Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Darling, I need you

"Melalui observation kami, kami percaya ia cuma kemalangan seperti yang suami puan katakan. Jadi hari ini Encik Fahmi boleh discharge." Kata doktor yang kemudian terus berlalu pergi tanpa sebarang penjelasan. Aulia keliru sendirian.



Fahmi menarik beg baju dari tangan Aulia. Dia bukan cedera otot sehingga tidak kuat mengangkat beg sendiri jadi dia tak betah membiarkan Aulia yang membawa begnya. Melihatkan Aulia diam sepanjang mereka berjalan keluar hospital, Fahmi menggenggam tangan Aulia dan berhenti meminta maaf.

"Saya minta maaf. Saya memang tak ada niat langsung untuk buat macam itu.  Awak percayakan saya, kan? Darling?"

Aulia memandang tepat ke wajah Fahmi. Kata doktor, ia cuma kemalangan. Mereka salah faham dan ia bukanlah cubaan untuk membunuh diri. Aulia juga tak dapat mencari sebab. Jika benar Fahmi ingin berbuat demikian, atas alasan apa?


"Hey, Aulia!" Seorang perempuan berlari anak dari jauh.

Aulia senyum kecil. Dia sangkakan Nina tiada di hospital hari ini.

"Hi, Aulia's husband." Nina menyapa. "So, youre discharged today?"

"Yes, Nina. Fortunately." Jawab Aulia mengiyakan soalan Nina. 

"No discharge party?" Soal Nina lagi. Aulia menggeleng laju. "Im joking. I thought I'd see you during the session today. But probably its not fated."

"Nina.. No..." Aulia berbisik menyuruh Nina berhenti berbicara. 

"Im sorry, but it really isnt like that." Fahmi mencelah. Suaranya kesat kerana tengkuknya masih belum betul-betul sembuh.

Nina berkerut memandang Aulia. Aulia menggeleng lagi menandakan semuanya tak apa-apa. 

"Well, Im glad you're out now. She's really worried she cried a pail when we met two days ago."

Aulia berkerut sambil menolak lengan Nina menyuruhnya berhenti bercakap.

"Oh, Im late now. Gotta go." Nina meminta diri. "Keep strong okay!"

Sebaik sahaja kelibat Nina hilang dari pandangan, Fahmi menarik Aulia ke dalam pelukan. "Saya janji takkan buat awak risau lagi. Okey, darling?"

Aulia mengangguk sahaja. 





Fahmi terus kembali bekerja pada keesokan harinya. Tiga hari di wad kecemasan, dengan satu malam di wad psikiatri, Aulia cuba untuk menghalang tapi Fahmi tetap pergi ke pejabat. Kemejanya dibutang sehingga kolar baju dapat menyembunyikan kesan lebam pada leher.

Aulia bimbang jika sesuatu akan berlaku dalam perjalanan. Tapi setelah ditenangkan oleh Puan Normah, Aulia sedar bahawa cuma dia yang takut tentang kemalangan kereta kerana teringatkan tentang arwah ibu bapanya.
Aulia mengeluh panjang sambil mengemas dapur. Dia mengingatkan diri sendiri bahawa dia percaya Fahmi tidak berniat melakukan perkara bodoh itu.

Ketika pulang, Fahmi melihat ibunya, Aulia dan Iman berkumpul sambil menyediakan makan malam. Semena Iman meluru ke arahnya dan mencekak kolar baju yang dia pakai. 

"Kau tahu tak semua orang risaukan kau, abang? Ibu sampai tak tidur malam baca doa untuk kau. Kak Lia pun risau teruk. Tapi kau boleh berlagak macam biasa je? Kau sedar tak apa yang kau dah buat kat kitorang, hah?!"

Fahmi menatap wajah adiknya itu. Memang jelas marah dan risau. Selalunya, dia dan Angah yang marah sampai begitu. Dia tahu, memang ini silapnya.
"Aku boleh jelaskan, Iman."

"Jelaskan apa?!"

Fahmi menutup mata apabila ditempik begitu rupa. Selain penat dan rasa bersalah, dia juga memang masih lemah dan tak banyak tenaga.

"Iman, apa kata kamu lepaskan abang kamu dulu?" Puan Normah cuba menarik tubuh Iman. Aulia juga mendekat dan cuba meleraikan dua beradik itu. Wajahnya yang berkerut-kerut membuatkan Iman mengalah. 

"Sebenarnya..." Fahmi masuk ke dalam bilik dan mengambil sebuah kotak kecil. "Sebenarnya aku nak buat surprise hiaskan bilik dengan benda ni. Tapi orang tu salah bagi tali yang tebal tu. Aku cuba guna untuk ukur dan plan macam mana nak gantung tali yang betul tapi tiba-tiba aku jatuh sebab kerusi bergerak. Aku tak berniat pun, Iman."

Semua yang ada melihat ke dalam kotak barang hiasan bilik itu. Memang bentuk-bentuk hiasan ini boleh digantung pada siling. Jadi, ada logik juga pada alasan Fahmi itu.
"Sumpah, Lia. Saya sumpah saya tak ada niat langsung nak buat yang bukan-bukan."

"Tapi kenapa kotak nota..." Aulia hampir saja membuka cerita tentang nota terapi yang disorokkannya di dalam kotak di bawah katil. 

"Itu..." Suara Fahmi merendah. Dia menggaru pipi kerana tahu dia salah.

"Kau... betul-betul tak sengaja?" Soal Iman, masih dalam nada marah.

"Betul, waktu tu aku tengah plan lepas tu tiba-tiba Aulia balik. Jadi aku pun kalut dan terjatuh macam tu. Doktor pun kata dia percayakan aku sebab luka dekat leher aku tak teruk pun."

Wajah Aulia kosong. Begitu juga wajah Puan Normah dan Iman. Mereka mempertikai di dalam hati kenapa doktor tidak memberi penjelasan begitu kepada mereka. 

Iman menumbuk keras pada bahu Fahmi. 
"Buat orang risau je!" Ujarnya kemudian beranjak pergi.


"Jom makan malam. Semua lauk dah siap. Pergilah mandi dulu." Pesan Puan Normah. Dia juga meninggalkan Fahmi dan kembali ke dapur.

Fahmi menggosok bahunya yang pedih. Dia memandang Aulia yang masih ada di sisinya. 
"Saya tak tipu. Memang jatuh sebab kemalangan."

Aulia memeluk lengan Fahmi. Air mata bergenang disorok daripada dilihat Fahmi. Perlahan dia mengangguk. "Lia percaya."


32


what year is it now? lol aku sepatutnya siapkan cerita ni waktu pandemik dulu. tapi idea di mana? idea pun dah hilang.
aku ingat chapter 32 sepatutnya semakin kejam. tapi lepas beberapa bulan pandemik aku rasa tak patut seksa perasaan sendiri menyakiti watak2 yang bermain wayang dalam otak aku. 
lets try to finish this in a few more chaps. 


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous