laluan hijau di sekeliling taman sepatutnya memberi kerehatan dan kesegaran pada tubuh dan rohani pengunjungnya. Tambah lagi dengan pemandangan air tasik yang menenangkan. Di sekitar terlihat ramai orang yang beriadah petang untuk melepaskan tekanan. Namun Aulia berasa dadanya terhimpit apabila melihat wajah Fahmi yang diam tanpa menunjukkan sebarang riak.

Fahmi terus diam biarpun tangannya erat menggenggam tangan Aulia. Aulia berniat untuk meleraikannya tapi didiamkan saja. Suasana sebegini membuatkan dada Aulia berdebar resah. Risau kalau ada yang tak kena dengan suaminya. Semena, Fahmi mengajaknya duduk di bangku rehat.


"Lia, tak marah ke?" Soal Fahmi setelah lama berdiam melepas pandang.

"Marah?" Aulia berkerut dahi. Marah tentang apa?

Fahmi masih melepas pandang. Matanya meredup sambil menyusun ayat untuk menjelaskan pertanyaan itu. "Kelmarin sebelum saya masuk hospital, kan ibu jumpa Lia dan ceritakan tentang ibu dan ayah Lia. Lia tak marahkan dia?"

"Kenapa nak marah? Benda dah lepas. Dah lama mommy dan daddy pergi. Even ibu pun..." Aulia mengeluh kecil. Suaranya turut perlahan. "Ibu pun kehilangan juga. Sama macam Aulia."

"Tak sama langsung! Lia, Lia hilang semua-"

Aulia menggeleng. "Arwah mommy, daddy, dan ayah sayang dah lama tenang di alam sana. Walaupun mereka pergi dalam kemalangan, tapi kalau Lia teruskan hidup dengan tenang mesti diorang pun lega tinggalkan dunia ni tanpa perlu risaukan Lia lagi."

Hujung baju Aulia beralun lembut tatkala angin sepoi mendinginkan suasana. Dan bersama angin itu, perasaan yang selama ini memberat di dalam hati Fahmi turut berlalu pergi.

"Ayang... Selama ni ayang masih panggil isteri ayah sebagai ibu, mesti ayah pun lega."


------ff-----------

suddenly at this point i didnt remember if aulia wears tudung or not.



Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous